Tuesday, April 20, 2021

Viral video dekat 1juta view Ameera Naqeesya menangis lepas setahun tak jumpa Ayah.

Assalamualaikum.

Story dah basi tak siap lagi menulis hahaha. Sis busy sangat sejak2 menceburkan diri ke alam bisnes. Hahahaha.
Takpelah kite coretkan kat sini untuk kenangan di masa depan. Untuk anak2 baca balik bila dah besar nanti. Harap2 aku boleh recall balik semua yg jadi dua bulan lepas 😂

Alkisahnya bulan February lepas Alhamdulillah Akram dapat balik Malaysia.
Setelah dekat setahun tak balik. Syukur Alhamdulillah.
Bila dia bagitau semua dokumen dia dah lengkap untuk balik aku terus menangis kat office! Sebak gila. Naseb masatu takde orang dalam office.

Post asal 👇


Sebelum Akram balik kan viral video kawan dia yang wife menangis sambil lambai suami kat tingkap hotel. Pastu Akram dok forward2 kat aku, aku pon tanya lah 'dah tu awak bila nak balik?'
Pastu dia jawab bila-bila lah. Dia memang selalu jawab macam tu jadi aku malas nak layan. Pastu dia cakap kesian kakak dengan Mina, janji dah sekolah baru nak balik tapi tak balik2.
Pastu aku cakap lah 'saya ni tak kesian ke?'
Tu bunga2 nak cari pasal selalunya wakakakakaka
Sekali dia forward semua dokumen dia untuk balik Malaysia yang dah approved. Aku blur2 tanya dapat ke ni? Boleh balik ke? Ya Allah masa tu jantung aku laju gila macam nak pecah dan2 tu jugak aku nangis. Bayangkan 6/2/2021 nak fly balik, 4/2/2021 masa nak buat swab test tu baru dia bagitau aku. Memang sumpah terkejut gila lah cerita dia kan.

6/2/2021 - Flying Home 😍

Alhamdulillah 6/2/2021 2pm Akram selamat sampai Malaysia.
Disebabkan Akram dah buat swab test kat sana, jadi dapat kuarantin 7 hari je kat Malaysia.
Biasanya kawan2 dia dulu dapat hotel kat KL.
Ni tetibe dia dapat dekat Dorsett Subang.

Grand Dorsett Subang
Hari kedua baru dapat gelang.
So berlalu lah hari2 Akram di hotel selama 7 hari.
Makan 3 kali sehari. Tu pon ada je golongan kayangan yang komplen hahaha.
Hari Sabtu & Rabu boleh pass barang tapi sebab jauh malas lah aku kan 😁
Pastu hari2 jugak boleh order makanan luar nanti staff hantarkan ke bilik. Tapi aku orderkan sekali je Laksa SR. Hari lain hadap lah situ makanan hotel. Bayor RM900 ok seminggu wakakaka.

Selepas seminggu dah boleh check out hotel. Kene pulak hari pertama Raya Cina.
Ingatkan boleh la hantar bebudak p sekolah then boleh pikir macam mana cara nak suprise kan dorang. Tapi since sekolah tutup kitorang pon pikir lah cara lain.

So aku whatsapp bff aku yang duduk Bangi tu. Boleh tak nak tumpang kan bebudak ni kat rumah dia sebab aku nak amik Akram. Sekali dia on je. Pastu aku suruh dia belikan apa2 makanan konon2 nak celebrate Akram balik. Sekali dia yang beria nak masak itu ini siap buat desert. Pastu belon pon aku suruh dia gantungkan Welcome Home Akram je tup2 kemain ada baby shark lah apa lah hahaha.

Adoi I owe u so much beb! Dia ni je lah bff yg boleh  kawtim semua benda sampai jadik .

Dua hari sebelum aku pergi balai polis untuk amik kebenaran rentas negeri. Masa tu Selangor KL still kene guna surat. Tapi masa amik Akram xde roadblock pon haha.


Aku memang takde bagitau kat IG yg Akram dah boleh balik. So bila aku upload posting atas tu sampai 200+ orang komen haha.

Pastu masing2 pakat suruh rekod video nanti reaksi anak2 bila jumpa ayah dorang. So bukan aku sengaja nak viral kekeke. Followers semua dah tau yang anak2 selalu nangis rindu ayah dorang tu yang dorang pon semangat nak tengok video.

Maka tibalah tarikh 12/2/2021 dan aku pon siap2 lah nak hantar anak2 pergi rumah member.

Masa tu cakap ngan bebudak mama kene work sekejap. Nanti mama balik bawak seprais. Dorang pon dengan innocent nya pergi lah stay rumah member. Tapi dorang memang dah biasa dengan kawan aku tu. Dah selalu jumpa so takde hal. Cuma dorang tak hairan pulak kenapa haritu mama sangat cantik pergi keje wakakaka.

Video mama menangis setahun tak jumpa laki takde pasal takde siapa nak rekodkan. Yang aku perasan masa tu guard depan hotel dok perhati je aku nangis2 tengah panas pelok laki 😂



Haruslah dating dulu kan before amik anak2 kekeke.
Member aku siap cakap takpe ko balik malam pon xpa aku jagakan anak2 ko. Ko p lah makan ke tengok wayang ke shopping ke. Ko hado? 😂
Dah la dia siap masakkan dinner untuk kitorang. Dinner plak bukan kaleng2 siakap 3 rasa, sotong goreng tepung bagai, desert sagu gula melaka lagi. Dengan nak jaga anak 4 orang. Plus laki dia keje haritu. Aku cakap beli je lah nanti aku bayar eh dia degil nak masak hah silakan 😂 

Sambil2 tu kitorang masih pikir macam mana nak sepraiskan bebudak.
Last2 Akram cakap takpelah nanti sampai rumah biar aku masuk dulu. Sebab member apdet bebudak tengah tido masa tu. Penat mandi kolam.
Tak sangka bila aku masuk rumah kejut si Ameera muka dia dah sedih. Macam ada instict tau.
Dia cakap dia teringat ayah. Dia ni memang cepat tacing. Dulu masa PKP 1 kat kampung boleh kata hari2 tacing sedih bila Pak Long dia balik keje jumpa kazen2 dia lagi2 kalau bawak jajan.

Ada sekali Pak Long dia bawak balik choki2 tau. Dah dia nangis. Pastu pesan kat ayah nanti balik bawak choki2 hahaha.
Dah masa tu followers pon tacing jugak. Tak pasal ada orang send choki2 kat rumah.
Tenkiuuu followers kami 😚

So haritu dia kata sebak sebab teringat ayah. Aku syak sebab dia tengok husband bff aku tu.
Teringat lah kat ayah dia.
Pastu malas pikir dah terus whatsapp Akram suruh standby depan pintu.
Aku pimpin tangan Ameera Naqeesya pergi depan pintu, bukak pintu and tadaaaaaaaaaaaaa.
Banjir rumah hahahaha.
Mina spoil xde perasaan 😂 Konon malu, pastu dia yang over tak bagi orang dekat dengan ayah dia.

So video tu memula kawan2 start sharing sebab akaun IG aku public. Aku memang dari awal buat public sebab sejenis malas nak approve2 request. Dulu fb pon public.

Sampai lah seminggu macam tu kawan kepada kawan kepada kawan dah start sharing video tu dekat IG story masing2. Masa ni belom viral lagi.
Dia start viral bila ada orang share dalam group telegram Covid pastu ada orang amik content tu and letak dekat twitter dia.


Ni pon aku tau sebab salah sorang follower yang bagi aku Screen Shot ni. 

Tak lama lepas tu viral dekat twitter pulak.


Kuasa twitter ni bukan kaleng2 eh?
Terkejut aku. Masa viral dekat IG hidup aku masih tenang. Walaupon seminggu viral.
Start je viral kat twitter, dalam masa satu hari berduyun page dm aku untuk mintak izin publishkan dekat website dorang 😂

Yang tak boleh bla hari yang sama jugak Meletop dm untuk feature dalam TV! OMG *fengsan*

And the rest was history 😊








Hari Akram balik ke Qatar semula ada follower siap suruh buat IG live haha apooo.
Aku malas lah lah kan beria sangat semata nak tarik viewer 😅
Actually this is me. I just love sharing.
Mungkin ada orang akan cakap 'alah kalau cerita aku diviralkan mesti lagi sedih'. Tapi tulah aku bukan sengaja nak viral. Siapa kenal aku lama mesti tau aku memang suka menulis dari dulu. People loves me because of my story telling huhu. Kalau nak ikotkan aku bukan siapa2 pon, takde rumah besar ala pinterest, takde kereta mahal, takde muka lawo haha. Me is me.

Apapon thank you semua untuk memori manis ni.
At least bila Akram sedih2 kat Qatar sorang2, dia teringat memori ni dia happy la sikit.
Sebab pasni xtau bila lagi boleh balik. Maybe tahun depan kot. Cuti dia tinggal 10 hari je. Selagi ada kuarantin selagi tu tak boleh balik sebab takde cuti. So kene lah tunggu renew cuti tahun depan.


Cuma apa aku harap sekarang kerajaan bagi lah rentas negeri. Aku tau susah sebab kes covid masih tinggi. Cuma tu lah, aku ni bertiga dengan anak2 jauh dari suami dan family. Family aku kat Johor.

At least kalau boleh balik kampung tu takde lah sedih sangat kan.
Ni bulan depan nak raya dah aku pon xtau lah macam mana.
Mungkin nangis tiga orang di pagi raya hahahaha.
Syahdunya weh 😭

Tu yang sekarang aku berjinak2 dengan bisnes sikit2.
At least takde lah pikir bukan2 sangat. Ko tau je lah pompuan ni bila banyak sangat masa lapang banyak betol perkara yang dia boleh gaduhkan 😂

I am glad now nak membawang pon kadang takde masa.
Mana nak buat keje hakiki, mana nak run bisnes.
But I love my life now!

Till then.

Love,
SJ.

No comments:

Post a Comment

What says U?