Wednesday, May 29, 2019

Review Hard Rock Hotel Desaru Coast, Bandar Penawar


Hard Rock hotel pertama.



Yup. 30 tahun hidup, baru pertama kali nak tido kat Hard Rock hotel ni. Haha. Maklumlah selama ni tak berapa nak mampu.

Ceritanya ada satu hari tu tengah scroll2 fb nampak kawan upload pakej hotel murah. Memang jauh beza dengan harga sebenar dia. So lepas bincang dengan husband, alang2 dah balik Johor bulan 4 lepas, apa kata stay satu malam kat sini. So terus beli.

Voucher tu memang murah tapi ko kene beli on the spot. Sebab tu dia murah. Hahah. Sebab bila dia up ko kene terus beli. Dah ada date boleh, nak open date pon boleh. Takde hal.

Kitorang sampai before pukul 3pm pon boleh terus check in. Lepas tu actually aku beli voucher tu bilik biasa tau. Tak silap aku yang bilik dekat level bawah2. Tapi sebab kitorang datang weekdays + laki aku ni memang suka try tanya macam2, dia tanya front desk tu weekdays tak boleh upgrade bilik ke? Sekali boleh. Terus dapat bilik best kat tingkat atas siap boleh pilih nak menghadap view mana. Rezeki. Heheh.

Tapi masa check in kene letak deposit. RM200. Nanti masa check out dia pulangkan deposit tu. Sebab banyak barang best2 dalam bilik ni, dia takut customer rembat kot 😂


Katil king



Dalam bilik.

Part ni kelakar sikit. Dorang letak banyak makanan dengan air tau. Tapi entah macam mana aku boleh baca yang semua tu kene bayar. Sebab sekali baca dia tulis senarai list harga tu. So memang tak berusik lah. Nak dijadikan cerita tiba2 aku baca yang dekat tempat tv tu lagi sekali. Rupanya dia tulis semua tu boleh makan. Kalau refill je baru dia caj. Hahaha. Husband aku cakap dah duduk hotel mahal melampau lah dia nak caj lagi. Sis mana lah tau. Sis kan vilej pepol. Kekekeke.


Siap sediakan penimbang kau. Melampau betol. Hahaha!

Ni view dari bilik. Depan tu riverside view. Boleh lepak2 sana dan ada cafe. Dari hotel boleh naik shuttle free pergi sana. Tapi kitorang tak pergi pon. Tak sempat. Lagipon stay satu malam je, sayang pulak nak keluar dari bilik mahal. Huahuahua

Mula2 tv ni ada problem. Lepas tu kitorang pon call la front desk. Bila IT team dah betolkan, then manager tu says sorry lepas tu dia cakap nanti esok boleh check out pukul 2pm 😂 Rezeki lagi 😻

Kalau tidak, kene check out macam biasa lah pukul 12pm.

Channel dia best2. Ada latest movie, ada lagu2, video, nak tengok tv pon boleh. So kalau tak keluar bilik pon takpe 😜 Lagipon bayar mahal kan watpe nak berjalan. Lepak bilik je lah 😆


Sebelum turun mandi pool, kita order room service dulu 😬

Signature burger HR + Oreo cheese cake. Nina makan kek tu separuh 😑




Ada anak2 ni memang dah jatuh hukum wajib la mandi pool kalau check in hotel. Haha. Aku tak mandi. Malas. Lifeguard semua ada. Pastu kalau korang menyelam dalam pool tu boleh layan lagu dari bawah air.

Malam tu kitorang keluar dinner kat Bandar Penawar.



Akhirnya dapat jugak rasa vietnam roll ni. Selama ni dok tengok orang makan je.  Tapi sis makan guna fork n knife sebab mana boleh gigit guna gigi depan. Sakit 🤣🤣  Kawan2 pakat suruh sis masak sendiri. Aku ni kan 'rajin' lah sangat. Haha! Penat lah. Baik aku beli je. Lagipon kalau semua orang rajin sangat nak masak macam kawan2 aku tu, boleh gulung tikar kedai makan ni semua. Haha.



Yang ni signature dish dia. Sup ayam kampung dengan apa tah yg aku makan tu lupa pulak. Sedap and tak pedas pon. Sambal asing.

Tapi tak aman nak makan sebab Nina nak tido 😑 Padahal pukul 6.30 dah tido. Pukul 10pm dah ngantuk balik 🙄




Aku ingat lagi masa tahun 2012, aku dengan Akram pegi Penang sebab ada kenduri kawen.

Masa tu kitorang lalu depan Hard Rock Penang. Pastu Akram cakap HR ni ada live band. Tapi nak tengok kene tido HR tu. Pastu dia cakap HR mahal gilaaa tak mampu 🙈

7 tahun kemudian, here we are! Bawak anak2 😻

Walaupon beli masa harga murah, who cares 😂 It’s the moment that we are collecting. Mana tau lagi 7 tahun kite rasa nak pegi London tup2 esok dah sampai 😝 Kata2 kan doa. Heheheh.

Tapi masa kitorang stay ni Live band cuti hahah. Hari selasa sampai ahad je dia ada. So make sure kalau korang nak stay, please stay between Tuesday - Sunday. Kalau nak merasa layan live band HR lah. Kalau tanak, stay hari apa2 pon okey aje. Hihi.



Esoknya seperti yang dijanjikan, kitorang boleh check out pukul 2 petang.

Opsss lupa nak cerita pasal breakfast buffet.

Buffet dia sampai pukul 11am. Ke 10am tah. Lupa pulak. Tak snap apa2 langsung sebab hp takde batery. Pandai kan satu malam tanak cas.

Husband aku cakap breakfast kat Renaissance lagi banyak pilihan. Tapi aku suka je kat HR ni sebab dia hidangkan lauk2 dalam periuk Le Creuset. Sempat lah cuci mata walaupon menanah je mata tengok. Hahahha.

Pastu dia sediakan pinggan, cawan, sudu plastik untuk anak2.

Yang lainnya tak pernah jumpa kat tempat lain, kat sini ada menu laksa goreng. Pastu ada nasi impit dengan kuah kacang. Lain2 tu biasalah nasi lemak, pancake, lempeng, bubur, salad, pastry dan banyak lagi.Oh jus buah dia banyak. Ada tebu, nenas, apple, soya, ape tah lagi. Soya je tak sedap. Pastu ada waffle favourite Nina.


 Sementara menunggu husband shopping kat HR Shop




Yang ni lagi satu. Kan dia tulis stolen from HR kan. Ingatkan memang tak boleh amik. Sekali masa check out tu staff kat front desk tu cakap boleh je nak amik. Haha! Terus husband aku mintak satu kat staff tu. Kekeke.


Husband cakap kenapa dah lama tak amik gambar dua orang dengan dia.

Dia macam tak tau je aku ni ada dua bayang2 dua ketol yang memang melekat je dengan aku 🙄

Tapi harini dengan bijaknya lepas dia amik kereta, park kat depan lobby. Pastu kitorang letak anak2 dalam kereta dengan beg, pastu laju2 suruh staff HR amikkan gambo 🤣🤣




Tempat wajib bergambar 😜😜



Sekian sahaja percutian singkat di HR Desaru Coast. Ada rezeki lebih pasni nak try masuk Desaru Coast tu pulak. Mahal gila! Kene simpan duit lebih sikit 🤣🤣

Till then.

Bye!


No comments:

Post a Comment

What says U?