Tuesday, July 12, 2011

Kisah Pencuri Handphone C510 saya.

actually aku memang ada syak salah sorang housemate aku ni yang amik handphone aku.
tapi tu lah kalau takda bukti apa pon tak boleh buat kan.
biar aku namakan dia X.


petang semalam masa dia balik kerja dia dah start buat menda pelik.
maybe dia nak berlagak normal tapi orang yang dalam keadaan ketakutan kalau nak berlagak normal tetap akan jadi pelik jugak.
betol tak ?







selalunya bila dia balik kerja dia akan tukar baju mandi2 and akan lepak dengan aku and lain2 tengok tv3 cerita Dewa Cinta.
tapi semalam dia terus masuk bilik sampai makan pon dalam bilik.
masa dia mandi aku try usha bilik dia tapi handphone aku memang dah takde.
but guess what?
dia ada hndphone baru yang canggih siap touch screen lagi.
makin kuat syak aku kat dia.
tu satu.


lagi satu selalunya dia akan lepak luar sambil mesej2 kat ruang tamu.
tapi semalam dia tak bawak langsung keluar handphone tuh kat luar.
siap boleh cakap camni.
'eh nak tengok handphone jap lah dalam bilik'
tak pelik ke?


yang kedua rumet X (aku namakan A lah) ni dulu kerja satu tempat dengan X.
tapi X dah berhenti kerja last month.
so aku and kawan aku mesej lah A ni.
actually aku ngan housemate aku yang lain memang lebih rapat dengan A berbanding dengan X.
maybe sebab beza umur kitorang dengan A setahun je tapi X dah agak tue.
dah 27 tahun.



 



so pagi tadi A bukak cerita pasal X kat kitorang.
A cakap last month X diberhentikan kerja tanpa notis.
kesalahan tipu MC.
rupanya doktor and nombor MC yang X guna tak wujud pon.
tapi X cerita kat kitorang yang dia ada masalah dengan company tuh so dia berhenti kerja bukan diberhentikan.


second case ada one time ibu A masukkan duit kat akaun A.
A minta tolong X keluarkan duit dekat ATM.
password semua dah bagi dah tapi tiba2 X cakap kad ATM si A kene block sebab masuk pin salah 3 kali.
make sense ke?
kalau tak ingat password kan boleh call tanye kan.
yang si A ni pulak sangat jujur and percaya dengan si X ni.
dia biarkan je. 2 bulan lepas tuh baru A pergi bank islam sebab nak unblock kad atm and guess what duit dalam atm dia tinggal 4 hinggit je.
bila mintak penyata dekat bank, bank cakap tak boleh sebab dah lama sangat. dah dua bulan.
yang si A ni baik gila boleh biar je tak cakap pape pon kat X.


third case, before ni X duduk dekat Kepong rumah sewa jugak.
so dia cakap dengan A yang orang rumah dia dulu buat hal dengan dia.
so dia pindah rumah sewa aku.
boleh percaya ke?
hmmm


and last case, dia pernah putus tunang dulu.
sekarang dia ada boyfriend baru.
rasanya sape yang buat hal?


aku taknak tuduh dia tapi cerita2 tuh menguatkan lagi syakwasangka kitorang.
takkan hantu pulak yang amik handphone aku kan.
so malam ni kitorang nak meeting, buat semayang hajat and baca yassin.
hopefully dia akan mengaku.
kalau tak nak wat camne.
redha je lah.
tapi kene berjaga-jaga lah.



pendapat korang camne?








Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Aminn.







 






eh eh sampai melopong baca tuh cepat Amin kan jugak. heeeee



ok bai. :)


                


18 comments:

  1. fuhh..
    mmg dh rase die yg amek berdasarkn segala cerita di atas..
    arap Allah bg petunjuk..
    =)

    ReplyDelete
  2. oooo mak aiiiiii..psiko nye budak tuuu :(

    malam ni buat meeting , ugut2 dia ,kalau boleh psiko jugak...maen nama mak bapak ,sumpah kecut dia...
    cakap cmni " cakap terus terang , awak tak ambil fon saya , tapi kalau betul awak ambil dan awak tipu saya, saya tak boleh bayangkan macam mana perasaan parent awak yang melahirkan anak pencuri macam awak "..

    muahahahaa..bab2 nak psiko org serah kat saya.. sampai nanges dak tu saya kerjakan :)

    ReplyDelete
  3. @i'm ezza haniza

    kan bagus kalau awak kat sini.
    boleh join. hehe
    saya ni dah la penakut.
    huhu

    ReplyDelete
  4. org mcm ni selalu tak kan selamat sentiasa

    kenapa tak ckp dgn die depan2.

    kalo takut ckp sorg2, pangil la kawan2.

    org mcm ni selalunya takut dgn bayang2 sndiri

    so kalau ade pressure dr org2 sekeliling die, mebi die akan mengaku.

    y not kamu try mcm ni.

    ReplyDelete
  5. @schaze zainn

    malam ni baru nak buat.
    mintak2 berjaya
    :)

    ReplyDelete
  6. setuju dengan schaze zainn.. tapi awak, kalau tegur dia, jangan sampai memalukan dia pulak. lama-lama dia mengaku la tu..

    ReplyDelete
  7. bgs tindakan kmu tu, solat hajat & baca yaasin..teruskan, insya' Allah, kalo HP tu still rezeki awk, tetap akan kmbali kt awk..

    hope si pengambil hp tu cepat sedarla kan..

    ReplyDelete
  8. ya allah .. ada jugak ek kawan macam ni .. mudah2an ALLAH mudahkan urusan wana ye .. :)

    ReplyDelete
  9. orang yg baru2 nak mencurik ni, apa2 yg di buat dia rasa serba salah. rasanya gertak2 sket baru dia mengaku kot.

    ReplyDelete
  10. @sarah mohamad

    rasanya dia dah lama mencuri kot.
    hhmmmm entah lah.
    hanya Allah je yang tahu
    :)

    ReplyDelete

What says U?