Loading...

Friday, January 28, 2011

Tepanyaki sedap.



  
  
menci taw kalau nak dekat2 wiken ni sebab mesti keluar lepas tuh mesti nak makan sedap2 lepastuh habes lah program diet ai nih.
huahuahua.
*menyampah.




tadi teman miss fara my classmate pergi Mid Valley nak settle kan celcom dia tapi before tuh rasa lapar gila babeng so decide nak pergi makan dulu.
tapi macam biasa kalau bab2 makan mesti tak taw nak makan kat mana padahal perut dah lapar gila mati nih.
lepas tuh tanya ko nak makan mana?aku tak taw.dia pon tak taw lepas tuh dua-dua blur tak taw nak makan ape.
kah kah kah.




so decide nak try makan tepanyaki sebab dua-dua pon tak pernah makan benda alah nih well kami kan orang kampung makan nasi goreng kampung jek hari-hari.
ngahahaha.




aku ingat memula tepanyaki ni ala-ala sushi gitu kan tapi upenya memang tak lah kan.
sebab aku memang tak makan sushi so taknak lah makan makanan yang macam tuh suma kan.
so aku order beef tepanyaki and fara order salmon tepanyaki.
nyum nyum..




gambar google jek.tak sempat amik gambar sebab dah lapar
>.<





sedap lah jugak makan nih.
nasi dia nampak macam sikit tapi senanya banyak.
aku makan separuh je pastuh kenyang gila tak habes.
XD







lain kali nak try yang lain pulak
>.<






have a nice holiday :)




c



With Love : Syazwana Jamal :)


nasib baik dia lecturer.apalah nasib T__T



  

pada suatu malam yang tak berapa nak tenang.










keesokan harinya.


2.00 pm.

' Dr, petang ni free pukul 5? '

send mesej to Dr. I

delivered.





2.41 pm.

mesej from Dr. I

' Xde esok..ada hal. '




aku : huh! aku tanya arini apesal jawab esok pulak?ringkas gila mesej.tak paham T___T
takpa tanya lagi.





4.10 pm.

 ' Today? at 5? '

send mesej to Dr. I

delivered.





4.44 pm.

mesej from Dr. I

' No..esok '






5.08 pm.

 ' So tomorrow what time? '

send mesej to Dr. I

delivered.




5.55 pm.

mesej from Dr. I

' Cek dalam 3.30pm '







tuh jek? grrrr..
beria nak jumpa aku bila aku mesej still busy jugak.
esok kalau aku pergi dia takde lagi kat ofis camne.
apalah naseb.
dah la mesej ringkas gila ala-ala budak2 sekarang aku tak paham.
T_____T






c





With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, January 27, 2011

Kenyang perut suka hati.



  
  
bila perut kenyang memang lah suka hati kan.
rasa perut menyanyi-nyanyi lagu gembira jek.
lagi2 kalau dapat makan banyak2 sedap2..
haha.



petang tadi tiba-tiba classmate aku ajak pergi makan malam sama-sama lepastuh bincang nak makan mana pastuh decide nak makan dekat pizza milano (tempat fevret kitorang).
keh keh keh.



so dalam pukul 8.30 bergerak lah kami 5 orang ke sana.
pergi piza milano yang dekat bangsar je.
dekat dan tak ramai orang.
ko bayangkan bangunan 2 tingkat tapi customer dalam 10 orang jek.
peh rasa macam boleh bawak set karaoke peegi sana layan barang satu dua lagu memang tak ramai orang gila.



mula-mula makan spagheti marinara dengan piza ape tah dah lupa sebab keje aku makan jek bab2 order2 ni serahkan pada diorang.
keh keh keh.




dah kenyang makan waffle pulak ambik large mix fruit waffle with ice cream topping sedap gila babas.
lepas tuh tak cukop kitorang tambah lagi banana split.
nyum2 memang sedap hingga menjilat sudu.
XD




kalau korang tak pernah makan dekat pizza milano aku suggest try waffle dia.
sedap woo.
kompem tak rugi.




bila dah kenyang mata pon mulalah berat.
zzzzzz.














p/s : saje je tamo amik gambar takmo bagi korang terliur.keh keh keh. XD





k



With Love : Syazwana Jamal :)


Detik cemas : Besday party bertukar tragedy berdarah.



   
  
aku baru je sampai rumah balik dari PPUM..
tragedy 27 January 2011.
gempak gila dowh.
XD











okey takmo cerita sekarang sebab dah ngantuk gila babas.
mau tido sebab esok ada kelas nasib baik kelas pukul 2 petang jadi boleh tido lama-lama.
zzzzzz..






z


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, January 26, 2011

DJ radio ni buat aku terasa pulak..haha



  


pagi tadi masa aku nak pergi kelas pukul 8.15 naik bus UM yang free tuh pakcik tuh bukak lah sinar fm.
aku layan je lah tiba tiba kuar satu topik.



'perempuan cepat marah marah walaupon hal kecik'



aku lupa exact topic tuh tapi ala ala baunya macam tuh lah.
hahaha.



okey fine aku kadang kadang memang suka marah jugak even kadang-kadang memang hal kecik je pon sebenarnya tapi still nak emosi emosi lebih lebih mintak perhatian.
kah kah kah.



contohnya kalau orang tuh tak reply mesej aku tak angkat call aku mulalah aku fikir macam2 kan lepastuh buat ayat sentap kan lepastuh hantar mesej banyak-banyak emosi-emosi padahal sebenarnya orang tuh tengah tido or dia ada tengah buat keje.
mengada kan.
eleh biar lah.
haha.



kadang-kadang kalau aku tengah mesej-mesej dengan dia lepastuh dia tertidur pon aku sentap jugak lepastuh merajuk taknak mesej dah lepas tuh.
lepas tuh suruh orang tuh pujuk mengada-ngada betol perempuan nih.
*lempang.



lepas tuh kalau nak pergi makan tapi dia asyik je tanya nak makan kat mana padahal before tuh dah discuss dah nak pergi mana lepastuh mulalah aku buat muncung panjang boley buat sangkut baju lepastuh cakap pon dah tade mud lepas tuh buat muka memang mintak lempang free jek.
naseb baek tak penah kene lempang lagi.
huahuahua.




okey aku memang suka je emosi-emosi tak tentu pasal hal-hal kecik nih.
tapi tuh aku ler.
orang lain aku tak taw.
aku kan drama queen.
sikit-sikit nak nangis..
ngahahaha..





lempang laju-laju.
ok bye.






c


With Love : Syazwana Jamal :)


susah kalau nak kerja tapi tak paham orang cakap.



  
  
oih panas betol hati arinih sebab ada mamat sorang ni macam-macam betollah perangai..
grrr..



tadi dalam pukul 2 aku pergi Bank Islam dekat dalam UM sebab konon2 nak register Bank Islam online so that senang aku nak transfer duit sewa ke duit hape hape ke kan.
aku tak taw yang nak register online tuh buat dekat ATM jek so dengan muka innocent aku dengan kawan aku sorang pergi kaunter tanya ada sorang mamat ni macam mana nak buat Bank Islam online.



pastuh mamat ni dok sibuk2 promote dekat kitorang transfer duit guna henpon jek tak payah pakai internet segala bagai.
lepas tuh aku kawan aku cakap lah nak buat yang online tuh semua macam mana tak nak pon yang guna henpon2 jadah ni kan.
mamat tuh pon suruh isi borang segala bagai and kitorang pon isi borang tuh suma and amik number giliran.
masa tuh tengah number 93 number aku 97 so tengok macam dekat je kan and hati pon senang.



tiba-tiba je macam ramai gila budak-budak sekolah masuk bank islam tuh sebab nak buat buku bank.
aku membebel dengan kawan aku sebab memang ramai gila pork lah sampai akak kaunter tuh pon dah tensen dengan budak-budak sekolah yang ramai tuh yang kalau cakap sekali paham takpe ni kene cakap banyak kali tak paham-paham bahasa jugak.
naseb baik emosi akak tuh terkawal lagi.



nak dijadikan cerita daripada 93 nak ke 97 tuh dah dekat sejam ko bayangkan memang macam batu kejung tunggu kat dalam bank islam tuh lepas tuh kalau dah sampai turn terus siap takpe tapi kene tunggu kejap sebab dia nak buat ape tah.
tunggu punya tunggu akak tuh suruh pasang satu cip dekat sim card henpon aku.
ok fine maybe sekali lah buat akaun online dengan guna henpon sekali kan.
tiba tiba akak tuh cakap.




"datang esok boleh tak?akak ajar macam mana nak guna henpon nih.ramai budak-budak nih.tak menang tangan nih."





ok fine tak kisah la sebab aku taknak pon guna henpon2 ni dah la kene caj kalau free boleh jugak.
aku pon tanya lah abes akaun online tuh macam mana.
akak tuh cakap buat dekat atm jek lepas tuh register dekat internet.
so takda kene mengena dengan apa yang kitorang tunggu selama sejam setengah tuh.
shittt...



aku rasa macam nak cari mamat tuh nak bagi penumbuk sedass.
naseb baik tak jumpa..
grrr grrrr..




ko keje sini dah berapa lama hal kecik pon tak paham ke?


b


With Love : Syazwana Jamal :)


1st GA Pearl by mOoN



  
hahaha.
tiba-tiba bukak blog pagi-pagi kene tag dengan En. Gaung.
jom tengok sikit GA nih.
:)






1st GA Pearl daripada Cik Moon.
before tuh kene jawab soalan sikit.


1. sebab kenapa anda join GA nih.

actually kene tag dengan En. Gaung.so fikir-fikir macam dah lama gila tak join ape-ape GA.so apelah kiranya menjoinkan diri dalam GA ni mana tahu kot2 ada luck ke walaupon senanya aku nih memang selalu tade luck.
(huh ape aku merepek ayat panjang-panjang nih.haha)

tapi takpe boley jugak berkenalan dengan Cik Moon kita yang manis nih..hik hik.





2. antara warna putih, peach dan hitam, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa..hanya 3 warna di atas tau..


i chose WHITE..
sebabnya kaler putih ni macam suci jek.sebab aku ni ganas sikit lepas tuh emosi tak tentu pasal.jadi kalau pakai baju putih ke tengok benda putih ke rasa macam sejuk sikit hati tuh..hehehe..lagipun warna putih ni cantik dan aku rasa kalau bukak almari baju aku tuh memang nampak kaler putih je banyak sebabnya kalau pergi shoping memang kaler putih jek yang menarik perhatian aku sampai aku suruh kawan aku halang aku daripada beli baju warna putih..keh keh keh.lastly sebab aku suka bunga-bunga yang kaler putih asa macam unik and nak beli banyak-banyak and nak tido atas katil dengan bunga-bungan putih tuh..hahaha..ok dah banyak merepek nih. :p



okey sekarang nak tag tiga orang.





sapa-sapa yang nak join mai klik link nih ramai-ramai.
heee



ok bye.




d

With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, January 25, 2011

pengalaman histeria?



  
tadi tiba-tiba terbeli paper cosmo.
padahal boleh je baca online.
mentang2 duit dah masuk.
oppsss..
xD



oh lagi satu seumur hidup aku tak pernah beli cosmo.
selalu aku beli harian metro.
tak lah selalu tapi kalau aku beli paper mesti amik metro.
tiba tiba arini beli cosmo.
pelik pelik




senanya aku  tertarik dengan tajuk nih.



Pelajar histeria jilat darah sendiri





tiba tiba teringat dulu time aku sekolah menengah.
tem tuh aku form 5 kot.
kejadian histeria yang memang aku tak boleh nak lupe seumur hidup aku.
peh ayat gila seyes kan.
kah kah kah.




masa tuh ramai gila budak sekolah aku kene histeria.
budak junior dorm aku kene sorang.
tem tuh aku jadi ketia dorm.
so tunjuk lah kewibawaan menjaga dia lebih sikit kan.
cewahhh.




tapi seyes weh.
masa tuh memang cuak gila pork wa cakap lu.
kejap kejap dengar budak ni jerit.
kejap kejap lagi dengar budak sana jerit lagi.
5 minit budak lain pulak jerit.





dah la sekolah aku tuh keliling semua hutan.
memang seram.
tapi sekarang bila aku datang balik bandar penawar dah maju woo..
dulu time aku sekolah taknak pulak maju.
coi betol.
xD






d









With Love : Syazwana Jamal :)


ehem ehem. wink.



 
boleh tak nak gelak dulu?
aku pon tataw ape motif.





emm emm.
ada orang cakap jpa dah masuk.
^^






tapi kesahihannya belom taw lagi.
sebab petang ni lepas kelas baru nak pergi check.







selama ni tidur mimpi duit jek.
tapi kenyataannya haram.
hak hak hak.



seyes neves gila sekarang.
wth nak neves2 aku ni kan.
presentation tamo neves2 plak.
lempang sedass kang.
xD




oh duit silalah masuk.
ku di sini menunggumu selalu.














eh apesal aku post mende nih.
kalau betol jpa dah masuk mampus aku.
mesti hp aku terus bunyik tak benti orang mintak aku belanje.




demn.
ok bye.





d



With Love : Syazwana Jamal :)


Bila hidung bertukar jadi paip..



  
  
semalam bangun-bangun pagi je tiba-tiba hidung aku dah bertukar jadi paip air.
peh gila seksa aku cakap ko.
aku memang paling benci kalau kene selsema.
tapi nak buat camne.
selsema ni macam penyakit melekat kat aku.
kah kah kah.


so semalam aku pergi kelas bawak towel kecik macam budak2 sekolah rendah.
sekali lecturer aku pon selsema lah pulak.
kejap2 pergi toilet.
nanti p toilet lagi.
xD


lepas kelas aku ade discussion group pukul 2.
tapi aku tak larat sangat aku mesej kawan aku pastuh aku terus balik.
sebab bila selsema kita akan rasa ngantok yang amat gila pork.
xD


balik rehat2 kejap.
petang tuh aku pergi beli makanan pastuh dinner terus sebab aku tak lunch pastuh tengok tv jap citer tiramisu pastuh ngantuk gila ayam.
dalam kol 8 terus masuk tido.
ingat nak bangun balik tapi haram.


actually pukul 12 something aku terbangun tapi kepala berat gila mati so aku sambung tido.
bangun2 je dah pagi.
naseb kelas petang.
tapi penangan tido lama tuh bukan selsema aku baik tambah lagi sakit kepala.
nice kan.
grrrr...




bad flu. :(






x

With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, January 24, 2011

Demam pon comel.









ish budak2 dua orang ni.
demam pon nak sama-sama eh.
memang sehati sejiwa kan.
^__^



korang rindu aa eh.
ke kakak demam sekolah.
ayik pulak demam sebab nak dapat adik baru.
;p




pape pon get well soon my dearest honey sugar pie.
nanti aa datang perlis okey.
aa pon rindu korang sangat sangat.
:')









p/s : aa tuh panggilan anak2 buah aku kat aku.comel kan.hik hik.





s

With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, January 19, 2011

Sekolah bertingkat-tingkat tapi bodoh berlapis-lapis



  
semalam sangat best sebab berjaya siapkan formwork untuk thesis aku.
yeay untuk diri sendiri
^__^


semalam dengan bantuan tecnician fakulti aku aku buat formwork dari pukul 10am sampai 12pm.
lepas tuh rasa penat gila + lapar gila sebab dari pagi satu hape pon tak makan lepas tuh terus buat keje berat.
macam nak pengsan.
xD


so aku pon pergi lah makan dekat fakulti.
sampai atas tengok2 tempat semua penuh.
memang dah time lunch kot.
memang patot2 pon penuh.


tapi aku perasan ada satu meja tuh tade orang tapi ada beg.
ada 4 beg.
so aku fikir orang ni cop meja dulu and dia pergi beli makanan kot.
dekat sebelah meja yang ada beg tuh ada 4 orang perempuan tengah makan.
so malas nak pikir aku pon pergi lah beli makanan dulu.



lepas bayar aku tengok ada satu tempat kosong.
aku cepat2 pergi duduk sebelom orang lain duduk.
lapar beb.
tak bagi can orang lain dah.
sebelah2 aku semua ada orang lain duduk.
xD


aku duduk depan meja yang ada beg tadi tuh.
tapi aku pelik kenape orang ni beli makanan lambat sangat.
aku yang lambat pon dah siap.
tapi aku wat bodo je lah kan.
aku pon makan dengan lahap sopan
^^

time aku makan tuh tiba-tiba makin ramai pulak orang yang datang.
meja semua penuh.
dorang berdiri tunggu orang abes makan.


meja 1 ada 4 orang student perempuan duduk.
meja 2 ada 4 beg. (aku lukis 2 malas hehe)





tiba-tiba.











4 orang student perempuan yang tengah makan kat meja 1 tuh siap makan.
dengan selamba dorang amik beg2 yang ada dekat meja 2 tuh and bla.
aku tergamam kejap.


hello.
ramai orang kot.
ko boleh buat tak kisah.
agak ko tade perasaan hape.


ko ingat beg ko gojes sangat nak bagi satu meja untuk beg ko jek.
walaweh.
kalau orang tak ramai takpe jugak.
orang ramai.
semua lapar.
semua nak makan.
gila sellfish ko.


peh belajar tinggi2 masuk U.
bende simple pon tak boleh nak fikir.
=.="







a


With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, January 17, 2011

Benci diri sendiri.



  
  
okey aku masih dalam mud panas.
menci taw camni.
tak suka nak marah2.
grrr.


aku rasa aku ni kan ganas + keras kepala + degil + semua2 lah yang tak best.
tapi ada satu benda yang baik tentang aku.
(perahsan jap)
tapi aku tak suke.
























aku ni cepat sangat maafkan orang.
tak kira lah orang tuh buat tahik macam mana pon kat aku.
asalkan dia say sory kat aku then aku maafkan.
agaknya sebab tuh orang selalu buli aku kot.
sob sob.


memang lah baik maafkan orang kan.
tapi kadang2 aku geram dengan diri sendiri.
orang buat jahat dengan aku.
aku maafkan.
lepastuh kalau orang tuh sakitkan hati aku lagi.
aku maafkan lagi.
senang sangat.
grrrr.









kadang-kadang rasa taknak maafkan orang.
tapi lepas tuh rasa bersalah.
rasa aku jahat gila.
:(





aku pon tak paham aku.
sensitif tapi lembut hati tapi suka marah2 tapi ngade2.
grrrrr.





:'(





a


With Love : Syazwana Jamal :)


Sunday, January 16, 2011

Majlis Pentauliahan DiRaja UPNM..Part II



  

okey ni adalah sambungan kisah semalam yang tak sempat di sambung kerana badan terlalu exhausted..
xD


so pagi2 sabtu tuh dalam 6.30am lebih aku dah bangun.
actually aku yang paling lambat bangun..
kekeke.


so siap2 semua geraklah kami 4 perempuan cantik pergi terjah rumah budak lelaki yang nak ikot.
tiba-tiba dorang tak siap lagi.
mengalahkan perempuan betol dorang nih.
so tunggu berejam jap pastuh terus shoot pergi UPNM.


actually kawan sekolah satu batch dengan aku dapat tauliah.
mase dia konvo dulu aku tak datang.
so dia tauliah aku tunjuk muka sikit.
nanti aku konvo ko wajib datang Yus.
huahuahua.


eh Yusri pernah masuk paper taw.
jangan memain.
pelajar cemerlang nih.


Seramai empat graduan dipilih untuk mendapat anugerah khas iaitu Mohd. Khalis Zainudin (Pingat Emas Canselor), Mohd. Yusri Mohd. Yunos (Pingat Emas Naib Canselor), Norkhairunisa Kamarul Amran (Pingat Khas Senat) dan Nuraini Zulkifli (Pingat Khas Sapura).

nak baca banyak pergi sini.


pernah masuk berita harian jugak.


Penerima Anugerah Emas Naib Canselor, Muhammad Yusri Mohd Yunos, berkata anugerah itu adalah hadiah kepada keluarganya. 

sumber : sini


so sampai UPNM dekat pukul 8 kot.
pastuh kene tunggu bus untuk bawak kitaorang semua pergi dekat stadium tempat semua orang berkumpul.
besar gila kot UPNM.
kalau kene jalan kaki kompem aku dah pengsan pagi2 tuh jugak.
dah la tak bekpes lagi.
>.<


tunggu bus UPNM.


dalam kol 8 gitu bus datang pastuh angkut kitaorang pergi stadium tuh.
ramai jugaklah orang yang datang.
most of them pakai baju kurung.
tapi kitaorang?
layan~
hahaha


bus berenti jauh gila pork sikit dari stadium.
so kene jalan sikit lah.
yang tak bestnya dorang suruh lalu belakang sebab nanti VVIP nak lalu.
masalahnya takde langsung jalan nak ke stadium.
ada longkang besar pulak tuh. dah la tem tuh majlis dah nak mula.
bengang gak lah kitaorang.
nak tak nak kene seberang longkang tuh jugak.
dah la aku nih gayat.
grrrr.


gila bahaya kan.


yang pelik tade sorang pon budak UPNM yang tolong kitaorang.
dorang men tengok jek.
berapi jek aku.


bila aku dah seberang tak lama lepas tuh ada sorang mamat UPNM nih datang tempat tuh.
dia suruh cepat sikit.
pastuh boleh pulak dia cakap bahaya lalu sini.
dia suruh lalu depan.
wadefakk.
orang depan tadi tak bagi lalu depan.
grrrrr..
=.="


bila sampai stadium tengok2 seat semua dah penuh.
sedih jap.
tapi kesedihan terubat bila ada sorang akak tuh suruh kitaorang duduk seat vip.
keh keh keh.
tak sia-sia aku datang lambat.
>.<


duduk dengan para pegawai tentera tuh. >.<


perbarisan pentauliahan diraja :)



tinggi dorang sekata jek.kagum aku :)



agong tengah check barisan.



comel je agong ni aku tengok >.<



bagi hormat.



putih je semua.suke suke


aku dok cari2 si yusri nih peh juling mata aku.


si yusri tuh dah la kecik.
pastuh tinggi semua sama jek.
tengok dari jauh muka pon dah nak lebih kurang jek.
memang tak nampak ler.


ni anugerah untuk pelajar terbaik.



ada 4 orang pelajar terbaik.
sorang wakil tentera udara, sorang tentera darat, sorang tentera laut and lagi sorang pelajar terbaik keseluruhan.
pelajar terbaik keseluruhan tuh yang duduk paling depan barisan dok  bagi2 command.
gila kuat suara.
>.<


dalam 9.30 lebih kot majlis selesai.
tapi majlis kawad je lah.
majlis lain tak abes lagi.


lepas dorang abes kawad2 nih tak dapat gak jumpa si yusri nih.
sebab dia kene gerak pergi dewan ape tah namenye tuh untuk dapat scroll tauliah.
jadinya kitaorang pon posing2 dulu.
xD


dalam pukul 10a.m kitaorang decide nak pergi makan dulu.
lapas weh dari pagi tak makan.
nak pergi makan kene tunggu bus jugak sebab memang jauh weh nak pergi jalan kaki.
tapi kalau ko bercita-cita nak masuk UPNM silakan.
xD


tengah-tengah nak tunggu bus ni boleh pulak tiba-tiba ada orang jerit nama aku.
hot jugak aku ni.
tempat ceni pon ada orang kenal.
kah kah kah.


nak taw aku jumpa sapa?
kene tunggu sambungan sebab aku dah penat + aku tak lunch lagi.
plus tadi ajak call aku ajak pergi besday pasty anak kawan dia.
makan free u.
auwww.


okeh nak siap-siap cantik-cantik cun cun pergi beday party.
tunggu aku update okeh.
bye korang.
have a nice wiken






d





With Love : Syazwana Jamal :)


Saturday, January 15, 2011

Majlis Pentauliahan DiRaja UPNM..Part I



  
aku baru sampai rumah dari UPNM..
sangat sangat sangat penat + mengantuk.
sebab tido sejam je..
bayangkan mana  tak penat..
:D


semalam tiba-tiba Ajak ajak aku teman dia pergi Sungai Buluh hantar report.
so aku pon okeylah sebab malas nak buat keje.
lepastuh tiba-tiba nak lepak Shah Alam.
kalau dah nama Shah Alam tuh memang ramai gila pork budak sekolah aku.
jadinya haruslah berkumpul dan bergosip hangat dan rasa tamo balik.
xD


lepas tuh tiba-tiba malam tuh plan pulak nak pergi downtown Cheras.
jadi kesana lah kami.
pergi dua kereta.
tiba-tiba sesat kan.
=.=''


lepas tuh tiba-tiba kawan aku cakap hari ni ada one of my schoolmate ada majlis pentauliahan.
jadi bincang-bincang nak pergi ke taknak.
pada hal time tuh dah pukul 3 am lebih.
kalau nak pergi UPNM pukul 7 dah kene gerak.
mana nak tido lagi.
=.=''


dah la kawan aku suruh tido rumah dia dekat Shah Alam.
aku tak bawak baju spare.
siap suruh beli kat downtown
terus aku sentap.
mana taknya JPA jadah tak masuk lagi.
xD


last-last pergi jugak.
balik downtown dah dekat pukul 5am.
tak singgah umah aku amik baju terus tido Shah Alam.
bangun2 dah pukul 6.30am.
terus siap-siap mandi semua and gerak lah kami ke UPNM.
masing-masing kalut sebab kawan aku cakap 7.50 pintu tutup sebab Agong nak lalu.
so bawak laju-laju sebab nak parking dalam UPNM.


okey aku dah ngantuk gila.
esok aku update pengalaman aku kat sana pulak.
banyak gila aku nak komen.
>.<




nite.



z


With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, January 14, 2011

apa kene mengena presentation aku dengan bibir aku macam anjelina jolie.




  
alhamdulillah dah abes present thesis petang semalam.
walaupon aku rasa macam tak berapa best tapi ada lah jugak puji-pujian yang aku dapat.
>.<


tapi paling aku rasa geram gila bila assessor aku cakap gini.

'kalau saya jadi awak saya tak tunggu department.saya terus pergi kedai beli plywood sendiri'

'ayah saya bukan cop duit nak belikan plywood harga beratus-ratus' (aku cakap dalam hati)

'lagi satu saya sanggup pinjam duit kawan dulu asalkan barang2 saya ada'

'jpa ngan ptptpu pon tak masuk lagi.nak pinjam celah mana' (masih monolog)

'awak patot tanye supervisor awak cara lain kalau wire2 yang awak order tuh tak sampai.awak patot guna benda lain'

'saya wat appointment dengan supervisor bape kali dah dia cancel.saya kol belom tentu dia jawab.mesej apetah lagi' (hati aku cakap)




tapi takpe.
at lease lega sikit dah habes present.
barang2 aku pon dah sampai petang semalam.
:)


senanya malam semalam masa aku siapkan slide presentation aku tiba-tiba bibir aku bengkak.
selalunya kalau bengkak esoknya mesti ulser nak tumbuh.






tapi hari ni tak keluar pulak itu ulser.
ramai pulak yang tegur.
nasib baik dah tak bengkak sangat.
=.=


tapi feeling-feeling ala-ala anjelina jolie gitu.
kahkahkah.



padahal bibir senget.
bengkak sebelah jek.
justin bibir betol.
xD




c

With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal