Wednesday, May 29, 2019

Review Hard Rock Hotel Desaru Coast, Bandar Penawar


Hard Rock hotel pertama.



Yup. 30 tahun hidup, baru pertama kali nak tido kat Hard Rock hotel ni. Haha. Maklumlah selama ni tak berapa nak mampu.

Ceritanya ada satu hari tu tengah scroll2 fb nampak kawan upload pakej hotel murah. Memang jauh beza dengan harga sebenar dia. So lepas bincang dengan husband, alang2 dah balik Johor bulan 4 lepas, apa kata stay satu malam kat sini. So terus beli.

Thursday, May 2, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 6


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah 3 bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.

Muka sebelum


Selepas tiga bulan


Monday, April 22, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 5


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah dua bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.




Rasanya muka dah glowing sikit. Hahahahahha!
Kalau korang nak tengok muka sebelum consume boleh klik link2 review dekat atas.

Tuesday, April 2, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 4


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah dua bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.



Rasanya muka dah glowing sikit. Hahahahahha!
Kalau korang nak tengok muka sebelum consume boleh klik dua link review dekat atas.

Friday, March 29, 2019

Dah sampai Ipoh. Nak tido hotel mana?


Meh aku cadangkan satu hotel yang boleh korang consider if korang ada trip ke Ipoh.
Last week aku naik utara. On the way balik tu Subhanallah jalan jammed memang melekat atas jalan raya. Bayangkan aku dari Perlis pukul 3.30 petang. Pukul 9.30 malam baru sampai exit Kuala Kangsar.
Tak buang masa terus keluar exit tu lepas tu lalu jalan dalam. Dia punya teruk jammed tu sampai kedai makan pon habis makanan. Hahahahha!

Masa tu kitorang nak booking hotel area Kuala Kangsar tapi memang semua full!
Last2 tawakal je lah pergi Ipoh. Before tu kitorang try call M Boutique Hotel Ipoh tu dah, dia cakap still ada room yang available. Sampai Ipoh pukul 1.30pagi!



Monday, March 18, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 3


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1


Perkembangan terkini setelah sebulan setengah consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.



Rasanya muka dah glowing sikit. Hahahahahha!
Kalau korang nak tengok muka sebelum consume boleh klik dua link review dekat atas.


Thursday, February 28, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 2


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

So macam yang dijanjikan, harini aku nak update perkembangan aku consume collagen dari Project B Asia ni.
Aku rasa muka aku dah kurang part merah2 tu. Kalau dulu macam ketara sangat lagi2 bila masuk tengah hari. Now kawan aku cakap makin glowing auchhhhhhhh :P

Hari2 aku akan consume masa breakfast. Boleh bancuh dengan air favourite korang. Macam aku, aku bancuh dengan jus oren. Terus minum pagi2 senang tak lupa. Kalau nak minum malam before tido memang confirm lupa. hehe

Thursday, February 21, 2019

Cathay Pacific Airlines, Rakan Perjalanan Anda



Hai gaiss. 

Aku tak tau lah korang macam aku ke tak sekarang ni. Lately ni hari-hari rasa macam stress semacam aje. Dengan banyak kejenya, dengan nak uruskan anak2 dua orang sorang2, dengan husband jauh fuhhh rasa nak pergi bercuti aje sekarang ni! Korang sama tak?  Kalau tengah2 stress ni mesti akan rasa kalau dapat travel pehhh seronok gila kan. Lagi2 kalau dapat hirup udara asing yang nyaman tu. Bukan nak kata udara kat Malaysia ni tak nyaman. Tapi kalau pergi negara luar, nyaman dia tu lain macam sikit kan. Hihi.

Tapi aku memang tak boleh nak bercuti lagi sekarang ni sebab kerja tengah banyak gila. Tapi kalau korang tengah free2 sekarang dan rasa nak berjalan dan rasa release stress meh aku share something yang best kat korang. So harini aku nak share kat korang salah satu airline terbaik yang boleh bagi travel percutian korang atau business travel korang jadi ceria lebih sikit daripada biasa. Apa airline yang bagus sangat ni? Pernah dengar Cathay Pacific Airlines? Mesti pernah kan. Apa yang special sangat dengan airline ni? Dah tak payah susah-susah nak fikir dalam2 pasal benda ni. Disebabkan aku terlebih baik harini (:P) so biar aku terangkan kat korang ok. Korang duduk diam2 je dan teruskan membaca. Firstly, Cathay Pacific Airlines ni akan bagi korang pengangkutan mudah untuk travel ke seluruh dunia, domestik dan antarabangsa. Kalau korang ada plan nak pergi bercuti, diorang ni boleh jadi salah satu pilihan perfect berbanding dengan airline lain.




Wednesday, February 20, 2019

Dua Hari Satu Malam di Singapura [6/2/19-7/2/19]



Hai gaissssss.

So ceritanya masa cuti raya cina haritu sempat lah aku sweet escape pergi Singapura sekejap. Masa tu aku amik cuti seminggu sebab adik ipar nak kahwin. Husband aku pon cuti 2 minggu. So alang2 nak balik Johor tu aku cakap dengan husband aku jom lah kite masuk Singapore kejap. Dapat berjalan tido hotel satu malam pon jadi lah. Hahaha.


Sebenarnya 6 passport tapi biasalah bila ada anak kecik ni dia pon sibuk je lah nak pegang semua benda yang mak dia ni pegang -__-

Trip kali ni aku bawak mak ayah aku sekali.
Actually lama dah plan nak bawak mak ayah travel ke oversea tapi masa kurang mengizinkan. Dan dalam plan list aku nak bawak sekali my mother in law berjalan sekali. Tapi sebab mil busy anak perempuan dia nak kahwin so takpa next time jelah. This time aku bawak mak ayah aku dulu.

Kitorang gerak dari Kota Tinggi dalam pukul 8am macam tu. Sampai imigresen dalam pukul 10am. Alhamdulillah tak banyak kereta. Smooth je proses. 

Tapi masa tengah que tu ada adegan kelakar gila jadi kat lane sebelah kitorang. Kan biasa nya memang ada polis yang akan standby untuk bukak bonet kereta kan. Sebelah kereta aku ni ada satu kereta Singapore. Ada sorang makcik ni yang drive. So polis ni pon suruh la makcik ni bukak bonet belakang nak cek.



Friday, February 15, 2019

Review : Project B Asia


Rasanya dah lama sangat aku tak ambil apa2 suppliment. Last masa pregnant anak sulung kot. Masa tu rajin amik vitamin C. Masa pregnant yang kedua dah start malas. Haha. Masa pregnant Aminah kulit muka aku naik jerawat teruk sangat. Tapi masa tu disebabkan kemalasan mengatasi segalanya so aku biar kan aje. Lepas bersalin Alhamdulillah jerawat hilang terus macam magic. Tapi tulah disebabkan masa jerawat naik dok picit tak hingat dunia so parut memang banyakkkkkkkkkkkk. Haihh.

Dan bila umur dah start masuk 30 series ni baru lah ada kesedaran nak jaga kulit muka elok2 sikit. Yelah kolagen dalam badan pon dah start menurun. Aku tanak lah jadi mak2 yang sendu. Impian aku nak jadi mak2 beranak ramai yang hot. wakakakaka.

Dalam banyak2 bahagian kat badan aku ni aku rasa kulit muka aku lah yang sangat bermasalah. As for now jerawat memang dah takde naik dah. Tapi pores besar, berminyak dan yang paling utama kulit aku selalu dehydrated.


 


Teruk kan? Haihhhhhhhh.

Dah la aku ni jenis kerja tak menentu. Sekejap duduk opis. Sekejap kene pergi site. Sekejap panas sekejap sejuk. Kesian kulit aku.

Malam2 pon ada hari yang aku memang tak sempat nak buat rutin untuk muka. Biasanya kalau anak2 dah terlalu mengantok, nak tido sangat dah dengan aku2 sekali tetido.

Ada one day tu someone approach aku untuk try satu Collagen ni. Dan disebabkan aku memang takde amik apa2 suppliment sekarang, so why not aku try kan. Untung2 semakin cantik hahahaha!


Wednesday, January 16, 2019

Berurut dengan My Bidan House


Nak share pengalaman berurut dengan tukang urut dari My Bidan House.

Baru baru ni aku panggil lagi Kak Ita ni datang urut aku lagi kat rumah. Masa first time dulu aku tanya jiran aku kalau2 dia tau tukang urut mana yang best. So dia bagi aku nombor kak ita ni. Rumah kak ita ni dekat je dengan rumah aku. Satu kampung labu lanjut tu.

Masa first time dulu sebab aku bengkak susu. Masa tu Aminah baru 9 bulan tak silap. Memang sedap lah akak ni urutkan badan. Berasa betol.

Kali ni aku panggil sebab badan aku dah sakit2. Yelah buat keje rumah sorang2 dengan dua anak tu. Tambah pulak Aminah ni sejenis kalau nak tido mesti nak tido atas badan. Belom lagi Naqeesya mintak dukung kalau hantar dia pegi sekolah. Adoi. Dengan nak mengangkut beg laptop yang besar tu. Belom kalau kene bawak drawing dengan file2 pergi kereta. Letih! Sampai tahap aku tengah mandi pon tangan aku boleh cramp! Punyalah dasyat. Kalau cramp tu memang menangis sorang2 je lah. Dah tu siapa lagi boleh dipanggil? Laki jauh.




Yang bestnya kak ita ni boleh datang rumah and boleh berurut waktu malam. Senang sangat. Tu pon dia cakap khamis malam tu ada berurut orang pantang jugak pukul 8pm. Aku punya slot pukul 10pm.

Monday, January 14, 2019

Malaysian playing tourist in Kuala Lumpur

Halahh halahhh halahhhh tajuk kemain lagi kan nak omputih bagai. Hahaha.

Aku kan keje dekat KL. Ada satu hari tu masa tengah layan jammed balik keje petang2, tengok view KL tup2 rasa eh macam best je kalau stay satu malam dekat KL ni. Nak carik hotel or apartment yang boleh layan view KL malam2. Teringat zaman2 masa study kat UM dulu. Duduk dekat apartment Vista Angkasa sebelah Lrt Uiversiti tu. Malam2 layan view dari tingkat 10. Bestnyaa. Sekarang Lrt ni pon dah tukar nama kan? Kawasan tu pon dah lama gila aku tak jejak. Depan belakang semua dah naik condo tinggi2. Dulu zaman2 aku duduk situ, Vista Angkasa tu lah paling cantik kat situ 😂

11 tahun aku duduk area Kuala Lumpur ni tak pernah terasa nak ronda2 kat sana. Dah ada anak2 ni baru lah rasa nak bawak anak2 jadi pelancong kat negara sendiri. Padahal masa study dulu boleh kata tiap2 minggu dok pegi ukur jalan dekat Sungei Wang tu 🤪 Tak pernah sekali pon rasa nak naik KL tower ke amik gambar depan KLCC ke. Haha.

Actually aku suka jugak duduk rumah tinggi2 ni. Sebab view cantik (kalau dapat rumah view cantik lah 😂) Tapi bila memikirkan tiap2 pagi nak bertempur dengan dua askar tu dengan nak keluar masuk rumah angkut beg bagai, matikan je lah hasrat nak duduk apartment. Kene duduk rumah atas tanah jugak. Tapi kalau banyak duit nanti boleh la beli apartment cun2 satu jadikan homestay so diri sendiri boleh duduk situ jugak 😜


1. Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Cantik hotel ni. Berbaloi dengan harga. Boleh nampak view KLCC depan mata. Breakfast dia semua sedap2. Kalau korang malas nak turun breakfast kat bawah, dorang siap boleh hantarkan naik bilik lagi tau 😂



Sunday, January 6, 2019

Cerita pengasuh ANs


Aku dengan husband start cari pengasuh masa aku pregnant anak nombor 1, Ameera Naqeesya. Masa tu aku ada carik2 pengasuh kat group kat fb. Kebetulan sepupu biras aku ni duduk dekat2 dengan rumah aku. Mula2 tu tanya jugak dekat sepupu biras tu dia tanak ke mengasuh budak sebab dia pon housewife. Tapi dia cakap dia kene amik anak sekolah. So macam susah la nak jaga budak kecik. Tapi dia cakap jiran satu taman dia tu ada yang housewife jugak tak buat apa so nanti dia tanyakan.

So dah rezeki lah akak tu boleh tolong jagakan anak aku. Sebab anak dia sorang je. Dah besar pulak tu dah masuk kolej. Dia cakap boleh la try jaga. Masa tu dia jaga anak buah dia jugak dua orang. Tapi dua2 dah sekolah rendah.

Tup2 anak aku serasi sangat dengan dia.

Aku bayar RM400 masa tu sebab aku kerja KL. Rumah aku kat Sepang. So balik keje pukul 6pm sampai Sepang dah dekat pukul 8pm. Husband aku pulak keje shift. Kalau dia keje shift siang, dia boleh amik anak2 awal. Kalau dia keje shift malam memang pukul 8pm baru aku sampai rumah pengasuh amik anak2. So masa tahun 2016 rate pengasuh dalam Rm350 dekat Salak Tinggi tu. Jadi kami decide nak bayar Rm400 lump sum kalau teramik lambat. Makanan anak2 semua aku prepare dari rumah.

Sampai lah anak sulung aku umur 2 tahun setengah sekarang. Dan ada adik umur setahun dua bulan. Kitorang hantar dua beradik ni dekat pengasuh yang sama sebab anak aku pon memang dah serasi sangat dengan pengasuh ni. Kadang2 tu sampai tanak balik rumah. Kitorang bayar Rm750 untuk dua beradik ni.

Tapi tulah kite ni manusia yang mampu merancang je. Tapi perancangan Allah tu lagi Maha Hebat.

Bulan November 2018 baru2 ni dia mintak aku cuti 2 minggu nak bawak mak dia pergi umrah. So aku plan nak amik unpaid leaves. Tapi bos bermurah hati nak bagi aku buat keje dari rumah. Hahahaha. So aku amik 3 minggu terus.

Ditakdirkan lepas balik umrah tu mak pengasuh aku meninggal. Actually sebelum pergi umrah dah tak sedap badan. Tapi pergi jugak umrah. Balik tu terus demam. Doktor cakap bukan virus dari Mekah. So pengasuh aku extend cuti seminggu. Naseb baik aku memang amik cuti 3 minggu.

Then, lepas siap urusan arwah tu pengasuh aku nak cuti lagi sebab nak uruskan pembahagian tanah ke tukar nama tanah camtulah. Masa tu aku dah serba salah lah. Takkan aku nak cuti lagi. Tak sedap lah kan dengan company. Lagipon korang tau je lah buat keje kat rumah dengan dua anak kecik banyak  mana je lah boleh siap. Hahah.