Wednesday, November 13, 2013

Resepi: Nasi Tomato Paling Senang.




Aku tak sangka nasi tomato ni senang gila bahabss nak buat.
Ingat kan susah sangat.
Sebab aku ni jenis pemalas and nak semua simple je haruslah pilih resepi yang paling simple kan.
Kalau resepi complicated sangat ni boleh buat orang malas nak memasak.


Bahan-bahan (4-5 orang makan)

1. 4 cawan beras (bersihkan)
2. Butter sikit je dalam dua sudu besar. Ada orang guna minyak sapi. Sebab aku takde aku guna butter.
3. Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
4. Bawang besar sebiji, bawang merah tiga biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (kisarkan)
5. Tomato puri (aku guna 3/4 tin kecik)
6. Susu sejat (depends nak guna boleh tanak guna pon boleh)
7. Air (nisbah beras dengan air 1:1.5)
6. Buah tomato (sebijik. Potong dadu. option gak. nak guna boleh tanak guna pon boleh)

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Tumis kan rempah tumis. Masuk bahan kisar, tumis sampai naik bau.

2. Kecikkan api, tuang tomato puri dengan buah tomato. Aku suka menambah-nambah buah tomato ni. Kalau nak guna salah satu okey je. Kacau lagi bagi mesraaaaaaaa (macam tagline Bob AF). Biarkan mendidih kejap then masukkan beras. Kacau rata dalam 2 minit cenggitu.

3. Kalau guna susu sejat, masukkan 1 cawan susu sejat pastu masuk air biasa 5 cawan. Kalau tak guna susu sejat masukkan air biasa 6 cawan. Tapi depends jugak beras yang korang guna. Ada beras kene pakai air lebih. Ada beras tak payah. Pepandai la.

4. Season dengan garam. Kawal api and biar beras sampai masak.

5. Kalau guna rice cooker, lepas masukkan beras tu pindahkan dalam rice cooker, masuk air, tutup and biar sampai masak.

Kalau nak dapat hasil nasi yang merah tak payah guna susu cair.
Kalau nak dapat kaler yang pudar2 sikit macam aku tu boleh la guna susu cayak.
Depends.

Angkat nasi, tabur dengan bawang goreng bagi wangi. Walla!



Ayam masak merah paling senang nak mampsss.


Bahan:bahan:

1. Ayam setengah ekor.
2. Lada kering (kisar)
3. Bawang besar sebijik, bawang merah 4 bijik, bawang putih 2 bijik (kisar)
4. Carrot (option)
5. Rempah tumis
6. Serai sebatang (titik)
7. Air asam jawa dalam tiga sudu besar


Cara-cara:

1. Macam biasa ayam goreng dulu. Jangan garing2 sangat nanti tak best. Hahah!

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis. Masukkan bawang kisar dengan serai. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan lada kisar. Kacau sampai pecah minyak + betul2 sampai lada masak + nanti orang tak sakit perot.

4. Masukkan carrot sebab aku suka gila masak pape campur dengan carrot.

5. Masukkan ayam. Gaulkan. Masukkan air asam jawa. Gaul lagik.

6. Kalau nak bagi cantik boleh masuk bawang besar potong bulat. Kalau taknak takpe. Boleh angkat terus.


Note : Kalau nak dapatkan kaler sambal yang cantik lada tu kisar asing dengan bawang ok.

Note lagi : Selalu orang buat sayur acar tu jugak tapi sebab aku tak gemar jadi aku tak buat. Goreng papadom tu je. Sedap jugak.

Dah siap semua apa lagi. Ngappp la. Jangan lupa baca bismillah.

okbai.







17 comments:

  1. Ewah! Wana dah makin hebak dalam bab masak memasak nih.. Mieza pun tak pernah cuba lagi buat nasik tomato ni.. Dah ada rezeki simple ni haruslah cuba... hehe.. Thanks Wana atas perkongsian resepi ni! Nyummeh! Terus rasa lapar.. Gi makan nasik jap ah.. Haha!
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wah..nphebatla wana..buat nasik tomato ni..sya pun x pndai nk masak nasik ni lg..x pnh try pun lg ni..nnti bleh la cba2 wat gna resipi wana ni..tq2 kongsi resipi ya wana.. :D

    ReplyDelete
  3. wow... mudah jugak kan.. nmpk sedap tu ... nak try jugaklah nanti..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan salam perkenalan..

    godek2 resepi nasik tomato jumpa blog sis..

    nak try!nak try!hihi..izin share resepi ye

    htpp://www.mommiesjourney.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Nielah resipi nasik tomato yang paling senang saya jumpa... Selalu mcm2 nak kena bubuh.. Nak try resipi nie lah...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana saya dah guna pun resepi tadi. Senang & sedap.

    ReplyDelete
  7. Thank you share ur recipe here. Hari ni I masak guna ur recipe & turned out well. Hubby luv it.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana saya dah guna pun resepi tadi. Senang & sedap.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas resepi ini....

    ReplyDelete
  10. Sis..2017..sy terjumpa blog sis..tq share..ni 1st time buat..xtau la menjadi ker x sbb sy xguna puree tomato tin..sy kisar sndiri tomato...hrp2 menjadila...tq for resepi yer

    ReplyDelete
  11. Sedapnya..kejap lagi nk buat...salam singgah juga ye..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. nyum nyum. terliur pulak tengok ni.... tak sabar tunggu hujung minggu memasak

    ReplyDelete
  13. seyes nampak sedap.. time kasih sudi share resepinya ...nyumm

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..hai..sis guna beras biasa atau basmathi?

    ReplyDelete

What says U?