Friday, December 31, 2010

Entry terakhir. :)



  
salam.


entry terakhir untuk tahun ni.
bape minit je lagi nak masuk tahun 2011.
and aku masuk 23 tahun.
yeay.
23 number fevret aku.
hopefully banyak luck untuk aku
:D


azam aku?
nak ngurat Muslim Ahmad.
keh keh keh.
ko hingat dia nak ko ke perempuan.
=.=



so di sini aku nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru.
semoga anda semua dilimpahkan rahmat dan rezeki yang banyak.
semoga sukses selalu.




Selamat Menempuh tahun 2011



:)



With Love : Syazwana Jamal :)


Jom tengok Khairul Fahmi.



  
salam.



okey lah aku tak cerita pasal Muslim Ahmad lah.
aku cerita pasal Khairul Fahmi lah.
=.=



Bagi penjaga gol yang menyarung jersi skuad kebangsaan buat kali pertama Khairul Fahmi Che Mat, kejayaan dirakam bersama rakan sepasukannya bagai membangkitkan semula semangat yang pernah wujud di zaman legenda bola sepak itu, apa lagi apabila melihatkan kemeriahan sambutan kepulangan pemain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).





aku baru taw Fahmi ni first time sarung jersi negara.
tapi macam pro kan kan kan.
:)




jom layan dulu video Khairul Fahmi selamatkan penalti
:)



video




komen Fahmi,


“Saya amat gementar ketika mereka peroleh sepakan penalti di awal permainan. Namun saya ingat kembali pesan jurulatih K Rajagobal yang mengatakan jika Firman mengambil sepakan penalti biasanya disasarkan ke kiri gawang,” katanya dengan wajah ceria.




hebat-hebat.
nak cari bf pemain bola jugak lah.
kikiki.






eh Muslim Ahmad kan ade.
=.='




u

sumber : harian metro


i

With Love : Syazwana Jamal :)


Buah betik yang sedap :)




Sebenarnya salah satu daripada sayur feveret aku is sayur betik.
Mesti korang macam hoi betik kan sejenis buah. Sejak biler betik dikategorikan sebagai sayur?
HAHA!


Aku pon tak sure kat tempat lain wujud tak sayur betik ni.
Tapi daripada aku kecik memang mak aku selalu jugak masak sayur betik ni.
Tak pasti lah resepi orang jawe ke or resepi sukahati mak aku nak masak sebab dah tak tau nak masak sayur ape.


Tapi serius aku cakap sayur betik ni sedap giler.
Okey tak payah cakap banyak.


Bahan-bahan:

1. Bawang besar, bawang merah, bawang putih.
2. Buah betik yang baru nak masak. Tak muda sangat, tak masak sangat. Ala-ala kalau baru nak oren camtu okey lah.
3. Cili padi ikot korang nak pedas mane.
4. Ikan bilis


Cara-cara:

1. Buah betik tu buang kulit dia and mayang halus. Ikot korang lah nak sagat die camne pon asalkan die terhiris halus tapi takdelah halus sangat nanti hancur pulak.

2. Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kasi blender halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 blender tadi, tumis sampai mendidih dan masak.

4. Season dengan garam, gula dan perisa.

5. Masukkan sayur betik tadi.

6. Gaul2 bagi sebati agak2 sayur betik dah layu sikit boleh padam api dan angkat.






Marveles okey :)





xoxo
b


With Love : Syazwana Jamal :)


Sayur betik yang sedap :)



  
salam.



atau dalam erti kata lain mari memasak bersama Chef Perasan
:p



selalunya kalau Pn.Saerah tanya nak masak sayur apa mesti aku jawab sayur betik.
padahal betik bukan sejenis sayur.
budak tadika pon taw kan. 
xD





tetapi....







ada tetapinya.
betik dibuat sayur sedap taw.
tak percaya kene try sendiri
:D





bahan-bahan :

1. bawang besar, bawang merah, bawang kecik.
2. buah betik yang tak muda sangat tak masak sangat.
3. cili padi.
4. ikan bilis.




cara memasak :

1. buah betik tuh kene mayang agak halus. aku pon xtaw nak describe camne. tapi kupas kulit dia pastuh sagat dia jadi halus sikit. :)

2. blender bawang besar, bawang putih, bawang merah dengan ikan bilis. (kuantiti ikot kesesuaian ye)

3. panaskan minyak. masukkan bahan-bahan blender tadi. biar sampai mendidih dan masak.

4. masukkan garam, gula dan perisa.

5. masukkan sayur betik.

6. siap.dah boleh makan :)










xoxo
b


With Love : Syazwana Jamal :)


Lagi-lagi Muslim Ahmad ^^



  
salam.


oh semua orang tengah bercakap pasal Khairul Fahmi.
dia memang hebat :)


Tapi Muslim Ahmad pon hebat jugak.
(tak habes2 lagi.*wink)




Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.


Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

sumber : harian metro







See?
Muslim pon sama hebat dengan Fahmi..
:)



ehem ehem :)





ouh si hebat :)





walaupon kamu buat muke camtuh kamu tetap comel.kiki









kamu jangan risau.
walaupon semua orang puji Fahmi tapi kite tetap puji kamu hebat.
kikiki (comel kan gelak camni :p)










With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, December 30, 2010

world class goal by Safee Sali :)



salam.



Gol Safee Sali dekat Stadium Gelora Bung Karno.
class beb.
sekali tengok macam Cristiano Ronaldo.
eh ape ni wana.
kene setia kat Muslim Ahmad. *muntah
xD



video




baru terkujat si Markus angin kus kus tuh.
keh keh keh
:D





c

With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, December 25, 2010

Scramble potato egg.



salam.

hari tuh aku tetiba teringin nak makan lauk telur.
kalau kat UM ada satu lauk tuh ala-ala scramble egg.
so kalau aku makan kat situ mesti aku amek.
so hari tuh tiba2 nak try buat kan.
hehehe.



Bahan-bahan :



1. telur.
2. kentang.
3. suun
4. bawang besar, putih, merah.
5. ikan bilis.
6. lada besar



Cara memasak :

1. goreng kentang tak garing sangat.
2. goreng telur hancur-hancur.
3. hiris bawang besar, bawang putih, bawang merah ngan lada besar sikit.
4. masukkan garam dengan serbuk perasa.
5. goreng sikit ikan bilis pastuh masuk semua bawang dengan lada besar.tumis sampai naik bau.
6. masukkan kentang pastuh masukkan telur hancur.
7. masukkan pulak suun (rendam dulu taw suun bagi lembut)





resepi senang untuk budak malas macam aku.
kikiki
:D








With Love : Syazwana Jamal :)


Pengalaman berkhatan.




salam.

contest ni anjuran Shahjiehan atau nama glamer dia SJ.
dia SJ aku pon SJ gak.
Syazwana Jamal.
nama dah sama nih.agak2 boleh menang tak.
keh keh keh.

calick gambar untuk pe contest.


aku kene tag dengan ainul.
so bila fikir2 balik aku memang ada pengalaman pasal adik2 aku berkhatan dulu.

okey.aku ada 2 orang adik lelaki.kejadian ni berlaku tahun 2002.umur adik laki bawah aku (baby) time tuh 11 tahun dan sorang lagi bawah baby (ayun) 9 tahun.so parents aku nak khatan kan dorang ni sesama lah konon-kononnya.

before khatan tuh parents aku buat lah kenduri agak besar lah jugak kan.jemput sedara-mara semua.jiran2 semua datang.sedara belah Pn.Saerah + sedara sebelah En.Jamal semua datang.memang meriah lah.dah macam kenduri sambut menantu dah.padahal dulu time abang aku khatan takdelah pulak buat meriah2 camni.konpius kejap aku.huhu

malam kenduri tuh adik-adik aku ni pakai baju melayu siap bersamping hitam lagi (gambar aku tak jumpa pulak).makan sedap2 wo.jeles aku.apesal la aku tak macam tu jugak (gedik!).pastuh orang yang datang semua bagi duit.memang kaya lah adik2 aku time tuh kan.lagi lah jeles aku.huahuahua.belom masuk bab bergambar posing2 lagi.memang mengalahkan pengantin aku cakap kau.heeee

so keesokkan harinya tibalah saat yang sangat mendebar-debarkan bagi baby dengan ayun ni.aku tak berdebar langsung.watpe nak debar2 kan bukan aku yang kene.huahuahua.so pagi2 tuh ayah aku bawak la diaorang ni pergi hospital.mak aku tak ikot.tinggal rumah jaga aku.huahuahua.

sampai kat hospital (ayah aku cerita) mula2 si baby khatan dulu.senang je sebab baby ni memang berani sikit.yelah dia kan abang,kene lah tunjuk macho kan.hak hak.dokter cakap baby ni senang (aku pon xtaw ape yang senang :p).

pastuh tiba pulak giliran ayun.ayah aku cakap dah baring dah boleh pulak dia turun lari keliling bilik.waka waka waka.lawak gila mati adik aku ni.main kejar2 dengan dokter pulak.pastuh ayah aku call mak aku lah cerita.aku kat rumah ni tengok lah mak aku kan.dah menangis2 dah.mak aku memang camtuh.semua benda pon dia nak nangis.kikiki.

mak aku pujuk2 lah adik aku si ayun ni.janji nak belikan semua lah.cakap je nak ape semua dapat asalkan kene khatan dulu.yelah kenduri nak besar2 kan sekali khatan takut.keh keh keh.ayun ni pon ye ye lah kan jek.

tak lama pastuh ayah aku balik.and si baby jek yang khatan.ayun nangis2 taknak khatan.takut.huahuahua.tapi tahun depannya ayun kene paksa jugak khatan dengan mak aku.nasib baik dia tak lari dari hospotal tu lagi.kalau tak tak tahu lah ape jadi.kui kui.

so tuh je la pengalaman aku.tunggu anak buah aku khatan pulak la baru ada pengalaman lagi.tapi anak buah aku baru setahun.keh kehk keh.


okey aku nak tag orang join contest ni.kita tengok siapa yang kene.





ok bye.




With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, December 24, 2010

Elak menangis time kupas bawang.




salam.

petang tadi aku pergi rewang rumah jiran aku.
anak jiran aku nak bertunang esok.
jadi haruslah menolong mane yang patot kan.
:)


so aku tolong lah kupas bawang.
hambek ko menangis-nangis.
kejap2 kesat mata.
5 saat pastuh kesat lagi.
huahuahua




sampai akak yang nak bertunang tuh cakap.
'sabar eh'
kelakar gila rasa.
xD


pastuh aku belek2 remaja baru bulan ni.
tiba2 terjumpa satu tips ni.


mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis.


korang penah dengar ke tips ni?
aku baru first time dengar ni.
so boleh la apply esok eh.
esok kene rewang lagi.
heeee.







korang pon kene try jugak taw
:)












With Love : Syazwana Jamal :)


ikan masak singgang.




salam.

okey tuan2 dan puan2.
hari ni kita akan belajar resipi baru yek.
(*perasan lagi)


resipi ni senang giler mati.
sesuai untuk aku yang malas ni.
keh keh keh.


tapi ada orang tak suka makan singgang ni sebab macam makanan untuk orang sakit.
tapi aku rasa okey jek
aku mana ada yang tak okey kan.
xD


bahan-bahan :



1. ikan (paling sesuai ikan cermin and kembung)
2. bawang besar
3. bawang merah
4. bawang putih
5. cili padi/lada besar
6. serai
7. daun kunyit
8. asam keping, garam, ketumbar




cara-cara memasak : 

1. bawang putih dengan bawang merah ditumbuk lumat.
2. cili padi ditumbuk ala-ala pecah sikit
3. kalau guna lada besar hiris tengah je
4. bawang besar dihiris
5. serai diketuk sikit
6. panaskan minyak dalam periuk and tumis bawang yang ditumbuk dengan cili padi sampai naik bau.
7. masukkan lada besar yang dihiris separuh.gaul kejap.
8. masuk serai and lada besar kalau guna.
9. masukkan air.kalau nak banyak kuah letak lebih.
10. biarkan sampai mendidih.
11. masukkan serbuk kunyit, sedikit ketumbar, garam and serbuk perasa.
12. masukkan asam keping and biarkan sampai mendidih.
13. masukkan pulak ikan dan daun kunyit.
14. biar sampai ikan masak.





siap!
sedia untuk di hidang
:)









masak tu best.




  




With Love : Syazwana Jamal :)


Tutorial letak notes atas/bawah entry.



  
salam.

tiba-tiba aku macam nak buat tutorial ni.
sebab boring.
boleh gitu?
xD

contoh notes macam kat bawah ni.




macam comel kan
xD


okey macam biasa.

pergi Design > Edit HTML > Tick Expand Widgets Templates

cari code kat bawah ni guna Control F

<data:post.body/>

dekat bawah code tadi pastekan code kat bawah ni.

<hr/><center>
<b>Note Anda</b>
</center><hr/>


korang boleh ganti ayat korang sendiri dekat word 'Note Anda' tuh.


kalau nak letak kat atas post pon boleh.

cuma pastekan code

<hr/><center>
<b>Note Anda</b>
</center><hr/>

kat atas code

<data:post.body/>




dah siap boleh save.

gud luck.
:)





With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, December 23, 2010

Ikan masak sambal lada hiris.



  
salam.


okey bertemu lagi kita dalam rancangan mari memasak bersama chef wana.
(fehrasan sungguh)
keh keh keh.


Hari ni ayah aku suruh aku masak.
jadi haruslah feeling2 ala chef gitu kan.
-__-"


resepi ni senang jek sebab tuh ayah aku suruh aku masak.
kalau susah mesti dia tak suruh.
kang tak pasal2 pakan ikan hangus pulak. xD



Bahan-bahan:


1. lada besar
2. ikan bilis
3. bawang putih
4. bawang merah
5. bawang besar
6. halia
7. asam jawa
8. ikan kembung (nak ikan lain boleh jugak)


cara-cara:

1. gaul ikan dengan kunyit dan garam, goreng dan asing ke tepi.
2. lada besar, bawang putih, bawang merah dan bawang besar di hiris.tak kisah la korang nak hiris cemana pon asalkan korang tak tumbuk or blend lada tu sudah.hehe
3. panaskan minyak dalam kuali dan goreng sikit ikan bilis
4. tumis bawang kecik dengan bawang putih.biarkan naik bau sikit.masukkan halia
5. masukkan bawang besar and gaul sampai agak2 kaler dia lembut sikit.
6. masukkan pulak lada besar.
7. gaul sampai agak2 lada tuh layu and masak.masuk garam dengan perisa secukup rasa.
8. masukkan ikan goreng.gaul sebati.
9. bancuh sikit asam jawa and campur dalam ikan tadi.
10. gaul sebati and angkat.




siap!
senang je kan.






okey aku dah lapar.
nak p makan.
xD






  



With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, December 22, 2010

Ibu merajuk sebab fb.



  
salam.

aku ada sorang kazen sebaya dengan aku.
tapi di sebabkan dia lompat jauh sangat time darjah 3 dulu so dia dah kerja dulu lah sekarang kan.
aku lompat kurang jauh so makanya aku study tak habes lagi
 -__-


so nak dijadikan cerita ada one day tuh Pn.Saerah tanya aku kazen aku ni keje kat mana.
aku pon cakap taktaw sebab lama gak tak contact dia ni.
dulu rajen gak berfrenster tapi sekarang ai mane layan frenster lagi uollss.
keh keh keh.


aku try gak cari fb kazen aku ni tapi tak jumpa.
kalau balik kampung pon kadang2 tak jumpa.


so tiba2 satu hari tuh kazen aku ni add fb aku.
maka berjumpa lah kita balik.
aku pon tanye lah macam2 kat dia.
keje mana semua kan.
tapi aku tak cakap dengan Pn.Saerah.
hehehe


so arituh after SPM my parents pergi amik adik aku kat MRSM Batu Pahat.
pastuh terus singgah kampung kat Muar.
dah alang2 kan singgah la sekali.
pulak time tuh kazen aku ada kat kampung.
dengan excited Pn.Saerah call aku.
konon nak bagi taw aku kazen aku keje kat mana semua.


Pn.Saerah : ibu kat kampung ni.tadi amik ayun.
Aku : owh.sape ade kat kampung?
Pn.Saerah : ada je semua.kak ngah pon ada.
Aku: owh.dia keje hospital Batu Pahat kan.
Pn.Saerah : eh mana taw?
Aku : facebook.hehe.wafa (kazen aku kecik lagi) pon ade facebook gak.
Pn.Saerah : owh.len kali tak payah cerita lagi lah.semua dah main facebook jek.

dengar suara orang gelak2 kat belakang.huahuahua




sorry lah ibu.
nak  buat camne.
facebook lagi cepat dari ibu.
hehehe




  





With Love : Syazwana Jamal :)


Konspirasi Part ll



  
  
  
salam.

okey entry ni adalah sambungan dari sini dan sini.
macam biasa kene bagi amaran dulu.
keh keh keh.

amaran : entry di bawah adalah panjang dan mungkin mengandungi kata-kata yang tidak di tapis ekoran dari emosi si penulis.huahuahua


cerita 2.

after aku settle kan thesis aku sume kat department aku teman classmate aku pergi check in kolej@hostel kat UM.actually cuti sem dah start.so mana2 student yang nak stay kolej kene isi borang semua and hantar kat ofis.so kawan aku ni pon dah isi and hantar borang lama dah.and kawan aku tanya akak ofis tuh macam mana dia ak taw yang dia dapat stay kolej or tak time cuti sem tuh.then akak ofis tuh cakap datang je balik hari selasa (14/12/2010) and dia akan bagi kunci bilik.

so hari selasa tuh kawan aku pon semangat2 lah kan nak pergi check in.oh forgot.one day or two days before, kawan aku ni dapat call dari ofis kolej dia ni.akak ofis tuh cakap yang dia tak pulang kunci.akak ofis tuh tak jumpa kunci dia.sebabnya kawan aku ni tak letak kunci dalam sampul.macam sialkan.pada hal tak penah pulak orang drop key kene letak dalam sampul bagai.okey lah kalau tak letak dalam sampul pon if kawan aku dah drop key dalam box of coz la boleh jumpa kan.dah memang letak kunci tuh dalam box.melainkan kalau box tuh bocor.pastuh tak pasal2 kawan aku kene bayar denda start daripada dia drop kunci sampai hari dia datang kolej balik.macam sial makan duit student guna taktik macam tuh.pork!padahal kawan aku cakap takde pon bagi annoucement or tampal notis kene letak kunci dalam sampul.ci**i.

so hari selasa tuh kawan aku pergi ofis kolej dia lah.first memang kene denda pasal kunci tuh dekat bape puluh ntah.aku lupa.lepas tuh ingat dapat lah check in kan.sekali akak tuh cakap pengetua(setiap koleh@hostel ada pengetua yang lead) tak sign borang lagi.so diaorang tak boley bagi kunci.wadafakk kan.kawan aku tak puas ati lah kan.hari tuh cakap datang selasa terus boleh check in.dah datang cakap macam lancau pulak.geram je aku dengar.padahal kawan aku cakap time tuh pengetua ada je kat situ.tapi dia macam tak amik kisah pon pasal student yang nak stay ni.sial kan perangai.

kawan aku memang dah lama bengang dengan kolej dia ni.tapi ayah dia tak bagi duduk luar lah pulak.kesian kesian kesian.nasib baik lah tinggal 1 sem je kan.kolej2 kan UM ni memang suka makan duit student.kadang2 tetiba je ade caj bukan2 masuk dalam akaun student.pastu kalau tak bayar tak boley daftar subjek.cam haram betol.

aku harap next sem la last sem aku kat UM ni.banyak sangat konspirasinya.sape yang tahan.mana2 student yang suka sangat duduk UM lama-lama tuh aku taktaw la hati dorang tuh hati ape.please lah!



cerita ni macam lagi emosi dari cerita 1 eh.
hehehehe.







lapar lah.
korang dah makan?
aku belom.
nak pi makan dulu.
bye.
have a nice day!


  
  


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, December 21, 2010

konspirasi part l.



  
  
  
salam.

amaran : entry di bawah adalah panjang dan mungkin mengandungi kata-kata yang tidak di tapis ekoran dari emosi si penulis.huahuahua

tajuk nak gempak je si wana ni kan.
sekeh laju-laju kang.

baru nak hapdet pasal konspirasi hari tuh.
al maklumlah busy.
busy hape tah aku nih.
huahuahua.

actually takdelah konspirasi sangat tapi hari tuh aku memang bengang dengan UM time tuh.
at the same time kawan aku pon bengang dengan UM gak.
so saje lah tulis konspirasi kan.
heeeee.

cerita 1.

ni pasal thesis aku lah ni.actually thesis aku kene guna software dengan buat lab.software dah satu hal.dari start sem 1 aku dah suruh department install software tuh dekat lab computer department tapi sampai lah abes sem department tak install2 jugak.supervisor aku dah berapa kali marah staff department aku tuh tapi diaorang ni macam tak makan saman jek la.bengang aku.nama software tuh LUSAS.aku kene guna version 13.2 dan ke atas.supervisor aku dah cari kat luar tapi tak jumpa.department aku ada tapi tuh la masalahnya.diaorang ni tak buat keje.banyak sangat alasannya.manalah aku tak geram kan.so last2 supervisor aku suruh buat lab dulu.

so before exam aku pon asyik je lah berulang-alik pergi department settlekan barang2 untuk lab aku.yelah takkan nak guna duit sendiri kan.mahal wo.lagi pon UM memang ada sediakan peruntukan untuk budak2 thesis ni.so aku pon order lah barang.hantar borang semua kat department aku ni.aku fikir lepas exam aku nak start buat lab ni lah kan.so aku dulukan exam.exam weeks aku memang takda lah fikir pasal thesis.

lepas exam dengan semangat aku pergi department sekali staff department aku cakap dia tak jumpa borang aku.peh manalah tak bengang kan aku.panas je telinga aku naseb baik aku tak mengamuk kat situ.pastuh dia cakap banyak borang la nak kene settle.beribu-ribu.fine!kalau ko taw banyak sangat borang ko tak payah la bergosip sana sini.buat lah keje ko.ni asyik mengular je memang lah borang aku pon hilang.

lepas tuh aku tanya lah bape lama lagi ni nak tunggu.then dia suruh tinggal number phone and dia akan call aku tapi sampai sekarang haprak habuk pon takda.kalau nak keje tuh buat lah keje betol2.ni tak.tak habes-habes nak menyusahkan student.tak pernah nak menyenangkan kerja student.cam siapalis betol.


okay dah teremosi.
kene makan dulu nih tenangkan diri.
keh keh keh



story 2 aku sambung esok-esok pulak yep.
heee



bye korang.
gud nite!
:D



  




With Love : Syazwana Jamal :)


Elak laptop kene curi dalam kereta.





salam.
  
before aku balik johor adalah satu hari tuh aku keluar dengan one of my classmate kan.
aku bawak laptop sama time tuh.
pastuh kitaorang pon singgah la satu kedai makan ni sebab nak lunch.
aku malas nak bawak laptop keluar.
so aku decide nak tinggal dalam bonet kereta jek.
tiba-tiba classmate aku cakap.

'eh jangan tinggal camtuh.cabut batery laptop tuh'

aku blur2.
pastuh dia pon cakap lah pencuri ada alat nak kesan laptop dalam kereta even kat bonet pon.
so bila kita cabut batery daripada laptop alat tuh tak dapat lah nak mengesan.
batery tuh boleh letak mana2.
letak sebelah laptop pon takpe.
asalkan tak dipasang dekat laptop tuh.

aku pon dengan sengal2 ayamnye.

'eh yeke?apesal aku tak taw eh?heeee'

dia pon cakap.

'ni si (nama boipren dia) yang ajar.


so kamu-kamu di luar sana tuh awas dengan pencuri laptop yang semakin berleluasa yep.
kalau nak tinggal laptop dalam bonet pastikan batery laptop di cabut dahulu.
sebab nya tinggal laptop dalam bonet pon dah tak selamat sekarang.
:)


p/s: kalau aku salah sila betolkan :)

  




With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, December 14, 2010

Realiti konspirasi UNIVERSITY MALAYA!!!



   
salam

huh!baru dapat online.
ni pon sebab lunch dekat Oldtown Bangsar south.

banyak benda senanye nak cerita.
tapi banyak jugak masalah sampai tak dapat nak online
:(

nak cerita pasal UM yang baik gillerrrrrrrrrrrr pork!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
cam haram!
sabar wana sabar
:)

nanti2 lah aku cerita ek.
tak boley lame ni.
banyak benda nak settle.
:(







oh lupe.
kepada semua followers (macam banyak sangat kan..kikiki)
thanx sebab follow blog aku yang tak seberapa ni.
nanti ade masa aku jalan blog korang pulak okey.
sekang memang tade masa
:)




bye korang.
have a nice day!








p/s: aku nak balik johor :'(










  




With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, December 11, 2010

Tutorial cantikkan comment box.



     

ada orang tanya macam mana nak buat komen box yang cantik macam aku punya tuh.
(pehrahsan :p)




okey nadia mintak aku share pasal komen box aku.
so ni untuk awak ye
:)

macam biasa pergi bukak dashboard > layout > edit html

tick dekat expand widget templates

cari kod kat bawah ni guna control F pada keyboard

]]></b:skin>

kalau dah jumpa boleh la masukkan kod kat bawah ni dekat atas kod tadi



#comments-block{
margin:0;
padding:0;
}
#comments-block .comment-author{
background:#ff6699 !important;

-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-topright: 10px;

padding:5px;

font-size:15px;

font-weight:bold;

border:1px solid #ff6699;
}
#comments-block .comment-body{
margin: 0;

font-size: 17px;

border-left: 1px solid #ff6699;
border-right: 1px solid #ff6699;
margin-top: -5px; /*position*/

padding: 5px;
}
#comments-block .comment-footer{
margin:0;

font-size: 13px;

font-weight: normal;

margin-bottom: 20px;

border-left: 1px solid #ff6699;
border-right: 1px solid #ff6699;
border-bottom: 1px solid #ff6699;

-moz-border-radius-bottomright: 10px;
-moz-border-radius-bottomleft: 10px;

margin-top: -12px; /*position*/

padding: 5px;
}
#comments-block .deleted-comment{
font-style:italic;
color:gray;
}
#comments-block .comment-author a{
color:#ffffff !important;
}
#comments-block .comment-footer a, .comment-body a{
color:#ff6699 !important;
}


okey dah siap semua baru lah save.
senang kan
:)




p/s : tutorial ni aku belajar kat blog liyana.blog dia memang cantik :)
With Love : Syazwana Jamal :)


Tutorial hilangkan word verification.



actually dulu masa mula-mula aku berblogging aku pon tak perasan mende nih.
(cewah macam la dah lame sangat :p)
sebabnya kalau aku sendiri komen dia tak keluar word verification tuh.
tapi bila blogger lain komen baru dia keluar.
so aku pon tak perahsan la kan.

bila innz cakap pasal hal ni kat blog dia baru aku p check setting aku.
upanya aku pon tak off lagi word verification tuh.
huahuahua

kalau ada sapa2 yang taktaw ape tu word verification mai tengok ni.




kan macam susah kan orang nak komen.
kalau salah kene masukkan lagi huruf2 jadah tuh.
hehe.

tadi masa aku BW jumpa blog yang pakai mende ni lagi.
tak taw lah diaorang tak perasan macam aku or saje2 nak pasang mende tuh.
tapi seyes mende tuh menyusahkan orang nak komen.
:)

so macam mana nak hilangkan mende tuh?
senang ja.
buka dashboard.
pergi setting > comment > show word verification for comments.

pastuh click kat  No 




pastuh save!
siap..




p/s : thnx innz sebab selalu jek perihatin masalah2 blogger baru ^^


  


With Love : Syazwana Jamal :)


pernah makan nasi lemak babi?



  
hari yang indah tanpa exam
keh keh keh

hari selasa malam lepas tiba2 je erin bagi cadangan pergi bekfes roti canai ramai-ramai.
lagi pon dah nak habes sem.
jadi apalah kiranya kita makan beramai-ramai kan kan kan.
so planning malam tuh afie suruh turun pukul 7.45pagi (kununnya) :p

esok paginya hazwan mesej cakap gerak pukul 8.15.
okey set la.
aku semangat kot.
pagi2 dah bangun mandi bagai.
kalau tak jangan harap nak mandi pagi2..
huahuahua

tapi biasalah kan
kata melayu
takdalah nak tepat mana janjinya kan
dalam 9.15 barulah tercegat orang2nya
dengan 3 kereta jadi bergerak lah kami ke sana.


lead by BCH or bitch..waka waka


kitorang bekfes dekat satu kedai mamak ni
MAPLEY 223
tempat ni memang femes
the best nasi lemak in PJ area
dekat seksyen 14
atau dalam bahasa melayu nasi lemak sedap gila babi!
keh keh keh

sampai ada one time member aku cakap

dia : eh jom makan nasi lemak babi
aku : eh?
dia : ala nasi lemak sedap gila babi
aku : -__-'



tapi pagi tuh aku makan roti kosong dengan roti telur.
sebab tak rasa nak makan nasi lemak.
sedaaap wooo!




pastuh boleh pulak ade sorang mamak tuh nak main2 dengan aku

aku : mamak tambah kari
mamak : kari abes lah (muke seyes)
aku : ha abes??? (sedey)
mamak : senyum2..bagi pinggan
aku : mangkuk! =.=

wanita2 civil yang hebat ^^



jejaka-jejaka civil yang tak berapa howt.keke



baju biru adalah presiden civil civitas yang cool~
:p


lepas makan kitaorang pon balik dengan hati senang
tapi tak berapa senang sangat sebab kena study for exam

tapi sekarang exam dah abes
so kita enjoy!









thesis??
errr abaikan.
lalalala~




bye.




  



With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, December 6, 2010

Nak letak header kat center



hai hai
lama betol tak hapdet blog kan
al maklumlah exam tak habes lagi
kekeke

okeh di sebabkan aku ni selalu je ade masalah dengan header aku yang tak center ni
so hari ni aku nak tulis cara-cara nak centerkan header kalau die ke tepi sangat
(buat-buat faham kalau ayat tunggang terbalik :p)
so that aku pon boleh refer kalau ada masalah nanti
heee

header yang ke kiri


1. pergi kat Dashboard > Design > Template Designer > Advance > Add CSS

2. masukkan kod kat bawah ni


#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;} /*masukkan sekali ayat ni kalau guna Template Designer*/


3. apply to blog

taraaa!!
kan dah center tuh
:)






UPDATE !

Tutorial ni aku buat menjadi sebab aku guna Template Designer.
IF tak jadi might be sebab template anda berlainan dengan template saya *kejap aku kejap saya*

Wakakakaka.

kalau nak senang gugel je tutorial centrekan header blog untuk .............................(jenis template korang)

:)



bai.




With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, December 4, 2010

aku nak bini hot and sexy



 
 
situasi : tengah makan malam


kawan : aku selalu doa aku dapat bini yang cantek giler, hot and sexy..biar semua orang jeles..


aku : ko rasa doa ko makbul ke?


kawan : makbul la..


aku : aku selalu doa aku dapat laki yang baik supaya aku boleh jadi baik..tapi aku selalu je jumpe laki yang tak berapa baik..


kawan : eh ko kene jadi baik dulu lah..baru boleh dapat laki baik


aku : ala tapi kalau dapat laki yang baik baru kita semangat nak berubah kan


kawan : haah ek..kalau laki selalu pergi masjid mesti lama-lama ko pon terbiasa jugak


aku : xD





sape baik angkat tangan!!
xD









p/s : nak suruh ibu cari calon suami la..kuang kuang














hoi wana study lah! =__="














-jeles sebab kawan sekolah dulu dah kawen ade anak comel lagi-
With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal