Saturday, November 27, 2010

kakak kite cun..awak ade ke?



  
Brothers and sisters are as close as hands and feet.





jalan sama-sama pimpin tangan 




makan sama-sama 





main sama-sama 





kakak, ayik takot!!





tuh la kakak cakap tunggu kakak..degil 




eh mana ada ayik degil..nakal sikit je




kakak ni makan la slow2..kan dah terlekat-lekat kat gigi






kakak! hebat tak ayik?




hebat! tapi kakak lagi hebat! haha




jom lah kita balik..mama ngan papa dah tunggu tu 





kite macho..
kakak kite cun!
awak ade ke?






:)







With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, November 24, 2010

oh! rajen nya anak sape la ni



saya bukan saje comel tapi rajen taw
saya memang suke tolong mama saya masak ni
nak rasa???
malu lah saye
:D



video




With Love : Syazwana Jamal :)


aaisyah nyanyi



video




ucu emak anes

antan ape ude

ayik dangan nanes

mama nak uat cucu ayik



OMG!

bila nak jumpe ni budak gemok

xD





With Love : Syazwana Jamal :)


Haa! buat ape tu anak dara?



video


bila si kakak dah jadi anak dara
comell
:)

'kakak buat ape?'

'basuh pinggan'

'dah siap dah?'

'dah'

'time kasih kakak'

malu-malu


kakak si anak dara :)

comellll!!
xD

With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, November 20, 2010

Bergedil daging



disebabkan raya haji ni yang telah membuat kan peti ais umah aku dipenuhi daging lembu
jadi, aku telah mempropose Pn. Saerah untuk membuat bergedil daging..
my favourite ni taw
xD


Bahan-bahan :
1. Daging lembu
2. Kentang
3. Garam
4. Serbuk perasa
4. Pati ayam
5. 2 ulas bawang putih
6. 2 ulas bawang merah
7. Lada hitam/lada sulah

Cara-cara membuat:
1. Rebus daging dan cincang halus-halus








2. Kentang di potong kecil dan digoreng hingga agak empuk



3. Tumbuk kentang yang dah di goring hingga lumat



4. Gaulkan kentang dengan daging yang dah dicincang

5. Tambah garam, serbuk perasa dan serbuk pati ayam secukup rasa. Gaul rata

6. Tumbuk bawang putih, merah dan sedikit lada hitam/lada sulah hingga lumat

7. Gaul dengan daging tadi hingga rata

8. Bentukkan kecil-kecil



9. Celup telur dan goreng


Sedia dihidang 




selamat mencuba!




With Love : Syazwana Jamal :)


sambal goreng jawa




Resepi ni akak aku suruh mintak kat ayah aku..
so alang-alang aku letak sekali kat sini
senang gak kalau-kalau aku nak try masak
aku ni dah la pelupa
bhahaha


Bahan-bahan:

1. Peparu dan perut lembu
2. Tempe
3. Kentang
4. Soon
5. Tahu kering
6. Lada kering
7. Ikan bilis
8. Bawang putih
9. Bawang merah
10. Bawang besar
11. Cili api


Cara membuat :

1. Kentang dengan tempe tu potong nipis and gorengkan.
2. Rebus peparu dan perut lembu.
3. Hiris lada kering secara serong halus-halus. Kalau guna gunting lagi senang.
4. Blend ikan bilis.
5. Blend bawang putih, bawang merah, bawang besar dan sedikit cili api (kalau nak pedas)
6. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang dah di blend.
7. Masukkan ikan bilis yang dah di blend. Kacau rata.
8. Masukkan lada kering yang dah digunting halus tu.
9. Masukkan peparu dan perut lembu. Gaul rata sampai masak
10. Masukkan soon dan tahu kering.
11. Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, serbuk perasa dan sikit gula.
12. Lastly masukkan tempe dan kentang.
13. Gaul rata. Tutp api. Hidangkan.


Siap!







Lauk ni WAJIB ada every time hari raya kat rumah Cik Jamal.
Ye WAJIB!
Kalau takde boleh buat takde mood okey raya.
Orang yang kene masak haruslah ayah aku. HAHA!


Lauk ni selalunya femes kat rumah orang jawe je.
Orang yang tak jawa aku tak sure if pernah dengar ke tak.
Tapi kalau nak cube ape salahnye kan.
Sedap weh. Serius sedap.
Ratah macam tu je pon dah memang sedap giler.




okbai.


With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, November 19, 2010

Semut oh semut



 
pagi-pagi lagi aku dah panas hati dengan semut-semut ni..
apa tak nye ada ke patot depa p penuhkan mesin basuh umah aku dengan kaum kerabat depa..
apa depa ingat ade gula ka dalam mesin basuh tuh..
haih  =__=





aku rasa la peribahasa 'di mana ada gula di situ ada semut' dah tak boleh guna lah.
yela kat umah aku ni semut dah tak main dah gula ni semua..
kat mana-mana je depa ni ada..
kat minyak masak, kat nasi, kat beras, sampai kat sabun basuh pon ada jugak.
mana la aku tak bengang!






aku rasa semut zaman sekarang dah termutasi la.
dah tak makan gula dah.
depa makan semua je.






semut oh semut.
kalau ko tak gigit aku takpe la jugak.
huuuuu
T___T





With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, November 18, 2010

Sebening keringat @ kondo rakyat



  
mesti korang semua tengok cerita semalam kat tv3..
ke tak tengok?
rugi-rugi..
xD

eh sebenarnya bukan nak cerita pasal cerita semalam..
tapi nak cakap pasal lokasi pengambaran tuh..
actually member aku yang duduk kat kondo rakyat tuh ade bagi taw aku before aku balik yang rosyam nor ade buat pengambaran kat kawasan rumah dia..
tapi aku tak penah terserempak dengan pelakon2 tuh sume..
tension!
kawan aku siap jumpe banyak kali kot..
ciss!


kondo rakyat


tapi actually aku tataw pon rosyam nor wat penggambaran cerita ape..
so macam excited jugak la tunggu kuar kat tb..
tetiba semalam masa aku tengok cerita tu aku perasan time scene orang kuar lif.
'eh ni macam kenal la tempat ni'
terus mesej kawan aku..

'wei tengok tb3 tak?macam umah ko jek'

bape minit pastuh

'eh haah la..memang kondo rakyat pon..hahahaha..glemer'

aku mesej lagi

'mak ko komen ape umah ko masuk tv?'

member reply

'mak aku cakap ape lah..umah buruk pon masuk tb..suhan muvie pulak tuh..hahaha'

wakakakaka
xD

eh tapi kan bukan dalam drama je lif rosak..
memang kenyataan pon lif selalu rosak..
tak paham betol



pastuh kawasan rumah tu macam kecik jek..
memang susah gila nak parking
tak taw la macam mane diaorang ni buat penggambaran
xD






With Love : Syazwana Jamal :)


ada beran ke nak order McD camni?



first time aku tengok video ni..
terus nak share..
manusia dah terlalu kreatif sampai semua benda nak berseni.
xD


video



amacam ade berani nak pergi McD order camni??
tapi cool ek?

tapi kalau aku belakang diaorang ni berbulu jugak la nak tunggu..
dah la tengah lapar..
pape pon nice work!
boley gak menghilangkan stress pekerja-pekerja McD..
ke dorang lagi stress sebab layan customer macam-macam ragam ni..
hihi
xD



With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, November 17, 2010

Juadah aidiladha



 

Selalunya tiap2 tahun En. Jamal dengan Pn. Saerah akan masak nasi ayam je untuk raya haji..
Sebabnya mudah dan sedap..
Tapi nasi ayam spesel la kan..
Hihihi xD

Yela aidilfitri dah makan ketupat so raya haji kita makan lain la kan..
Tapi tahun ni entah kenapa mereka masak ketupat dengan lauk-pauk raya..
Tapi ketupat segera je la kan..

Bak kata khiriyah
‘buat apa susah-susah..kan ade ketupat adabi..the mudah the cepat dan yang penting the sedap'
Bhahaha
xD


ketupat kanan tuh orang bagi

ketupat wajib la ada kan..
kalau takda nak makan ape plak?
:D



rendang daging lembu

desebabkan dah raya korban mestilah ada orang korban lembu..
so daging lembu pon banyak la..
so harus di masak rendang
:D


sambal goreng

sambal goreng ni makanan orang jawa..
selalunya orang johor je banyak buat..
dulu2 macam tak komersial..
sekarang ni kenduri kawen kat johor dah banyak dah masak lauk ni..
:)

sambal goreng ni ada perut lembu@babat, paru, tempe, kentang, cili kering yang di hiris halus2, soon(tak taw eja camne) ngan tahu kering..
aku tak reti masak so tak boley letak resipi..
nanti aku dah belajar aku letak eh
:D 



ayam merah

ayam masak merah ni faveret aku..
ayam masak lain aku tak suka sangat..
so ni kira lauk wajib ada kalau masak ketupat la..
:)



sambal kacang

lastly sambal kacang..
yang ni pon same..
lauk wajib ada kalau masak ketupat..
sebabnya aku tak reti makan ketupat kalaw takde sambal kacang ni..
rasa macam tak lengkap je makan..
xD


okey tu jek..
nak sambung makan..
err yang ke bape kali eh?
heeee
xD




With Love : Syazwana Jamal :)


Puding batik Pn. Saerah



Disebabkan semua jiran-jiran hantar ketupat kat umah aku bawak kuih segala bagai..
Maka Pn. Saerah pon nak jugak buat kuih..
Tapi actually pudding ni tak penah pon dibuat..
Ni kira percubaan pertama la berpandukan resipi yang kawan dia bagi.


Bahan-bahan:
  1.  Biskut marie
  2. Jelly
  3.  Butter
  4. Secawan gula
  5. Secawan milo
  6. Secawan serbuk koko1
  7.  tin susu


Cara-cara membuat:


Masak jelly berpandukan cara-cara yang disediakan di belakang pek xD



then masukkan gula ke dalam jelly..

Cairkan butter..masukkan butter yang dah cair tadi ke dalam jelly..

Masukkan serbuk koko and milo pulak..

Lastly masukkan susu




Godak sampai tangan lenguh dan sebati xD

Biarkan agar-agar tadi menjadi agak likat

Masukkan biskut marie yang dah di pecah-pecah

tuang dalam bekas..




sejukkan..

Siap!




nyum nyum

selamat mencuba!

xD


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, November 16, 2010

My first award!



orang lain dah dapat berpuluh-puluh award..
aku baru je dapat satu..
huahuahua..
tapi takpe sebab aku pon baru je lagi kan
xD



aku dapat award ni daripada sembil9n yang secara tidak langsung telah meng'tag' aku..
mekasih mekasih..
jutaan terima kasih kepada semua peminat2 yang telah menyokong saya selama ini..
mak ayah dan ahli keluarga semua..
*dah start perahsan & merepek!
gagagagagaga
sekali sekala ape salahnya kan..
xD

namun begitu walaupon aku bz tapi aku telah meluangkan masa untuk membuat entry ni..
terharu tak terharu tak??
bahaha 
xD

bukan senang2 je taw nak dapat award ni..
harus jawab soalan jugak..
macam masuk pertandingan plak..
hihihi (comel ek gelak cmni)
*muntah!

soalan-soalannya:

1st, write 5 interesting facts about the person who gives you this award

1. nama dia pelik jugak..sembil9n..belit-belit gak la lidah nak menyebutnya.. =p
2. blog dia cantek! gambar selipar..aku dah la suke pakai selipar :D
3. dia ni rajen komen-komen entry aku..mekasih bebanyak xD
4. walaupon blog dia baru seminggu tapi followers dia lagi banyak dari aku yang dah 2 bulan ni (ayat sedey)..huahuahua =p
5. owh! header dia comel..katun2 gitu..i loike! ^^

2nd, write down 10 interesting facts about yourself & your hobby

1. aku ade banyak nama panggilan..adik, adik as, aa, wana, as and cantik..eh! bahaha
2. aku anak nombor 3..aku ade sorang kakak, sorang abang, dua adik lelaki, sorang adik perempuan, sorang anak buah lelaki and sorang anak buah perempuan..weee ^^
3. aku x reti manage duit..kalau banyak duit asyik je nak shoping :p
4. aku suka merajuk and sensitif..suka nanges..sket2 nak nages.. =p
5. aku panas baran..tapi sekarang tengah belajar jadi cool..cewahh!!
6. kalau aku marah aku suka diam diri and tak suka orang pujuk aku.. xD
7. aku sangat meminati kehenseman dean winchester, pelakon supernatural and kalau boley nak pakwe seperti itu..memang tak lah kan.. (ooo kutuk aku..sob sob)
8. aku paling benci and takot labah-labah..even spider mainan pon kalau aku nampak aku akan jerit sampai satu dunia dengar..kuikui
9. aku manje la jugak..*gediks sesangat..
10. aku boley tido selama mungkin..kalau kene pilih makan or tido aku akan pilih tido..zzzzz
eh dah seploh dah?banyak lagi ni nak tulis..miahahahaha

3rd, pick your most 10 deserving recipients and describe them

1. momok tomok : sebab dia coursemate aku yang bulat dan comel (boley gitu)
2. azureen : sebab dia ni junior aku yang rajen giler komen entry aku
3. chentamaya : sebab blog dia sempoi..i loike!
4. ajak : sebab dia besfren aku..huahua
5. innz : sebab mula-mula aku wat blog aku kenal dia dulu..hehe
6. izamir ridzwan : sebab blog dia ade lebah yang comel..heeee 
7. ajie mohd tahir : walaupon aku tak suka labah-labah tapi tuan blog labah-labah ni selalu muncul di komen2 box aku..maseh ya!
8. sembil9n : sebab bagi aku award nih!maseh maseh ^^
9. zulfahmi abidin : sebab blog dia cool and cantek!dia pon rajen je komen entry aku
10. zacky~786~ : dia ni pon rajen komen entry aku..

huh penat gak wat bende ni..
okey sambung study!

xD





With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, November 8, 2010

Kamus orang johor!




sape kate orang johor takdok sleng (betol ke aku eja?)
bukanlah sleng tapi mcm perkataan2 yg orang negeri laen x selalu gune..
org johor je gune..
bange tak bangge tak??
oh x baek meninggi diri
xD

ni kira yang biase salu gune la..
ade banyak lagi kot..
tapi aku bese la..
kan pemalu..
mane ckp banyak sangat..
so tataw la sangat kan..
wakakakaka *lempang laju2

-Cek cek cekidout-

Saing - pergi bersama2..
"nnt kite saing ehh pi sekolah"

Bongok – bodoh
"ko nih bengok ah"

Bigor – gila-gila, 
"Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?" 

Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).

GerobokGobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. 

Sajak-sesuai atau tidak - bkn sajak puisi tau!!…
"sajak x beg nih pki ngn bju ni??"

roti perata – roti canai

semangka -tembikai

epok2 -karipap

amacam???
hebat tak?
*errr ape yg hebat eh??


Adioss...



With Love : Syazwana Jamal :)


bila atm card mula main-main



 
arini bangun pagi dengan semangat membara-bara nak pergi fakulti..
err act x lah pagi sangat..
wakakaka xD

dah siap-siap sume turun la umah nak pergi tunggu bas..
before tuh singgah kat seven E sebab nak draw duit kat AmBank..
tiba-tiba..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tetttt.....
kad atm tak boley masok atm ambank..
aku gune bank islam..
before ni boley je kad atm aku masuk mane2 bank..
aku dh gelabah
ape tak nye..
seluk poket ade rm2 jek..
cukop2 nak naek bas sampai UM..
naik rapidKL dari pantai dalam sampai stesen U dah rm1
pastuh dari stesen U nak masuk UM dah rm1..
aduhh..

tapi aku nekad..
berbekalkan rm2 aku naek bas gak masuk UM..
dalam UM ade kaunter Bank Islam..
dalam hati kalau kad aku tak boley betolkan satu hari aku nak balik pantai dalam jalan kaki..
T___T

sampai kat bank islam aku try dulu masuk kat atm mesin dia..
tiba-tiba..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tettttt...
boley kaw!
naseb baek aku try dulu..
kalau aku maen redah pegi  kaunter ckp kad aku rosak sume mau malu aku..
tapi apasal tetiba kad aku x boley masuk bank lain eh??
konpius di situ..


kad kesayangan aku..naseb baek kau sangat diperlukan..
kalau tak aku campak2 ko


nampaknye kad atm aku nak main-main dengan aku ni..
dia ingat atm bank islam ni ade kat mana2 je ke??
cisss...

dah jadi lambat aku nak pegi fakulti..
nak settle barang2 thesis aku..
ni lagi satu hal..
sedey mak!
TT____TT



adiosss...



With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, November 4, 2010

Ailyl Mystery GiveAway!







okey kite mulakan dengan bismillah...
:)

1. kenape rambut kaler hitam?
sebab ai memang suke rambut kaler hitam..tp sygnye rambut sendiri x berapa nak hitam..jadi haruslah kaler ini doodle punye rambut dengan kaler hitam..weee

2. mate kaler hazel
oh! sgt jeles dengan kawan ai yg ade mate kaler hazel..jadi disebabkan mate sendiri x berapa nak hazel kita kaler la doodle ni punye mate kaler hazel.. xD

3. muke kaler putih 
ini kerana muka sendiri adalah tak berapa nak putih..maka ini doodle harus di warna supaya menjadi muke idaman..ngeee

4. baju kaler kuning
kuning warna di raja..kuning warna yang ceria dan terang..kuning bukan warna fevret ai tapi rasanya ini doodle sesuai memakai baju berwarna kuning..baru la menarik perhatian..hehe

5. seluar warna pink
bila baju dh cantik kaler kuning haruslah cari seluar yang sepadan warnanya..warna pink macam padan je dengan warna kuning kan??ke tak? T__T

6. kasut warna ungu
senanye tataw nak letak warna ape kat kasut ni..tapi macam cantik je kan kasut warna ungu ni..lagi pon ai tak penah ade kasut warna ungu so apa kata kita pakaikan doodle ni dengan kasut kaler ungu..hmm menarik2.. xD

7. eyeshadow warna kuning
eyeshadow mesti lah nak same kaler dengan baju..jadi bertambah la menarik perhatioannye..tak gitu?? xD

8. blusher warna pink
oh ai memang suke blusher kaler pink..kaler laen macam tak sesuai jek..kalau tak pakai blusher rase macam pucat je kan..pakai lah blusher jadi berseri-seri..gitu kan..hoho

9. lipstik warna merah
ai x suke lipstik kaler merah..tapi bila tengok ini doodle pakai lipstik kaler merah macam menawan plak..adakah kerana doodle ini berkulit cerah?oh sedihnya ai yang tak berapa cerah ni.

10. background kaler pink
last sekali background..disebabkan blog ailyl warna pink jadi ai dengan baik hatinya telah memilih background ini doodle dengan kaler pink..cepat ckp time kasih..wakakaka xD

korang berminat??
mai join sini
gud luck!
xD

With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, November 3, 2010

harga sebuah thesis



                
korang mesti taw thesis tuh menatang ape kan??
ade sape2 tataw..
meh2 aku kasi taw..
free jek tak payah bayar..
thesis tuh final year project or kalaw budak2 sekang ni panggil FYP..
cewahhh !


sampai nightmare aku buat thesis ni taw !
kalau sape2 yang wat thesis boley mimpi indah2 memang aku respect habes lah !
T__T


thesis aku : Study on the heat of hydration of slag-cement concrete barrage


related project : Besut barrage concrete


Thesis aku kene buat due bende..

1. Gune software iaitu LUSAS 14.2..version laen taknak..nak yang tuh jek..dem ! mintak kat department dari bulan 7 sampai sekarang dorang tak install2 kat lab komputer department..cemane aku nak buat keje ! makan gaji bute tol lah !


2. kene masuk lab..cast concrete kaw!


tadi aku pegi fakulti bincang2 harge barang sume..



size concrete aku : 750mm x 750mm x 750mm



barang-barang diperlukan :

kayu playwood (4ft x 8ft) = 4 keping
1 keping = RM 60
4 x RM 60 = RM 240

kayu kok chai (2 x 1) = 10 batang
1 batang = RM 8
10 x RM 80 = RM 80

paku (1 1/2 inch) = 1 kilo
lupe nak tanye harge..

termocouple wire = 13.5 m
1 m = RM 15
13.5 x RM 15 = RM 202.50

Total = RM 522.50 (x masuk paku)






naseb baek simen batu pasir sume dah ade kat lab..kalaw kene beli seniri gak???
benti belajar haku..
wakakakaka


pastuh masalahnye sekarang aku kene buat sorang2 formwork for concrete aku..
wahh!!
O___o


tuff gilerr aku kannnn !
technician department aku xmo tolong aku pon..
dorang pakat2 nak kene kan aku..
dorang boley potong kayu jek..
pastu the rest aku kene buat senirik !


ko bayangkan..
formwork aku dekat 1m tinggi !


contoh formwork pakcik google


TT__TT

doakan aku selamat bulan 12 nanti..
:')


Adioss...
With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal