Monday, February 28, 2011

Menyesal ku akui..



  
  
sekarang memang dalam kondisi yang sangat-sangat lah stressnya.
tadi pagi ada test.
as always mesti tak boleh jawab.
T___________T



bila ada test mesti malas nak study.
lepas test kalau tak boleh jawab mesti menyesal.
rasa macam nak ketuk kepala sendiri 88 kali.
anyone?
demn.




this week kene jadi group leader untuk project design.
fine aku kalau kene jadik leader memang fail.
nanges lagi.
T____T



















please anyone masuk meminang saya.

PAAANNGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!














ok bye.











With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, February 26, 2011

saya benci wiken..boleh gitu?



  
  
hmm hmmm hmmmm.
mesti korang semua tak puas hati dengan aku and kalau boley nak lempang aku laju-laju kan.
rilek rilek.
aku ni bukan ape.
memang lah wiken tuh best kan.
sebab boley ngedate (lalala)



tapi setiap kali wiken mesti program diet aku jadi hancus.
menci taw.
err actually mane ade diet diet ni kan :p.
tapi adalah program mengurangkan keinginan untuk makan macam-macam.
err macam diet lah jugak kan.
okey ayat dah macam hape je.




contohnya tadi telah pergi lunch dekat kedai ayam golek yang sangat sedap kat pantai dalam yang rasa sedih kalau tak makan banyak2 jadi aku pon makan banyak-banyak lepas tuh bila timbang terus naik 5 kilo (okey tipu kat umah tade penimbang)
walaupun rasa gembira sebab makan free (jangan jeles) tapi lepas tuh sedih sebab rasa diri semakin berat.
T____T





boleh tak lepas hari jumaat nak terus hari isnin?
kah kah kah!
ni namanya nak mintak penampar laju-laju.











alamak next wik ada 2 test.
study study.
=.=







With Love : Syazwana Jamal :)


First time eksiden depan mata



  
selama aku hidup ni seyes aku tak pernah lagi tengok eksiden betol2 depan mata aku sampai lah semalam.
fuh memang neves gila weh.
selalu aku macam curious jugak macam mana orang boleh eksiden even jalan lurus kan.
so semalam hamek kaw nak tengok sangat kan.
padan muka diri sendiri.



pagi semalam masa aku nak pergi keje aku amek erin dulu dekat pantai dalam.
aku bawak moto macam bese dengan cermatnya.
hek hek.
tiba-tiba before sampai satu trafic lite ni mamat motor sebelah aku tiba-tiba je jatuh.
aku memang tak taw kenape sebab jalan tuh lurus just ada bumper sikit and maybe dia brek mengejut ke hape kan.
dah la dia jatuh dekat2 dengan aku.
cermin sume pecah kan.
naseb baek gila aku bawak slow sempat lah brek.
kalau tak ntah jadi ape je kan.



lepas tuh memang jantung aku  macam orang baru lepas lari 100meter.
neves weh.
memang first time tengok bende camtuh.
harap-harap mamat tuh takde pape lah.
wuuu tamo tengok lagi eksiden depan mata
:(












With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, February 22, 2011

lelaki pon taw nak nangis taw..



  
  


Aku balik lab pukul 7 lebih tadi.penat sangat sampat tak larat nak mandi tukar baju semua.nak makan pon macam takde selera (okey tipu sebab masa aku masuk umah tadi akak housemate aku tengah makan roti dengan ayam masak kurma so aku join sekaki).HAHA!




Aku ada kelas pukul 2pm sampai 3.30 pm arini.so after kelas aku saje je lah pergi lab nak tengok concrete kesayangan aku tuh macam mana lepas tuh tengok data sikit-sikit okey ke tak kan.lepas tuh buat test dekat cube concrete tapi baru buat satu cube machine dah buat hal pulak.dah la aku sensorang kat lab concrete tuh so aku pon decide nak balik.









concrete tersayang..




Masa nak balik lalu depan lab tanah lepas tuh saja masuk lab tuh sebab selalu kawan seangkatan thesis aku (under supervisor yang sama) selalu guna lab tuh.actually mamat tuh buat lab concrete dengan aku tapi disebabkan dia bengang dengan orang2 dalam lab concrete tuh (kecuali aku :p) dia pon bawak diri pergi lab tanah sebab orang2 kat lab tanah baik2 sikit.hehe




Sekali mamat nih ada tengah setting alat2 lab dia.disebabkan aku ni memang baik hati lagi mulia aku pon mengofferkan diri nak tolong padahal time tuh dah pukul 5 dah.pukul 5.15 technician yang jaga lab tanah tuh datang jenguk kitorang ingat dia dah nak tutup lab dah tapi disebabkan dia adalah pekerja yang tidak mementingkan duit dan mengutamakan student, dia tak kisah kitorang stay lama sikit pon.tak lama lepas tuh hujun turun lebat gila kentang macam memang taknak bagi aku balik. T___T




Aku pon sambung buat keje dengan mamat ni gosip2 sikit dengan dia.dia boleh pulak cakap dia nak nangis buat thesis ni.HAHA!siap menyesal sebab pilih tajuk ni.first choice pulak tuh.naseb kau lah labu. XD




Pukul 6 lebih baru hujan reda barulah dapat balik eh tak dapat lagi sebab kene tunggu bas yang lembab tuh. =.=




Tunggu dekat setengah jam sampai lenguh kaki baru Nampak bas datang.driver siap boley bergayut henpon lagi.cis cis.grrr.











Adoi ngantoknya.esok kelas pukul 8 pulak. =.=”








With Love : Syazwana Jamal :)


Sunday, February 20, 2011

tak nak tulis tajuk boleh?



  
cuba tengok sikit sebelah kanan tuh dah ada ape?
haa tak nampak?
adeh malu pulak nak cakap.
kahkahkah!
*tampaq laju-laju







actually aku baru je buat page untuk blog cikai aku nih.
before ni aku selalu je ping entry aku dekat personal facebook aku tapi rasa macam penuh je pulak fb aku tuh.
dah la aku ni kaki game yo.
makanya kalau bukak wall aku tuh bersepah dengan status lah entry lah game bukan-bukan lah.
so tidak kemas uollss.
jadinya haruslah kita munculkan page untuk blog sendiri.
kih kih kih.




gigih okeh aku buat tadi.
macam orang gila tade keje.
padahal keje melambak-lambak malas nak buat.
kan best kalau assignment aku ke thesis aku ke pasal blog.
barulah hidup seperti di kayangan.
haktuih.





so korang semua dah boley main like-like dah.
jangan memalu kasi tekan eh.
kalau tak nampak scroll ke bawah sikit
XD




lepas ni semua entry aku ping dekat page baru ni jek.
senang sikit.
heeee








ok bye.















With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, February 19, 2011

mimpi kawen best kan sampai malas nak bangun.haha!



malam tadi suppose aku ada date dengan dua kawan perempuan yang hot pukul 9 tapi dalam pukul 8 camtu salah sorang kawan hot aku tuh ada emegency dan disebabkan dia yang drive jadi tak dapat lah keluar.
T___T



jadinya aku telah mentidak sedarkan diri dengan sangat lama dah macam orang pengsan pulak dah la mimpi kawen jadi memang malas nak sedar pon kan.hahaha!



malam tadi aku mimpi mak aku telah menkawenkan aku dengan anak kepada kawan dia yang aku tak kenal..yang mengarutnya orang yang aku kawen tuh artis(dirahsiakan) woii..entah celah mana tah mak aku kawan dengan artis aku pon tak taw..haha!



memula aku tak suka dengan mamat tuh..yelah kene kawen paksa kan. (pada hal dalam hati suke) tapi sengaja buat-buat jual mahal dulu.kah kah kah!



lepas tuh aku pon buat bodoh je lah.yang peliknya lepas kawen pon aku still tinggal dengan parents aku..hmm laki aku ni tade rumah sendiri ke?oh maybe masa tuh baru kawen kot jadinya duduk kejap rumah parents aku.hik hik.



bila aku tak layan laki aku ni dia pon apa lagi merajuk la konon2 nya.eh ada aku kesah ke.dah la aku tak kenal ko.so satu hari tuh mak aku ajak pergi picnic tiba-tiba laki aku wat hal pulak taknak ikot sebab merajuk dengan aku..eh mamat ni aku sekeh kang.



lepas tuh aku cakap dengan mak aku laki aku malas nak ikot lepas tuh mak aku pulak yang merajuk sebab laki aku tak nak ikot.dah dua-dua nak merajuk kan.kalau ral world memang aku tak layan dah.tapi dalam mimpi tuh aku tak taw apesal aku baik hatinya sangat aku p pujuk laki aku tuh suruh ikot.aku siap mintak maap lagi sebab tak layan dia.lepas tuh dia pon okey.lepas tuh kami pon hidup bahagia *pitam.




adakah itu petanda selepas kawen aku menjadi isteri yang baik dah solehah?HAHA!

























dah lapar.
ok bye.












With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal