Monday, October 29, 2012

Lembu Korban.









Akram bagi dua gambar ni kat aku semalam.

Ko tengok Akram (baju biru).
Sukati je nak duduk atas lembu tu.Dah la berat. kuikui.

Pastu aku cakap "Kesian lembu ni. Terpaksa menampung beban yang berat di saat-saat akhir. Hehe"




okbai.

                                                  


With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, October 25, 2012

Surprise !!



Wah dah hari Khamis lah.
Tetiba mata yang kuyu jadi segar mengenangkan malam ni balik Johor.
Okey tak payah nak cakap yang korang dah sampai rumah la, dah otw balik rumah la.
Aku tak heran lah.
*jeles sebenarnya*



Semalam Akram ada exam kat Subang.
so dia amik cuti lah.
dulu2 masa zaman aku study kat UM dulu bila dia ada exam kat Subang selalu jugak dia singgah UM masa otw nak balik Nilai.
tapi now aku tak expect ape2 lah sebab aku pon kerja kan.
Dia exam pukul 9 pagi sampai 10 lebih.
Pastu dia cakap nak tunggu member dia sebab nak bagi barang and nak pergi lunch dengan member dia tu.
aku pon okey je lah.



tiba2 dalam pukul 1.30pm masa aku tengah lunch dapat call dari dia.
actually aku memang slow kan sikit ringtone aku.
pastu time lunch aku letak dalam poket. vibrate pon tak rasa sangat sebab aku slow kan jugak.
tetiba by the time aku nak tengok hp dah ade 6 miscall dari Akram.
Aku pelik la apehal dia nak call banyak2 kali.
sekali bila angkat dia dah marah2.
dia memang bengang kalau aku silent2 phone ni. tapi bukan aku silent pon. aku memang pekak sikit. hahaha ! tak lah kedai makan tu yang bising. hihi.


Aku pon dengar dia dah macam nak marah aku ape lagi bengang lah.
sebab tak angkat phone je pon.
selama ni aku call die kejut bangun pagi sampai 100 kali tu tak pikir pulak kan. *ceh mengungkit*
kahhkahh.


pastu malas nak layan.
tetiba dia whatsap hantar gambar kat bawah.


dengan mesej berbunyi "dah puas hati sekarang?"


okey sangat terkedu.
dia dah parking bawah opis aku.
tetiba neves. neves pasal ape aku pon tak tau. hahaha !


pastu aku cakap lah memang bagus sangat buat aku camni.
yelah tetibe je datang. dah la tak bagi tau. huhu
pastu call tak dapat emo. hahaha !


Pastu Akram cakap "Nak buat suprise macam ni pon tak boleh ke?"

okey terharu. hihi.
Aku bukan ape. Tak kisah la nak suprise ke ape ke kan.
Tapi opis aku ni pelik sikit. Banyak sangat bangunan. Jalan pulak salah masuk je boleh sesat sampai ke mana2 entah.
Aku takut je dia sesat ke ape ke. Risau lah. huhuhu.



terus call Akram. Dia tu tengok je badan besar tapi boleh tahan sensitif jugak.
saje je nak lawan sape paling sensitif dengan haku ni.
Aku pon cakap la sorry. bukan silent tak dengar je. hihihi.
terus cakap elok2.
aku kan sejak dua menjak ni memang penyabar sikit :P



Jumpe2 dia pujuk2 sikit okey dah. hihi.
sebab kan time tu dah nak pukul 2 so pergi minum2 kat Starbuck saje.
Harus lah Akram yang belanje. wiwiwiwiwiwi.



Ini orang sangat penyabar. Tapi sampai satu tahap kalau dia tak boleh tahan sabar memang meletup jugak. Aku rasa aku je kot yang pernah rasa kene marah dengan dia. Hehe. Sebab aku kan degil. Kalau merajuk tu dah pujuk pon still tak nak dengar cakap. Mane la dia nak tahan. Kalau tanya kawan2 die kompem mesti tak pernah ada yang tengok dia marah. Hihi.




Perangai Akram macam bapak aku jugak lah.
Penyabar tapi sekali dia marah memang kecut perut. hahaha !
Dan persamaan yang kedua adalah, aku je yang pernah kene marah dengan bapak aku.
adik beradik lain tak pernah okey kene marah. *tetibe feeling2 anak angkat* puihhhh.
sebab aku ni degil sangat kot.
namun begitu masih mempunyai perasaan sedikit romantik kahh kahh.
dan jugak comel. walllawehhhhhhhhhh *pitam*




Aku order Choclate Chip dengan whipe cream size small. Akram order sama just dia punye ada campur cofee and of coz dia akan amik size large. dasar dot dot dot. haha ! ni third time kot aku minum starbuck. Aku bukan pencinta cofee sangat. Plus aku kan kedekut. Haha. First time sebab kawan aku ajak beli sebab kalau beli dua baru murah sikit. so aku layan je lah. Sekali murah2 pon sampai rm15. oh pitam !



Second time member aku ajak teman dia sebab kawan dia yang kerja kat sana nak belanje.
oh heaven betol kalau orang nak belanje2 ni.
sampai rasa nak muntah kat dalam tu sebab kenyang sangat. ahhaha !





Pastu masa kitorang bayar tu adik cashier tanya nama Akram.
pelik la jugak kenapa tetiba dia tanya kan.
rupanya dapat Customer Voice macam kat atas ni.
masuk laman web starbuck. masukkan code yang kitorang dapat sebab beli kat sana.
pastu kene buat survey dulu then dapat voucher code.
voucher code tu boleh bawak pergi mana2 Starbuck and boleh redeem air for FREE !



TAPIIIIIIIIIII !!!


Hehehehe.
jangan nak suka sangat lah.
Barang free of coz lah ada tapinya.

Voucher ni tak semua orang dapat ye.
cashier cakap untuk lucky customer sahaja.
sila jeles. wakakaka.
ape lagi kenyit2 la mata dengan adik2 starbuck. hihihi.



Naseb baik Akram yang bayar.
Kalau aku yang bayar kompem tak dapat sebab aku rasa aku ni bukan golongan bertuah.
sepanjang 24 tahun (mude lagik. motif nak tulis mude lagi? gelabah sangat :P) hidup tak pernah sekali pon dapat lucky draw.
oh tetibe terus rasa nak down.



ok dah.
semalam apdet pasal kawan kawen.
dan macam biasa tak sah kalau tak dapat komen "kau tu bila pulak?"
well haku masih merasakan aku ni 18 tahun.
so what? wiuwiuwiu.



aku nak kawen kalau aku rasa dah bersedia untuk menyambut Hari Raya di rumah lain.
boleh tak bagi jawapan camtu?
mentang2 lah esok nak raya haji kan.
feeling raya sangat.

dah tak payah nak feeling sangat.
*sambung buat kerja yang melambak*



okbai.


                                                  


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, October 24, 2012

Selamat Pengantin baru Ayie. Baju corak bungan besar macam orang tua ke?






Minggu lepas pergi wedding kawan aku kat Jalan Ampang.
Memula Akram cakap dia kerja so aku plan nak pergi sorang.
Nak pergi dengan kawan2 takut dorang lambat pulak sebab aku rushing nak kene balik awal sebab petang tu nak teman Akram hantar adik dia kat Temerloh pulak.


Tetiba Akram cakap dia tak kerja.
Hoyeahhhhhh. Sukorrrrrrr.
Aku bukan ape. Aku no hal la setakat pergi wedding sorang2 ni.
Tapi aku ni buta jalan sikit.
elok2 kalau Akram drive 45 minit je jadi aku yang drive maunya 2 jam pon tak sampai lagik.
ada GPS pon boleh sesat. kahhkahhh. ape pon tak boleh.


Majlis buat kat Dewan kat Ibu Pejabat Risda.
pukul 1145 kitorang dah sampai.
tak ramai orang lagi. so boleh la makan dengan tenang.
memula aku makan laksa penang dulu. pastu baru makan nasi minyak.
perut tembolok beginilah ye. haha !


sambil2 tunggu kawan2 sampai + pengantin sampai dekat 3 pinggan buah-buahan jugak lah kitorang balun.
kate buffet kan. hihihi.
pukul 1 lebih baru pengantin berarak masuk dewan.
orang lain pakai kompang. kawan aku rilek je masuk dewan pakai lagi Titanic. klasik ! hihi.


Yang lelaki tu satu kelas dengan aku time degree. coursemate la kiranya.
wife dia lain course tapi satu department jugak ngan kitorang.
so selalu jugak sama kelas dengan kitorang.
cantik gila baju pengantin perempuan. jeles okey. haha !


Pengantin masuk. Bersanding kejap and terus pergi makan beradab.
Masa dorang makan tu aku jumpe la dorang kejap.
Amik gambar kenang-kenangan.
pastu terus balik rumah kakak Akram sebab nak amik adik dia and hantar pergi Praktikal kat Temerloh.


Akram cakap baju kurung aku macam orang tua sebab corak bunga dia besar2.
Tak guna betul.
Die memang suka komen semua baju2 aku.
Dan dia memang cerewet.
Kadang-kadang dia dah sarung dah t-shirt tu.
tapi bila tengok macam tak kene je terus tukar balik.
sebijik macam perempuan.
kadang2 tu siap bawak spare lagi tshirt dalam kereta. -___-



Lepas raya haji nak naik penang pulak pergi wedding kawan Akram.
dah la minggu tu ada 4 jemputan kawen.
hai memang musim mengawan eh sekarang?
haha :P



okbai.


                                                 


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, October 16, 2012

Orang lain sibuk bercinta alih-alih dia yang kawen dulu.



Wah tajuk kemain lagi kan.
Macam tak puas hati je? HAHAHA !

Dua minggu lepas aku balik johor.
Kawan baik masa sekolah rendah kawen.
masa dapat tahu tu memang terkejut gila lah kan.
ape taknya senyap2 je.
entah bila dia bertunang tetiba je dapat kad kawen.
tapi bagus lah macam tu kan.
time kawen baru hebah-hebahkan.
ni zaman sekarang, masa bercinta sibuk sangat macam kan dunia ni die je yang punya.
sekali putus mengamuk kat pesbuk satu hal. maki hamun lagi satu hal.
eh terasa ke? hahahaha !


aku balik Johor dengan adik aku dengan oficemate aku.
ofismate aku ni satu sekolah menengah dengan aku.
tapi masa dia form 1 sampai form 3 die satu sekolah dengan pengantin tu.
kawan2 aku ni memang pusing2 situ jugak nya.



balik johor jumaat malam.
sabtu malam tu kitorang menyibuk kat rumah pengantin sebab ada majlis khatam quran.
sambil2 menyibuk tu boleh lah korek rahsia sikit kan.
mane aci kau senyap2 je dah kawen.
entah bila masa bercinta kan.
tetiba nak kawen.
harus korek dari A to Z.



masa aku sampai, ada sorang makcik tu tanya aku "dari mana?"
selamber aku cakap "dari rumah Cik Jamal"
pastu dorang gelak2 sebab tak kenal aku.
yelah aku ni puteri lilin.
memang dah biasa kalau orang kampung tak kenal aku.
aku kan pemalu.



me with Afiqah. aku satu kelas dengan apyp time form 4. sebab apyp masuk sekolah aku time form 4. form 5 aku pandai banyak so aku masuk kelas pertama. hahahaha ! gile berlagak statement. kihkih.


korek punya korek rupanya dorang dah bercinta dari lepas SPM lagi.
7 tahun okey.
kau mampu?
kalau aku errr errrr okey pitam.
lamanyaaaaaaaaaaaaaaa.
dah la now sorang kat Perak sorang kat Shah Alam.
lagi la aku tak mampu nak jauh2.
alangkan aku dengan Akram yang dekat ni pon tiap2 hari nak berperang. kalau jauh lagi lah.
tapi tu lah kan. kalau dah jodoh tak kemana.


yang aku respek husband kawan aku si Zakiah ni tak habes study lagi.
siap kerja part time sebab nak kawen.
untung kau Kiah.
kitorang yang dah kerja ni pon tak kawen2. hihihi.
yelah kan orang cakap jugak kalau dah sampai seru tu memang akan dipermudahkan je jalannya. :)


tapi yang aku malas ni kalau berkumpul kawan2 ni tetiba mesti ada orang cakap camni "sebenarnya aku selalu je baca blog kau. aku tau je perkembangan kau"

arghhhhhhhhhhhhhhhhh pengsan 80 saat.
aku ni tak kisah orang baca blog aku.
tapi aku malu kalau orang cakap dia baca blog aku.
aku kan pemalu. kahh kahh ! dah la suka sangat merepek. kuikui.



yang kiri sekali tu kawan dorang. aku tak kenal.tapi aku tetap nak menyibuk dalam gambar. hahaha !




yang bahagian depan pon yang aku kenal yang tudung merah je. sebab kawan sekolah rendah aku jugak. yang lain tu kawan kerja kot. kot lah. aku pon tak ingat dah. haha !



lepas dah borak2 semua si pengantin pulak baru nak pakai inai.
time tu pukul berapa entah. dah agak lewat jugak.
inai pakai inai yang segera tu.
senang citer takde nak tumbuk2 segala.
eh tapi time aku, aku nak tumbuk jugak.
baru lah legend kan. haha !



dan disebabkan aku ni hot *tetiba*. takde lah. takde sape nak pakaikan si Kiah ni inai. aku terpaksa lah merelakan diri menjadi si pemakai inai. tapi corak aku tak buat lah. kakak dia tolong buat. maklumlah aku ni bukan kreatif mane pon. *sedih* takpe time aku kawen nanti aku akan pastikan kawan2 aku semua dah prektis buat corak2 inai. senang aku nak guna dorang. jimat ! itu paling penting.



aku ngan apyp balik rumah dalam pukul 1 kot.
siap lagi sedare si Zakiah tanya nak balik mana sebab risau dah malam buta.
pastu aku cakap "rumah saya dekat je. tu bapak saya tengah masak kat belakang"


bapak aku memang masak kenduri kawen.
aku je yang tak reti masak.
haha !


siap cakap dengan Zakiah "weh esok pagi aku nak menyibuk kat masjid. nak tengok ko kawen."



esok paginya awal2 pagi dah bangun.
takde lah awal sangat.
tapi sebab tido lambat pastu bangun awal tu yang rasa penat gila.
drive balik johor pon tak habes penat lagi.


aku dah nak gerak pergi masjid pengantin tak gerak2 lagi.
so aku ngan apyp gerak pergi rumah pengantin dulu.
mentang2 lah rumah dekat-dekat je kan.
masjid pon dekat je.


dalam pukul 10 pagi camtu baru gerak pergi masjid.
dan disebab kan aku pakai baju kelabu sama dengan pengantin secara tidak langsung aku dilantik menjadi pengapit pengantin. malu iolss tau.



Zakiah daripada start duduk sampai lah abes akad baru lah dia habes berselawat jugak. yelah neves kot. time aku nanti macam mana lah gayanye kan. *cewahhh* tapi Kiah cool je. habes akad pon dia cool je. aku rasa time aku nanti mesti dah menangis-nangis. aku kan ikot perangai mak aku. sikit2 nak nages. harharhar.



Tapi Pak Imam tempat aku memang cool.
selambe cerita pasal Legoland lah pasal Adam & Hawa lah.
siap hafal okey drama Adam & Hawa dah sampai episod berapa.
aku pon tak tengok drama tu.


Part paling sedih of course lah masa part baca2 ayat tu.
alah yang ibu baca ayat nak lepaskan anak perempuan tu.
dulu masa kakak aku, mak aku baca sambil menangis-nangis.
mak aku kan ratu air mata. hehe.
mak Zakiah time baca ayat tu tak nangis. Tapi masa dia salam dengan menantu dia pastu dia cakap dia lepaskan Zakiah untuk menantu dia time tu mak dia nangis.
aku pon nak menangis sekali. sedih wehhh.



Dan dengan sekali lafaz, syahid sah menjadi suami Zakiah. so sweettttttttttttttttt. hihi.Akram cakap tudung aku tak matching langsung dengan baju. haha ! Akram memang pengkomen baju2 aku secara tak langsung. kalau aku pakai seluar hijau dengan baju merah pon dia komen. kalau aku memang belasah je. haha ! aku pinjam tudung mak aku. mak aku pulak pattern tak pakai tudung bawal. so au sapu je lah ape yang ada.



lepas abes nikah terus gerak pergi rumah pengantin.
sebab dorang bersanding awal.
pukul 12 tengah hari dah bersanding.
dan sekali lagi aku terpaksa jadi pengapit terjun.
memang kalau ada award aku boleh dapat pengapit paling selekeh kot.
serabai gila aku rasa.
dengan baju and tudung tak matching. hahaha ! kesian ko kiah. aku memburukkan gambar pengantin ko.
dah la tema sanding purple.
aku still dengan baju kelabu.
pengapit lelaki dah hensem2 pakai baju purple jugak.
ahhh belasah.



tapi yang sedih tak sempat amik gambar masa aku jadik pengapit sebab aku lupa nak unlock hp aku time bagi kat apyp.
hp pakai password.
tunggu gambar dari photografer kiah je lah.



dan saat paling best kalau kenduri kawen kat Johor adalah time pengantin lelaki sampai.
BAYAR TOLLLLLLLLL !!!
hehehe.


pihak lelaki bagi duit tol 2 hengget okey.
kalau time aku nanti aku soh Akram letak singgit je. jimat.
eh? macam lah kompem kawen kan. haha !



yang best jadik pengapit sebab boleh makan beradab sekali. hihihi. tapi disebabkan lepas nikah aku dah bantai makan banyak so aku pon makan sikit je time ni *sedih*




dan gambar terakhir before balik rumah. pejam mata pulak dorang ni. huhuhu.




malam masa majlis khatam quran tu ada sorang makcik tu tanya pengantin umur berapa.
aku cakap 24 tahun.
makcik tu cakap mudanyaaaaaaaaa.



aku pon rasa muda jugak. cewahhhh.
padehal dah tergedik-gedik nak kawen. hihihi.
takdelah. aku bagi masa untuk diri sendiri lagi 2 tahun.
adik bawah aku lelaki tapi dia cakap dengan mak aku dia nak jalan dulu.
so aku cakap "ko jalan lah. tapi aku nak serba satu"
hahahahah !
walaupon adik lelaki langkah kakak tak kire langkah bendul kan tapi pedulik.



okey bertunang nak baju tema kaler ape eh?
*mood verangan ON!"
-_____________-





bye !



                                                








With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, October 12, 2012

Botol Lucah.



Ofis aku ni kecik je.
yelah company sub-contraktor je kan.
yang duduk dalam opis hari2 bos besar, bini bos jage HR. tu pon seminggu dua hari je masuk opis.
yang jage akaun adik ipar bos dengan anak perempuan dia.
pastu P.A bos kawan aku.
aku sorang engineer perempuan dengan sorang engineer lelaki.
company kire macam family business lah tapi bos sangat adil.
kalau anak sedare dia buat silap memang tetap kene marah.
so okey lah. takde masalah.


actually ramai lagi pekerja tapi dorang semua duduk kat site sebab project sangat banyak dan merata-rata.
kat penang lah, johor lah, melaka lah dan lain2.
ok itu introduction.
ceritanya pasal semalam.
company aku memang sediakan air untuk senang minum2.
alah nak describe pon tak tahu. so tengok gambar bawah ni okey. hihi.



boleh pilih nak air panas ke sejuk. nescaffe dengan milo pon ada sediakan. biskut je beli sendiri. haha !



so selama ni aku dok amik2 air ni aku perasan la yang botol2 semua ni tegak je.
macam gambar bawah ni.



standard lah kan botol camni. memang hari2 pon aku tengok botol ni. botol yang tegak.


sekali semalam masa nak amik air tetiba aku terperasan yang botol lain.
macam kat bawah ni.


botol ni macam ade shape. Licin pulak tu. Kahhhkahhh.



aku pon tanya lah kawan aku apesal botol ni ade shape. Selalu tegak je.
pastu aku cakap "okey ni botol female. yang tegak tu botol male"

pastu semua orang gelak.
tetiba kawan aku boleh cakap camni "tulah. botol tu ade shape. macam perempuan. dah la Encik Farzi yang angkat tadi. euwwwwww"


pastu semua orang gelak gila.
Encik Farzi tu engineer lagi sorang.
sebab dia dah umur 30 lebih kitorang panggil Encik la.
nak panggil abang macam lagi euwww kan. hahaha !



En. Farzi cakap "eeeeeeeee kotor."
HAHAHAHA!!


Naseb baik bos takde.
kalau tak dah pening kepala dengar kitorang gelak2.
hihihi.





ok dah nak sambung buat kerja.
bai.




                                                                                 


With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, October 8, 2012

Maskulin.





Hari ni aku sangat mengantuk.
Maybe sebab penat sangat.
Jumaat malam balik Johor. Gilir2 drive dengan adik aku.
sabtu ahad sibuk servis kereta lepas tu menyibuk-nyibuk kat rumah kawan aku yang kawen semalam.
tido bape jam je. pukul 5 petang gerak dari kota tinggi balik KL.
tak berhenti langsung sebab nak cepat sampai.
adoi tak larat sangat.


disebabkan lama tak jumpe Akram (lama lah sangat kan. hahahaha !) so saje2 je lah wassap die malam tadi tanye dia rindu aku ke tak.


Aku : Cakap rindu ke tak?

Akram : Eleh tanya soalan cepumas pulak..

Aku : Cakap la.

Akram : Malu lah nak jawab. huhuhu. Tak maskulin la kalau cakap2.

Aku : Ahhhhhhhh. taknak cakap takpe.

Akram : aah~~~taknak cakap...malu..



Dengan aku je pon. itu pon nak malu.
tumbuk kang.


cuba lah romantik sikit sekali sekala.
hahahaha.
pengsan.

okbai.
With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, October 1, 2012

Cubaan menjahit sarung bantal sendiri.



Good day everyone ! :)

weekend last week adalah sangat membosankan.
Sebabnya Akram pergi holiday dengan kawan2 kerja dia kat Sabah.
Mesti korang nak cakap aku macam takde kawan nak ajak keluar kan. HAHA !
Aku banyak kawan sebenarnya.
tapi malas nak keluar sebab kadang2 jadual dorang tak sama dengan aku.


sekarang aku kalau nak pergi mana2 aku memang lebih suka angkut Akram.
bukan lupa kawan2.
Tapi aku pernah kene sekali dulu.
Aku jenis yang kalau shopping tu selagi kaki tak macam nak patah selagi tu tak berhenti.
dan wajib masuk setiap kedai dalam mall tu.
Akram memang dah paham perangai aku.
so senang bawak dia. lagipon Akram kan kaki jalan jugak. so dia tak kisah.



ada one time aku keluar dengan kawan, dia macam nak cepat balik je.
aku yang macam serba salah.
so now kalau Akram takde aku memang lagi suka keluar sorang je lah.
tapi tak semua lah kawan macam tu.
Ada je yang sempoi.
Macam Mira. Hye Mira ! hehehe.


Actually Sabtu lepas ada kawan aku kawen.
kawan satu sekolah. tapi memula aku macam ada benda nak settle kan.
last2 tak jadi. tu yang membongkang kat rumah.
sebab takde benda nak buat aku pon kemas2 lah barang2 aku yang banyak gila tu.
 Aku rasa setiap kali aku pindah rumah mesti aku dah buang semua barang yang tak pakai.
tapi setiap kali tu jugak aku rasa barang aku tetap banyak. HAHA !
Kemas punya kemas tetiba ternampak satu bantal yang sarung dia dah koyak.
dan kemas punya kemas tetiba teringat aku ada banyak lagi kain felt yang belum guna.
so ape lagi sesi menjahit bermula lah.



kain-kain felt. beli kat Daiso. 


 Aku ni dalam banyak2 benda yang perempuan perlu buat, aku paling tak minat menjahit.
dulu masa zaman sekolah time subjek kemahiran hidup kan kene jahit baju kan.
ape aku buat?
time tu kene buat baju kurung kedah.
time cuti aku bawak balik rumah suruh mak aku jahit. settle !
hehehe.



tapi setakat jahit sikit2 tu boleh lah.
takde lah buta gila kan.
so Sabtu dan Ahad aku abeskan dengan menyiapkan sarung bantal aku.
Kain2 tu aku carik kat Daiso sebab tak pernah jumpa kat kedai lain.


 Dan akhirnya bantal comel pon siap. Jahit tangan uollssss. Hihi.


Aku letak bantal ni dalam kereta sebab aku memang suka memenuhkan kereta aku.
macam comel gittew.
kahh kahh.


Kadang2 ape yang kita tak minat tu sebenarnya kita boleh buat.
cuma nak taknak je dan malas tak malas je.
same macam memasak.
dulu aku benci gila bila ayah aku balik kerja tanya soalan cepu cemas "dah masak ke adik?"


even dia sebenarnya tau yang aku takkan masak punye tapi tu lah.
saje perli aku. hahaha !


tapi bila dah besar aku rasa memasak tu sangat seronok.
tak payah la nak terror gila memasak macam chef tu kan.
asalkan ape yang kita masak tu orang tak keracunan makanan dan muntah2 dah la.
kalau nak expect kite memasak macam chef baik haku apply jadi chef je.



dan paling penting haruslah berterima kasih pada Google yang serba tahu.
ekekekekeke.


 hari ni Akram balik dari Sabah.
aku dah pesan siap2 nak gelang mutiara.
jangan jeles. kahh kahh.



okbai.


                                                             


With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal