Wednesday, March 20, 2013

Resepi : Roti Tortilla inti daging


Untuk yang request resepi.
Nah.




Bahan-bahan :

1. Sepeket Roti Tortilla segera.
2. Daging cincang. Aku guna Ramli punye.
3. Bawang besar sebijik.
4. Bawang putih dua ulas.
5. Sosej sikit buat2 tambahan. Kire ala-ala suprise taste gitu. Dalam 10 ketul yang kecik je aku guna.
6. Carrot merah sebatang.
7. Keju parmesan nak letak boleh tanak letak boleh.
8. Seasoning (garam, serbuk cili, black pepper, serbuk jintan manis, serbuk 5 rasa Giant)
9. Mayonis and Thousand Island



Dah kuarkan semua baru teringat nak snap gambar. Dia banyak jenis. Ada yang potato, garlic, ape entah lagi. Aku amik yang Wholegrain. Kenyang sikit.



Daging cincang Ramli yang dua keping tu. Cuci bersih-bersih.



Cara-cara:



1. Bawang Besar potong dadu.
2. Bawang putih cincang halus.
3. Carrot hiris halus.
4. Sosej potong kecik comel.




5. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Aku suka guna pan ni sebab dia tak melekat. Jadi takkan hangus. Hehehehe.





6. Bawang dah layu, masukkan daging. Gaul.




7. Lepas dua minit masukkan bawang putih. Gaul





8. Masukkan serbuk cili dalam 2 sudu besar.
9. Masukkan serbuk jintan halus dengan serbuk 5 rasa dalam satu sudu kecik.

Serbuk 5 rasa tu memang nama dia serbuk 5 rasa. Aku beli kat Giant.
Akram la suruh letak.
Dia tengok macam best je dia suruh letak.
Tapi jangan banyak sangat sebab nanti jadi pahit.





10. Masukkan carrot and biar layu sikit baru masukkan sosej.

Aku campur carrot je sebab Akram kan tak makan sayur.
Setakat carrot tu die boleh telan lagi.
Kalau korang nak guna kacang panjang ke kobis ke okey jugak.


11. Season dengan garam and black pepper. Tambah sos cili sikit.

Make sure daging betul2 kering sebab taknak roti tortilla tu koyak.
Dah kering angkat letak tepi.




Panaskan roti tortilla dalam seminit dua. Angkat.
Letak daging cincang tadi.
Letak lah nak letak sos ke, mayo ke, thousand island ke.
And aku tabur parmesan cheese sikit untuk tambah berat badan kahhkahh.






Lipat. Gulung.
Panaskan non-stick pan. Letak agak2 cheese boleh cair kalau letak cheese. Terbalikkan beberapa minit lagi. Angkat.
Siap!



miaw-miaw.




Kenape kene try resepi ni?

1. Sebab die senang gile.
2. Sebab die sedap!
3. Supaya cik abang sayang. Wakakakakaka!


okbai.