Friday, May 20, 2011

surat untuk Mr. ghost.




* sila baca dalam keadaan lampu ditutup untuk mendapat feel yang baik.





Kehadapan Mr. Ghost,

Tolonglah jangan ganggu saya. pliss pliss pliss.
Cukup lah semalam anda pegang kaki saya sampaikan saya kaget.
Harap-harap malam ni saya boleh tido lena.

Yang mengharap tak nampak anda,
-saya yang lemah-





malam semalam kan masa aku nak tido biase lah aku bukan jenis baring atas tilam terus boleh tido paling tak kene berangan kawen dulu amik mood nak tido then baru lah boley tido. so semalam aku pasti yang aku belom tido apetah lagi bermimpi just baru je pejamkan mata. tiba-tiba *bunyi kucing itam peliss



aku rasa ada orang pegang kaki aku. seriously aku rasa. bukan mimpi or ape. tapi kejap je lah. macam orang sentuh kaki ko camtuh dalam 5 saat. ko bayangkan aku tido sorang2 dalam bilik tiba-tiba rasa camtuh. tapi aku bukan jenis yang suka jerit-jerit so aku pejam mata rapat2 and kakukan diri aku.



adalah dalam setengah jam aku buat camtuh sambil tuh aku baca2 lah jugak ayat kursi semua dalam hati. nak bukak mata jangan harap. aku ni jenis yang biar hantu nampak aku jangan aku nampak hantu. begitu.



ini cerita betol okey nak kata aku terlanggar bantak ke hape ke aku tido satu bantal je and sebelah kanan aku betol2 dinding. yang kene pegang tuh kaki kanan lah. peh tuhan je yang taw macam mana aku rasa time tuh. dah agak2 lama sikit baru aku gerakkan badan bukak mata fuhh lega takde pape. terus selubung tutup mata and zzzzzzz.



so masa dinner tadi aku cerita lah dekat kakak aku. dia kata hantu jantan tuh nak ngurat ko. boley pulak nak buat lawak kan.



abang ipar : dulu ko duduk sini lama tak kene pape pon.

kakak : tuh dulu dah 5 tahun lepas dah. hantu pon dah beranak-pinak dah.

aku : tu lah entah2 anak dia ke.

kakak : mesti hantu jantan tuh. dia nak kacau akak, akak dah anak dua. dia kacau ko lah.




sukati je dorang ni kan. huhu. kakak aku cakap kawasan kuarters ni memang lah macam ade bende2 sikit. pernah sekali jiran kakak aku nampak anak buah aku tengah main air dekat depan rumah. time tuh maghrib. padahal anak buah aku ada je dalam rumah. takot tak ?



and ada sekali adik abang ipar aku dengar ada suara budak menangis padahal bila tengok takde orang pon. abang ipar aku pernah jugak dia pergi toilet and dengar suara kakak aku panggil dia padahal kakak aku dalam bilik tak buat pape pon.




aku ni dah la kategori penakut jugak. nampak je macam berani padahalll Allah je yang tahu. kuikui. harap-harap malam ni boleh la tido lena. aminnn.



ape tungguu lagi? cepat aminnkan jugak. :P







ok bai.