Monday, December 31, 2012

Mengakhiri Tahun 2012 Dengan Makanan : Nandos & Austin Steak House Bangi.



Sabtu lepas tiba-tiba je Akram belanja makan Nandos.
Plannya nak pergi Lowyat Sabtu tu sebab Akram nak beli laptop.
Tapi before berjalan jauh lagi2 tempat sesak macam tu haruslah dia bawak aku mengeketedarah siap2 dulu demi untuk mengelakkan berlakunya amukan di tengah2 bandaraya.
Dia jugak yang malu nanti. Kekeke.


So macam biasa tak tau nak makan kat mana.
Aku memang pernah cakap dengan Akram nak try Nandos.
Tapi aku ingat nak belanja dia bulan depan.
Tetibe Akram ajak makan hari tu.
Dalam purse aku time tu memang ade bape hinggit je sebab aku sejak2 dua menjak ni macam tak reti pulak nak bawak cash banyak2.
So dalam hati "Yesss Akram belanje" hehehe !


Akram pulak pattern yang suka bila orang tanya cakap entah tak tau.
Padehal dalam kepale hotak dia tu dah fikir sebenarnya.
Nanti tetibe je "Okey jom dah sampai"
Aku mane lah biasa seprais2 camni. Cewahhh.


Kitorang try makan kat Giant Nilai. Nandos kat situ baru bukak ganti A&W. Mungkin orang2 Nilai tak gemar makan A&W kot.



Masa sampai tu memang tengah time lunch. Budak yang jaga pintu depan tu cakap seat fullhouse ! Tapi tetibe Akram tanya untuk dua orang tak de ke. Eh tetibe je ade. Tapi dapat meja kecik la. Memang untuk 2 orang punya. Akram cakap mungkin dia taknak kite rasa tak selesa kot sebab meja kecik. Alah bukan nak makan banyak pon *Ececececece tak banyak kata ko*



Suasana dalam kedai ala-ala koboi gittew. Memang ramai betul orang. Mungkin sebab baru bukak + orang baru gaji kot. Aku ni je ha yang gaji lambat.




Hiasan dinding.




Fikir punya fikir last2 Akram tanya waiter ape yang best. Tapi boring lah sebab waiter semua tergagap-gagap je nak jawab. Akram dah la jenis semua makanan pon dia nak tanya. Macam nak terkencet budak tu nak jawab. Last2 dia tunjuk2 gambar je. Belajar lagi ye dik. Kalau dapat customer macam orang tue ni memang ko kene layan dia detail2. Tu yang aku malas nak layan Akram selalu. Eh?



Last2 kitorang amik yang macam ala-ala Kenny Rogers tu. 2 set 1/4 Chicken. Boleh pilih 2 side dishes. Kalau Kenny Rogers boleh pilih 3.



Mula-mula pilih nak pedas tahap mana. Akram amik paling atas. Extra Hot Peri-peri. Aku amik bawah dia. Hot je. Aku kan hot. Wakakakaka. *Lempang*




Jangan jadik ayam ! HAHA !





Akram order air ape benda tah. Tapi masam. I dont like. Aku amik Ice lemon tea je. Best sebab boleh refill. Aku kan suka benda2 menjimatkan ni. Untung Akram dapat aku. Kahhkahh Pitam tak dengar.



Sementara tunggu makanan sampai.



Akram punya set. Dia amik side dishes Medditeranean rice dengan fries. Medditeranean rice tu ala-ala macam nasi goreng cine gittew. Tapi tak ada lah nasi goreng samgat pon. Macam nasi puteh gaul2 dengan kacang peas je aku rasa.




Aku punye. Side dishes aku sweet potato mashed dengan Spicy Rice. Tapi nasi die alahai. Rasa macam Nasi puteh biasa yang digaul dengan pewarna kuning je. Tak sedap. Yang sweet potato tu pedassssssssssssssssss gile ! Memang kaw-kaw punya pedas. Meleleh air mata T___T

Alu tak tengok gambar sebab buku menu gambar dengan buku menu betol asing2. Leceh betul. Mati2 aku ingat mashed potato yang biasa tu. Aku kan peminat tegar kentang puterrrr. Huhu. Tertipu den.



Terus takde mood. Cewahhh padehal licin jugak. Kalau dah nama Syazwana tu jangan nak menipu takde mood nak makan. Demam2 pon berselera je mengketedarah macam bela hantu raya.




Sos2 segala ni boleh amik kat kaunter depan. Tapi sebab kitorang mane a tau. Ingat dia provide kat atas meja tapi meja kitorang takde. So dengan muka tak malunya mintak lah kat orang sebelah. Naseb baik orang sebelah dah abes makan. Orang sebelah lah yang bagi tau boleh amik kat depan. Baiklah.




Dan akhirnya komen banyak pon habes licin jugak. Kehkehhh. Air aku siap refill sampai 4 kali. Punye la pedas sos dia. Pedas + Masam. Oh aku memang sangat tak minat. Kalau tomyam tu sedap la pedas2 Masam. Mule2 air aku ade lagi separuh waiter dah datang dengan jug besar tanya nak refill air ke tak. Tapi sekali tu je lah. Lepas tu nan hado. Kene panggil baru nak datang.




Dia ni kalau amik gambar takde nya nak pandang kamera. Pastu bukan reti nak senyum. Menyampah.




Kene suruh pandang kamera barulah nak pandang. Tu pon kene marah jangan gerak2. HAHHAHA ! Ahkak kan garang. Kekekeke.



Akram cakap dia pon tak berapa suka sangat Nandos ni.
Sama macam aku, dia pon prefer Kenny Rogers.
Kalau aku, aku suka KR sebab KR punya ayam ada sos Blackpepper.
Aku kalau makan kat KR memang tak sah tak mintak sos lebih.
Sedap gila siot sos dia.
Slurpppppppppppppppppp.


Pastu ayam KR lagi lembut aku rasa.
Nandos ni ayam dia ala-ala panggang. Aku tak berapa gemar sangat.
Tapi ini tekak aku lah. Tekak orang lain2.
Tapi kalau orang tanya aku pasni KR or Nandos aku akan vote KR.
Wah bangge ni kalau Manager KR bace ni.
MAu dapat sponsor makan KR setahun.
Pastu gemuk berlipat-lipat. PAstu menyesal. Dasarrrrrrr.



Total semua sekali RM50++.
Lebih kurang je macam harga KR.


Lepas makan kitorang pon terus pergi Lowyat.
Masa otw pergi Lowyat tu Akram cerita2 pasal kerja dia.
Time tu dia wassap2 dengan member dia.


Ada sorang member Akram tu tengah gaduh dengan awek dia sebab awek dia merajuk.
Sama kes la macam aku.
Sebab dapat lelaki yang workhaholic.
Bezanya Akram suka layan amukan aku tapi member dia malas nak layan.


So Akram cakap la member dia lagi kesian sebab duduk dengan parents kan.
Ulang-alik S.alam KLIA jauh gila. Penat. Nak keluar dengan parents lagik.
At least Akram terpaksa hadap aku je. Parent jauh. Huhu.


Pastu aku cakap "Alah takpe lah. Gaji besar. Masyukkk"

Dan Akram reply "Yelah. Kalau orang paham takpe. Ni sikit2 nak merajuk"

Fineeeeeeeeeee. Tak payah la nak perliiiiiiiiiii.
Eiiiiiiiiiiiiii.
Alah bukan tak paham. Perempuan kan sukakan perhatian.
Lagi2 perempuan comel macam aku. Hikhik. *Muntah Nandos balik*


Aku cakap dengan Akram kalau nak aku paham belikan la laptop baru, set XBOX, DVD player bla bla bla.
Akram macam biasa lah malas nak layan kemerepekan aku.



Lama jugak kitorang kat Lowyat. Beselah Akram kalau nak beli gajet memang lama. Bila dia pasang niat nak beli laptop dia akan survey setahun awal. setahun okey. Tengok lah kat mudah semua. Tanya member2. Google sana google sini. Dan baru lah pergi Lowyat untuk tengok lagi detail. Dah sampai sini tak terus beli. Belum lagik. Survey lagik barang sepuluh dua puluh kedai dulu. Dan balik rumah dulu untuk decide. Cerewet !


Sampai nak krem kaki aku.
Aku dok mengadu-ngadu kat Akram penat penat.
Pastu dia jawab ape "Kalau duduk rumah bosan la ape lah. Bila bawak jalan penat pulak"
Heeeeeeeeeeeeeeeeee.
Sebab tu nama aku perempuan :D


Balik tu Akram tanya nak makan ape.
Aku cakap macam nak makan burger.
So usha2 restoran Western.
Terjumpa Austin Steak House kat Bangi.



Tapi nak review detail pon tak best sebab makanan dia tak sedap pon.
Harap je pernah masuk Jalan-jalan Carik Makan.
Burger pon tak ada.
Harap kedai je cantik.
Toilet kotor.

Korang tak payah pergi ok. HAHAAHHAHA !
*Matik lah buat statement camni. Kene saman kang baru menyesal!*




Akram order Combo Steak. Biasa je. Steak kampung baru lagi sedap.




Sebab burger takde aku order Beef Rice Sizzling. Rasa macam makan nasi puteh lauk daging masak kicap. Kuah cair gila berenang-renang ke muara je daging2 aku. First time aku makan tak habes. Huhu



Pastu waiter tak senyum.
Makanan sampai dulu air tak sampai2.
Tisu pon sampai kene mintak baru dapat.
Pe bende kan.


Not worth it.
Okey cukup2 lah kritik.
Tak baik tutup periuk nasi orang.
Huhu.


Lepas makan tu Akram suruh amik rokok dia dalam beg aku.
Aku cakap "Cakap Wana cantik, tolong amikkan rokok dalam beg boleh?"

"Huh. Rela tak hisap rokok"

Fine!

"Rela bangun sendiri amik sendiri"


Eleh taknak cakap konon.
Bila aku cakap ada orang nak ngurat masa kat Petronas tau pulak sentap.

"Petronas mana?"

"Bape orang? Ramai ke?"

"Dia cakap ape je?"


Haaaaaa tau takut. Wakakakakaa



Pastu Akram cakap bulan 1 ni kompem kot pergi Bandung dengan kawan2 dia.
Lepas tu nak pergi reunion budak sekolah pulak kat PD.


Oh patotlah tetibe baik hati sangat belanje aku macam2.
Nak amik hati lettew.
Takpe selagi bujang ni pergi la merantau puas2.
Heheeh.
Ini macam kalu silalah pergi merantau selalu.
Aku pon dah boleh buat list siap2 tempat2 makan yang best untuk dibelanja.
Rezekiiiiiii. :D





okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


15 comments

December 31, 2012 at 9:56 PM

Nandos memang tak sedap ah makanan dia kalau nak banding ngan KR.. Pernah makan sekali je kat Nandos, [astu terus tobat taknak pegi Nandos dah.. Baik masuk McD jer... Hahahhaha!

December 31, 2012 at 10:44 PM

Burger tu nampak sedap sgt ohh burgerrr~
Tapi tak pernah merasa Nandos. Aura nandos nampak sedap tu tak pernah dtg. Kalau burger aura sedap tu ada. Membuak-buak (amboi).

January 1, 2013 at 4:25 AM

amboih hang kemain mkn nandos!
sedap ke? kocix pnh mkn tp x brape sedap pon..

btw hepi new yearr!! weee

January 1, 2013 at 10:40 AM

fuyoo sedapnyaaa. wajarlah sedap kan? makanan mahal kot.hihi

January 1, 2013 at 11:45 AM

Ok apa dpt lelaki yg keje kuat.. awk gak yg senang.. hahahaha

January 1, 2013 at 12:39 PM

Aritu ada kawan kat opis belanje nandos. Hurmmmm serius tak suka rasa dia.Tu macam first and last la kot. Atas lidah masing2kan.Sebab rasa sos dia totally macam semua masam dan pedas.Glurpppp!

January 1, 2013 at 7:15 PM

mkn je keje die ni..
haha..

January 2, 2013 at 10:12 AM

kwn kata nandos tak sdpt sbb tu tak try..kih2.

January 2, 2013 at 2:31 PM

@Misz Mieza
kan.
kite geng !
hehehe

January 2, 2013 at 2:32 PM

@kocix!
tak sedap pon.
tak payah la makan.
hahahaha !

January 2, 2013 at 2:32 PM

@MizzTina
alah tapi kite boring.
hukhuk

January 2, 2013 at 2:33 PM

@laskar pelangi
same tak suke.
masam sangat + pedas gile
-__-

January 2, 2013 at 2:33 PM

@Cik Ezy
sebab tu tak kurus2.
kekeke

January 2, 2013 at 2:33 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
memang tak sedap pon.
:D

January 3, 2013 at 10:53 AM

seronoknya kalau dua2 memang suka makan :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal