Tuesday, May 28, 2013
Gaduh baik gaduh baik.
Minggu lepas bergaduh dengan Akram.
Puncanya sebab aku reply wassap die pendek2.
Akram mane boleh kalau die karang ayat punye panjang tetibe aku reply pendek.
Membara lah hati die.
Actually kalau die buat kat aku pon aku bengang tapi sebab aku kan Queen Control makanya kalau aku buat kat die takpe.
Dia buat kat aku tak boleh. Muahahaha!
Pastu bila dah gaduh beselah aku mesti akan diam.
Aku memang tak suke kalau bergaduh bising2 ni.
Kalau marah aku memang suke diam. Bagi aku masa. Nanti aku baik sendiri.
Tapi Akram tak boleh. Dia rasa sifat aku berdiam diri tu sangat membencikan. Kakakaka.
Dia tak puas hati.
Dia mesti nak aku cakap jugak. By hook or by crook (Ececececeh) dia akan buat aku bercakap jugak.
Dan aku pon bila dah bergaduh mulalah keluar ayat drama "Ok fine dah tak payah amik tau pape lagi"
Aku rasa aku ni dah boleh produce skrip drama air mata lah.
Lagi2 kalau scene bergaduh. Memang kompem champion.
Akram cakap kepala aku keras macam batu.
Suka dengar cakap sendiri je.
Ada one time tu aku cakap dengan dia.
Aku : Eh perempuan boleh pakai shampoo lelaki tak?
Akram : Kenapa pulak tak boleh?
Aku : Yelah mane tau kulit kepala lelaki keras. Perempuan lembut. So tak boleh la pakai shampoo lelaki.
Akram : Eleh. Kalau die takpe. Kepala die kan keras macam batu.
Konghajo sangat. Haha!
Aku cakap dengan Akram selagi tak kawen selagi tu aku tanak dengar cakap dia.
Boleh tak gittew?
Eh sukati lah kan. Mane ade hukum wajib dengar cakap boipren kan?
Kuangkuang.
Bila aku dah malas nak cakap, aku takkan jawab satu call pon dari dia.
Yang Akram ni sifat tidak berputus asa die memang tinggi.
Jap2 aku tengok phone 12 miscall.
Jap2 lagi aku jeling 10 miscall.
Pastu wassap pulak menyusul.
Tak cukop dengan tu mesej pulak.
Mentang2 lah pakai bill memang sedap je lah dia macam tu.
Cube kalau pakai prepaid. Masuk voice mail 10 kali dah habes kredit.
Hahaha!
Disebabkan Akram balik kampung last week maka takde lah drama air mata kat bawah rumah aku ni.
Cube kalau die tak balik kampung. Kompem 10 kali aku tak jawab phone je dia dah terpacak kat bawah rumah aku.
Dan disebabkan die balik kampung jugak maka pergaduhan berlarutan dengan panjang.
Siap bagi ayat "Kalau rasa kite patot stop bagi tau lah. Senang. Tak payah nak sakit2 hati. Bla bla bla"
Yang aku pulak sempat lagi layan game kat henpon. Wakakaka.
Tetibe Akram call. Ewah aku tak sempat bace habes lagi wassap die dah call nak mintak jawapan.
Sabau lah sikit.
Last2 aku reply "Ye memang kite patot stop. Dah. Puas hati"
Wahhhhhhhhhhhhhh berani sangat bagi statement macam tu kennnnn.
Rasa dah habes hot dah bagi ayat camtu.
Kakakaka.
Akram reply "Okey lah kalau tu yang buat bahagia"
Aku ingat dah habes lah.
5 minit kemudian......
While everybody else is getting out of bed... Im usually getting in it ♫ ♫ ♫ ♫ (ringtone Train-If its love) kedengaran.
Ek eleh mamat ni ingat dah berputus asa.
Tapi aku jawab.
Bila dah jawab tu menangis2 lah dalam telepon.
Terus buat sesi luahan perasaan. Huhu.
Tapi tak terus baik pon. Terus aku silent phone sebab malas nak cakap.
Esoknya bangun2 pagi hambek 20 miscall. HAHA!
Siap ade mesej "Sila call balik"
Tapi aku tak call pon.
Siap keluar pergi Tesco beli barang.
Masa kat Tesco Akram on the way balik Nilai.
Aku silent phone.
Check2 phone ade 5 miscall.
Siap mesej "Petang kite jumpe"
Okey bab2 nak jumpe ni gerun sikit.
Akram kan garang. Kakakaka *tahu pulak takut kan*
Aku memang berani kalau Akram takde depan mata je.
Kalau die ade depan mata automatik aku jadi perempuan paling ayu dan baik. Hehe.
Terus reply kat Akram "Kat Tesco ni beli barang"
Akram ni dia senang. Asalkan ko reply baik2 mood dia automatik boleh berubah 360 darjah.
Terus die reply "Oh yeke. Beli barang ape? Dah makan?"
Cewahhh macam takde ape je jadi kan.
Kalau jumpe lagi lah memang orang takkan tau malam sebelum tu masing2 dah menangis macam hantu.
Hahaha!
Akram cakap sifat keras kepala aku ni yang tahap aku je betol ni kadang2 buat dia rasa nak jadi perempuan. Biar aku yang jadi lelaki.
Sebab dia cakap aku ni tak suke dengar cakap dia so buat ape dia jadi lelaki.
Alahhhhhhhhhh nanti kawen aku dengar lah cakap kau. Boleh tak?
Adik-adik sila jangan ikot perangai Kak Wana ye.
Adoi cemane lah nak buang perangai keras kepala ni.
Nak kene start amik produk Kak Ton ke cemane?
okbai.
Serius sebijik perangai kite Wana oii.. Mieza ngan hubby pun canilah kalau gaduh.. dari zaman bercintan cintun sampailah dah kawen gini lah gaya.. Kite ni jenis kalau tengah marah tak nak bercakap kan? Die pulak tak reti2 nak bagi masa kat kite utk cool down.. Paksa jugak bercakap.. Mulalah gunung berapi meletus.. Kalaulah dia biar je kite cool down, okay je sebenarnya. Boleh je kite bagi feedback baik2.. Gugugu~~
ReplyDeletecara kita gaduh sama je aku ngan gf aku gaduh. mcm drama. menyampah.haha. pakailah produk kakton kasi kepala jadi comel.boleh? haha
ReplyDeletewalau cam teruk tp ok cmni..samalah cara yui..diam..hahah
ReplyDelete@Rosmiza Ali
ReplyDeleteyeay geng!
hihihi.
tulah dorang ni tak memahami.
cewahhh :P
@Rozuan Ismail
ReplyDeletekahkah.
sila beri definisi kepala comel dalam 10 ayat.
huhu
@nuyui a.k.a miss YUI
ReplyDeleteagaknye perempuan memang suke diam kot kan.
kite doakan awak baik2 dgn keram
ReplyDeletetak mau garang2 sgt. hihi
:)
Wah sweetnyaaa >.< Macam kawan-kawan. Nad kalau gaduh memang dia nak jawapan time tu jugak, ish takpaham ke tgh takde mood ni >:/
ReplyDelete