Saturday, April 30, 2011

Lagu tema ketika musim exam. Serius Cute !! Bruno Mars selalu terBAEK !!






sekarang kan musim exam kan so aku taw mesti ramai yang tengah tension study. disebabkan sifat keprihatinan aku sangat tinggi ni aku nak share satu klip video yang serius cute. tajuk lagu je dah memang perli aku dah. tapi takpe sebab video ni buat aku gelak (tak macam si budak amir tuh) so aku boleh terima lah. jom tengok.








dah tengok ke dah tengok ke? kalau tak tengok tamo kawan ah. penat ite share taw. awak tanak tengok. *lap hingus. tapi kalau awak pakai berukben ite maapkan la. :p



Lima benda aku nak cakap :

1. Serius Kreatif.
2. Serius Cute.
3. Serius Jimat (satu ruang je kot).
4. Serius Smart.
5. Serius LOL.



Today I don't feel like doing anything.
I just wanna lay in my bed.
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone.
'Cause today I swear I'm not doing anything.




Penyanyi memang kreatif kan. dorang malas pon terus boleh jadi lagu. meletops pulak tuh. ce kalau aku. bagi masa sebulan pon belom tentu boleh buat lagu. yela kang aku buat lagu kang menangis Yuna tak dapat carik makan. kahkah! gurau kasar nampak.




tapi lagu-lagu bruno mars ni seyes semua best-best and video dia semua smart. aku suka billionaire, just the way you are, nothing on you, grenade, count on you, marry you, wow semualah senang cerita.



sekarang nak tunggu sape yang nak copy video clip ni. video kreatif kot mesti nanti orang lain nak tiru. LOLS




eh tapi kan kenapa dia pilih beruk eh sebagai penari latar? eh tu beruk ke monyet? wateva lah sama spesis kot. tapi kenapa tak kucen ke lembu ke crazy frog ke panda ke rabbit ke. kenapa monyet? why why why. tell me.












































sebab monyet memang lucu kot.










ok bai.













With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, April 28, 2011

Menangis sebab Roti Sardin




semalam kan En. M.a.s bawak aku makan dekat satu restoran mamak ni sebab aku cakap aku nak makan Roti Sardin. aku rasa nama restoran tuh Steven's Corner kot. tempat dia memang lawa la bersih and ada banyak jenis makanan. tv pon banyak jugak. masa aku datang takdelah ramai sangat orang so aku order Roti Sardin and En. M.a.s makan nasi putih lauk ayam jek. tak kisah la kan.



yang aku perasan servis dia ni agak lembab lah jugak. maybe dorang tak cukup pekerja kot. tapi yang aku panas hatinya dia bagi aku roti sardin dengan kuah kari. fine aku dah makan separuh aku mintak lah tambah kari sebab kuah aku dah abes. tunggu punya tunggu dalam sepuluh minit tak datang jugak kuah aku. dah panas dah ni. tak lama lepas tuh En. M.a.s panggil lagi mamak order mintak kuah kari. tunggu punya tunggu dekat 15 minit tak datang jugak kuah aku. bengang lah aku.





kedai je cantek tapiiiiiiiiiiiiiii.





En. M.a.s tengok aku macam nak nagis dia panggil lagi pelayan. dia cakap dah order tiga kali tapi tak dapat2 jugak. time tuh muka aku dah masam gila nak mampos dah. perut jangan cakap terus jadi kenyang. air mata dah mengalir. dem.



bila kuah sampai mamak tuh cakap sory banyak2 kali. naseb baik tak kene sembur dengan aku kat situ. aku cakap taknak makan lagi and aku terus bangun bla. ko boleh pikir tak bukan aku order ko masak kuah kari aku mintak amik kan kuah kari je. susah sangat ke. dah la aku lapar gila. pukul 10.30pm baru nak dinner. kene pulak macam ni. bullshit.



lepas tuh aku diam je. pandang luar tingkap sambil tuh air mata meleleh. dem. tak lama tuh En. M.a.s suruh turun ajak makan sate. konon nak pujuk aku la tuh tapiiiiiiiii aku mane ler makan sate. T__________T



cakap la aku orang paling rugi dalam dunia ke hape ke yang penting aku rasa sate tuh tak sedap. kalau aku berjaya makan lebih 5 cucuk pon dah rasa hebat gila. dulu kat sekolah paling tak suke bila makan beradap sebab mesti ada sate and aku tak suke. dah kene bagi dekat orang lain. menci betol.



last-last En. M.a.s cakap 'taknak dah. sukati lah'

peh lagi sadissss. T________T



tiba-tiba dia berhenti lagi.
'dah jom turun pergi mamak sini. makan roti sardin'



haha! tak sampai hati lettew. pastuh dia dok orderkan makanan aku tapi roti sardin dekat Steven's tuh lagi sedap. serius aku cakap makanan dekat Steven's tuh sedap tapi disebabkan servis dia macam tahik memang takkan aku jejak situ lagi. padan muke ko hilang pelanggan berpotensi macam aku :p



aku tak taw kenape aku nanges. bukan mengade-ngade okey tapi semulajadi. dari aku kecik lagi kalau aku dapat makanan yang tak best or aku order dia bagi tak betol aku mesti nak nanges. terbawak-bawak sampai ke besau ni ha. bukan saje nak nanges tapi tiba-tiba nanti macam stress lepas tuh air mata mengalir sendiri. (cakap je lah cengeng :p)





ada satu lagi cerita pasal nanges2 time makan ni tapi nanti aku sambung. ni pon dah panjang dah aku bebel. lagi satu jangan tanya aku kenapa takde gambar kang aku sentap aku taknak tulis lagi. takot tak takot tak (okey poyo). gambar atas pon pakcik google punye.










malam ni ada bbq dengan civilian. harap-harap takde adegan menanges :p


ok bai.






With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, April 26, 2011

Kalau dah tau kerja jaga kaunter belajar lah senyum dan sopan.




aku ni kalau orang tak kenal aku memang orang akan cakap aku sombong. aku pon tak tahulah kenapa sebab aku rasa muka aku ni manis lagi menawan (macam nak muntah kan ok pergi lah muntah). tapi dulu masa dekat matrik rumet aku selalu cakap.


'ko ni kalau aku tak kenal ko memang aku cakap ko sombong dan berlagak. dah kenal baru lah taw'



see. orang cakap dun judge the book by its cover. eleh padahal aku pon selalu jugak judge2 orang ni. keh keh keh. tapi once korang dah kenal aku mesti tak tahan nak layan kesengalan aku. eh tapi tu kalau time mood aku ok lah. kalau tak baik ko jangan cakap dengan aku kang ada yang kene kang :p



kadang-kadang orang yang dah kenal aku cakap aku kelakar. macam najua coursemate aku tuh asyik je gelak kalau aku cakap. padahal aku tak buat lawak pon. ada lagi sorang tuh lagi lah. ada ke patot aku tak cakap lagi dia dah gelak. ingat aku badut ke. dia cakap tengok muka aku je nak gelak. tau lah muka aku ada sinar-sinar jambu maharaja lawak kan. eh eh.




tapi tu semua bukan masalahnya. masalahnya sekarang aku panas betol lah dengan orang2 yang jaga kaunter pertanyaan tapi bila orang tanya buat muka tak puas hati lepas tuh cakap macam nak tak nak je pastuh layan tak layan je. aku takpe lah aku tak jaga kaunter. belajar pon tak abes lagi. so aku masih boleh emo-emo lagi. hik hik. hari tuh kawan aku cakap



'ko dah keje nanti jangan emosi-emosi sangat tau. tak bagus'



memang di akui aku cepat je nak emosi-emosi ni. tapi takpe nanti aku belajar jadi sopan santun macam si sepet tuh okey. hehe.



back to the topic, hari tuh aku teman kawan aku sorang ni pergi shah alam. pergi pejabat tanah ke hape tah dekat s.alam tuh. kawan aku kerja penilai hartanah so kene lah amik info pasal tanah2 dekat kawasan2 kl and selangor ni. so ke sanalah kami. dah la panas-panas sampai sana tengok kaunter takde orang. tekan loceng ade sorang minah ni datang lepas tuh tanya kitorang nak ape eksen2. cakap macam bagus je. aku ni dah la cepat emosi so aku duduk jauh sikit. kang tak pasal-pasal ada yang histeria dekat dalam tu kang :p



so kawan aku dok cakap dengan akak ni tapi aku dengar jugak. antara dialog akak tuh.

'awak nak ape ni?'

'eh mana boleh dekat sini. salah ni. pergi atas la'

'kita tak boleh siap harini. kalau nak datang next week. kalau nak jugak tunggu lah lama sikit'


(baca dengan nada kerek dan bayang kan muka akak tuh macam nenek bawah ni ok)








lepas tuh datang la sorang kakak ni kecit-kecit comel je. boleh pulak akak comel ni cakap dengan kitorang elok2. settle kan semua. yang akak tadi emosi lebih tu kenapa. orang datang elok2 layan macam haram. len kali kalau nak garang2 pergi kerja tarik kete ye kak. ha kalau orang taknak bagi kereta ko boleh la belasah orang tuh. puas hati ko kan.




tak pun ko jadik pelakon nanti boleh ganti tempat tina dalam cerita Sahara tuh. baru boleh marah orang puas-puas and kehebatan ko memarah orang pon akan lebih terserlah. tak gitu?








senyum macam ni kan bagus :)

nasihat untuk diri sendiri kui kui kui.















ok bai.








With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, April 25, 2011

Impressive Research : Racun Ikan Buntal tidak menyebabkan kematian.







ni ada sorang komen dekat entry aku before this. kalau tak nampak meh aku tulis balik.


Just sharing- sebenarnya mengikut kajian sorang student tahun akhir uni malaysia terengganu, hihi senior saya lah tuh, so surprising..ikan buntal rupanya tidak membawa maut.kandungan racun didalamnya jauh lebih rendah berbanding jumlah racun yang boleh menyebabkan kematian.Ini adalah kajian yang paling top this year and impress para lecturer. Racunnya hanya akan menyebabkan kegatalan sekitar bibir. em racun ni tak dapat dihapuskan dengan haba. so maybe next research is about how to destroy the poison.




bila aku baca komen ni aku agak impress la jugak. well sepanjang aku hidup 23 tahun ni aku memang anggap racun ikan buntal ni boleh sebabkan kematian. sebabnya dulu masa kecit-kecit aku pernah baca dalam mastika (layan mastika beb dulu) yang orang sabah ke sarawak suka sangat makan ikan buntal ni. so ramai lah yang meninggal sebab racun dia ni.



tapi dorang tak serik sebab dorang cakap ikan buntal ni sedap tapi kene pandai makan untuk elakkan racun ni lah. kalau tak memang maut. tuh yang aku baca lah. so nampaknya kajian terbaru ni memang sangat berguna kot untuk orang2 yang suka makan buntal ni.



tapi walaupon racun dia tak bahaya tapi memang tak lah aku nak makan. tengok duri-duri dia je dah ngeri. buntal memang comel ok tapi nak makan sory. kang tak pasal-pasal mati sebab tercekik duri. memang naya jek.


tak pon tak pasal-pasal kang bibir jadi gatal nak mampus. cane nak buat. tak kawen lagi neh.



eh.












ok bai.





With Love : Syazwana Jamal :)


Sunday, April 24, 2011

Seafood at Bagan Lalang and Sepang Gold Coast.



sepatutnya aku kene teman En. M.a.s pergi lawan snuker semalam tapi disebabkan aku ade project discussion so dia pergi sensorang lah. kan aku dah cakap kalau aku takde dia mesti kalah punya. jahat gila kan. keh keh keh. so bila dah kalah ahad tak payah la datang. jadi mari kita jalan-jalan gemokkan badan.



before ni kalau aku cakap nak makan seafood dia selalu je cakap dekat Bagan Lalang best tapi nak bawak aku non ado ok. balik-balik dia pergi dengan kawan-kawan dia. tapi semalam aku tak cakap pon nak makan seafood tapi tiba-tiba dia ajak pergi sana. aku takkan nak tolak kan. orang cakap rezeki tak baik di tolak. hehe!




Bagan Lalang ni dekat-dekat dengan Sepang Gold Coast. dekat dengan pantai tapi tak boleh mandi. kat kedai ni kita pilih sendiri seafood yang kita nak. ada ikan banyak gak. bawal, kerapu, kembong, pari sotong pon ada. pastuh ada la kerang, kepah, lala and banyak lagi. then boleh la pilih nak ikan kecik ke besar ke then kalau amik lala ke kepah ke boleh la amik nak banyak mana. lepas tuh kita cakap nak masak ape then diorang akan masakkan.





pilih la ape ko nak. macam-macam ado.





kitorang amik siakap kot (aku lupa En. M.a.s pesan ape aku taw makan jek :p) masak sweet sour, sotong goreng tepung sekor and lala masak ape tah. tapi ada campur-campur dengan telur sikit. aku tak makan lala sangat. rasa sikit je pastuh rasa macam tak sedap. so En. M.a.s yang abeskan. dia tuh semua pon nak abeskan.




yang sedihnya tak dapat amik gambar sebab kamera phone rosak.
gambar atas pon pakcik google bagi pinjam. T_________T



makan dekat situ boleh tahan sedap lah. sebab dia fresh kan.




lepas tuh kitorang jalan-jalan dekat Sepang Gold Coast tuh. tapi lalu tepi je tak turun pon. ramai jugak orang melepak then ada budak-budak sekolah kot bercamping. En. M.a.s kata pantai dia tak boleh mandi sebab air kotor. so aku tak paham ape tujuan buat hotel and resort dekat situ. and harga dia memang gila. bilik biasa satu malam RM 700 lebih. kalau bilik luar biasa sikit harga RM3000++ satu malam. ada berann??



tapi yang menyampahnya kitorang tanya harga tuh dekat guard tuh. ceh memula guard tuh dok speaking dengan kitorang. ' are you guest?'


so kitorang assume dia memang tak reti cakap melayu lah. fine hotel mahal kan. tapi bila kitorang speaking hamek kau menggagau nak jawab. last-last cakap melayu gak. tapi dia bukan orang Malaysia. muka macam vietnam camtuh. cakap melayu pon berterabur. last-last kitorang malas nak layan.



pelik betol aku selalunya yang jadi guard ni mesti cakap tak fluent. sepatotnya kau kerja as guard kene pandai cakap or bagi direction. tapi setakat ni guard2 yang aku jumpa and tanya arah semua tak boleh pakai. semua tak taw.




samalah macam guard dekat OU tuh. tanya lain jawab lain. baik aku carik sendiri. lagi tak sakit hati.



eh tetiba emosi pasal guard pulak.




ok bai.












With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, April 22, 2011

Mari belajar cara ikan buntal di awet. cool.








kalau korang pernah pergi pulau kan (eceh dah pergi pulau ni dan dan terus cakap dah pergi pulau) korang mesti pernah tengok orang jual-jual ikan buntal yang dah di awet. eh tak payah ke pulau pon takpe sebab kalau pergi jalan-jalan dekat pantai ke mesti ada orang jual binatang ni jugak. ada sapa-sapa yang tak kenal ikan buntal? meh aku tunjuk meh.









ye adik-adik ini adalah ikan buntal. walaupon dia berduri banyak tapi dia sangat comel kan sebab dia bulat macam saye. haha!

tapi ikan buntal tak boleh makan okey sebab dia beracun.









ini bukan tuan blog tapi ini rakan tuan blog yang suke cakap dia comel. dah cukup comel lettew amek gambar sebelah buntal. hehehe.







ikan buntal yang dah di awet tuh rupenya macam dalam gambar kat atas tuh la. dia ada banyak size. yang gemok dempol ade. yang kurang gemok ade. yang kecil molek pon ada. and harga die pon depends on size dia lah. selalunya peniaga letak lampu dalam ikan buntal yang dah diawet tuh. so jadi cantek lah untuk perhiasan.




memula aku tengok ikan tuh aku macam curious jugak macam mana dia boleh tangkap ikan tuh dalam keadaan dia bulat. lepas tuh dia kosongkan isi-isi dalam ikan tuh. macam cool je kan. then aku pon tanya lah peniaga tuh.




actually ikan buntal ni selalunya tersangkut dekat pukat nelayan. bukan dorang sesaja je nak tangkap binatang ni. then masa ikan ni tersangkut dekat jaring dia dah mati dah. tapi masa ikan ni mati badan dorang takde lah bulat camtuh. so peniaga akan potong atas badan ikan ni and keluarkan semua isi-isi badan ikan ni and cuci bagi bersih.




bila dah bersih dorang akan masukkan belon and isi angin dalam belon tuh so that ikan buntal tuh akan kembang sekali dengan belon lah. thats why lah dia akan jadi bulat macam dalam gambar tuh. cool beb.




bila dah kembang ikan tuh akan diawet and di jemur and bila dah kering belon tuh akan dipecahkan and ikan buntal tuh akan stay bulat lah. then boleh masukkan lampu untuk bagi dia menarik tertarik ikan buntal da bomb. lepastuh dah boleh dah jual.






tapiiiiii harga dia memang terbaekkkk. ada satu tuh sampai RM70 kau. agak nak terkeluar jugak la tahi telinga aku dengar. gila mahal siot. agaknya sebab susah nak dapat kot. kan kan kan. tapi seyes ikan tuh comel. nanti dah kaya aku nak beli ah. keh keh keh!

















gambar hiasan tiada kene mengena dengan si buntal.
tapi berkawan dengan si buntal @ En. M.a.s.
muahahahahaha!











































With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, April 18, 2011

8 hours left.



                                                                                                    
                                                                                                                                
can't wait.


8 hours left.


us.


final year of civil engineering students.


we are going to Tioman Island.


sound interesting right.



yup.


after facing all problems.


thesis and integrated design project.


mari lah berjimba-jimba.


lets enjoy guys.


before kita berpisah untuk mulakan kehidupan baru selepas belajar.


:')










doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

:)






With Love : Syazwana Jamal :)


Sunday, April 17, 2011

Lelaki ni kalau buat baik mesti ada sebab la tuh.



                                                                   
                                                                                            
semalam kan aku dok gebang-gebang nak pergi makan nasi arab kan. jadi dengan ini secara rasminya aku nak umumkan (macam pilihanraya lah pulak) yang impian aku selama ni telah tercapai. *lap air mata.


tapiiiiiii.


aku ingatkan aku dapat makan time lunch. rupenye dinner baru dapat. tu pon agak lambat. abang korang tuh last week kene keje shift malam. so aku dah boleh bajet dah yang dia takkan bangun sabtu pagi tuh even aku call sampai seratus doploh pat kali pon. lepas tuh pukul 3 lebih baru terhegeh-hegeh meset aku tanya dah makan ke belom. cis buat-buat lupa lah pulak. terus emosi. dah la sekarang tengah PMS. kikiki.



ingatkan dah bangun tuh terus datang ni idoknye. pukul 8 lebih baru nak datang. naseb baek aku dah makan tengah hari. kalau tak mati kelaparan aku sensorang dekat rumah tuh. apelah naseb. T__________T




last-last dapat jugak sampai Al-andalus.
weeee.
ke-batak-an memang terserlah. dulik hape. fes time weh datang.


tapi lepas tuh tak taw nak order ape. En. M.a.s order Lamb Kabssa. last-last aku suruh dia orderkan aku. so amek lah Chicken boneless.tapi seyes servis dia agak lembab sikit. agaknya nak bagi kite betol-betol lapar kan. baru lah boleh melantak dengan hebat.




air tembikai aku.
En. M.a.s order coke je.
masa air sampai dan-dan dia terus minum air aku tanpa rasa bersalah.
cisss. dah la datang lambat. =.=




orang tua nih kalau tak busy tak sah.
aku taw mesti dia ada plan lepas nih.



suke weh lampu ni. sangat santek.
tapi kamera phone aku tak mahal.
jadi kecantikan dia tak terserlah sangat.



chicken boneless. nyum nyum.

mayonis dia sedaaaaaaap sangat. rasa masam-masam sikit. lemak-lemak. perfect lah. heeee.
tapi takda kuah-kuah lain. terpaksa mintak sos.



En. M.a.s punya Lamb Kabssa.

Ce tengok nasi tuh.
macam dalam iklan beras Basmathi kan.
panjaaaaaangggg.
haha!


nasi dia banyak. lepas tuh ada sup dengan sambal. tapi aku kan tak suka lamb kan jadi aku makan tak sedap sangat lah. tapi seyes aku makan nasi sikit dah kenyang. dem betol.



ini ala-ala macam kulit twister kfc tuh.

banyak gila dia bagi tapi aku tak taw nak makan dengan apa. last-last dengan kekreatifan aku yang comel ni maka terhasillah......



twister syazwana. kehkehkeh.

aku potong chicken boneless tuh. pastuh letak fries ngan sos ngan mayonis pastuh gulung-gulung ngap.
lagi sedaaap.
:)


before balik En. M.a.s ajak pergi Subang kejap. see aku dah agak dah. mesti dia ada  plan ni. tapi tak cakap ape. tapi macam lah aku tak taw kan.



so bila dah kenyang moh kita gerak. tapi yang sedihnya chicken boneless tuh tak abes. seyes memang kenyang gilos tak larat nak habeskan. ni semua gara-gara makan nasi dulu. T________T




En. M.a.s belanja. weeee.



tapi sebagai balasan.
kene teman dia pergi main snuker.
=.=






kan aku dah agak dah. mesti ada udang di sebalik makanan yang sedap ni. well dia cakap next week dia ada snuker tournament untuk staff MAS kot (aku dah lupa). so konon-konon nak praktis lah. so kawan-kawan dia ada sekali lah malam tadi. segan aku. selalu je aku jadi perempuan tunggal dekat situ.



mesti orang cakap hek eleh perempuan ni menyibuk je nak ikot-ikot lelaki pergi mana. main snuker pon nak ikot pada hal tak buat apa pon. dok melanguk jek.


eh hello tak nak pon ikot. tapi nak buat cemana. En. M.a.s kene tengok muka aku baru lah ada semangat nak beraksi. Muahahahaha. nex week tournament pon dia ajak aku ikot dekat Sunway. Sabtu and Ahad. See. nanti aku tak ikot dia kalah pulak. haha!




                                                                           
psstt esok nak pergi tioman. jangan jeles.




ok bai.





                                                                                                   



With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, April 16, 2011

Impian gua macam akan tercapai jek.



                                                                      
                                                                                                                    
kalau aku cakap impian aku ni janji korang tak gelak ok.
cakap janji cepat (sambil angkat tangan macam baca ikrar)


okey.
sebenarnya impian aku selama ni nak..









































makan nasi Arab.










weh kan aku dah cakap jangan gelak.
sentap ni.
ok wateva.


eh tapikan tuh impian ke?
bukan keinginan ke?
=______=



actually dah lama aku teringin nak makan makanan arab.
aku tak taw kenape.
mungkin sebab dia banyak.
i loike.



okey yang ni memang melampau.



so aku penah cakap dekat En. M.a.s aku nak makan nasi arab ni.
tapi aku rasa dah lama gila kot.
aku pon dah tak ingat.


tiba-tiba tadi dia meset ajak makan middle east food dekat Al-andalus esok.
eleh nak pujuk aku letewwww.
haha!



jadi mari kita usha sikit restoran Al-andalus tuh.
best ke idok.




wow! impressive.



sumpah lawa. cool man.


so tempat dah macam lawa kan.
jom usha makanan dia pulak.
ape lagi google sajooo.



harga boleh tahan jugak ni.
eh jap orang arab reti masak siakap jugak. :p



lamb kebab?
macam tak kenyang je.
lain please.


lamb madghout.

peh cemane awok nak cakap dengan waiter ni.
nak terbelit lidah awok ni.


chicken kabsah.

dah macam nama classmate aku dah.
tapi classmate aku kabashi.
orang sudan.



chicken mandy.

agak-agak kalau makan ni boleh jadi gojes macam mandy moore tak?
kalau tak awok bako je kedai ni.




lamb chop steak.
macam sedih je kan kalau makan ni.
awat kering sangat oi.
tak selera awok.



macam takde yang menarik je kan.
ape yang aku nak makan camni.



















goreng pon sodap ni.














                                                                                                      
                                              


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, April 13, 2011

Mana-mana pon bolehhh.



                                                                                                            
                                                                                                                                      
                          


ni namanya bapak dorang memang dah tade keje.
mane-mane saja bolehhh.
aku pon tak taw ape yang menariknya background belakang tuh untuk di ambil gambar.
ke aku yang tak berseni?




macam bese adik akan buat muka innocent.
kakak tetap comel macam untie dia ni.
auwwwww.






eh tapi apesal adik lagi besar dari kakak ni.
mesti adik selalu curik makanan kakak ni.
=.='





i miss aisyah and faiq!
:')





                                                            
                                       


With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, April 9, 2011

Tahukan anda kita perlu tukar I/C sebelum umur 25 tahun.



                                                                             
                                                                         
semalam aku baru je amik I/C baru. yeay yeay ada I/C baru. yeay yeay jangan jeles.
haha! batak kejap kan.


before ni ada sorang kawan aku pernah cakap kite kene tukar I/C before umur 23 tahun. so tuh yang kelam kabut nak pergi buat I/C baru tuh. ceh padahal besday aku lama lagi kot. hihihi. ala lagi pon kan ada kawan aku purse dia hilang kan. so kira sekali jalan lah buat I/C dengan dia sekali. senang jimat minyak. keh keh keh.





I/C baru :p



so masa kitorang buat I/C tuh kakak dekat kaunter JPN tuh cakap lah yang kita kene tukar I/C before umur kita 25 tahun. so bayar 10 hinggit jek. kalau after 25 tahun kita baru terhegeh-hegeh nak tukar I/C bayar lah ko 50 hinggit. banyak tuh 50 hinggit. boley makan keny rogers. keh keh keh.


so baik korang-korang yang belom tukar I/C tuh pergi buat I/C baru. ala 10 hengget jek. makan kepsi boleh takkan buat I/C tak boleh kan. lagi pon boley amik gambar cantik-cantik yang baru kan. nampak sikit dah matured. 


yelah I/C lama aku gambar masa darjah 6 kot. muke noob gila. everytime nak bagi I/C dekat orang macam malu jek. kah kah!




tapi setakat nih I/C aku tak pernah lagi hilang sebab purse aku tak pernah lagi hilang. tertinggal dekat A&W pernah tapi nasib baik manager dekat situ baik tolong simpankan.


masa tuh aku dengan classmate aku ramai-ramai makan dekat situ sebab celebrate besday one of my classmate lah kan. aku dulu memang tak suke bawak beg jadinya aku pegang je purse aku. lepas tuh letak atas meja sampai tak sedar tertinggal. terus balik dengan rasa tak bersalah.


esoknya bila nak guna duit tiba-tiba cari purse tak jumpa. baru lah menggelabah. selama satu malam tuh tak fikir langsung kan. dah la time tuh dekat nak exam. I/C kad matrik semua dalam purse. terus kawan aku ajak pergi balik A&W tuh. naseb baik ko manager tuh yang jumpa and dia baik hati. kalau orang lain tak tahulah.


masa otw pergi cari purse tuh En. M.a.s call tak henti-henti tanya camne camne pastuh kalau tak jumpa kene pergi buat report semua lama gila dia bercakap. tak cukup cakap dengan aku dia cakap dengan kawan-kawan aku jugak suruh aku buat camni camtuh. haha! sekali jumpa. naseb baik.






okey cemane boley cerita pasal purse hilang pulak ni.
=.=













ok bai.






                                                                                       



With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, April 8, 2011

Melalui satu minggu terakhir yang menyeksakan :(



                                                                 
walaupon tinggal seminggu je lagi nak start study week tetapiiiiiiii aku ada 3 lagi kerja yang belom dihantar. and of coz semua nak kene hantar by nex week. rasa macam nak hentak kepala dekat dinding laju-laju sebab terlalu stress. dem ah. tak suke bila sampai waktu camni.kenapa lah assignment aku bukan cerita pasal blog ke pesbuk ke kan baru idea aku datang mencurah-curah. ni pasal concrete lah research center lah. oh dem blank!



entah bila aku tak stress =.='



biasalah orang kalau buat keje last2 minit nih stress dia lain macam sikit. seriously mud aku pon jadi macam melayang-layang je. lepas tuh asyik je moody-moody. pantang orang buat salah sikit memang abes lah aku sentap. bila aku sentap aku lebih suka diam. 


lepas tuh bila aku sentap abes la semua orang pon aku malas nak cakap. bila En. M.a.s meset mulalah kene marah dengan aku. tak memasal kan. lepas tuh patotnya dia yang sentap tapi macam beselah. dia mana boleh sentap dengan aku. nanti aku sentap balik. kang tak pasal-pasal dia kene datang jauh-jauh bawak aku pegi makan. sebab makan je yang boleh meredakan kesentapan aku. keh keh keh.


tadi pon aku sentap dengan dia. lepas tuh dia nak datang. dah la baru lepas hujan dekat sini. tiba-tiba rasa kesian dekat dia terus cakap tak payah la datang jalan licin bahaya. dah la jauh. keje klia sane. nak datang kl. suwit kan aku. kahhkahh! 




oh aku rasa fesbuk benci dekat aku lah.
nanti lah aku cecite.
sekang nak sambung buat keje lagi.
ceh ceh rajin lah pulak kan =.=










atau fesbuk macam tau je aku banyak keje so dia tak bagi aku access.
coiii!






ok bai.




                                                             
                                                      





With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, April 7, 2011

Pakcik jual sayur dekat pasar malam Pantai Dalam berlagak. =.=



                                  
                                                                      
aku bukan jenis yang suka-suka nak cakap orang berlagak lah ape lah kan. sebab aku pon bukan perfect sangat.kadang-kadang pon ada terbelagak jugak. oppsss.


tapi as a penjual sayur tak patot lah kau berlagak dengan customer yang datang susah-susah nak beli sayur dekat tempat kau kan. haaa kan dah emosi.


yelah customer datang nak beli barang nak bagi duit dekat penjual sayur tapi penjual sayur macam berlagak hebat sangat kalau customer tak datang pon boleh kaya raya maju jaya. wadefish betol la perangai macam tuh.


ok ceritanya macam ni. semalam pergi pasar malam saje jalan-jalan usha makanan. sekali nampak sayur pucuk paku and terkinja-kinja eksaited sebab lama gila tak makan sayur ni. kalau goreng memang sedap takpun masak lemak. peh layan.

tapi tu bukan masalahnya. masalahnya sekarang aku nak beli lah sayur tuh kan. satu ikat memang banyak gilos so mintak pakcik tuh separuh je. fine lah memula lagi pakcik tuh dah tunjuk kerek. tau apa dia cakap?


' setengah ikat ni mahal. RM4. nak ke?'


eh kau ingat aku pakai selekeh-selekeh aku takde duit ke. grrrr.

dah la cakap kasar-kasar. tapi takpe lah. aku rilek jek. lepas tuh kawan aku tanya aku nak beli ke. kira kitorang macam berbincang lah kan. sekali taw ape pakcik tuh cakap?


' boleh cepat sikit tak? saya banyak lagi keje nak buat '



emosi tak emosi aku. padahal dia ada pembantu and waktuh tu kedai tu memang takde orang langsung melainkan aku dengan kawan aku. so tak boleh ke layan kitorang elok2 sikit. sebab dah emosi kawan aku cakap nak beli singgit jek. memang dapat seciput jek. tak kisah dah tak dapat makan asalkan tak bagi duit dekat pakcik sayur yang berlagak gila pork tuh. huh.


lepas tuh boleh pulak dia bagi sayur yang lebih dekat aku lepas tuh suruh aku ikat balik and letak balik tempat asal. memang naseb dia tak kene carutan aku je hari tuh.


jangan harap aku nak jejak lagi kedai ko orang tue!




ko ingat ko sorang je jual sayur ni?
aku boleh cari tempat lain lah.





ok bai.







                                                   
                                                  


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, April 6, 2011

saya tau lah saya hot tapii jangan lah buat saya macam ni.



                                                            
aku tak tahulah apa masalah budak2 dekat kafe fakulti aku tuh.
adekah aku ni hot sangat sampai die terpegun lepas tuh lupa apa aku pesan.
atau suara aku ni macam buluh perindu sampai aku cakap lain dia dengar lain.
ataupon aku terlalu comel sampai dia tak dengar ape aku cakap sebab terlalu asyik sangat tengok muka aku.
ok abaikan.



tengah hari tadi aku nak pergi makan dekat kafe fakulti aku.
so cashier adalah dua orang budak anak tokey kot.
sorang lelaki and sorang perempuan.


disebabkan aku datang dah agak lewat lauk boleh kata semua dah abes.
tinggal lauk2 yang tak menyelerakan and aku pon decide nak makan bihun tomyam.
so aku order lah dekat budak2 tuh.


tungu punya tunggu aku dengar macam makanan aku dah siap.

dengan muka lapar aku pergi.

tapi...





bukan ni yang aku dapat tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.







































bihun goreng tomyam okey!!



fine.
saya nak bihun tomyam bukan bihun goreng tomyam =.=
ada beza kan.
grrr.
takpe kite tunggu kejap dia buat baru.



tungu lagi dengar macam nama makanan aku.

harap-harap kali ni betol lah.


jeng jeng jeng..








bihun goreng basah tomyam ler pulak.
memang terbaekk!



fine apa yang kau dengar sebenarnya.
aku lapar kau taw?
nak aku makan ko ke?
grrr grrrr!


naseb mud aku baik.
aku tunggu je lah kejap.


naseb baik le kali ketiga betol.
kalau tidak memang kene lah kau dan dan tu jugak.




tapiii aku rasa bihun goreng yang dia dah buat tuh dia guna balik buat bihun tomyam aku.
sebab lembik semacam jek.
nice!





                        
ok bai.


                                                    
                                                                                                              
With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal