Loading...

Monday, September 2, 2013

Wedding @ De Palma Hotel, Shah Alam.




Semalam teman Akram pergi wedding kawan kerja dia kat De Palma Hotel, Shah Alam.
Bila Akram cakap kawan die buat wedding kat hotel aku yang teruja lebih sebab seumur hidup memang tak pernah attend wedding kat hotel. Giler sedih kan dengar? Hahahah!
Emangnya gue pikirin. Ayat drama Indonesia yang aku suke bagi kat Akram bila malas nak layan dia cakap. Kekeke.
Okey sebelum masuk cerita entah pape marilah kite sambung cerita wedding.


Pengantin lelaki si Umar ni kira macam bestfriend Akram la kat tempat kerja tu.
Akram cakap kawan2 dia yang lain selalu cakap camni "Kau dengan Umar ni adik beradik di alam sebelum eh?"
Sebab dorang punye rapat tu memang macam adik beradik.
Umar ni dia jarang bercerita sendiri tapi kalau Akram tanya dia memang cerita je.
Tu yang boleh tau cincin nikah dia belikan untuk wife dia sampai 15k.
Ye 15 ribu cash. Aku dengar Akram cerita pon terus rasa macam nak pitam bangun pitam balik doplohpat kali.
Telan air liur je dengar. Cincin emas putih dengan diamond.
Telan air liur lagi sekali.


Takpe lah rezeki masing2 kan.
Umar ni selalu jugak aku jumpe masa kitorang keluar makan sesama. Tapi dia tak pernah bawak awek dia (dulu awek now dah isteri) sekali.
So aku memang tak pernah la jumpe di Tasha tu.


Aku gerak dengan Akram dalam pukul 7 malam.
Berhenti kat RnR Dengkil sebab nak tunggu kawan2 dia yang lain adalah dalam 5 kereta kot.
Kawan2 Akram ni asal nak pergi wedding je memang lengah dia mengalahkan anak dara.
Aku yang mekap 5 inci pon boleh cepat.
Dorang yang lain nak kate bawak awek ke bini ke tak jugak.
Masing2 datang single.
Tapi die punye lambat tu sampai gunung berapi aku dah nak meletus dah walaupon semalam seharian hujan kat semua tempat.


Aku memang emosi kalau Akram suruh aku siap cepat tapi kawan2 dia yang lambat.
Tapi Akram sekarang dah banyak taktik.
Dia tengok aku nak amukan je mulelah buat ayat2 kelakar.
Lempang kang.


Sampai sana dalam pukul 820 malam camtu terus masuk untuk register nama sebab nak tau duduk meja mana. Time kitorang sampai fuhhlamakkkkkkkkkk panjang giler que. First time pergi wedding kene que bagai. Dah register nama, tulis dalam guest book sikit and terus naik ke Grand Ballroom.



Kitorang dapat meja nombor 45. Dua barisan dari belakang dekat dengan meja makan damai. Jauh dengan pelamin. Tapi meja aku ade dua pasangan je. Giler boring. Padehal satu meja muat untuk 10 orang. Ramai yang tak jadi datang kot. Tapi paling kesian meja belakang aku. Kawan Akram dengan bini dia and anak sorang je. Haha! Meja depan penuh sikit.



Akram cakap dress code untuk wedding ni sebenarnya baju kebangsaan kot. Means baju batik or baju melayu. Tu yang masing2 beria pakai baju melayu siap samping bagai. Akram dia jangan harap la nak layan pakai macam tu. Kemeja je. Tapi ramai jugak yang pakai kemeja. Siap ade yang pakai suit bagai. Tapi ada sorang kawan Akram rilek je pakai tshirt berkolar. HAhahahhaha! Tapi jangan memain. Tshirt2 pon bawak skyline okeyyyyyyyyyyyyyy. Tapi yang kelakarnya dia pakai skyline tapi paling lambat sekali dalam konvoi sebab orang lain lalu TnG dengan Smart Tag tapi die lalu lorong tunai. Kekekekeke.



Amende ni namanya yang nak alas2 time makan ni. Adoiiiiiiiii aku time nak menaip ni pulak tak ingat nama. Lantak lah. Malas nak pikir. Benda ni masa nak makan waiter bukak kan and letak atas peha. Semua orang dorang buatkan.



Mengikut perkiraan aku adalah dalam 500 orang yang datang.



Sementara menunggu pengantin.



Doa pengantin.



Dalam pukul 9 malam kot, Pengantin lelaki masuk dewan. Selalu kan pengantin lelaki masuk sekali dengan pengantin perempuan kan. Ni lain sikit. Pengantin lelaki masuk ikot pintu belakang dengan pengapit.



Pastu jalan sikit menuju arah bahagian tengah. Pastu tunggu pengantin perempuan kat bahagian tengah.



Dalam 15 minit camtu pengantin perempuan masuk lalu pintu tengah. Dengan diiringi oleh alunan nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Saff one, pengantin perempuan bergerak menuju ke arah bahagian tengah dewan di mana pengantin lelaki sedang menunggu (puhlamak ayat gua kan. Dah boleh buat skrip untuk MC dah). Ngahahha.



Aku tak kenal sangat kumpulan Saff One ni. Tapi suara dorang sedap gile weh. Aman damai je dengar. Dah la suara sebijik macam dengar dalam radio or cd macam tu. Paling best masa dorang nyanyi lagu Belayan Jiwa fulamak cair der. Haha!



Okey berbalik pada cerita asal. Pengantin perempuan menuju ke tengah-jumpa pengantin lelaki-salam tangan pengantin lelaki-pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan (awwwwwww sweet!) makcik tudung pepel ni halang camera aku pulak. cisss.



Then dorang berdua pergi ke arah meja makan damai. Yang baju oren tu parents pengantin lelaki. Pengantin salam parents pastu parent bagi makan madu kat both pengantin. Memang ada eh adat bagi makan manisan untuk pengantin? MC cakap konon2 macam baru kawen dah ada manis2 camtu so harap manis tu sampai bila-bila la. gittew. haha!

Aku cakap ngan Akram macam India lah pulak.
Akram lagi konghajo.
Dia cakap "Memula kawen dah bagi makan madu. Ehem-ehem." Sambil gelak2 angkat kening.
Puihhhhh jangan nak suka sangat eh dengar perkataan madu.




Masa ni pengantin tengah nak tunggu makanan. Pastu tetiba keluar muzik ala-ala macam nak buat magic camtu. Giler konpius muka semua orang. Dah la kuat giler music. Pastu macam suspen giler.



Rupanya waiter nak hantar nasi je pon. Cehhhhhhhh saspen Mak Jemah. Nampak tak waiter lelaki dua orang tu pegang macam pedang. Pedang tu berapi tau. Dorang masuk dulu dua orang. Pastu tak lama masuk waitress bawak nasi. Kira macam persembahkan hidangan depan raja la. Wahhhhhhhhh memang bertepatan dengan tema Raja Sehari ni. Nanti aku nak buat camtu jugak lah. Kakakaka. Berangan Wana berangan.



Okey basically main course menu sama je macam kenduri tempat lain. Nama2 makanan boleh rujuk gambar kedua dari atas. Sebab malas nak taip balik. Ngagagagaga. 



Tapi kan sebenarnya aku dok bayangkan kalau pergi wedding kat hotel ni lengkap dari starter sampai ke dessert.
Macam masa nak tunggu pengantin sampai tu dorang serve la dengan starter dulu ke kan.
Pastu pengantin dah start makan barulah tetamu pon makan main course.
Tapi starter satu ape pon takde. Terus main course.


Cewah banyak cengkadak pulak kau kan Wana. Orang dah jemput tu bersukor je lah.
Okey fine.
Ni namanya bukan kritikan ye.
Kan aku dah cakap tadi aku dok bayangkan.
Tak pernah attend wedding kat hotel katenyerrrrrrrrrrr
*beria ni explain kalau kene hentam lagi ni tak tau lah. Kahkahkah*



Permulaan. Nasi beriani lauk dalca sikit, udang dengan ayam rempah. Pastu amik kambing masak merah sikit sebab nampak macam sedap.



Kat dalam menu ada tulis nasi putih harum mewangi tapi masalahnye sebutir nasi putih pon aku tak nampak.
Pastu kat meja lain waiter tolong serve kan nasi dalam pinggan.
Meja aku semua layan diri.
Mentang dua pasangan je kan.
Tapi takpe. Aku bab2 makan ni memang pandai sangat bawak diri.


Ini bukan nak komplen jugak tapi kambing dia macam rasa kambing sikit. Sape selalu makan kambing tau la kot maksud aku.
Aku ni memang jarang makan kambing. Tapi pernah la makan.
Malam tadi rasa daging kambing dia kuat sangat.
Bila tanya Akram, dia pon iyekan. So betul la tu.
Akram cakap daging kerutuk dia sedap. Tapi aku mane makan sangat daging. Aku makan seketul. Hmmm boleh la. Rasa macam rendang gitu.


Tapi udang dia berkali-kali aku tambah. HAHHAHA!
Bukan sebab sedap giler nak mati.
Tapi sebab macam membazir udang mahal2 terbiar kan.
Jadi alangkah baiknya kalau aku habeskan.
Tekak terasa-rasa nak ratah ayam rempah dia. Tapi disebabkan kene pakai sudu garfu mati terus nafsu aku.
Makan ayam goreng pakai sudu garfu? Oh pelissssssssss takde feel okey.
Nak pakai tangan kang macam gaya tak boleh bawak pergi majlis pulak kan.
Dah la baju dah gojess. Eh?



Okey ni dessert. Kek keju berperisa oren. Boleh la.



Masa tengah makan adik Umar jalan dari meja ke meja bagitau yang kalau nak amik gambar dengan pengantin lepas sesi potong kek.
Baiklah.
Lupe pulak nak amik kek Umar yang 5 tingkat itu.
Haihh aku punye tahap pelupa ni macam dah masuk zaman kritikal dah ni.


Ingatkan nak register nama je kene beratur.
Nak amik gambar dengan pengantin pon kene beratur jugak.
Maka beratur lah kami semua.



Ni aircraft team Line Akram. Kesian abang sebelah aku tu. Anak dia dah meraung dah. Ngantok kot.


Aku ni punya lah daripada awal datang dengan harapan nak usha cincin kawen 15k itu.
Sekali masa salam dengan Tasha boleh pulak tak teringat.
Tension dengan diri sendiri.
Akram cakap tak payah nak tension sangat.
Tahun depan raya nanti usha.
Huh tak membantu langsung.
Punah harapan nak kepochi dalam blog. Ngahahaha.

Aku tanya Akram camne Umar ni boleh kenal Tasha.
Tasha ni tak silap aku ayah dia Chinese.
Akram cakap kenal atas kawan2.
"Oh kite love match maker la ni. Kalau tak mesti Umar tak kawen2 lagi sampai sekang kan"
Ngagagaga konghajo tak statement.


Yelah Akram cakap Umar ni dah la bukan jenis suka keluar2 sosial2.
Paling tak pon kuar dengan kawan kerja pergi makan.
Duduk dengan parent. Ulang-alik KLIA-Shah Alam.
Kadang2 teman mak dia keluar. Tu je la pon.
Tetibe sekali kawen. Anak orang kaye jumpe anak orang kaye.
*Kesat air mata*


Perasan tak orang2 yang buat wedding kat hotel suke pilih kaler putih. Tak pon cream.
Yang aku perasan artis2 pon ramai guna kaler putih.
Akram cakap sebab kaler safe. Sesuai dengan lighting. Eh? haha!
Yang penting Akram cakap kaler dusty pink tak mengancam. Macam suram.
Ahhhhhhhh tak kire nak jugak kaler tu nak jugak! EH? :P



Dan gambar dua orang mesti wajib. Hihihi.


Sedihkan tengok handbeg aku. Sobsss
Aku sebenarnya memang plan nak carik clutch.
Sebab seumur hidup tak pernah ada clutch2 bagai ni.
Konon nak pergi wedding kat hotel nak la carik satu kan.
Tup2 tak sempat. Entah ape yang aku busykan aku pon konpius.
Last2 hayak je lah beg ape pon. Lenjan.


Lepas tu Akram terus hantar aku balik sebab dia kene pergi keje. Dorang shift malam minggu ni.
Office panggil datang buat OT sebab kapal nak keluar cepat.
Akram cakap Umar cakap camni "Weh aku nak datang OT boleh tak malam ni? Boring la cuti lama2"
Rasa macam nak hempuk tak kalau dapat laki camni?



Yang belakang kotak tu memang ade atas meja dinner. Dalam dia cookies macam kat Subway tu. Yang depan tu dapat kat pintu masa nak balik. Dalam dia kuih bangkit. Beg tu dah selamat jadik tempat letak barang2 aku yang bersepah dalam hand beg. Dah la cantik. Huhu.




Beg Akram tu aku rasa last2 nanti dapat kat aku jugak.
Dia bukan nak buat ape pon.
Nanti aku fikir nak letak ape yang best dalam beg lagi satu tu.



okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


12 comments

September 2, 2013 at 7:09 PM

wah seronok gak kan.. tak pernah attend wedding kat hotel camtu..bila baca entry ni terasa macam kite ada disana juge..hihihi :P

September 2, 2013 at 7:42 PM

Wah! Grand abis lah wedding kawan Akram ni.. Korang nanti macam ni gak ke? Jangan lupa jemput kite.. Kekekek.. =)

September 3, 2013 at 12:49 AM

salam kenal.. meriahnya.. tak pernah lagi pergi majlis perkahwinan di hotel macam ni..
p.s:thanks sudi singgah&follow.. follow di sini balik..

September 3, 2013 at 10:34 AM

wahhhh meriahnye majlis kawen.. dlm dewan besar gitu.. org2 yg hadir pun mesti ramai yg pangkat2 besar kan..siap ada persembahan retis lagik..hihi.. selmt pengantin baru buat mereka..

September 3, 2013 at 11:05 AM

meriahnye majlis dia ye...

September 3, 2013 at 1:32 PM

mmg grandla mjlis depa ni..

September 3, 2013 at 3:58 PM

wah.. pengalaman tu.. syok betul..

September 3, 2013 at 4:02 PM

Meriahnya. Cantik bunga tu ☺☺

September 3, 2013 at 9:32 PM

okey 15k.
*pengsan*

hoi nak cari laki kaya lah cenggini. mihmih

:P

September 4, 2013 at 4:10 PM

meriah & grand giler majlis dier yer

September 6, 2013 at 9:27 AM

Fuhhh!! cincin sampai 15k :) fengsan :)


BTW majlis memang nampak meriah ;D

September 8, 2013 at 4:39 PM

cantik baju...banyaknya duit akram buat kat hotel...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal