Monday, December 21, 2015

Nama anak.


Aku : Nanti nama anak kita nak letak semua Nur/Nor ke? (nama penuh Akram : Nor Akram)

Akram : Haah.

Aku : Alah panjang la nama budak tu nanti.

Akram : Takpe.

Aku : Kesian kalau baby boy nanti masa exam keliling semua perempuan.

Akram : Baru lah boleh jadi hot macam ayah dia dulu. Setiap kali exam je kene baca doa sebab sorang2 lelaki yang lain semua perempuan. Kat matrik kan exam dalam kelas ikot nama. Hihihi. Pastu nanti ramai orang nak ngorat. :P


zzzzzzzzzzzzzzz. Malas nak layan.

Saturday, December 19, 2015

Second pregnancy : Kehadiran yang tidak disangka-sangka


Disebabkan ramai dah tau yang aku dah pregnant untuk kali kedua ni, so aku share lah sikit cerita aku. Lagipon ada jugak kawan2 yang tanya macam mana tips2 semua macamkan aku dah mengandung 8 kali. Ekekekeke. Takpe sharing is caring. Lagipon agak lama jugak jarak aku dari gugur sampai nak melekat balik. Alhamdulillah now dah 4 bulan :)

Alhamdulillah dekat akhir bulan 9 2015 aku positif hamil untuk kali kedua.
Sape yang follow blog aku tau lah kan yang aku pernah keguguran masa awal tahun 2015.
Boleh baca sini ---> Pengalaman mengandung & keguguran Part 1
Pengalaman mengandung & keguguran Part 2
So lepas pantang dalam dua minggu camtu aku memang berusaha lah jugak untuk pregnant balik.
Masa tu baru lah tahu yang buat anak ni bukannya senang!
Bahahaha.

Aku memang download period calendar untuk rujukan.
Masa kitorang pergi honeymoon kat Sabah lepas habes pantang gugur tu actually aku rasa masa tu aku tengah subur jugak.
Tapi next month nya still datang period. Masa tu agak down lah jugak.
Orang dah plan baik punya apehal tak lekat jugak. Haha!
So dari bulan 3 sampai lah bulan 8 memang berusaha habes lah nak membuat baby ni.
Kat Sabah tak jadi. Kat Bukit Fraser tak jadi. Kitorang timing ngam2 ikot kalendar masa subur tak jadi. Ikot petua kawan2 supaya "on" selang sehari dekat2 nak subur tu pon tak jadi!
Stress hemak :P

Aku dah start cuak dah. Walaupon baru 6 bulan kan. Tapi takut lah ada something wrong ke dengan badan aku sebab aku pernah gugur kan. Mana tau tetiba ada cyst ke apa ke. Baca2 kat blog ada yang sampai berpuluh tahun kahwin still takde anak.
Kadang2 aku mengadu jugak kat laki aku macam mana ni tak berhasil pon perjuangan kita. Hahaha!
Suami aku cakap sabar je.
Mungkin rezeki kita kat tempat lain dulu. So aku pon okey je lah. Orang kahwin lambat cenggini la. Dah 27 tahun baru risau bila lambat peknen. heheh.

Dalam sabar2 tu memang selalu jugak aku google2 carik cara2 nak cepat pregnant. Teknik2 yang berkesan untuk pregnant. Makanan untuk cepat pregnant. Eh banyak lah aku carik. Dah carik, capture screen hantar kat laki biar dia baca. Hahahaha! Vitamin jangan cakap. Pon aku makan. Bukan setakat aku, aku paksa Akram makan sekali :P

So masa bulan 8 tu kitorang beli tiket pergi Korea.
Mula2 plan nak pergi masa musim bunga bulan 4, 2016.
Pastu Akram cakap takut peknen kang bazir tiket je. Cewahhh. Macam lah peknen :P
Rupanya masin betul mulut laki aku ni. Hahaha.
Kitorang beli tiket bulan 11, 2015. Konon2 nak celebrate anniversarry kat Korea la. Kikiki gedik sangat. Padahal aku tak minat pon cerita Korea. Adalah 2-3 drama dia yang aku pernah tengok sampai habes.

So lepas bulan 8 tu aku takde fikir sangat nak peknen.
Sebab dalam kepala hotak masa tu dok fikir pasal Korea je. Haha! Hari2 gugel pasal Korea. Siap ada buku khas untuk travel ke Korea. Gittew.
Bila tak berfikir pasal anak tu lah masanya Allah turunkan rezeki untuk mengandung.
Alhamdulillah.

Aku ingat lagi. Hujung minggu 19/9/2015 tu ada kazen aku kawin kat Muar.
Masa tu aku dah lewat period 4 hari. Aku memang neves gila time tu.
Sebab nya aku dah tak fikir kan. So aku expect memang period aku akan datang. Lagipon beberapa hari sebelum memang ada demam + sakit perot macam nak period.
Dulu2 dalam masa 6 bulan tu asal nak period je aku demam + sakit kepala.
Aku macam bajet2 la entah2 peknen tak. Siap konon2 buat2 tak larat depan laki. Ajet2 peknen. Wakakaka. Bila datang period hamek kau terus down. Tu yang aku malas nak mengharap tu bila aku start demam pening kepala before period.

So at that time memang aku bajet dah nak period la. Siap standby pad lagi dalam beg.
Tapi eh apesal tak period2 jugak. Takkan pregnant kot. Siap tak percaya kan.
Hari2 whatsapp Akram cakap ngan dia neves sebab period tak datang lagi. Akram cakap takpe. Kalau ada rezeki InshaAllah. Huhu.

So 19/9/2015 tu aku balik Muar dengan kakak aku sebab Akram gerak dari Sepang terus ke Muar.
Masa tu sebenarnya kakak aku dah perasan aku ni macam gemok gila tapi dia tak berani la nak tanya kan. Kang ada pulak manusia sentap. Bahahaha!
Mak aku pon tengok aku macam something wrong je that day.

Aku berbaju purple kiri sekali. Masa ni berat aku normal tau. 53kg je. Aku tengok dalam cermin aku kurus je. Bahahaha! Sampai aku tak percaya dalam gambar tu adalah aku. Gemok gila kot!! Dah macam makcik2 anak 12 dah *nanges*


So lepas habes wedding aku terus balik rumah mak mertua kat Pontian. Before tu singgah guardian dulu beli pregnancy test. Beli yang dua set punya.
Sampai rumah tanpa pengetahuan aku mak mertua aku tanya kat Akram camni "Wana tu dah ada apa2 ke? Maksudnya dah ada isi ke? Mak tengok macam lain je. Pipi pon naik semacam je"
Padahal time tu aku belum buat test lagi. Heheh.
So aku terus pergi mandi membawa salah satu test kit dengan perasaan yang berdebar2.
Sebelum mandi aku buat dulu. Tengok result keluar satu line. Terus sedih.
Pastu aku terus mandi.
Lepas mandi bila tengok balik...


Dua line!!!


Masa tu menggigil tangan aku.
Cepat2 masuk bilik. Letak kit atas meja.
Aku terus pakai telekung dan buat sujud syukur.
Masa sujud tu menangis2 aku ucapkan terima kasih pada Allah sebab makbulkan doa aku.Syukur Alhamdulillah.
Lepas tu baru aku solat isyak. Dalam sujud terakhir tu lama aku sujud ucap Alhamdulillah pada Allah. Puji2 Allah Maha Baik Allah makbulkan doa aku. Huhuhu. Syahdu beb rasa time tu. Dalam dada ni nafas laju je sebab still rasa macam tak percaya. Di saat aku tak mengharap di saat tu Allah turunkan rezeki.

Bila Akram masuk bilik je dia tengok test kit tu. Pastu datang kat aku. Dia pon macam tak percaya.
Dia peluk aku. Aku terus nangis. Unlike masa first pregnancy, kitorang memang takde perasaan. Rasa macam eh mengandung ke? ok lah. Nak buat apa ek? Camtu.
This time bila dapat berita gembira untuk kali kedua memang aku menangis sebab terharu, sebak, semua ada tak tau nak gambarkan macam mana. Alhamdulillah. Terus aku bagitau akak aku malam tu jugak. Tu yang kakak aku cakap dia dah perasan aku memang macam dipam2 badannya tapi tak berani nak tegur takut aku kecik ati pulak. Hehehe.

Bila aku whatsapp kawan2 rapat pon dorang cakap memang perasan badan aku naik masa kitorang keluar makan2 seminggu sebelum. Tapi senyap je lah. Tak sangka sangat.

So esok paginya aku buat lagi sekali test tu.

Lagi terang :')

Patot lah beberapa hari sebelum tu aku mengalami sakit belakang + sakit pinggang yang amat.
Aku memang jenis selalu sakit belakang. Tapi sakit pinggang tu memang tak pernah. Bila kene tu Ya Allah rasa nak nangis pon ada. Tak sangka pulak sebab ada makhluk kecit nak datang. Hehe.

Pregnant kali kedua ni jugak totally different dari yang pertama.
Masa pertama dulu aku sakit kepala teruk je. Pastu loya2 tu biasa lah. Tapi tak muntah.
Yang pasti aku macam tak pregnant time tu. Jalan laju. Macam takde pape je. Huhu

Yang kedua ni aku memang dapat pakej pening, sakit belakang, sakit pinggang, loya. Lengkap. Tapi naseb baik dia loya je tapi tak muntah. Sakit pinggang tu yang paling win. Menyucuk2 kat tepi pinggang sampai rasa nak pengsan. Sampai rasa nak baring je 24 jam. Haha. Pastu aku memang rasa lain la pada badan aku. Memang rasa macam membawa sesuatu dalam perut. So aku memang kurangkan berjalan. Jerawat memang naik dengan jayanya which is aku dah lama sangat tak naik jerawat banyak2.

Aku nak share sedikit tips dengan kawan-kawan yang masih berusaha untuk pregnant. Tak, aku bukan hebat sangat cuma manalah tau kan ada tips2 yang boleh diguna pakai. Hehe.

1. Jaga makan

Lepas aku pantang gugur tu aku memang jaga makan sikit. Antara makanan yang aku tak sentuh langsung ialah Laksa, Air gas, Air tebu, Nenas dll.

Lepas tu aku memang continue makan asid folik. Dan ada jugak amik vitamin lain dari shaklee macam vitamin C & vita-lea. Sebulan ke dua bulan sebelum aku dapat tau aku pregnant sebenarnya aku ada makan jamu ratu dara jugak. Mungkin dengan izin Allah dapat membantu kot. Sebenarnya jamu tu dah lama kawan aku belikan dari sebelum kawen lagi tapi tak makan2. Sampai lah satu hari tu tergerak aku nak try makan. Takde beza sangat pon bila aku makan tu sebab period aku memang jenis teratur kan. Tapi mungkin dengan izin Allah, kita cuma mampu ikhtiar je :)

2. Doa sfesifik pada Allah

Yang ni aku belajar dari junior sekolah aku. Dia memang selalu lah pos2 pasal keagamaan dan benda2 positif. Salah satu nya pasal doa sfesifik pada Allah. Selama ni pon aku tak pernah amik kisah sangat pasal doa ni. Memang lah kita doa sungguh2 tapi kita ada terkurang sikit.

Selalunya aku akan doa camni "Ya Allah kurniakan lah aku zuriat yang soleh dan solehah. Berikanlah aku peluang untuk merasai pengalaman mengandungkan zuriatku dan suamiku" lebih kurang cam tu lah.

Nampak macam okey je kan? Memang okey pon. Takde salah nya. Dah elok dah doa tu. Tapi kite tak pernah bagitau Allah bila kita nak anak tu. Esok ke? Tahun depan ke? 10 tahun lagi ke?
Memang Allah tu Maha Mengetahui, tapi lebih elok kalau kite yang bagitau sendiri details yang kita nak. Rugi sangat kalau kita tak guna kuasa doa. Sebab kalau doa kite lebih spesifik, maksudnya kite pon bersungguh-sungguh doa. Tandanya kite memang betul2 perlukan pertolongan dari Dia.

So bila junior aku ajar doa sfesifik aku terus tukar doa. Aku doa "Ya Allah, kau berikanlah aku peluang untuk mengandungkan zuriatku dan suamiku dan kau kurniakanlah aku zuriat pertamaku sebelum genap umur ku 28 tahun" kan ada beza kan? Nampak yang kita nak sangat ada anak sebelum tempoh masa sekian2. Pastu lepas doa jangan lupa puji2 Allah contoh Aamiin Ya Rahman, Aamiin Ya Rahim, Aamiin Ya Razzak, Aamiin Ya Mujib. Dan sebagainya :)

3. Mintak kawan2 tolong doa sekali

Apa guna ada kawan2 ramai kan. Jangan di buat musuh. Mintak dorang doakan untuk korang sekali. Mana tau ada antara kawan2 korang tu doanya senang dimakbulkan.

Ada one time junior aku yang suka pos2 pasal benda positif tu pos pasal kandungan dia. Aku terus mintak dia doakan aku sekali. Sampai sekarang aku ingat lagi doa dia.

Alhamdulillah. Maha Baik Allah. Makbul doa budak ni. Tq Dyana :')


4. Lebihkan sedekah

Yang ni sangat penting. Jangan kedekut nak bagi sedekah sebab sedekah takkan menjadikan kita semakin miskin.

Ada satu hari tu duit aku dalam bank tinggal berapa je entah tak sampai sepuluh ringgit pon. Tapi time tu ada orang2 share2 pasal syria aku rasa macam touching sangat. Nak sedekah tapi duit takde. Dalam purse adalah cash. Tapi nak transfer dalam bank dah takde duit sebab bulan tu banyak nak guna duit. Masa tu bulan lapan tak silap aku. Owh time tu aku beli tiket pergi Korea. Hehehehe.

So aku fikir nak derma ke tanak. Tapi hati kuat nak derma. Tapi duit sikit je.
Last2 aku nekad. Sebab bawah post tu ada tulis derma Rm1 pon takpe. Kalau 1000 orang dah jadi RM1k kan.

So aku bukak maybank2u. Aku nak derma RM2 je lah sebab tu je mampu. Masa tu aku ingat lagi tengah hujan lebat memang selebat-lebat tidak kat luar ofis. So masa aku nak klik confirm tu aku doa betul2 doa Ya Allah kau murahkanlah rezeki ku dan suamiku. Kau kurniakanlah aku zuriat sebelum genap umurku 28 tahun. Ada lagi lah yang aku doa tapi antaranya camtu lah. Siap keluar air mata lagi punyalah berharap. Pastu aku tekan confirm. Alhamdulillah tak tau lah kebetulan ke apa, bulan depannya aku pregnant. Allah Maha Baik kan?

Kalau ada member2 yang baru dapat anak tu rajin2 kan lah diri melawat lepas tu bagi sumbangan sikit kat baby. Sambil2 tu bisik kat baby supaya doakan korang pon ada rezeki dapat baby jugak :)

5. Jangan kedekut belanja kawan2.

Sesekali kalau keluar dengan kawan2 jangan kedekut nak keluarkan duit.
Ada pernah sekali tu aku keluar dengan kawan2 U. Sepatotnya masa makan tu tong2 duit. Tapi aku keluarkan je duit Rm50 terus bayar niat dalam hati nak sedekah padahal masa tu aku bukan ada duit sangat pon.


6. Jangan stress dan selalulah maafkan orang

Ni pon penting. Jangan stress2 sangat sebab makin stress makin susah nak lekat. Okey?
Tapi cakap je memang lah senang kan. Kadang2 tu terfikir-fikir jugak kan? Aku pon sama. Hehehe. Tapi aku selalu positifkan diri sendiri.

Dan selalu maafkan orang. Yang ni betol tau. Bila kau ikhlas maafkan orang, InshaAllah banyak rezeki Allah akan bagi pada kau. Macam2 cara. Serius!


7. Berurut

Yang ni sebenarnya orang selalu berurut sebelum nak kawen kan. Haha!
Tapi aku ni mana lah nak pikir sangat pon pasal benda2 ni semua. Lepas gugur baru sibuk2 nak berurut. Tak silap aku sekali je kot aku berurut. Pastu kakak aku suruh try berurut yang kat Jb pulak. Sebab masa dia pantang dia amik makcik tu urut dia.
Kakak aku cakap tukang urut paling best dia pernah rasa dalam empat2 anak dia tu. Badan tak sakit2 pon sampai nurse yang datang cek kat rumah pon terkejut sebab rahim dah naik ke camne tah. Haha lupa plak.
Makcik tu dah tua dah tapi tangan dia serius kuat. Memang best la. Sekali je la aku berurut dengan dia. Plan nanti masa aku deliver nak amik dia jugak InshaAllah kalau makcik tu panjang umur. Semoga Allah permudahkan.

Sebenarnya berurut ni bukan setakat nak naikkan rahim je. Banyak faedah berurut. Untuk orang yang kerja berat macam aku banyak berjalan dulu memang bagus la. Nak pulihkan otot2 badan. Nak hilangkan stress. Nak segarkan badan. Nak buang angin dalam badan. Eh banyak lah. Hihihi.


Pastu makcik aku pernah bagi petua. Masa tu dia belum tau aku pregnant lagi. Dia cakap try makan buah kurma yang fresh tu. Yang dari tangkai tu.
Aku tak pasti la mana nak carik kurma tu. Tapi makcik aku cakap InshaAllah try la dulu makan + niat. Tak sempat try dah melekat pulak :P

So far aku rasa tu je kot pengalaman yang aku boleh share.
Apa-apa pon Allah tu sebaik-baik perancang. Dia sahaja lah yang Maha mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk Dia makbulkan doa kita.
Yang penting bak kata junior aku, kita boleh meminta-minta kan? Allah kan Maha Baik. Jadi jangan berhenti berdoa, okey?

Terima kasih Ya Allah. Kadang2 aku malu sendiri dengan Allah. Lepas aku gugur, banyak rezeki yang Allah bagi. Satu Allah tarik, banyak Allah kurniakan rezeki lain.
Aku dapat pergi honeymoon kat Sabah.
Akram tak kene buang dengan MAS.
After 11 month, akhirnya aku dapat duduk serumah dengan suami sendiri. Dah tak pjj. Dapat masak untuk suami hari2. Jangan anggap tu beban. Anggap je Allah bagi rezeki untuk kau kumpul pahala.
Dapat celebrate first anniversary kat Korea. Haihhhh aku je yang selalu kurang bersyukur. Solat pon kadang2 terlambat T.T

Okey lah untuk korang aku ucapkan selamat berusaha.
Aku doakan korang yang still berusaha untuk dapatkan baby tu akan diberikan berita gembira dalam masa terdekat ni.
Aamiin.

Mohon kawan2 pon doakan aku jugak ye. Semoga dipermudahkan kehamilan kali ni dan dapat melahirkan dengan selamat. Aamiin Ya Mujib.

bye.



Saturday, November 21, 2015

Makan-makan @ Senandung Malam Seafood Bagan Lalang


Lamanya tak hapdet entry makan2 kan.
Sebab memang dah lama tak makan2 kat luar. Satu sebab lepas kawen kan pjj so bila aku datang KL or Akram balik JB masing2 jenis lagi suka duduk rumah je. Yelah berminggu tak jumpa, bergolek2 kat rumah je lah jawabnya. Ekekeke.
So sekarang dah duduk satu rumah ni sebenarnya malas jugak nak keluar weekend :P
Sebab aku keje jauh kot. So weekend memang aku manfaatkan sepenuhnya unntuk lepak kat rumah.
Penat weh. Ni malam tadi aku pukul 10 dah terbongkang tido.
Aleh2 lepas Subuh baring2 depan tv tertido balik lepas laki pergi keje.

So ahad lepas parent aku datang berjalan rumah aku.
Nak datang weekend banyak sangat keje kawen. So datang lah weekdays.
Aku dengan Akram memang keje.
Naseb baik hari Rabu tu balik awal sebab pergi site kat sendayan. Pukul 5 petang dah sampai rumah.
So bawak lah dorang makan2 kat Bagan Lalang sebelum balik hari Khamis tu.

Kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang camtu. Pusing2 dulu area pantai. Naseb baik belum cuti sekolah. So memang tak ramai sangat orang makan kat Bagan.
Kalau time cuti sekolah memang kene booking awal2.
Kalau tak memang berjam lah nak dapat meja.

This time kitorang makan kedai Senandung Malam.
Aku dah 6-7 kali jugak makan kat Bagan Lalang ni.
Selalu makan kat Wak Lan. Pernah sekali dulu makan kat Senandung Malam ni. Pastu ada sekali makan kedai hujung belah kanan lupa apa nama dia.
Ada banyak lagi kedai seafood area sini tapi aku dengan Akram ni jenis suka stick kat satu2 kedai je. hahaha.


Seafood tengah mahal kau. Sotong, ketam, sekali masak sekilo RM50. Udang pulak sekilo Rm100 sekali masak. Pengsan hemak. Kedai ni kedai pertama lepas kau belok kiri area Bagan Lalang tu.

Lepas pilih2 seafood kitorang pergi solat dulu gilir2 sementara nak tunggu lauk siap.
Surau dia agak besar jugak. Belakang sekali kedai. Telekung and sejadah pon banyak. Selesa lah. Toilet pon okey je bersih.


Tudung merah tu anak sedara aku yg sulung. Tahun depan masuk darjah tiga. Dia ni memang kaki berjalan. Masa kecik dulu paling susah nak jaga. Tanak dekat orang langsung. Bila dia start nangis je rasa nak huru hara dunia. Naseb baik dah besar senang jaga. Hahaha! Dia ni tak kisah ikot atok nenek dia berjalan. Mak ayah dia kat Johor.


Jenahak bakar berlada


Ketam dua ekor masak cili. Kerang bakar. Dulu2 tak pernah pandang kerang bila makan kat sini. Haritu je teringin pulak nak makan. Mak aku tak pernah makan kerang bakar. Selalu dia masak kerang rebus. So dia macam tak percaya yang kerang tu boleh masak kalau bakar je. Hahaha!


Sotong goreng tepung & tomyam putih.


Mak aku buat muka masa ayah aku tengah patahkan kaki ketam yang besar tu. Ekekeke


Kuat berangan. Kuat mekap. Tak boleh nampak beg mekap aku. Ade je lah kejenya. Ni dah besar kurang sikit. Masa kecik dulu lagiiiiiiiiiiiii la teruk. Siap eye shadow semua dia pakai.


Lepas makan. Terus naik 3 kilo. Bahahaha

Alhamdulillah sedap jugak dorang masak malam tu.
Sebab dulu aku datang masa cuti sekolah kedai Wak Lan tu tak sedap langsung.
Ni okey lah. Cuma aku belum jumpa lagi kedai yang betol2 sedap macam masakan kat Muara Duyong, Melaka. Tu memang champion la.


Lepas makan apa lagi, bayor ler. Nasi putih 6 pinggan + 1 jug fresh oren, total = Rm150 lebih kurang tak silap aku. Aku rasa macam mahal sikit dari aku makan yang lepas2. Tapi sebenarnya harga seafood memang tengah mencanak-canak naik sekarang. Sabo je lah.


So far kedai ni antara yang korang boleh try la kalau teringin nak makan kat Bagan Lalang ni. Cuma kalau nak datang cuti sekolah tu booking dulu la ye. Kalau tak nak carik parking pon bercinta. Haha


okbai.


Tuesday, November 10, 2015

Fulltime working housewife


Minggu lepas secara rasminya bermulalah tugas aku sebagai fulltime working housewife.
Hehehe.
Kan selama ni aku pjj dengan Akram. Aku kat Johor, Akram kat Klia.
So takde la aku nak kene buat keje rumah, masak, kemas rumah, bangun pagi blablabla.
So bila dah duduk sekali barulah bermulanya cabaran sebenar. Ekekeke.
Dah nak dekat setahun kawen baru nak merasa jadi isteri betol2 :P

Disebabkan aku terpaksa ulang-alik keje Sepang-Mont Kiara yang sangat jauh tu, rutin aku bermula seawal 5.45 pagi. Dan berakhir bila aku dah ngantuk. Bahahaha.
Setiap hari aku akan bangun pagi untuk siapkan bekal untuk Akram dan aku.
Sebenarnya laki aku tak kisah sangat pon bawak bekal ke tak sebab dah setahun dah dia rilek je kan makan sendiri.
Tapi sebab aku dah janji dengan diri sendiri dulu bila kawen aku nak bawakkan laki aku bekal hari2 so aku berusaha jugaklah untuk prepare semua.
Tapi kan amazingly aku berjaya jugak bangun awal pagi macam tu hari2. Sebab masa aku kat Johor dulu, bangun Subuh pon pukul 6.30 pagi lepas tu sambung tido balik. Bahahaha buruk perangai.
Harap2 dapat lah istiqomah boleh prepare bekal hari2.

Cuma tu lah pening kepala jugak hari2 pikir nak masak apa untuk bawak bekal.
Kalau tanya Akram jawapan dia memang aku dah boleh hafal "Apa2 je. Baby masak pape semua ayg makan"
Tak membantu betul.

So last week sepanjang seminggu ni list bekal aku & Akram:

Isnin:
Pagi + tengah hari : Akram belikan nasi kerabu sebab penat baru sampai sepang dari johor malamnya. hihi
Malam : Mihun goreng

Selasa:
Pagi + tengah hari : Nasi putih + ikan kembung masak sambal
Malam : Nasi putih + telur goreng (sebab aku je nak makan. Akram kenyang lagi. hahaha)

Rabu:
Pagi + tengah hari : Tortilla wrap chicken slice
Malam : Nasi putih + paprik ayam

Khamis:
Pagi + tengah hari : Spagheti bolognese
Malam : Nasi putih + cencaru bakar cicah sambal cili kicap

Jumaat:
Pagi + tengah hari : Jemput2 pisang + sandwich telur rebus & chicken slice
Malam : Nasi putih + tomyam ayam


Ni je yang sempat amik gambar. Nampak tak busynya. Hahaha!

Bekal Akram selalunya dia akan makan pagi2. So tengah hari tu dia membuta sebab perut dia sejenis perut yang tebal.
Macam aku, bekal aku selalunya aku akan makan tengah hari. Pagi2 aku akan makan roti dulu + kurma untuk alas perut sebab perut aku sejenis yang manja. Ekekeke.

Akram punya tempat keje 15 minit je dari rumah. So kalau nak masak dinner tu selalu dia masakkan nasi siap2 and keluarkan ayam/ikan yang nak dimasak.
So nanti aku balik tinggal masak je.

Kalau hari cuti best sebab boleh masak macam2 sikit.

Lauk hari Sabtu. Actually ni lauk masa zaman2 sekolah asrama dulu. Lauk paling peveret semua orang. Bila aku aplod gambar ni kat fb ramai giler like and komen. Memang betol2 mengimbau kenangan. Hahaha! Lauk setiap hari jumaat tengah hari. Sambal menjilat jari kau sambal udang tu dulu. Haihhhh rindu nyaaaa. Udang kecik camtu memang sedap buat sambal. Tapi nak mengopek kulit dia tu punyalah hazabullah. Sampai nak pitam2 aku. Ekekekeke.


Macam harini cuti deepavali aku masak Nasi ayam penyet.




Kalau Akram keje malam aku masak senang sikit. Pagi tu aku masak sekali banyak untuk aku bawak bekal and Akram bangun makan tengah hari and petang.
Selalunya kalau die keje malam aku memang tak jumpa dia petang tu.
Sebab aku sampai rumah pukul 7.30 malam Akram dah pergi keje dah. Dia masuk keje 7.45 malam.
So memang jumpa pagi je lah dia balik keje subuh2.
Malam aku makan tak kisah sangat sebab aku jenis yang hari2 makan telur dadar kicap pon okey je. Hahaha!

Kalau weekend selalunya aku memang malas nak keluar rumah kecuali pergi pasar.
Penat weh. Hari2 ulang alik keje. weekend memang aku kalau takde benda penting nak keluar memang aku lepak rumah je.
Pastu weekend memang aku akan prepare benda2 yang menyenangkan kerja aku untuk masak.
Bawang putih + bawang merah aku akan blender siap2.
Lada kering pon aku blend siap2 satu bekas besar.
Pastu kalau terlebih rajin aku buat karipap frozen senang kalau tak tau nak makan apa goreng je. Sekali buat boleh dapat 30biji.

Macam sayur2 tu aku prepare malam sebelumnya je. Tak reti aku nak prepare untuk seminggu terus.
Maklumlah baru seminggu pegang job ni. Nak kene prektis lagi. Ekekeke.

Haritu kat fesbuk kawan aku share idea bekal2 yang boleh dibawak pagi2.
Menarik betul aku tengok.

Menarik kan? hehehe. Dah la simple. I loike. Macam ni bekal2 pagi + lunch ok la. Simple. Dinner boleh la masak lauk2 bercita rasa Malaysia. Ekekeke. Tapi laki aku kalau hari  biasa dia ok je aku masak ape pon. Sebab paham kan keje jugak. Nanti weekend baru masak variety sikit. 


So tu je lah kot setakat ni.
Nanti kalau rajin2 aku apdet lagi.
hehehe.

okbai.


Thursday, October 29, 2015

Renew passport yang Expired & HILANG


Kalau korang ada masalah macam aku, passport dah  la expired, HILANG pulak tu. Hehehe. Jangan membuang masa pergi UTC sebab dorang takkan terima kes kau. UTC untuk yang nak buat permohonan baru dan untuk renew passport dengan syarat passport lama ada bawak.
Kalau nak renew tapi passport tarak nak tanak korang kene jugak pergi pejabat imigresen.


So ada satu malam tu aku try la pergi UTC jb sebab tak tau kan.
Dah la pukul 7-8 malam utc akan rehat. So aku gilir2 la solat dengan Akram sambil beratur.
Dah pukul 8 malam camtu baru kaunter bukak. Masa dah jalan2 ke depan tu baru lah perasan ada notis tampal bagitau kalau passport hilang walaupon dah expired kene jugak pergi imigresen. Tak boleh buat kat UTC. Hishhh bazir masa aku je. Haha! Tu lah dari awal tanak tanya kan padan muka.

So Rabu lepas aku pergi la Pejabat Imigresen kat Setia Tropika sana.
Tanya2 member kat pesbuk, kaunter tutup tak masa lunch hour. Member aku cakap tak tutup selalunya. So aku sampai dalam 12.40 tengah hari camtu. lepas amik nombor terus naik tingkat tiga untuk urusan passport.
Nombor aku akan bawak aku ke unit kehilangan dan kerosakan. Masa tu nombor semasa 3025. Nombor aku 3028. Kalau la kaunter bukak lagi time tu memang sap sap soi cepat je passport aku siap.
Tapi 12.40 tengah hari staff dah hilang. Terpaksa lah aku tunggu sampai pukul 2 petang.
Tapi kalau kaunter biasa untuk hal lain2 bukak je masa lunch hour. Kaunter kehilangan & kerosakan dengan kaunter permohonan sabah sarawak je yang berehat. Maybe sebab tak banyak kes kot.

So pukul 2 lebih tu nama aku pon kene panggil. Sekejap je. Tanya2 sikit. scan2 ibu jari sikit. Amik gambar pastu dah. Kene tunggu pulak nombor kene panggil untuk bayaran.
Tapi aku tak pasti lah passport 2 tahun wujud lagi ke tak sebab masa aku bayar tu dia tak tanya pon nak renew berapa lama. Dia terus mintak RM200 (5 tahun). Sebab aku memang nak buat untuk 5 tahun so aku bayar je lah tak banyak tanya.

Lepas bayar kau akan dapat resit untuk dihantar ke bahagian collection.
Dia tulis kat resit tu passport siap dalam masa sejam dari waktu bayaran.
Tapi aku bayar 2.20pm, 2.45pm passport aku dah siap. Heheh!
Kejap je kan. Dok menunggu kauter bukak je yang lambat. Kalau aku datang pagi sejam dah siap.

Tapi tak kisah la. Yang penting sekarang dah ada passport yeayyy.
Owh masa collect passport tu dia mintak lagi Rm5. Ingat kan untuk apa. Rupanya dia dah siap2 bagi casing passport sekali. Orang tak mintak pon. Ciss Paksaan. Ekekeke.

Oh lupa nak cakap nak renew ni bawak ic je. Potostat ic tak payah bawak. Gambar pon tak payah bawak. Nanti amik kat sana je okey.

So tak sampai sebulan lagi nak pergi travel. Poyo2 nak celebrate anniversary kat oversea. Ekekekeke.


Semoga segalanya dipermudahkan.
Aamiin.

Update : Kalau passport dah hilang dan expired tak payah buat report polis pon takpe. Boleh je renew yang baru. Tapi kene pegi kaunter khas la. Dont worry senang je.



Friday, September 18, 2015

Nak kahwin pon susah!


Okey ni bukan kisah aku nak kahwin ataupon laki aku nak kahwin lagi satu (mintak jauh :P)
Siang tadi ada sorang member tempat keje ni. Dia pangkat adik2 la dengan aku sebab dia baru 24 tahun camtu.
Plan nak kahwin tahun depan bulan 2.
So dia selalu jugak mintak pendapat aku bab kahwin2 ni. Maybe dia takde tempat nak cerita kot.
Lagipon aku dah kahwin and mungkin jugak aku ni perangai jenis tak kisah so semua orang pon selamber je buat sesi luahan perasaan kat aku.

So this guy ni tanya aku tadi kalau dah bagi mas kahwen dengan hantaran nak kene tambah lagi ke duit belanja kahwin?
Aku jadi pelik la. Dah kenapa banyak sangat duit kau nak bagi kan.
Kau kawen dengan tuan puteri ke ape.
Ekekeke.

Ceritanya camni.
Lelaki ni orang Perak. Perempuan pon orang Perak. Tapi parents perempuan asal Kelantan.
Adat Kelantan takde hantaran2 kan. Semua duit letak kat mas kahwen.
So this guy ni bagi lah RM5000 untuk mas kahwen + RM5000 sebagai hantaran.
Sebabnya dia tanak letak selepuk RM10k untuk mas kahwen sebab tanak lah nanti parents perempuan tu mintak duit hantaran lagi. Sebab kalau mas kahwen tu dah tentu2 wajib perempuan yang terima. Orang lain tak boleh kacau. Dah lagi banyak lah dia kene keluar duit kan.
Oh lagi satu dorang plan nak buat satu majlis je kat dewan sekali harung belah lelaki and perempuan sebab nak jimat kos.
Tapi tiba2 dia cakap pihak perempuan cakap belanja kahwen tak cukop so dia kene tambah lagi Rm5000.

Aku terkejut lah kan.
Bila aku cakap kat Johor mas kahwen RM22.50 je dia pulak yang terkejut "Hoi murah gilaaaa"
Hahahahah!

So aku cerita lah pengalaman aku.
Masa aku kahwin dulu aku letak RM8888 at the first place.
Tapi biasa lah mak2 kan. Genapkan je lah RM10k. Ok lah fine. Aku okey je.
So bila dah ada duit tu, separuh aku bagi kat mak aku dengan kerelaan hati sendiri. Separuh lagi aku guna buat beli barang2 aku. Okey je pon.

Aku cakap dengan member aku ni sebenarnya kalau ikot Islam, tanggungjawab mengahwinkan anak2 tu still di bawah tanggungjawab ibu bapa.
Ibu bapa patot keluarkan belanja untuk kahwinkan anak2 tak kisah la anak perempuan atau anak lelaki. Anak2 boleh la bantu sikit2 sebab dah jadi fitrah kan anak2 untuk tidak menyusahkan ibu bapa.
Tapi zaman sekarang ni aku tengok mak ayah nak buat majlis grand tapi mengharapkan duit anak2 macamkan anak2 ni kerja gaji RM3k sejam.

Masa aku kahwin dulu memang RM5k tu je lah aku bagi mak aku. Yang lain mak aku guna duit dia sendiri. Kalau ikot aku nak yang simple2 je. Siap goodies bag nak pakai paper bag kaler coklat tu sebab nak jimat punya pasal. Hahahaha! Tapi mak aku siap beli beg kertas yang tebal dan mahal tu.
Yelah beza aku kahwin dengan kakak aku dekat 10 tahun kan. Tu yang mak aku balas dendam habes-habesan meriah sampai lauk pauk 20 jenis tu.
Tapi tak kisah lah kan sebab mak aku pakai duit dia. Mbahahaha.
Bayangkan goodies bag mak aku je dah dekat RM2k.
Ini bukan riak tau. Ni nak cerita kisah benar. Perangai sebenar mak2 zaman sekarang. Hahaha konghajo ek kutuk mak sendiri.

Masa aku kahwin tu aku cuma keluarkan duit untuk baju, hantaran, pelamin dan kameraman.
Yang lain semua mak aku yang keluar duit belanja.

Tapi aku rasa okey je sebab kalau kat tempat lain aku tak tau lah. Tapi kalau kat Johor ni memang dah jadi adat sebelum balik tetamu akan salam kaut dengan tuan rumah.
So semua duit salam kaut tu selalunya parent yang akan dapat. Pengantin duduk tepi gigit jari je lah. Hahaha! So kira macam mak ayah keluarkan duit dia, dapat balik duit ganti. Kira adil la kan.

So member aku ni dah pening kepala dah. Nak kahwin pon susah.
Kesian jugak aku tengok.
Aku cakap dengan dia bincang lah elok2 dengan tunang dia kan. Mesti boleh setel punya.
Buat kenduri sekali je memang dah boleh save banyak dah.
Aku tak berani lah nak melebih sangat. Tapi sepatotnya kalau betol pihak perempuan nak hantaran RM10k patot dari awal lagi dah mintak kan. Ni lagi berapa bulan baru cakap. Sebab nak tempah catering tak cukop duit.
Sabar je lah.

Aku harap aku akan start menabung bila aku ada anak nanti.
Sebulan rm100. Setahun Rm1200.
Rm1200 x 26 tahun dapat lah dalam RM31,200. Agak2 cukop tak eh menampung perbelanjaan pada 26 tahun akan datang? Hahaha jauh sangat aku pikir ni.
Tapi aku harap aku takkan jadi mak ayah yang membebankan anaknya sebab aku pon tau macam mana susah nak survive lagi2 hidup zaman najib ni. eh :P

Sebab sebenarnya aku pernah baca or pernah dengar kuliah tak ingat lah.
Mak ayah tak boleh mintak duit dengan anak sebenarnya.
Yang betul, anak2 boleh bagi duit pada mak ayah atas sebab membalas jasa mak ayah. Itu takpe.
Tapi kita ni kan orang Islam beradab kan. Semua pon boleh bawak bincang.

What say u?









Wednesday, September 16, 2015

Aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Fraser Part 2


Aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Fraser Part 1

Okey kita sambung balik setelah hampir beberapa bulan tertunggak :P
So bila dah takde apa nak buat kat booth2 tepi jalan tu kitorang decide nak pergi kat kereta and carik tempat2 yang boleh kitorang buat aktiviti.
Mula2 kitorang carik ladang stoberi dulu sebab eksited konon2 nak petik stoberi la. Rupanya nan hado. Hahahahah!

Allan's water ni dok sebelah je dengan tempat stoberi tu. So masa mula2 sampai kitorang decide nak check apa yang ada kat Allan's water ni dulu.



Nak buat apa kat Allan's water ni?
Ada tiga aktiviti korang boleh buat.
1. Kalau bawak anak2 boleh la beli makanan ikan berharga RM1 je kat kedai dan bagi ikan makan dengan gembiranya.
2. Boleh main basikal air
3. Boleh main kejar2 dalam bola gergasi macam dalam gambar atas tu.

Tapi masa aku datang macam takde pulak orang try bola putih gergasi tu.


Jadinya kitorang decide untuk main basikal air sahaja. RM8 untuk 15 minit. Boleh la. Hehehe


Lepas tu kitorang ke ladang stoberi yang takda pon buah stoberi nya ha.


Mungkin masa kitorag datang tak kene timing dia berbuah kot.


Aku selalu jumpa sayur ni kat pasar tapi tak pernah nak amik tau sayur apa ni. Lagipon rupa paras sayur ni yang agak menyerikan membuatkan aku tak berminat untuk try masak beliau. Hahaha! Kat sini lah baru pertama kalinya aku jumpa pokok dia depan mata. Hmmm interesting. Apa nama sayur ni eh?


Pose wajib yang gedik aku punya suka lah.

So itu je lah pon yang ada kat ladang stoberi tu.
Bosan kan? Hahahaha! Memang bohsan pon. Takpe kita ke tempat yang agak mencabar sikit.
Ayuhhhh kita ke Paddock Hill!


Pintu masuk. Kat sini tak silap aku ada dua aktiviti yang korang boleh buat. Satu, korang boleh try memanah atau nak mencabar lagi boleh try menyumpit. Kedua boleh naik kuda.


Ni masa aku dah siap memanah. Masa mula2 datang tu ada satu couple je tengah try. So kitorang tunggu dia habes. Lepas aku habes je tiba2 eh ramai pulak yang datang nak try. Bayar rm10 untuk 10 anak panah ye.


Acah mak enon je. Haha! Rupanya susah jugak memanah ni. Tengok orang buat macam senang. Sendiri try mak aih menggeletar tangan. Tapi kalau tak reti dont worry. Orang yang jaga tempat tu akan ajar. Macam mana nak pegang macam mana nak tarik nak tarik sampai mana. Gittew. Aku rasa tangan aku memang masalah pengkor la. Nanti nak tanya mak aku die bedung aku tak masa kecik. Bahaha! Tangan kiri tu tak boleh bengkok sikit pon. Kene betol2 tegak. Tangan kanan pulak nak kene tarik tali sampai sebelah pipi. 


Aku dengan Akram out of 10 satu je masuk kawasan merah. Kuning jangan harap la. Biru ada la jugak. Heheh. Aku punya dua anak panah masuk kawasan hijau :P


Dalam ni ada tempat menunggang kuda jugak. Tapi macam ko tengok kat atas tu besar tu je lah die bawak pusingnya. Satu pusingan je. Harga tak tau sebab aku tak try. 


So kita amik gambar dengan kuda yang buat muka pasrah je. Sepanjang aku ada kat sini tak berhenti kot kuda tu jalan. Naseb baik yang naiknya ringan2 je. Kalau aku sekali naik kompom kuda tu terus merempan. Jadi aku simpan je niat hati untuk try. 


Lepas habes aktiviti kat The Paddock Hill tu kitorang decide nak balik rumah sebab masing2 macam dah kepenatan. Padahal baru buat berapa aktiviti je. Belum lagi buat
Masa on the way nak balik tu lah terjumpa gerai pisang goreng makcik ni ha.
Tapi die punya mahal ya ampunnnnnnnnnnnn naseb baik aku tak duduk kat Bukit Fraser ni. Hahahaha!



Pisang goreng 5 ketul kecik ni RM2. Jemput2 pon sama. Tapi tak sedap. hahaha!


Lepas minum petang kitorang solat dan bergolek2 depan tv.
Sampai  lah dekat pukul 5 camtu aku cakap dengan Akram "Eh bukan ke kita nak try jalan2 naik basikal"
Laki aku pon sejenis yang "Haah la kenapa tak ingatkan"

Cehhh dia lupa ke bini dia ni sendu mana boleh ingat banyak benda2 ni.
Lain lah kalau die tanya pasal keje memang aku ingat la. Ekekeke.


So kitorang ke Puncak Inn untuk sewa basikal.


Satu basikal RM15. Kitorang amik yang twin ni. Agak2 malas nak layuh aku bagi laki aku je kayuh. Bahahaha! RM30 kot tak silap. Tapi kene letak deposit dulu rm50. Nanti masa pulang basikal die bagi balance duit.


Masa turun bukit syok la tak payah kayuh. Dengan angin sejuk pehhhhhhhhh nikmat gila. Masa nak naik bukit separuh nyawa jugak mengerah keringat. Aku siap turun basikal lagi bagi laki aku je yang kayuh sebab tak larat. hahaha!


Tempat wajib untuk posing okey kalau datang Bukit Fraser.



Lepas dah habes round bukit fraser naik basikal kitorang lepak2 kat dataran.
Masa tu kan ada karnival burung kan.
So kat dataran tu meriah lah dengan budak2 main permainan tradisional.




Tak dapat pergi Amsterdam, feeling2 kat Bukit Fraser pon boleh la. Ekekeke


Lama jugak kitorang melepak kat dataran tu.
Tengok gelagat budak2 main yang kaki lompat2 kat kayu tu. Yang pemes kat sarawak tu. Ape benda tah nama permainan tu. Huhuhu
Pukul 6 lebih baru kitorang balik rumah.


Malam tu lepas solat Maghrib kitorang pergi dinner kat food court dia. Kedai yang sama. Dah la malam tu ada bola Malaysia lawan SIngapore. Pulak tu kat kedai tu time tu ada satu meja penuh dalam 10 orang camtu orang Singapore. Bila Singapore gol je menjerit dorang tepuk tangan. Kitorang duduk tengok masa first half je. Habes first half terus balik rumah.



Esok nya tak silap aku dalam pukul 11 pagi kitorang dah check out.
Nak balik kene lalu jalan lain tapi akan jumpa kat tempat yang sama jugak.


Sekolah rendah kot tak salah aku. Rupanya dia buat kat jalan nak balik.


Bye2 Bukit Fraser. Ada rezeki kita jumpa lagi. Bawak baby pulak. Eh. Ekekekeke. Aamiin :D


bye!

Resepi : Risoles ayam bersama kentang dan cheese


Sebenarnya kan selama ni aku tak pernah tau kewujudan makanan bernama risoles ni.
Hingga lah suatu hari tetibe viral kat fb pasal resepi makanan ni.
Dan sebagai salah seorang tipikal pengguna facebook, haruslah aku share resepi ni di timeline aku sendiri.
Buat tak buat belakang kira. Yang penting kita share dulu. Mbahahahaha.
So bila aku dok gugel2 resepi risoles ni, rupa-rupanya 10 tahun lepas lagi dah wujud. Hahahaha!
Kesian aku. Selalu sangat ketinggalan zaman.

So ahad lepas disebabkan aku terlebih rajin, maka aku cakap dengan Akram nak try la buat risoles ni.
Dan sebagai suami yang baik (ekekeke) aku memang dah tau dah jawapan dia "okey je. ayg makan je apa bby masak"
Baguskan laki aku. Eh rasanya semua laki sama je kot. Berani dia nak banyak cengkadak bila bini dah masak kan :P

Okey sebelum aku banyak merepek di dalam entry resepi marilah kita terus ke bahagian intipati. Gittew.

Senang je nak buat makanan ni tau. Tapi renyah. Kau tau tak renyah tu apa? Kira macam leceh la. Banyak step. Tapi sebagai seorang isteri yang mementingkan perut suami (wakakaka) jadi marilah merajinkan diri.

Risoles ni ada banyak jenis tau. Kau google je bermacam resepi keluar. Basically part inti tu ikot sukati korang nak pakai apa. Tapi this time aku pakai ayam, kentang, carrot & telur.

So korang perlukan:
1. Inti yang dah dimasak.
2. Kulir risoles.
3. 2 biji telur.
4. Serbuk roti.
5. Mozarella cheese.

Jom buat inti dia dulu.

Bahan-bahan:

1. 100g daging cincang (dua orang makan je, kalau nak boh lebih apa salahnya. aku guna ayam)
2. 2 biji kentang size besar (potong dadu)
3. sebiji bawang besar (didadu)
4. 3 ulas bawang putih (cincang)
5. setengah cawan air biasa
6. 1 sudu tepung jagung (bancuh sikit dengan air)
7. Bahan perasa (aku guna kuib ikan bilis, garam, lada sulah & lada hitam)



Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan daging cincang sampai agak2 masak.
3. Masukkan kentang dan bawang besar. Masukkan air untuk bagi kentang cepat empuk.
4. Agak2 kentang dah empuk, masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat dan likat.
5. Masukkan bahan perasa.
6. Tuang dalam bekas berlubang untuk bagi minyak dia keluar. Aku guna penapis je asal boleh. Heheh.




Bila dah siap inti, boleh lah sediakan kulit risoles pulak.

Bahan-bahan :

1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan / 2 cawan susu segar pon boleh
3. 1 1/2 cawan air biasa
4. Garam secukup rasa
5. Telur sebiji


Cara-cara:

1. Senang sangat. Tuang semua dalam blender. Blend kasi halus dan tuang dalam bekas.

2. Aku guna non-stick pan. Tapi kalau takde boleh je guna kuali biasa. Asalkan tak melekat. Kalau guna non-stick pan tak payah letak minyak pon takpe.

3. Amik bancuhan tadi sikit2 tuang dalam kuali. Macam nak buat kuih ketayap tu. Kalau tak kenal kuih ketayap bayangkan macam nak buat telur dadar. Macam tu lah. Kalau tak boleh bayangkan jugak nanti boleh refer gambar bawah. Guna api kecik je tau sebab kulit ni cepat je masak. Kang hangus pulak.

4. Tak payah balik2 kan pon macam telur dadar. Masak satu side je okey.

5. So buat lah kulit risoles tu sampai habes. Untuk bancuhan ni aku dapat dalam 15 ke 20 camtu.

Kulit risoles bersedia untuk di gulung.

Bila dah siap inti dan kulit, boleh la start menggulung.


Senang je kan?
Untuk aktiviti menggulung ni aku guna dua biji telur.
Amik sekeping kulit risoles. Letakkan inti kentang tadi. Letakkan chesse ikot suka la nak banyak mana. Tapi barang mahal kan. Kita boh sikit2 pon takpe. Ehehehe.
Pastu gulung2 kan dia. Dah gulung, celup dalam telur. Pastu golek2 dalam serbuk roti. Dah siap boleh la goreng. Aku guna serbuk roti segera je. Yang kaler putih. Kalau nak guna kaler oren tu boleh jugak.
Nak goreng manja2 minyak sikit boleh. Nak deep fry pon boleh. Ikot suka la.


Kalau tak habes boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan tinggal goreng je.
Benda payah weh. Baik kau buat banyak2 sekali pastu simpan dalam peti ais. Tak payah la setiap kali nak makan kau nak menggulung kan. Tapi kalau kau sejenis yang rajin apa salahnya.
Aku malas. Wahahahaha


Bersedia untuk dingap!!


Tips :

Kulit risoles tu buat kecik2 je and nipis2 je. So bila gulung takde lah dia jadi tebal sangat. Makan pon sedap.


Basically aku rasa risoles ni macam kuih ketayap yang dimodenkan. Yelah kuih ketayap kan yang kaler hijau inti kelapa kan.
So dimodenkan menjadi risoles dengan inti ala2 karipap gitu.

Memang sedap weh. Lagi2 makan panas2. Mengancam.


Wahahahaha. Okbai!




Thursday, September 10, 2015

Kisah viral lelaki 17k dan 47k


Baru-baru ni viral pasal lelaki yang beli vape harga 17k.
Lepas tu ada pulak lelaki lain yang beli helmet sampai harga 47k.
Kalau nak ikotkan memang la macam tak lojik kan. Kejadah apa kau nak beli barang2 tu sampai harga puluh2 ribu. Vape dengan helmet je pon.
Mula-mula aku tak amik port sangat pon. Lantak die lah nak beli apa pon dah duit dia.
Melainkan die tu peminta sedekah, dan kau salah seorang yang bagi sedekah pada dia. Lepas tu dia beli pulak benda tak berfaedah. Haaa masa tu boleh la kau nak mengamuk sakan kan.

Tapi tadi aku terklik satu artikel ni sebab tajuk dia macam best. Hahahah!
Dia cerita lah dari awal pasal mamat yang beli vape harga puluh ribu tu.
Aku okey je lah baca. Yang tak okeynya bila sampai bab orang komen2.
Seriously aku memang fed up sikit bila baca komen2 yang jenis puaka camni.


Seriously korang begitu banyak masa untuk komen2 kat page2 ni eh?



Aku sebenarnya dah lama dah perhati jenis golongan yang suka komen acah2 alim ulamak ni.
Jenis yang asal orang beli barang mahal sikit kompem "Duit tu baik kau bagi mak bapak kau pergi haji"

"Daripada beli barangg harga ribu riban camni baik lah duit tu bawak pergi umrah"

Seriously lah kan rakyat Malaysia ni memang sejenis yang suka judge orang ke apa. Memang banyak sangat free time ke apa sampai rajin bebenor nya menaip komen kat page2 fb.
Cuba lah apa benda yang kau buat tetiba kene judge dengan orang. Apa perasaan kau.
Kalau orang kau kenal boleh la tahan lagi. Ni kene judge dengan orang yang kau tak kenal pon.
Tak ke kelakar gila namanya tu.

Kau tau ke entah2 duit simpanan dia dalam bank ada berjuta-juta.
Kau pernah tau ke kalau die dah bagi duit kat mak dia untuk buat haji ke tak?
Kau pernah tau ke kalau dia dah pergi buat umrah and haji berapa banyak kali?
Kau pernah tau ke berapa jumlah derma yang dia pernah sumbang untuk palestin?
Dan kau pernah tau ke entah2 dia dah duduk rumah besar macam istana.

Dan sekarang aku nak tanya korang yang jenis suka komen acah bagus ni.
Korang dah pergi umrah?
Dah pernah hantar mak bapak pergi umrah?
Dah beli rumah?

Mesti jawapan belom kan.
Sebab tu korang jeles.
Selalunya aku perhati golongan2 yang kaki sentap ni jenis golongan yang takde pape pon.
Yang dia ada cuma smart phone dan sedikit data internet untuk membolehkan beliau menjadi keyboard warrior.
Sebab kalau orang2 kaya ni selalunya jenis tak heran setakat beli barang puluh ribu ni.
Ni kompem lah ni jenis yang tak mampu nak beli apa2 lepas tu tengok orang lain boleh beli barang harga ribu riban, terus sentap. Terus komen acah diri itu begitu suci.
Puihhhhh.

Bayangkan je lah. Kau tiap2 bulan dapat gaji lebih kurang 5k je. Memang lah korang akan rasa yang orang beli barang harga sampai berpuluh ribu tu membazir.
Cuba gaji korang 50k sebulan.
Entah2 tiap2 bulan pon tak cukop sebab macam2 nak beli.

Contoh paling senang tengok artis je lah.
Tengok Rozita Che Wan tu. Beli baju rilek je harga sampai 4k. Nak tersedak dengar kan.
Tapi agak2 die rasa membazir tak? Entah2 dia keluarkan duit 4k tu macam 400 je.
Sama je lah macam kita sekarang. Lets say gaji kita 4000 sebulan. Kita beli barang harga 400 rasa macam murah je kan?
Orang yang gaji 1000 je sebulan mungkin akan cakap 400 tu mahal gila tahap dewa.
Sama lah jugak dengan orang gaji 50k sebulan. Setakat nak bayar barang harga 10k apedehal weh.

Masa aku baca2 artikel pasal mamat tu, bawah sekali penulis blog tu bagitau yang sebenarnya mamat tu memang kaya pon.
Rumah besar. Bini siap pakai purdah kau.
Ade kereta audi. Siap superbike sekali.

Lagi kau nak pertikaikan kenapa dia boleh senang2 je bayar 17k cash untuk vape.

Pikir lah sendiri.

Jangan sampai termalu sendiri dah la.
Hahahahaha!

okbai.