sYaZwaNa



                


First time masuk blog ni ke?? Kalau first time silakan bace sampai habes. Muahahaha. Okey nama penuh aku Nur Syazwana Jamal. Tapi selalunya orang panggil Wana je. Korang nak panggil Kak Wana ke Adik Wana ke ikot korang lah. Jangan makcik Wana sudah nanti iolls sentap. Kahkah. Takpon korang nak panggil adik cute pon voleyyyyyyyyyy. :P


Walaupon aku ni nampak macam ganas tapi aku adalah sangat sensitif. Tak caya tanya Akram. Kalau sebulan aku tak merajuk doploh pat kali memang bukan aku lettew. Tuh tak masuk lagi kalau PMS. Oh sape Akram? Akram adalah insan yang paling akan menyibuk dalam blog ni. Wakaakaka. Sebab aku selalu pow dia suruh belanje makan. Jadi watak die harus lah diutamakan :D


Tapi korang jangan risau sebab aku selalunya sentap kejap je. Jarang la nak tengok aku sentap berhari-hari. Selalunya kalau aku marah, aku suka diam. Mase aku diam tu jangan lah ade orang tegur or buat lawak bodoh or cakap pape sebab aku takkan layan. Bila dah duduk dendiam lame sikit tetibe nanti boleh gelak sendiri. Lepas tu terus okey :)


Kebanyakan story dalam belog ni memang cerita pasal life aku je pon. Pergi makan-makan lah. Pergi jalan-jalan la. Bergaduh dengan Akram lah. *itu pon nak cerita kan* Eh penting okey supaya anak cucu aku tau macam mana perangai atok nenek dorang ni *pitam* Dan tak payah la nak expect sangat aku up entry pasal ilmiah2 ni. Sendiri pon tak suke baca benda ilmiah. Balik2 baca Remaja. Padahal umur dah bukan remaja. Hakhak.


oh btw umur aku tahun 2013 bulan 8 adalah 25 tahun. Ye dah tue. Sobsss. Tapi perangai serupa budak 13 tahun. Eh tapi memang selalu sangat orang tegr aku ingat aku budak sekolah *wink*


Itu je kot pasal aku. Nak tau banyak2 boleh la datang beraya kat rumah. Eh tetibe raya kan. Haha!


And last thank youuuuuuuuuuuuu bace belog entah pape ni. Chiowwwwwwww.








*LOVE*




With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal