Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Monday, September 28, 2020

Rezeki stay CyberView Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum

Disebabkan minggu lepas rasa terlalu stress yang aku pon tak paham kenapa aku stress 😅 Nak kata banyak keje tak jugak, nak kata anak2 buat perangai sangat pon tak jugak. Entah lah. Haha! Masalah dalaman seorang wanita yang complicated [maybe] 😂 So hari Rabu aku terus book hotel.

Kalau korang nak tau, perkara pertama aku nak buat lepas habes MCO tiga bulan dulu, aku nak rehatkan badan dekat hotel! Sebab aku rasa penat jaga anak kat rumah hahaha! Padahal masa MCO tu kat kampung ramai orang. And aku bukan buat keje rumah pon kahkahkah. Tah apa penatnya tak tau lah 😜 Penat mental kot 😂

Tapi tulah. Aku tak pernah check in hotel sendiri. Akram pulak belom ada tanda2 nak balik Malaysia. Aku dah banyak kali cakap aku malas nak check in hotel sendiri dengan anak2. Sebabnya:

1. Everytime pergi hotel Akram akan park kereta kat lobby hotel pastu dia check in dulu pastu baru carik parking and naik bilik sama2.

2. Kalau lobbby takde parking kosong, dia akan drop aku kat lobby dulu dengan bebudak dan beg2 pastu dia carik parking and kitorang pergi check in.

3. Kalau mandi pool biasanya Akram handle bebudak, aku tukang amik gambar and video je.

4. Kalau time breakfast pon biasa dia jaga bebudak sebab dorang semua ni bukan sejenis morning person. Aku je yang enjoy my morning breakfast and nak try semua makanan hahah.

5. Masa check out biasanya aku dengan bebudak tunggu kat kerusi and Akram pergi check out. Pastu Akram amik kereta dan pick up kitorang kat lobby.

So aku membayangkan kalau aku kene buat semua benda tu SENDIRI dengan dua anak yang meligat OMG 😭 Nak bawak beg sambil mata perhati anak sambil nak berjalan ke kereta hmmm.

Tapi tulah bila dah lama tak bawak bebudak staycation dorang pon pandai dah nak stress2 😑

Takpelah kite try.

Mula2 tu aku try book Dash-Box Hotel, Cyberjaya sebab pool dia lawa.

Masa tu aku bukak official website semua bilik dah fully book. Try guna booking.com pon full. Tapi bila bukak Agoda eh ada bilik kosong. Maybe slot untuk Agoda still ada yang available. Tapi tinggal bilik yang kecik je lah. Takpelah aku tiga orang je pon. Yang penting nak bawak bebudak happy mandi pool dia sebab ada slide2 tu.



Kecik je bilik ni.
Konsep dia ko tido dalam cabin.
Masa tu aku dapat harga RM173/night with breakfast.
Bila aku check2 actually harga dia takde la mahal sangat. RM173 tu aku boleh dapat bilik yang lagi besar.
Tapi maybe sebab dah last minute booking pastu permintaan tinggi so dorang caj kaw2 lah. Weekend pulak tu kan. Combo!
Sama macam tiket flight lah konsepnya. Last minit baru ko nak hegeh2 booking bayor la ko harga mahal.

Tup2 hari Khamis Agoda hantar email cakap Dash-Box ni fully book.
So dia tanya sama ada nak fully refund dan dapat cashback dalam akaun agoda kot or nak stay hotel yang dia pilih. Dia bagi pilihan stay dekat Cyberview Resort & Spa. Dapat bilik Deluxe Chalet.

Aku pon ushar2 lah hotel tu. Not bad jugak. Memula dulu memang ada ushar jugak hotel ni tapi sebab Dash-Box hotel punya pool lagi fun untuk bebudak tu yang aku book Dash-Box.
Tapi sebab aku tak payah tambah duit lagi untuk stay dekat Cyberview Resort ni so why not kite amik je kan. Rezeki jangan ditolak 😁 So aku reply lah Agoda yang aku cakap aku accept offer dia untuk stay Cyberview ni.




Sekali bila Agoda confirmkan booking aku, instead of dia bagi aku bilik Deluxe Chalet, dia bagi aku EXECUTIVE DELUXE CHALET!
Dengan harga RM173 weh!
Hahahaha! Tapi tak termasuk breakfast. Its ok. Still berbaloi.
Bila aku ushar2 hotel ni actually boleh dapat harga RM280/night kalau ko booking awal.
Tapi untuk date weekend haritu harga dia Rm400+ weh. Rezeki anak2 hehe. Mungkin jugak rezeki seorang isteri yang bersabar kahkahkah.

Kawan aku pernah tanya kenapalah sekarang asal weekend je semua tempat full.
Teori aku mengatakan bahawasanya orang2 kaya dalam Malaysia ni tak boleh nak pergi oversea.
So mana lagi dorang nak pergi?
Dorang pon cuti2 Malaysia lah. Betol tak?

So hari Sabtu tu pepagi lagi aku dah siap2 vacuum rumah, kemas bakul sekolah anak2, cuci baju cadar selimut tuala semua dan siram semua pepokoks. Supaya balik rumah nanti dalam keadaan tenang.
Sempat lagi buatkan breakfast dan masak lunch.
Pukul 2pm lebih gerak pergi hotel.
Dekat je pon dalam 20 minit dah sampai.




Tempat check in aka lobby. Resort ni besar tau naseb baik tak sesat. Agak bijak di situ hahaha.
Dan naseb baik jugak dapat parking dekat2 dengan lobby. Menapak sikit lah nak masuk dalam tu.





Alhamdulillah urusan check in smooth dan dipermudahkan. Takde drama kejar anak2 dan sebagainya 😜 Tak silap aku sepatotnya kene bayar deposit during check in tapi disebabkan PKP ni hotel tak amik apa2 deposit supaya masa check out nanti just pulangkan kad dekat luar lobby je pastu chow. Tak payah buang masa ramai2 menyempit kat lobi kan. Social distancing gittew. Haha.

So masa check in tu aku double confirmkan booking aku ada breakfast ke tak. Aku rasa memang takde. Sebab masa Agoda re-offer tu dia takde mention breakfast. So staff cakap takde breakfast tapi kalau nak add in boleh je bayar RM38/pax esok pagi tu dekat tempat buffet.

Lepas dah siap semua tu staff bagi maps and bagitau jalan nak ke chalet kitorang.
Kene drive pergi chalet sebab memang boleh parking betol2 depan chalet.
So let's go!

Kitorang dapat bilik tingkat atas


Ni pemandangan chalet dari bahagian belakang jalan nak pergi kolam renang. kanan sekali tu lah bilik kitorang.


Park depan chalet. Belakang tu semua hutan. Tapi dont worry hotel ni pasang pagar kawat duri haha.


Our room 😍
Aku rasa ni bilik paling besar pernah aku duduk selama aku duduk hotel ni. Seingat aku lah. Yelah selama ni kalau book hotel untuk 4 orang je kan confirm lah amik bilik yang sedang aje. Ni rezeki lah merasa bilik besor walaupon bertiga je hahaha.



Semua ok. Ada bilik untuk shower jugak


First time jumpa hotel yang sediakan DVD player siap speaker untuk sound system lagi. Haha

Lain2 macam biasa lah ada iron [tapi aku tak jumpa iron board. malas nak tanya so aku iron baju guna sejadah je atas meja]
Tuala, bantal 4 biji, selipar, berus gigi, sabun2, peti ais kecik, hair dryer, sejadah, aircond sejuk, tv pon clear.

Oh haritu ada orang tanya apa yang tak best pasal hotel ni. Aku cakap entah la tak tau apa yang tak bestnya. Tapi ni baru teringat. Selain takde iron board [maybe kene request], dia takde penunjuk kiblat jugak. Aku ni dah la tak pernah ada apps menunjuk kiblat so dan2 tu jugak aku donlod apps. Haha!
So tu je lah kot pasal hotel ni.



Bahagian beranda luar.



Pemandangan dari beranda. Chalet depan ni punya beranda terus menghadap pool.

Izinkan mak lalu. Dah macam detective dah aku tengok baju ni 😂

Pastu macam biasalah bebudak dah berzikir nak mandi kolam.
Ok kite siap2.
Sebelum tu tengok maps dulu kolam kat mana. Kang sesat kang naya je.


Ok kolam kat sini ada 3 peringkat. Yang ni paling atas sekali. Jenis landai means depan tu cetek pastu makin ke dalam tapi tak berapa dalam pon. Memang untuk budak2.




Bawah kolam tadi ada kolam ni. Ni kolam untuk dewasa. Sama jugak konsep dia dari cetek ke dalam.


Ni kolam paling bawah. Pon untuk budak2. Tapi kotor sikit sebab banyak daun2.


Tapi this girl tak enjoy dengan pool. Apa kene tah. Padahal selama ni asyik mintak nak mandi pool. Aku syak sebab dah 8 bulan tak terjun pool dalam. Dia dah la gayat 😆 Masa dekat sama-sama hotel bulan 3 dulu siap boleh baring atas air lagi. Ni nak tinggal dalam air terus menjerit. Haha! Tapi selama ni dia mandi dengan ayah dia. Pastu buat alasan nak mandi dengan ayah. Mengada sangat kan. Bapak ko tahun depan agaknya baru boleh balik.


Naseb baik lah si kakak memang enjoy sangat dengan staycation kali ni. Walaupon takde orang layan dia sebab adik dia tanak masuk pool tapi kakak relax je berenang2 sorang2 ke hulu ke hilir siap pakej terjun pool lagi 😂



Pastu kakak baik hati mengalah dan mandi kat kolam atas sekali. Baru lah si bulat ni nak mandi sendiri

Sabtu petang ni tak ramai sangat orang mandi pool so bebudak ni enjoy sangat mandi manda sampai kecut.
Dalam pukul 4.30pm macam tu kitorang naik bilik.
Lepas bilas badan bebudak terus tido. Penat sangat gayanya tu.




Lepas maghrib bawak bebudak dinner dekat Dpulze Mall.
Lama gila tak masuk mall ni. Tak silap aku last aku masuk masa si kakak umur setahun kot.
So dah 3 tahun tak datang. Bila masuk fuhh bestnya macam2 ada.
Tapi punyalah ramai umat manusia sampai kene que nak masuk parking. Naseb baik tak sampai 5 minit dah dapat parking.

Pastu jumpa 4fingers so decide nak makan sini.
Tapi lambat ya ampun 40 minit menunggu. Dah la bebudak dah lapar. Naseb baik masih behave.
Maybe yang order food panda pon ramai so lambat la dorang prepare makanan. Sebab yang dalam kedai tu takde lah ramai sangat.

First time makan 4fingers ni.
Sedap jugak ayam dia tu.
Tapi aku rasa sedap lagi ayam kyochon. Aku rasa lah.

Plan pergi Dpulze ni sebenarnya nak pergi kedai Good2u sebab nak cari leggings bebudak. Tapi sebab menunggu ayam lambat sangat siap makan pon dah 9.30pm kedai pon dah kemas2.
Jadi lepas tu terus balik hotel.
Otw balik tu Ameera Naqeesya nampak lampu2 tepi jalan banyak warna. Dia cakap 'ma cantiknya lampu kat hotel ni'
Padahal lampu jalan. Nampak sangat dah lama tak keluar berjalan malam since ayah dia tak balik Malaysia. Haha.

Btw hotel ni sediakan transport untuk pergi alamanda & Dpulze tapi ada dua masa je lah.
gerak pagi tak ingat pukul berapa. Kalau petang 3pm.
Pastu pick up pukul 3.30pm & 8.30pm.


Tido awal. Mak layan drama sambil online. Dah macam kembar dah bila tengok. Bukan sekali orang tegur kembar ke bila duduk sebelah2. Sebab beza setahun je kan. Tapi bila berdiri nampak beza sebab kakak tinggi. Mina rendah sikit.



Esok paginya tu bebudak bangun pukul 9am.
Naseb baik lah tak bayar siap2 untuk breakfast. Kalau tak rugi je.
Haish tak dapat mak nak ushar2 buffet breakfast dia.
Takpelah next time Akram balik nak ajak dia check in lagi sini sebab memang best sangat tempat ni.
Yelah resort kan so ko boleh bayangkan tempat dia super besar dan banyak bangunan.

Bila aku tengok maps ada kolam ikan, playground bebudak, pastu ada bangunan lain yang aku tak pasti untuk apa sebab dia letak nama je.
Kot next time check in boleh la explore naik buggy dia pusing2 dalam resort. Hehe.







So pagi tu just habeskan masa untuk mandi pool je.
Pagi dah start ramai orang. Agaknya semalam tu ramai yang check in lambat kot.
Lagi pon semalam ada renyai2.

Layan bebudak sampai 10.45am pastu terus siap2 naik hotel untuk check out.

Check out pukul 12pm. Alhamdulillah urusan check out pon senang. Bebudak pon dengar cakap.


Next time kite try check in Dash-Box Cyberjaya pulak ye.

Terus ke Dpulze nak beli leggings kat kedai semalam.
Masa ni tak tau nak lunch kat mana. Bebudak request nak beli Roti bakar unicorn, alah roti bakar cheese yag warna warni boleh tarik2 macam rainbow tu.
Aku panggil roti kayangan sebab harga dia RM12.90 😂
Dah la dorang request nak sorang satu sabo je lah.

Dah siap tu bebudak nampak molly fantasy pulak. Dah kene pow dua jam dalam tu.
Pukul 3.45pm singgah Elews Mart saje lah nak ushar2 sebab dah alang2 sampai area sana.
Tak tau nak cakap murah ke tak mart dia tu sebab aku jenis tak hafal harga hahah.
Beli lah sikit barang beras, telur, vitagen, coklat.
Ingat nak beli barang lebih letak kat depan mart dia tu untuk sedekah tapi tempat tu pon penuh. Huhu.



Dah siap2 tu baru nak carik kedai makan.
Masa tu dah 4.30pm. Naseb baik la bebudak tak meragam.
Yelah seharian belom tido.
Tapi satu je lah aku puji anak aku ni [cewah] dorang jarang menangis kalau nak tido. Kalau tengah tido dalam kereta pon bila kejut dorang tak menangis. Jadi memang senang nak dibawa berjalan.

Makan cepat2 pastu terus balik.
Dalam kereta baru dorang tido.

Sampai rumah pukul 5.15pm terus segar balik masing2. Haha!
Naseb baik lah aku dah siap2 kemas rumah before pergi hotel takde lah banyak sangat benda nak buat. Just basuh baju kotor je.

Penat memang penat tapi kalau nak dilayankan penat memang terperuk je lah aku kat rumah tu.
nanti aku jugak yang merempan stress 😂

Aku syak sementara menunggu Akram balik Malaysia ni ada habes jugak aku round hotel2 dekat rumah aku ni. Selama ni dok tido hotel jauh2 rupanya hotel dekat2 pon nice je.
Nanti adik aku dari Johor nak datang dah plan nak try tido Avani.
Pastu maybe kite boleh ushar area Putrajaya pulak 😆
Berbulu je Akram hahaha.



Love,
Wana.

Tuesday, September 8, 2020

Luangkan masa di Nabila AgroFarm, Seremban

 Assalamualaikum.

Cuti Merdeka 31/8/2020 haritu aku luangkan masa bawak anak2 jalan dekat Nabila AgroFarm, Seremban. Actually tak tau pon kewujudan tempat ni. Walaupon dekat je dengan rumah (takdelah dekat sangat pon, sejam jugak 😂) tapi macam tak pernah nampak kawan2 upload gambar kat tempat ni.

So macam mana boleh tau?

Masa aku bawak Aminah check up doctor last weeknya tu jumpa dengan sorang member ni. Dia tanya cuti merdeka buat apa. Aku cakap takde plan lagi. Dia cakap jom lah keluar. Fikir2 mana tempat best nak bawak bebudak sebab area Sepang/Nilai bukan banyak tempat2 macam zoo tu kan. Pastu dia pernah pergi Nabila AgroFarm ni. Aku cakap aku tak pernah pergi so aku nak pergi sana. Jadi terus lah confirm nak bawak anak2 pergi sana.



Aku keluar rumah dalam 9 lebih. Amik member dekat Nilai, pastu terus pergi mamak sapedek dulu. Bawak anak2 macam ni lah, kene make sure dorang kenyang dulu barulah boleh keluar dengan aman. Yang kanan tu anak member, Amsyar. Dah macam adik beradik pulak gayanya. Ameera - Aminah - Amsyar.

Pukul 10.30am baru gerak dari Bandar Baru Nilai. Dalam 40 minit macam tu sampai Nabila AgroFarm ni. Masa tu cuaca dah start panas.

Parking alhamdulillah senang. Dan free. Dari parking nak masuk farm pon tak jauh nak berjalan kaki.



Masa mula2 sampai tu macam biasalah kene check in MySejahtera dulu. Make sure mask on! Pakai hand satinizer dan jangan dekat2 dengan orang lain.

Nak masuk tempat ni free je. Cuma dalam kawasan ni ada aktiviti2 yang korang boleh buat contohnya boleh bagi makan haiwan2, naik kuda, memanah, naik train (bajak) & naik atv. Macam nak bagi makan haiwan tu kene bayar Rm3/pax. Pastu boleh beli sayur nak bagi makan haiwan. Sepeket RM1. Kalau nak naik kuda RM15/3 round, boleh tukar2 orang dan ada pakej2 lain jugak. Naik train RM5/dewasa & RM3/kid. Memanah & naik atv tak pasti sebab kitorang tak beli yang tu.

So kitorang beli tiket untuk petting zoo, naik kuda & naik train/bajak.




Ada ayam, kambing, rabbit & rusa. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha.

Area rabbit tak amik gambar sebab semua tengah membuta. Tengah hari kan. Maybe waktu rehat dorang. Macam masa aku pergi zoo negara dulu waktu tengah hari semua haiwan pakat membuta sabo je lah. Lagipon rabbit2 tu semua tak berapa bersih jadinya aku tak bagi bebudak dekat sangat. 


Mak feeling2 anak tiga orang 😂


Bila bebudak dah boring, kitorang decide nak naik bajak. Tapi que panjang lah pulak. So makan dulu lah. Cafe dia dekat tempat beli tiket2 tu. Ada nasi ayam, masakan panas goreng2, buah, ice cream, air, dan celup tepung. Kitorang amik nasi dua, sup campur satu, ikan & sotong celup tepung. Tapi jangan expect celup tepung dia macam Terengganu punya ya. Sangat jauh beza. Haha! Tapi alhamdulillah lah rezeki masih boleh makan.

Ngam2 masa kitorang makan tu cuaca dah mendung. Ahh sudahhh. Tak lama lepas hujan turun selebat tidak 😆 Naseb baik lah tak naik bajak masa tu kalau tak mesti kene tempias2 jugak kan. So kitorang bertenang2 lah habeskan makan nasi dulu.

Lepas makan agak2 tengok hujan dah reda kitorang terus pergi area menunggang kuda. Masa tu tak ramai orang dah. Ada satu family je tengah que. Masa memula datang tu panjang gila orang que.



Tapi sayangnya anak2 mak semua penakut nak naik kuda. Jadinya rezeki Amsyar lah dapat naik 3 kali. Sekali dengan mak dia. Dua kali dengan makcik ni.

Serius neves weh. Aku tak ingat aku pernah naik kuda ke tak. Dah luput dari memori. Tapi masa naik kuda ni rasa kesian sangat. Dah la macam kurus. Aku ni dah la berat 😂 Masa memula naik tu terduduk belakang sikit. Terasa lah terduduk macam kat tulang kuda tu. Pastu budak tu suruh adjust ke depan. Eh terdepan sangat pulak haha! Kali ketiga baru ok.

Dah tu bergoyang2 pulak atas tu tak stabil. Adoi seriau betol aku kot2 aku tersenget pastu jatuh tersembam ke tanah 😆

Ngam2 masa pusingan last ni dah start renyai balik. Dan2 berlari masuk area cafe balik.



Tak lama lepas tu train/bajak sampai. Kitorang pon cepat2 que untuk naik takot lambat2 nanti makin ramai orang. Masa tu hujan pon alhamdulillah dah stop.

Belakang gambar tu lah cafe tu. Haritu kemain ramai umat manusia. Dah la dengan panasnya. Area Nabila AgroFarm ni tak banyak sangat pokok jadi bahang kemain. Naik pening kepala aku. Kalau macam Farm in the City tu redup je kan sebab banyak pokok berteduh. 







Bebudak cakap dorang tak suka naik benda alah ni 😂 Maybe sebab gayat. Yelah bajak yang bawak pastu belakang tempat2 duduk camni kan of coz lah bergoyang2 sikit. Masa amik corner pon dengan aku2 sekali menjerit sebab takot terbalik hahaha!

Jauh jugak dia bawak jalan round area farm dia ni. Sebenarnya tempat ni besar lagi cuma dia belom make use lagi semua area. Boleh nampak dia lepas kan kuda2 kat tanah lain, pastu ada kerbau, sungai. Ada tanah yang dia tanam limau kasturi Ya Allah gemok2 limaunya geram aku!



Aktiviti lain seperti memanah & atv

Bila dah takde aktiviti nak buat kitorang pon balik. Tak silap 3 jam je kitorang dalam tu. Dari 11.30am ke 2.30pm.

Ok lah untuk korang yang nak bawak anak fun sekejap2 je and tanak penat sangat. Tapi kalau ramai orang tu rasa semak sikit lah dah la panas. Hehe.



Kalau ada aktiviti baru nanti boleh datang lagi 😊

Dekat2 dengan Nabila ni ada Ostrich Farm, yang ni tak singgah haritu so tak tau apa ada kat sana. Maybe next time.



Love,

Wana.