Loading...

Monday, February 17, 2014

Cincin tunang hilang.





Banyak gila benda pending nak tulis dalam blog.
Eh memang rindu giler lah nak menaip panjang2 sampai orang muntah nak baca.
Tapi bila penyakit kemalasan dah melanda memang tak boleh nak buat apa.
Sumpah memang malas gila.
Takpe pasni memang kene qada' semua entry yang tertangguh sebab aku sendiri yang suka nak baca masa2 akan datang. Kekekeke.
Alah korang pon suke baca blog sendiri kan?


So last week aku ada dua wedding kawan sekolah yang aku pergi.
Satu kat Senai and satu kat Kulai.
Aku kalau pergi keje memang tak pakai cincin sebab cincin tunang aku longgar.
Mungkin aku memang dah kurus kot. Kahkah.
So aku akan pakai bila nak keluar berjalan je.






Nak dijadikan cerita lepas habes wedding kat Kulai aku pon terus direct balik kampung.
Aku tak bawak bekas letak cincin tu.
So sampai rumah, aku just letak dua cincin aku dalam clutch kat atas tu je. Dalam poket dia.
Clutch ni pulak takde zip.
Pakai butang je.


So semalam aku pon balik lah JB.
On the way balik JB tu menyinggah dulu kat Bandar Kota Tinggi sebab Sally nak carik barang.
Pastu menyinggah lagi beli kepok lekor sebab lapar.
Pastu menyinggah rumah kakak aku jap sebab nak amik blouse yang dah siap.
Memang sepanjang hari aku tak pakai cincin.
Dan aku pon tak check kot2 cincin aku selamat dalam clutch tu.
Main sedap aku angkut je beg tu kemana2.


Bila sampai rumah masa nak keluarkan dari clutch nak masuk bekas cincin tetibe ada cincin risik je.
Cincin tunang takde.
Ahhh sudah. Memang neves gila nak mampos la time tu.
Tapi tak nanges lagi. Wat cool dulu.
Dah la sepanjang hari aku tak check cincin tu dalam beg.
Last aku tengok memang masa aku kat kampung je masa nak letak dalam beg tu.
Careless! Hempok diri sendiri.


Terus wassap kakak aku suruh dia carik2 kat rumah dia kot2 jatuh ke kan.
Sally cakap nanti carik dalam kereta kot jatuh dalam kereta.
Tapi dalam hati memang cuak gila. Bukan cuak ape. Cuak kene marah dengan Akram. Hahah!
Cuak2 pon malas nak pergi turun check kat kereta sebab dah malam.


Malam tu tido asyik je terjaga.
Rasa macam bila lah nak pagi aku nak pergi check kereta carik cincin.
Asal terjaga je terus doa Ya Allah mintak2 cincin aku jatuh dalam kereta je.
Seyes dia punya cuak tu lagi cuak dari nak amik exam. Hahah!
Tapi of coz lah tak bagitau Akram dulu. Menempah maut tu namanya.
Siap dah plan2 kalau tak jumpe cincin tu nak buat camne. Hahah!
Kalau Akram terbaca post ni memang bersedia lah aku kene bambu sat lagi. Huuuuu.


Pagi tadi aku siap2 cepat2 pastu cakap ngan Sally nak turun dulu.
Bukak2 pintu kereta taraaaaaaaaaaaa elok dia terselit bawah heels aku.
Fuhhhhhhhhhhhhh dia punya lega rasa macam menang hadiah 10ribu. Hahah!
Terus pergi ke opis dengan perasaan gembira.
Kalau tak memang kompem lah aku berkurung dalam opis tanak buat keje sambil merangka ayat baik punya nak bagitau Akram. Huhu.


Okey pasni memang kene bawak bekas cincin ke mana2.
Lesson learned!


okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

February 17, 2014 at 6:16 PM

Assalamualaikum awak. bahayanya.. kalau hilang tu, kecik hati tunang awak. hehehe. pasni beringat tau.. kena make sure selalu ~~~

February 17, 2014 at 8:18 PM

Uish kalau betulah hilang, tak ke nangis si tunang. Mesti cincin mahal.

February 17, 2014 at 10:57 PM

haish..memang lega rasanya masa dapat jumpa balik tu kan...nana paling risau bila pakai cincin,sebab jenis careless n cepat lupa^^

February 18, 2014 at 9:02 AM

adoi.. keciwa la si tunang kalau cincin tunang hilang.. makan dalam nanti.. siyes.. hahaha

February 18, 2014 at 1:51 PM

yui lak rasa cuak..huhu

February 19, 2014 at 3:50 PM

seb bek jumpa.. akak punye duit mas kawen ilang, rs nak nangessss.. bru feeling nk simpan smpi bebila, tp xkesampaian..

March 3, 2014 at 12:01 AM

nebes pula baca

nasib baik dah jumpa

lain kali x payah bawa la

simpan kat umah

or awak buat buah rantai

sng sikit bila dah gantung kat leher

dulu2 kite pun buat gitu

skrg ni campak dalam kotak je. haha

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal