Kalau korang ada masalah macam aku, passport dah la expired, HILANG pulak tu. Hehehe. Jangan membuang masa pergi UTC sebab dorang takkan terima kes kau. UTC untuk yang nak buat permohonan baru dan untuk renew passport dengan syarat passport lama ada bawak.
Kalau nak renew tapi passport tarak nak tanak korang kene jugak pergi pejabat imigresen.
So ada satu malam tu aku try la pergi UTC jb sebab tak tau kan.
Dah la pukul 7-8 malam utc akan rehat. So aku gilir2 la solat dengan Akram sambil beratur.
Dah pukul 8 malam camtu baru kaunter bukak. Masa dah jalan2 ke depan tu baru lah perasan ada notis tampal bagitau kalau passport hilang walaupon dah expired kene jugak pergi imigresen. Tak boleh buat kat UTC. Hishhh bazir masa aku je. Haha! Tu lah dari awal tanak tanya kan padan muka.
So Rabu lepas aku pergi la Pejabat Imigresen kat Setia Tropika sana.
Tanya2 member kat pesbuk, kaunter tutup tak masa lunch hour. Member aku cakap tak tutup selalunya. So aku sampai dalam 12.40 tengah hari camtu. lepas amik nombor terus naik tingkat tiga untuk urusan passport.
Nombor aku akan bawak aku ke unit kehilangan dan kerosakan. Masa tu nombor semasa 3025. Nombor aku 3028. Kalau la kaunter bukak lagi time tu memang sap sap soi cepat je passport aku siap.
Tapi 12.40 tengah hari staff dah hilang. Terpaksa lah aku tunggu sampai pukul 2 petang.
Tapi kalau kaunter biasa untuk hal lain2 bukak je masa lunch hour. Kaunter kehilangan & kerosakan dengan kaunter permohonan sabah sarawak je yang berehat. Maybe sebab tak banyak kes kot.
So pukul 2 lebih tu nama aku pon kene panggil. Sekejap je. Tanya2 sikit. scan2 ibu jari sikit. Amik gambar pastu dah. Kene tunggu pulak nombor kene panggil untuk bayaran.
Tapi aku tak pasti lah passport 2 tahun wujud lagi ke tak sebab masa aku bayar tu dia tak tanya pon nak renew berapa lama. Dia terus mintak RM200 (5 tahun). Sebab aku memang nak buat untuk 5 tahun so aku bayar je lah tak banyak tanya.
Lepas bayar kau akan dapat resit untuk dihantar ke bahagian collection.
Dia tulis kat resit tu passport siap dalam masa sejam dari waktu bayaran.
Tapi aku bayar 2.20pm, 2.45pm passport aku dah siap. Heheh!
Kejap je kan. Dok menunggu kauter bukak je yang lambat. Kalau aku datang pagi sejam dah siap.
Tapi tak kisah la. Yang penting sekarang dah ada passport yeayyy.
Owh masa collect passport tu dia mintak lagi Rm5. Ingat kan untuk apa. Rupanya dia dah siap2 bagi casing passport sekali. Orang tak mintak pon. Ciss Paksaan. Ekekeke.
Oh lupa nak cakap nak renew ni bawak ic je. Potostat ic tak payah bawak. Gambar pon tak payah bawak. Nanti amik kat sana je okey.
So tak sampai sebulan lagi nak pergi travel. Poyo2 nak celebrate anniversary kat oversea. Ekekekeke.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Aamiin.
Update : Kalau passport dah hilang dan expired tak payah buat report polis pon takpe. Boleh je renew yang baru. Tapi kene pegi kaunter khas la. Dont worry senang je.
untuk 2 tahun dah dimansuhkan kak. Kalau dulu untuk 5 tahun RM300 sekarang dah murah. Diskaun RM100.
ReplyDelete@Wahyunie Wahip
ReplyDeleteowh yeke. baru tau. hahaha
Terima kasih perkongsian puan...sya suda anda yg lain bila lagi haha
Deletewah jauh smbut ea.. bertiga lak tu..tahniah =)
ReplyDeleteDia ada mintak surat laporan polis tak?
ReplyDeleteTakde. Tapi kalau passport belom mati dan hilang kene report la.
DeleteOh ye ke info yg berguna...terbaik..taklah aku buat laporan polis ganti rugi semua..
DeleteDia ada mintak surat laporan polis tak?
ReplyDeletesalam... nak tanya laa kalau dh expired hilang passport kena pg buat report polis dulu ke? kena bawak surat beranak ke?
ReplyDelete@Unknown
ReplyDeletetak payah
Terus siap ke bro?
ReplyDeleteBoleh buat kat mana mana imigresen ke?
ReplyDeleteSalam ..nk tanya.. klu lupa tarikh expired pasport ..klu xwat laporan polis ..boleh ke
ReplyDeleteSalam..klu lupa tarikh expired.. dan xwat laporan polis.. boleh ke
ReplyDeleteSalam, mohon bertanya,
ReplyDeletejika kes expired dan hilang ni.. nanti dalam passport yg baru tu akan ada apa2 status yg mnyebut tntang passport pernah hilang tak?
baru ke imigresen. ya akan dinyatakan dalam no rujukan mengatakan pernah hilang sebelum ni. walaupun kena rompak pun akan dikategorikan sebagai hilang dan sekiranya hilang kali kedua akan digantung selama 2 tahun x boleh renew pasport. sekian
DeleteNAK TANYA SIKIT..KALAU PASPORT EXPIRED AND HILANG NIE AMBIL MASA BERAPA LAMA UNTUK DISIAP KAN..BOLE DAPAT TERUS KAH??
ReplyDelete@Anonymous dapat terus
ReplyDeleteUmur 18 keatas boleh ambik sendiri kan tak perlu ibu bapa?
DeleteAssalamualaikum.. Dokument apa ye yang kena bawak kalau hilang n expired..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Dokument apa ye yang kena bawak kalau hilang n expired..
ReplyDeleteSalam . Nak tnye , kalu umur 14/15 tahun boleh ke memohon tanpa ibu/bapa atau penjaga
ReplyDeletekena buat laporan polis x?
ReplyDeleteAssalam.. boleh saya tahu jika passport hilang tapi masih baru lagi, sebelum ni dah ada 3 passport ditukar sebab expired.. tapi kali ni hilang sebab salah letak, boleh tak kalau terus buat atau mungkin ada pegawai imigresen yg sudi membantu saya daripada menghabiskan terlalu banyak masa untuk buat laporan , soal siasat, turun naik berkali-kali kerana masa lapang saya yang sangat terhad. atau ada agen yang boleh menguruskan.. setidak-tidaknya saya perlu ke pej imigresen satu kali shj bg proses cap jari dan lain-lain.. ni la susah kalau dah hilang, kalau banyak masa tak apa.. kalau ada minta contact saya di jimbo.shann@yahoo.com terima kasih
ReplyDeleteMalas membaca korg ni..tanya soalan yg dh sedia ada jawapan.
ReplyDeletebende simple je..kalau hilang dan passort xpired terus pi imigresen je utk renew.
ReplyDeletekalau hilang n blm xpired, buat report polis n pi imig bawakla salinan report tu utk renew.
Brape denda kalau nak buat balik passport hilang? Polis report dah buat.
DeleteAssalam nak pencerahan sikit..Kalau hilang tak xpired..ic sabah boleh terus siap ke? Hari tu juga
DeleteSalam...alahai sib baik aku t'serempak dgn blog kau ni. klu x buat penat g balai & ktc je. pasport ku pun sama gak expired & dah lama hilang. igt dah xnak g ovrsea. tp family holiday ni jauh plak depa nak g. so jenuh mikir igt kn buat report bagai cam klu ic hilang. thanx...
ReplyDeleteSo mcm mana urusan nya??sbb sy pon sama mcm awak.dah lama expired and dah lama hilang..bila ada plan nak travel nie baru gelabah mencari..help me please...risau pulak..takut kena p buat report..
Deletenak tanya kne bawa surat beranak x
ReplyDeletekne bawa surat beranak x
ReplyDeleteSelamat petang. Nak tanya sikit. Saya berada di Australia.passport saya dah expire 5 bulan. Kalau saya nak renew di embassy boleg tak. Saya dengar saya mungkin di arah pulang malaysia dan tidak dibenarkan keluar Malaysia selama 5 tahun. Betul tak? Kalau embassy renew passport saya brp lama akan berlaku passport tu ?
ReplyDeleteNasib baik terbaca blog ni...kalau tak buta je pergi UTU. Terima kasih
ReplyDeleteKalau sy nak renew awai boleh tak??? Passport setahun lagi nak mati ... Boleh renew baru .. ke 5tahun tak?
ReplyDeleteSaya buat pasport yg baru sbb yang lama dah mati lama dan tak hilang. Tp saya buat yg baru bukan renew, so kirenye tak bawa pasport lama dan saya ingin buat visa, adakah ini akan menjejaskan prosesnye?
ReplyDeleteterima kasih sbb share...sharing is caring......
ReplyDeleteSalam, nak tanya. Kalau passport dah expired dan hilang, passport number kita yg lama tu akan kekal sama atau ditukarkan kepada number yang baru once kita renew passport?
ReplyDeleteAwak, it is okay sebab tadi saya dah buat yang baru. Nombor sekarang dah bertukar daripada A33 kepada A40 (yang baru). Thanks. For those orang Tganu macam saya, semua urusan passport antarabangsa di Kuala Tganu dah berpindah dekat UTC Tganu 😊
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak tanya untuk sbah srawak pon lau hilang n exp dah lau buat dpt terus tak..atau kne tggu bpe ari.
ReplyDeleteThanks for sharing..lega rasa hati dah tau flow utk buat pasport baru bg gantikn pasport lama yg dah berkurun expired & tak dijumpai..����
ReplyDeleteSo awak ada buat report polis tak?kes saya sama mcm awak
DeleteKalau pasport masih hidup tp hilang mcm mana tu yer..kena buat repot polis ke tak
ReplyDeleteBaca thread kat atas nun... Duk tanya soklan yg dah ada jwpan.membaca amalan mulia
DeleteKt UTC takda perkhidmatan UTK renew paspot yg hilang.cuma blh buat paspot baru & xpired paspot only.senang bnyk sape yg kje kt UTC.utk paspot yg ilang kna pg bt di pjbt imigresen.persoalan imigresen di UTC & pjbt kt tmpt Len 2 entiti yg berbeza ke?owner paspot bkn suka2 nk paspot dia ilang.ku syorkan imigresen Trojan je pjbtnya di UTC.
ReplyDeleteKena denda tak kehilangan pasport expired tu? Berapa kebarangkalian?
ReplyDeleteIf renew passports yg x xpired tp basah, kene baya jugak ke. Thanxx
ReplyDeleteBaca thread kat atas nun... Duk tanya soklan yg dah ada jwpan.membaca amalan mulia
ReplyDeleteyeke lau passport dh expired tpi hilang..boleh buat baru lega risau nak buat baru kne pulak denda...tq info
ReplyDeletetak faham2....bebal ke apa yg tanya expired hilang bagai...dah expired tak kira la hilang ka ko makan pastu jadi tahi ke....as long expired ko kena buat baru takdenya imigresen tu nak mintak passport expired ko tue...tak ingin nyer dia...cer ko hulur roti expired kat imigresen tu...nak tak dia....bebal kadang tu biar bertempat
ReplyDeletesya punya passport sudah expired 3 tahun..berapa bayaran denda untuk lambat renew passport 3 tahun?
ReplyDeletesya punya passport sudah expired 3-4 tahun..klu mau renew passport bayaran masih 200 ringgit ka?
ReplyDeleteTakde denda. Bayar je 200
Deletenasib baik jumpa blog ni..lega sikit hati. thanx for the infoooooo!! yang komen tanya soalan sama tp dah banyak kali org jawab tu, rajin2 lah membaca. jangan nak kena suap je. baca dulu k. baii
ReplyDeleteNak tanya.. Betulke renew passport perlu sekurang2nya 3 bulan sblm nak ke luar negara? Saya x perasan passport dah expired februari lepas... Tahun depan plak bulan 2 nak keluar negara... Macam mana yek? Terima kasih... 😉
ReplyDelete6 bulan before fly
DeleteAssalammualaikum. Maaf bertanya sekadar ingin pencerahan. Kalau pasport hilang, kan kena denda RM200. Adakah saya hanya perlu bayar denda RM200 sahaja atau + RM200 untuk pemprosesan pasport yang baharu? Maksud saya total yang saya perlu kena bayar? Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete