Loading...

Friday, December 14, 2012

Perangai2 Lelaki yang menyakitkan hati Wanita.







Korang mesti dah berzaman tengok Cerita Istanbul Aku Datang kan.
Baiklah aku baru je tengok hari tu.
Tapi tengok kat henpon je lah. Actually memang ramai yang komen cerita ni best masa awal2 keluar dulu.
So ingat nak tengok kat wayang tapi aku kan bukan kaki wayang.
Zaman2 masa kat University dulu boleh la every week maraton tengok 3 wayang sekali.
Asal boring ke pergi Mid Valley tengok wayang. Mentang lah dekat kan.
Aku pernah dengan classmate aku. Pukul 10am kitorang dah terpacak kat Mid Valley.
Time tu kelas batal. So bosan member aku ajak tengok wayang.
Dengan baju kurungnya. Sebat ! Haha !


Bila dah dewasa (ewahhh) ni kureng sikit.
Kadang2 aku cakap dengan Akram Eh macam dah lama la tak tengok wayang. Jom kite tengok wayang.
Okey baru lah pergi.


Aku suka cerita Istanbul ni.
Walaupon jalan cerita dia ringkas gila. Like Pergi istanbul-Ada masalah-Pakwe curang-Pujuk2-Kawen je tapi cerita macam  ni lah yang aku suke.
Daripada cerita Bunohan yang keluar wayang sakit kepala sebab tak paham.
Ataupon cerita Tipikal Farid Kamil yang sikit2 nak bantai orang tu.
erghhhhhhhhhhh sakit kepala aku. Huhu.


Aku suke cerita yang santai. Kalau cerita tu happy je takde klimaks yang sedih2 pon takpe.
Sebab aku tak suka nak emosi2 ni. Tapi ape lah makne cerita kalau takde klimaks kan.
Cerita katun pon ada sedih2.
Aku suka cerita yang santai. Gila boring kan hidup aku.
HAHA ! Wateva.


Lagi satu sebab ade Beto. Oemji gila sweet la Beto.
Semua drama or filem yang dia berlakon semua best !
Tapi bila aku cerita kat Akram dia tak kenal Beto.
Tak boleh dimaafkan ! Hihi





Kan?
Eh ke Akram je yang macam tu. Dia tu Artis Utube je nak kenal.
Artis femes tak kenal pulak.
Sibuk sangat bukak utube dengar lagu Ainan Tasneem la ape lah.
Grrrrr.


Dua kali okey aku tengok cerita ni.
Dan dua2 kali jugak lah merembes-rembes air mata wanita aku ni.
Lagi2 masa part yang bergaduh kat rumah Tomok tu.
Pastu masa Lisa nanges kat rumah Beto.
Pehhh seyes sedih.
Dah macam cerita Kabhi Kusi Kabhi Gam pulak. sepuluh kali aku tengok sepuluh kali jugek lah aku nanges. haha !


Ok Habes.
Sebenarnya aku geram dengan Akram ni.
Mentang2 la aku ni jujur amanah tabligh fatonah. Dia suke lah kenekan aku.
Lagi2 pasal kereta2 ni. Yang memang aku tak suke nak amik port langsung.


HAri tu fius kereta aku rosak. Fius yang selalu tempat kite cas henpon dalam kereta tu.
So Akram tanya bila nak betulkan.
Aku tanya kalau betulkan berapa. Dia cakap dia dah call orang perodua. Orang tu cakap dalam RM80.
Okey mahalnya. So aku cakap nanti lah bulan depan.
Pastu dia gelak2.


Pastu dia call orang perodua cakap nak datang betulkan fius.
Aku dah pelik la sebab aku cakap tanak buat dulu.
Sekali Akram gelak2 pastu cakap "Mane ade. Lime ringgit je"
HAHAHA ! Kelakar gile lah kan. -____-
Macam nak tumbok je.


Pastu hari tu dia buat balancing kereta.
Dia cakap nanti die nak hantar kereta aku pulak.
Aku tanya berapa. Dia cakap Seratus lebih.
Aku kan jujur. So aku cakap lah alah nanti lah. Mahal.
Pastu dia gelak2 cakap "Mane ade RM35 jek"
Fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !
Menyampah sangat.



Pagi tadik Opismate lelaki aku pon kene kan aku.
Agaknye orang lelaki ni memang suka eh kene kan perempuan. Ke lelaki2 berdekatan aku je?
Aku nak sumbit drawing kat Main Contractor.
So kene buat satu form ni.
Drawing yang aku nak hantar ni untuk Projek Fibertex.
Ada satu projek kat Melaka nama Honda Line 2.


Masa nak isi form tu aku tanya lah ape nama penuh projek Fibertex ni.
Opismate lelaki aku selambe jawab "Fibertex Line 2"
Aku pon tulis la.
Tetiba dengar dia gelak2. Pastu kawan aku yang perempuan cakap "Weh wana Line tu kat Melaka je la. Fibertex penuhnya L97 Fibertex"
Pastu aku macam Aah ek.
Padehal aku yang buat drawing tu. Boleh pulak lupe.
Member kat sebelah dah gelak2 dah. Cisss. Akit ati ite awwwwwww *duckface*


Kadang2 aku memang rasa aku ni terlebih jujur. Dan memang senang kene tipu.
Dan lagi satu aku boleh menipu orang tapi aku kene plan awal.
Nak menipu pon kene plan bagai kan. Pehlisss la.
Kalau orang tanya aku pastu dan2 nak suruh aku tipu memang nehiiiiiiiii. Aku macam kalau orang tanya something mesti terus keluar jawapan jujur dari aku.
Bila dah jawab baru lah rasa "Eh apesal aku jawab camtu tadi."
BAru nak menyesal. Kahhkahh.
Memang tak boleh jadi Artis sangat kan. Habes kantoi semua.



Aku rasa aku mewarisi sifat2 mak aku la.
Sebab mak aku ni memang ala2 jujur jugek.
Dan manjew sebab sampai sekarang mak aku tak reti nak guna ATM kad dia.
So everytime dia nak keluar duit dia akan ajak samaada ayah aku adik aku or aku.
Mak aku jenis yang takut.
Memang sepesen la dengan aku. Semua nak takut. Hihi.


Tapi aku hebat jugak lah sebab pandai guna ATM kad. Hehe.
Dan juge hebat menghabeskan duit.
HAHAHAHAHAHAHA !
Not funny.



Okbai.



                                                   



With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

December 14, 2012 at 2:53 PM

hehe kelakarla awk ni dear..dr awal smpai hbis sy baca, dpt bayangkan teletah awk becerita..part istanbul tu mmg, sgt best kan..kalo tgk je mesti nanges hehe

sy pon lebih krg jgk tu, cpt pecaya jak..ala2 jujur gitu, lurus bendul haha tp still lg pndai ATM, haaaa mak sy pon camtu jgk..kalo nk g ATM, mesti bw sy haha

Jemput join http://www.suterakasihyann.com/2012/12/pencarian-blog-untuk-autopublish-di.html (^_^)

December 14, 2012 at 5:40 PM

anda di'tag' :)

http://afrinaaaa.blogspot.com/2012/12/cik-lyeens-giveaway.html

December 15, 2012 at 11:02 PM

ye la kita ingat org serius,caya je la.mana taw diaorg saje nak gurau2kan...huhuu.xpe jujur itu sifat yg baik.

December 17, 2012 at 12:03 PM

hahaha..kelakar la wana ni.
lurus bendul~
tapi kan, beto memang suwit! arghhhh..suka. *tetbe*

December 17, 2012 at 12:34 PM

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.

December 17, 2012 at 12:39 PM

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal