Tuesday, June 11, 2013

Seoul Garden Plaza Pantai


Seingat aku dah berbulan-bulan jugak lah aku berzikir kat telinga Akram cakap nak makan steambot nak makan steambot.
Tapi Akram cakap "Alah boring lah makan dua orang. Dah la nak makan lame2."
Ohhhhhhhhhh dah pandai boring ye dengan aku.
Nak kene ni.
Haha!


Sebenarnya aku pon boring jugak kalau nak makan steambot berdua je dengan Akram.
Balik2 kau tengok muka aku aku tengok muka kau.
Boleh muntah balik steambot dan dan tu jugak. Kahhkahh.
Jadi disebabkan kakak aku nak datang KL untuk uruskan PTPTN dia, maka terus aku paksa dia makan steambot.
Akram yang pilih Seoul Garden ni.
Boleh lah sebab kitorang pon tak pernah try makan sini. Selalu makan steambot tepi jalan saje.
Cehhhhhhhh selalu la sangat padehal seumur hidup aku baru tiga kali makan steambot. Dua kat KL satu kat Perlis mase pergi rumah kakak aku.
Campur Seoul ni 4 kali.


Ahad malam aku booking tempat ni siap2 untuk makan Isnin malam.
Mane tau kot2 penuh ke kan cuti-cuti sekolah ni.


So Isnin tu kakak aku otw datang KL. Aku suruh dia tunggu kat RnR Nilai je senang.
Nanti Akram balik kerja terus jumpe dia kat Nilai terus zass zass datang KL.
Dorang tunggu aku balik kerja jap, parking kereta terus zass zass naik LRT pergi Plaza Pantai.
Plaza Pantai ni betul2 kat LRT Kerinchi.
So daripada kau nak menempuh jem pukul 6 petang Isnin tu adelah lebih berhemah dan bijaksana kalau kau naik LRT yang baru bape sen tu.



Sampai2 pergi kat meja pastu bayar dulu. Takpe kalau korang tak tau yang kene bayar dulu takpe. Nanti dorang akan cakap suruh bayar dulu. Tapi jangan la buat2 terkejut pulak. Wat lek lek profesional je. Sebab tempat lain semua makan dulu baru bayar kan. Kat Korea memang begini. Eh? Feeling2 Korea pulak. Nak pergi Korea takde duit. Pergi Seoul Kerinchi pon jadiklah.



Total up semua RM265 untuk 5 dewasa dan sorang kanak2.
Aku angkut opismate aku sekali, Sha.
Actually bawak anak buah aku tige orang tapi yang kene kiranya sorang je.
Macam nak berguguran jugak lah bulu-bulu mase nak bagi debit kad tuh.
Takpe sekali setahun takpe.
Gigil-gigil amik resit. Hahaha!



Sape kate kat Korea takde ikan Patin? Ade kauuuuuuuuu. Oh tapi aku memang tak makan ikan Patin. Aku pon tak tau kenapa. Kawan aku kate rugi sebab sedap gile. Maybe sebab die macam lembik2 kot. Aku kalau nak makan ikan aku memang tak suke ikan yang tak digoreng dulu. Tapi kalau pari asam pedas tu aku suke. Eh entah la aku pon tak paham dengan tekak sendiri. HAHA! Tapi aku pernah la try rase siakap steam lemon tu kan. Hmmm memang tak boleh nak telan. Aku terbayang ikan yang belum dimasak. 



Ikan Dori tu bakar garing2 sedappppppppppp gilerrrrr wehh.
Terasa esklusif gittew. Kahhkahh.
Sha amik ikan keli blackpepper. Tak sedap. Dah la tamak amik sampai tiga ketul. Kakaka.
Disebabkan taknak kene cas maka Akram telah mengajar satu taktik.
Bakar sampai garing pastu lenyekkan sampai halus. Letak kat bahagian tulang2 ketam.
Setel.



Barang2 untuk berkuah.



Sayur-sayuran. Bahagian ni memang kakak aku jelah yang amik. Kitorang semua dah tak pandang dah bahagian sayur ni.



Sape nak buat ABC sendiri dipersilakan.



Bahagian makanan laut. Aku amik of cross my feveret kupang. Dan udang. Kalau Akram sudah pasti memborong ketam.



Bahagian buah-buahan. Dan manisan.



Haaaaaaaaaaaaaaaaaa inilah yang dinanti-nantikan. Kimchi. Anyohaseyo! *tetibe baru makan kimchi dah feeling2 korea* Aku dengan Sha (opismate) lah yang beria nak amik. Selalu nye kan tengok dalam drama Korea je. Ni dah depan mata ha amik rasa sendiri. Tapi amik dua ketul je pon. Hahaha. Yang sebelah dia tu aku tak tau amende. Tak amik pon.



Aku kalau tengok drama Korea pehhhhhhhhhhhh dorang makan nasi kosong pon dah macam sedap gile babs.
Lagi2 kalau dorang makan mee yang kuah hitam tu pehhh meleleh air liur bak ang.
Tapi bile sendiri makan ek eleh takde la sedap mane pon.
Macam kimci ni rasa macam jeruk biasa je.
Tekak aku memang tak boleh la nak terima makanan2 camni kan.
Dah kate jawa asli. Tengok hidung lah.
Sambal belacan jugak di hati.
Sushi2 pon aku mane makan. Tapi ade hati tu nak masuk sushi king.
Wana wana.


Inilah dia Sha. Die ni je lah kawan aku kat opis. Maklum lah opis kecik. Sub contractor kan. Yang lain semua duduk site. Kalau aku cuti die makan sorang. Kalau die cuti aku makan sorang. 



Okey api dah hidup. Marilah kite memulakan sesi membakar. Nanti dorang tanye lah kau nak sup ke nak tomyam. Aku amik tomyam. Kakak aku amik dup sebab anak2 die kecik lagi kan. Tomyam die sedap. Sup aku tak rasa pulak.



Apa tunggu lagiiiiiiiiiiiiiiii. Kasi bakar lah. Time ni sape2 yang tak pandai masak tu boleh la tunjuk sikit skill terpendam. Kahkah.



Sebenarnya kan kalau orang macam aku ni rugi kalau masuk tempat2 mahal camni.
Sebabnya dorang semua makan daging blackpepper, daging cili, daging itu daging ini, kambing itu kambing ini, aku balik2 amik ayam jugak. Hahaha!
Sebab aku muak kalau makan daging2 ni.
Jadi aku amik semua jenis ayam yang ade.
Setakat nak makan ayam baik beli daging ayam perap sendiri bakar sendiri kat rumah kan.
Lagi huntung.
Akram cakap bayar sampai 50 hengget nak makan ayam je?
Dia malas nak layan aku. Haha!


Tapi untuk korang yang boleh makan sebanyak-banyaknya tu jangan lepaskan peluang.
Dah bayar mahal-mahal kaut lah semua benda.
Makan tak payah nak cover2 konon2 diet puihhh.
Macam biasa kalau plan nak makan steambot tu tak payah beria sangat nak makan before tu. Kalau datang time perot lapar tahap nak makan pasu bunga lagi bagus.
And jangan nak makan sambil minum air.
Rugi bhai wa cakap lu.



Ko tengok anak buah aku sebelah tu. Konghajo buat muka. Ciss. Aku rase time ni aku suruh semua orang tengok camera. Ciss semua tak layan aku. Dasar perut besar.




Yang ni anak buah nombor dua, Faiq. Tetibe sekarang dah jadik mat sentimental. Sikit2 merajuk. Padehal dulu die paling juara.









Kitorang habes makan dalam pukul 9 malam kot.
Seingat aku mase kitorang sampai group belakang aku dah start makan dulu.
By the time kitorang nak balik dorang tak settle2 lagi makan.
Pehhhhhhhhhh respect aku dengan perut mereka.
Perut aku dah macam nak meletup.
Giler kenyang.
Tapi kenyang2 pon ice cream dua mangkuk jalan.
Hihi.


Oh aku lupa nak snap gambar sos2 dia.
Kat sini dia ada banyak gile pilihan sos.
Tapi bagi aku yang paling sedap sos lada die.
Mengancam.


Dah kenyang mari lah balik.
Kang makan2 tak sedar dah tengah malam kene tinggal LRT.
Cewahh padehal pukul 10 lebih kot Seoul Garden ni dah tutup.
Restoran ni ade banyak cawangan.
So kalau korang nak try boleh refer website dia http://www.seoulgarden.com.my
Student ade best price.


Yang tak pernah try tu boleh la bawak2 try.
Setahun sekali ape salahnya. Gittew.
Mane tau umur tak panjang kang kempunan pulak.
Ape-ape pon puas hati dapat makan sini.

okbai.