Monday, January 6, 2014

Waiting.


Alhamdulillah.
Tq for the wishes and dua.
Takde ape sangat pon masa majlis merisik tu.
Perbincangan orang tua dua belah pihak je. So that nanti masa tunang tak payah nak bincang lama2.


Plan asalnya family aku tanak majlis risik2 ni.
Nak terus sekali dengan majlis tunang. Senang.
Tapi disebabkan mak Akram cakap Pontian-Kota Tinggi ni takde lah jauh mana so dia nak datang jugak.
Saje jalan-jalan.
Dan sepatotnya majlis risik ni dibuat akhir bulan 11 kot. Tapi korang pon tau lah kan ape jadi pada adik Akram. So tangguh.


Dan kalau ikot aku sebenarnya aku malas nak tunang2 ni.
Tau je lahkan dugaan bertunang ni macam mana.
Ikot aku nak terus nikah je.
Tapi Akram cakap takpe lah tunang je lah kejap. Ok fine aku cakap tanak lama2.
Plan asal nak buat bulan 8 masa besday aku. Hihi.
Tapi Akram nak awalkan ke bulan 5. Pastu bulan 3 pulak sebab senang budak2 cuti sekolah.
Last2 makin awal. Raya cina ni (Eh terbagitau pulak. Kekeke)



Ni masa tunggu family Akram sampai. Apesal mata anak buah-buahan aku ni kecik2?? *Tak puas hati*



Before majlis risik tu mak aku tanya family Akram nak datang pukul berapa.
Sebab kalau datang tengah hari boleh la mak ayah aku masak untuk makan tengah hari sekali.
Kalau nak datang petang mak aku just sediakan kuih minum petang je.
Tapi ko tau lah Akram tu. Bab2 makan ni memang laju je.
So dorang datang tengah hari.
Lepas zuhur tu dorang singgah solat kat masjid kampung aku dulu sebab segan nak tumpang solat kat rumah.
So dorang sampai2 je terus lunch.


Akram bawak mak dia, kakak dia dengan abang ipar dia.
Mak ayah aku masak lauk kampung je. Kari ayam kampung, sayur campur, ulam-ulaman, dengan ayam goreng tepung.
Fuhhhhhhhhhhh tak sangka mak akram tambah nasi sampai tiga kali. Haha!
Senyum lebar mak aku.


So lepas makan aku lepak je la kat beranda belakang dengan Akram.
Memula Akram ajak jugak lepak depan dengar dorang berbincang tapi aku macam takkan nak dengar orang tua bincang kan?
Malu lah.
So lepak belakang je.
Dan Akram cakap awal2 yang mak dia nak bagi cincin je taknak sarung2.
So aku pon pasrah je lah. Hahahha!

Tapi aku memang pikir macam tu pon memula.
Orang datang merisik hantar cincin je lah kan?
Macam dalam drama tu.
Bila aku cakap dengan mak aku, dia jawab camni "Mana ada. Merisik tu sarung la cincin sekali. Dulu masa abang ko, akak yang sarung kan"
Okey.
Kawan aku cakap masa abang2 dia pon, mak dia sarung kan.
Aku macam alaaa risik je kot. Wateva.


Paksa anak buah amik gambar. Hahah! Pipi tu kalau tak macam simpan pau tak sah. Arghhhhh.


So dalam pukul 3 lebih kot dorang nak gerak dah sebab nak singgah rumah sedara kat Kulai.
Mak aku eksited gila bila dapat tau nama mak Akram Samiah, sama dengan nama arwah nenek belah mak aku.
Pastu nama arwah ayah Akram, Jamil lebih kurang nama ayah aku, Jamal.
Hahah!


Jari gemokkkkkkkkkkkkkkk. Stresssssssssssssssss. Cincin ni Akram yang pilih. Aku sebenarnya tak suka sangat cincin lebar2 ni. Tapi Akram cakap kalau lebar dia kecik sikit semua ringan2. Dia nak yang berat sikit. So layankan je lah. Duit dia kan.


So lebih kurang dalam 4 minggu before kitorang bertunang.
So far hantaran semua dah siap.
Just tinggal bahagian makanan je like coklat, buah, kek.
Oh plan asalnya aku dengan Akram nak bagi hantaran makanan je.
Sebab tunang je pon kan? Nikah kang nanti kite pulun la letak barang.
Tapi beselah bila deal dengan orang tua2 ni memang banyak komen.
Tak best la makanan je. Letak barang satu dua lah.
So nak taknak kene lah ikot. Padehal yang keluar duit kami jugak. Sobsss.


Well kalau korang nak kawen memang bersedia lah dengan campur tangan dari pelbagai pihak sehingga boleh mengakibatkan kecelaruan akal dan minda.
Yang penting sila lah buat mental preparation sebab aku pon kadang2 rasa stress gila.
Ini baru nak tunang. Kang kawen sok2 entah ape la gayanya.


Takpe Wana, U can do it!



okbai.


8 comments:

  1. aku alhamdulillah la dugaan tunang tu takde sangat setakat ni.. setakat gaduh benda bodoh2 je.. haha
    nasib baik weh wedding kteorg mmg kteorg dah warning awal2 org lain jangan masuk campur. kami buat sendiri semua! korang terima je. bahahaha
    btw tahniah! :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bakal jd tunangan org lak pasni.. dik, klu mjlis bulan 3, xdpt la akak nk dtg.. xlarat dh ms tu.. *mcm la akak dijemput kannn*.. hahaha.. apa pun, akak doakan yg terbaik utk awk berdua.. jgn gaduhhhhhh je tau.. nt cepat tua.. ehhhh..wakakaka

    ReplyDelete
  3. Wah! Tak lama lagi jadi tunangan orang dah Wana.. Tahniah! ^_^

    ReplyDelete
  4. wuhooooooo

    tahniah!

    nak ucap banyak kali. mihmih

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. tahniah.. akak ingatkan dah bertunang, merisik saja rupanya.. tak lama nanti menjadi tunangan orang pula..

    ReplyDelete
  6. amboii darah tgh manis la ni yer.. moga dipermudahkan urusan tunang & kawen pulak yer..

    ReplyDelete

What says U?