Saturday, September 24, 2011

Cerita Melayu sekarang.



                                                                 
Hello ladies and gentlemen :)
Sepanjang minggu ni rumah sewa aku memang riuh rendah macam kan dalam rumah tuh ada seploh orang padahal cuma ada separuh je. kenapa? semua gara2 cerita baru Soffiya lakonan Tiz Zaqyah yang ganti cerita Kasih Alia lakonan awek Mamat tuh.




masa aku tengok iklan ni aku dah rasa menyampah. cerita ayah rogol anak. wadefak dah macam takde cerita lain je kan nak buat. geli okey. tapi sebab ade housemate aku nak try tengok tb3 yang lain layan je lah. tapi tapi tapi disebabkan cerita tuh rumah aku jadi riuh rendah sebab semua meluat tengok cerita tuh. well sekarang kan zaman moden orang sibuk nak buat drama2 yang komersial tapi makin banyak pulak drama yang macam dulu-dulu dimainkan.


macam cerita Soffiya ni lah. dah bapak kau rogol kau lari je lah pergi balai polis. tak pun pergi hospital ke. lepas tuh yang orang kampung ni pulak mentang2 bapak si Soffiya ni dokter terus apa dia cakap semua betul. coi!!

bayangkan mak si Soffiya ni merangkap bini si dokter ni sakit tapi tapi semua orang kampung yang datang melawat tak masuk rumah. dorang bagi barang2 and sumbangan dekat halaman rumah je. logik? memang tak lah. kot ye nak datang melawat masuk lah rumah. lepas tuh ada sorang cikgu si Soffiya ni datang rumah konon nak melawat anak murid tapi ponn terpengaruh dengan kata2 bapak si soffiya ni. boleh pulak cikgu tuh tak nak pon jenguk soffiya ni dalam rumah pastuh percaya cakap dokter tuh bulat2. see mana kitorang tak bengang.


yang si dokter ni pon satu punya BODOH. dah tau bini sakit lagi mau suruh layan nafsu dia siap amik ubat kuat lagi. geramnyeeee. lepas tuh bila bini tak boleh layan anak pulak jadi mangsa. ape dah takde pompuan lain ko boleh jadikan bini. belajar tinggi2 jadi dokter tapi BODOH. tak guna punya jantan. grrrr. kan dah.



yang tengah tu lah yang berlakon jadi ayah Soffiya.
dia ni macam tak femes je sebab susah gila nak cari gambar dia.
google pon bape kerat je.
tapi sebab benci lakonan dia dengan tahi lalat dia sekali kene kutuk ngan kitorang. Huahuahua



serius aku tak boleh tengok cerita ni. sebab cerita ni sejam maka sejam jugak lah aku mencarut. hahaha.

last-last tunggu sampai abes cerita tengok sape pengarah dia.

oh tak kenal. tapi penerbit.

Dem. Kabir Bathia???

Biar betul. selama ni aku punyalah suka cerita2 dia tapii sebab cerita ni terus down. sob sob.

tapi dia bukan pengarah, but penerbit je. ahhh sama je la tuh kan. =_____=


dah la tulisan2 nama pelakon pengarah penerbit semua kecik gila macam kan kuman sampai terpaksa sakitkan mata aku tengok dekat2 depan tb. eleh saje je la tuh taknak bagi taw sape pengarah. maklum cerita tah hape2. dah la aku tak suke cerita Kasih Alia yang tah hape2 tuh jugak. ni cerita Soffiya pon tah hape2 jugak. layan Al-Kulliyah lagi baik (sejak bila entah :P)  :)



sory lah sape yang suka cerita ni tapii seyes aku tak suka (eh ada orang kisah kau suke ke tak kan).



baik layan CSI lagi berkembang minda. ok poyo.


eleh aku memang poyo pon.







okbai.




                                                                                               
                                                                 
With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, September 22, 2011

Kasut Convo saye :)



                                                                          
Hello Thursday :)









Orang kalau dah nak convo memang cenggini eh. I mean asyik fikir nak pakai baju ape lah kasut ape lah. heeee. well this is my first time nak convo. sebab dulu aku sekolah SBP takde pulak majlis2 convo ni. memember aku yang dulu sekolah MRSM siap berconvo lagi masa habes form 5. ini tidak adil ! memang tak adil. kan kan.



so hari tuh masa aku pergi open house rumah classmate aku kitorang sibuk lah bincang2 tem convo nanti nak pakai baju ape nak pakai kasut ape. oh dem aku takde kasut nak pakai time convo. dah la kasut bertutup. nasib baik boleh pakai kaler pape. fine mulakan strategy. cuit2 dak akram kat sebelah.



"Nak kasut convo boleh?" sambil tersenyum lebar. *wink.


"Boleh. yang seploh hinggit" sambil buat muka mintak penampar.


"Ala seploh hinggit pulak. lima ploh hinggit? boleh lah boleh lah. gaji bulan ni okey."


"yelah. okey"


"yeayyyyyy!!"










semalam masa mesej2 dengan beliau.


"dah survey2 kasut konvo?" beliau tanye2 pulak :P


"belum. tak sempat keluar lagi"


"takpelah. next week kita pergi beli okey. nak kaler ape?cari lah yang formal sikit. boleh bawak pergi meeting. bla bla bla........." bebel as usual :P


"dah dah jangan bebel. nanti tengok mane yang cantik kita beli okey. yeay!"  :D





okey boleh start google nak pakai kasut camne. nanti senang nak pergi beli. lalala.


ape? jelessss. sorry terbuat korang jeles pulak. hak hak. macam nak lempang aku je kan. tak payah. ade sorang kawan aku ni pantang bercakap mesti cubit aku. sakit wooo. tak padan kecik. heeee




 woo wooo.. boleh tahan :D












*google time*okbai :)

                                                  
                                                          



With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal