Friday, July 25, 2014

Aku dan tudung.



Sekarang dah ramai artis start pakai tudung kan?
Alhamdulillah. Sebenarnya bila tengok retis pakai tudung cantik2 secara tak langsung bagi dorongan untuk orang2 biasa macam aku ni bertudung jugak. Walaupon aku takde lah jadik cantik macam dorang. Kekekeke.

Pengalaman aku? Ok nak citer.
Family aku biasa2 je. Takde lah alim giler. Takde jugak takde ilmu agama langsung.
Dari kecik memang mak aku dah suruh solat semua.
Macam family orang lain. Sama. Takde beza.
Bezanya aku sendiri. Aku dari kecik jenis yang kuat melawan. Jenis suka memberontak. Aku tak suke buat benda yang aku tak suka.

So takde istilah mak bapak tak pandai didik anak.
Macam mana iman tak dapat diwarisi, macam tu jugak perangai. Nak cakap mak bapak aku tak tegas, mak aku garang giler kot.
Masa aku kecik mak aku siap jadik cikgu mengaji lagi.
Tapi apakan daya anak dia sorang ni susah betul nak dibentuk :P
Aku pon sekolah agama sampai darjah 4. Lepas masuk asrama aku malas nak sambung sekolah agama. Hahah! Takde hati kot. :P
Masalahnya diri sendiri yang degil. Tak suke dengar nasihat.

Aku start pakai tudung darjah 4 kot tak silap aku. Tu pon sebab semua kawan2 dah start pakai tudung time tu. Ingat lagi ada one time masa tu pergi rombongan sekolah. Masa dalam bas aku memang tak pakai tudung. Rimas.
Masa balik tu entah aku borak ape tah dengan kawan aku, lelaki. Tetibe aku mintak dia belanja.
Dia jawab camni "Aku boleh belanja ko tapi dengan syarat ko dengan kengkawan ko kene pakai tudung"
Gitu lah lebih kurang. Tapi aku tak pakai pon. Hahahah!


Masuk sekolah menengah memang wajib pakai tudung.
So kalau balik dari asrama nak keluar2 rumah tu pakai la tudung jugak. Tapi time tu pakai sebab terpaksa. Sebab duduk kampung kan. Orang kampung kan semua pakai tudung. So aku macam follow the flow je lah. Kalau tak pakai nanti malu dengan orang. Bukan malu dengan tuhan. Ape benda tah perangai.
Ada jugak kekadang kalau keluar dengan family aku malas nak pakai. Rimas weh. Time tu aku rasa macam adoiii rimas la nak pakai2 tudung2 ni. Hahah bongok giler.
Tapi aku pakai jugak sebab malas nak dengar mak aku membebel. :P


Masa zaman matrik pon still pakai jugak sebab ada sorang minah aras aku tu alim gila.
Die memang anti dengan orang tak pakai tudung. Rumet die tu pergi kelas pakai tudung. Kalau keluar tak pakai.
Ada sekali tu rumet die nak pergi cafe tak pakai tudung. Dia dapat tau, die kejar rumet die tu sambil bawak tudung. Huhuhu. So zaman matrik aku selamat lagi. Lagipon zaman2 matrik macam innocent lagi. Kat Changlun bukan ada pape pon. Nak berfesyen pon tak reti. Hahah! Noob katenye. Tapi time tu tengok geng2 free hair macam gojes je. Pastu tengok diri sendiri dalam cermin alahai selekehnya. Kahkahkah. Kalau dah memang selekeh tu pakai ape pon tetap la selekeh.

Masuk U pulak. Jeng jeng jeng. Segalanya bermula.
Dah la dapat U tengah KL kan.
Aku tak ingat sem berapa baru aku start free hair. Tapi time tu aku dengan classmate aku pergi vacation kat PD. Pastu pagi tu kitorang mandi kolam. Aku dengan selamba tak pakai tudung siap pakai short lagi. Hahaha! Balik dari PD tu lah aku start free hair.

Ada one time aku ingat time tu aku nak balik rumah akak aku kat Perlis.
Before sampai rumah dia aku mesej "Akak, kite tak pakai tudung" Huhuhu.
Tapi akak aku tak reply pape pon. Aku sampai rumah die subuh2 buta.

Sebenarnya takde lah nak cakap aku culture shock ke ape.
Aku memang tak serius nak pakai tudung. Aku rasa rimas. Aku rasa terpaksa kene pakai.
Dapat pulak kengkawan yang sekepala. Sesama buat rebonding. Sebelum free hair bebetol aku dengan geng2 aku memang suke la ushar2 salon nak rebonding rambut. Carik salon murah. Hahah!
Pastu Ajak selalu jadik syaiton. Kalau sopink nanti mesti dia cakap "Weh wana ko pakai baju camni lawa doh. Ko pakai skirt lawa doh." Konghajau betol. Hahaha!

Masa tu aku rasa tudung aku ada beberapa helai je kot. Hitam, putih, krim apetah lagi. Tapi memang sikit gila. Bila tengok orang pakai shawl cecantik rasa cambest je. Bila aku pakai mak aih selekeh giler.
Terus malas nak pakai. Hahaha! Pastu rasa diri sendiri tak lawa bila pakai tudung. Entah syaiton level berapa entah yang berjaya hasut aku time tu. Mesti dorang buat parti besar-besaran.

Masa first time balik kampung dengan keadaan free hair ayah aku amik aku kat bus stand kota tinggi. Dia nampak aku free hair tapi dia takde nak cakap pape. Mungkin dia sedih & kecewa. Tapi die memang takkan cakap pape. Tapi aku keraskan hati je. Sebab aku macam puas. Macam free. Lagipon time tu aku suke pakai baju ketat2. Tak main la pakai2 blouse2 ni. Kekadang pakai dress ketat pastu pakai inner. Pastu pakai tudung. Jadah sangat kan? Baik aku tak pakai tudung terus.


Mula2 tu aku still pakai tudung pergi kelas. Bila keluar je aku free hair. Lama2 macam makin malas. Kalau aku rajin aku pakai. Kalau malas tak pakai. Mesti time tu ramai giler kutuk aku. Tapi time tu macam tak rasa pape. Rasa gembira je sebab bebas.
masa shopping lagi best. Tak payah pikir sesuai tak bila nak pakai tudung.
Skirt paling pendek aku pernah pakai atas lutut.
Pastu bila dah free hair makin selalu la join tengok konsert nyanyi2 yang melaghakan. Haha! Adoiii apa nak jadik.

Tapi aku ada sorang kawan muslimah alim yang tak pernah kondem aku.
Classmate aku Najua.
Aku suke kawan dengan Najua ni. Walaupon die alim, geng usrah, pakai tudung labuh, tapi die tak pernah merendahkan aku. Dia selalu cerita kat aku kisah2 teladan ni. Pastu ajak aku join usrah dia.
Secara tak langsung aku terbukak la jugak hati nak berubah.
Tapi tak berubah lagi pon. Kekekeke. Tapi aku suke la mesej2 dengan Najua ni. Aku tanya dia kalau aku buat camni boleh ke. Kalau buat camtu berdosa ke tak. Najua sangat lembut. Dia suke dengar aku membebel walaupon tak memberi manfaat. hahah! Die suke puji aku masak sedap. :D


Masuk zaman keje.
Tetap takde perasaan nak berubah. Hahah! Dah la aku keje site kan. Lagi la rimas nak pakai2 tudung ni.
Aku ingat lagi masa first time nak pergi beraya rumah Akram. Mak aku siap dah pesan awal2 "Pergi rumah Akram pakai tudung. Nanti mak mertue ko tak berkenan"
Cehhh takot sangat anak die tak kawen kan.
So aku layankan je lah. So mak Akram kenal aku berperwatakan muslimah memakai tudung. Padahal belakang dia ................................... :P


Masa adik Akram masuk sepital, aku nak pergi la melawat.
Aku mesej Akram "Nak kene pakai tudung ke?"
Akram cakap pakai lah.
Pastu aku emosi. Aku rasa macam hipokrit. Hahah! Sukati aku lah nak pakai ke tak kan.
Pastu Akram cakap "Okey sukati nak pakai, pakai tanak pakai dah"
Pastu aku emosi lagi. Hahahha! Pastu Akram pening "Tadi tanya nak kene pakai ke tak. Bila suruh pakai marah pulak. Bila cakap sukati pon marah jugak" Ekekeke.
Tapi esoknya aku pakai jugak. Hihihi.


Lepas aku bertunang dengan Akram dia memang dah pesan lepas kawen nanti kene pakai tudung.
Siap cakap camni "Bby boleh ke berubah lepas kawen?"
Amboih macam jahat sangat je aku ni. Hahah! Tapi aku takde lah kecik hati pon. Time tu aku memang dah start pergi kenduri kawen pakai tudung. Pastu dah banyak blouse.
Dah start kumpol tudung dah. Asal pergi masjid jamek je borong tudung bawal lima hengget.
Pastu dah start rasa cantik dah pakai tudung. Kihkihkih. Lagipon akak aku pandai menjahit. Memang aku suke la beli kain kat jakel pastu suruh dia buat blouse. Secara tak langsung akak aku jadik pemangkin untuk aku memakai pakaian yang elok sikit. :P

Masa memula aku duduk site okey je lah.
Lama2 aku start rasa tak selesa. Aku rasa lelaki2 kat site tak hormat aku.
Macam sesuke hati je nak tarik2 tangan aku kalau nak ajak discussion. Pastu dengan driver2 office lagi nak cakap open2. Alah korang tau la kan cakap open camne.
Pastu jenis yang nak cakap hal dalam kelambu sesama dorang even aku ada kat sana. Tak respect.
Pastu kalau berdiri nak rapat2 dengan aku. Peh rimas gila.
Kekadang dorang bercerita pasal sensored2 padahal aku ada je kat situ. Aku pulak yang malu.


Ni first time aku aplod gambar pakai tudung. Orang ingat aku dah terus pakai. Huhuhu. Sebenarnya time ni baru balik dari rumah mak Akram. Sebab tu pakai :P


Lepas aku tunang jugak aku dah start remove semua gambar free hair kat fb.
Kat blog je tak menyempat.
Pastu takde dah aku upload2 gambar free hair kat fb.
Tapi sebenarnya aku pergi keje still lagi free hair.
Cuma start bulan May hati aku macam nak sangat terus pakai tudung.
Cuma macam teragak-agak.

Sampai lah one time masa tu aku ada meeting.
Ada sorang chinese guy dari company lain ni dia tanya aku melayu ke cina.
Aku cakap aku melayu.
Pastu dia cakap "Eh U melayu kenapa tak pakai tudung?"
Aku senyum je. Huhuhu.
Pastu dia cakap lagi "Eh U tak takut ke rambut kene bakar nanti? Kene gantung pastu kene bakar"
Terkelat-kelat aku senyum.


Pastu tak lama lepas tu, hari lain pulak ada sorang chinese guy company lain pulak. Dia tanya aku melayu ke?
Aku cakap ye. Kenapa? Aku tanya.
Dia cakap "Perempuan melayu pakai tudung. U tak pakai pon"
Hahaha tak tau nak gelak ke nak nangis.
Lagi sekali orang cina tegur aku. Hahah! Tak tau nak sorok muka kat mana.
Rasa macam minyak panas menyimbah kat muka aku. Terbakor terus. Memang takde lapik2 dia bagi. Setepek hambek.

Bulan Jun masa pergi KL aku sempat la jumpe kawan baik aku kat Bangi.
Dia bawak aku pergi beli tudung bercorak yang murah sebab aku cakap aku baru beli bawal Aidijuma.
Ya Allah masa aku beli tudung tu dengan kawan aku tu tak tau kenapa aku rasa eksited sangat. Tak pernah seumur hidup aku rasa eksited sebab pilih tudung. Apetah lagi rasa eksited sebab ada koleksi tudung yang banyak. Rasa seronok giler nak mati sebab dapat beli tudung cantik2. Hahah! Walaupon tudung murah 2 helai RM15 je. kikiki.

Sekarang pon kalau pergi shopping mesti nak berhenti kat kedai jual tudung. Rasa macam ada magnet. Huhuhu.

So bulan puasa tahun ni aku nekad nak pakai tudung tanak bukak2 lagi dah.
Kali ni dengan kerelaan sendiri. Dah takde hati dah nak pakai skirt la baju ketat2 la. hahah. Walaupon baju2 aku takde lah muslimah sangat tapi kesedaran tu dah ada.
Kalau dulu aku pakai tudung asal boleh je now hati aku macam tenang je.

First day aku pergi keje pakai tudung, aku gerak dari kampung. Lepas sahur.
Ayah aku siap tanya "Eh ni terus masuk keje ke?"
Mesti die pelik sebab kan selama ni dia tengok aku pergi keje tak pakai tudung. Tapi die senyap je.

Aku sampai2 site semua guard dok perhati aku. Dah macam model catwalk je aku rasa. Bahahaha.
Bayangkan selama dekat setahun aku kat site ni guard India tu semua tak pernah tegur aku.
Masa aku masuk sorang guard tanya "Eh macam lain la harini. Eh pakai tudung"
Pastu kawan die menyampuk "Bulan puasa la bulan puasa"
Hahahaha!

Bila aku nak balik guard tu cakap camni "Eh nak tanya sikit la jangan marah eh. Selalu tak pakai tudung kenapa harini pakai? Sebab puasa ke? Nanti lepas raya tak pakai balik eh?"
Aku cakap aku pakai sampai bebila pon.
Tetibe die cakap "Tapi pakai tudung ni lagi cantik la"
Wahhhhhhhhhhhhhhhh kemahin kembang lagi hidung Mak Jemah time tu. Kakakaka.

Esoknya bila aku datang site semua guard tegur aku gud morning. Selama ni haram nak cakap dengan aku. Maybe pakai tudung ni muka lagi manis kot eh? So dorang pon tak takut nak tegur.
Pandai aku je.
Bila aku masuk opis satu opis bising sebab terkejut tengok aku. Hahahaha! Adoiiii.

Tapi memang aku perasan orang2 kat site ni dah start la respek aku.
Takde lah nak dekat2 dengan aku lagi. Takde nak cerita bukan2 dengan aku lagi.
Alhamdulillah.

Kadang2 aku bersyukur jugak sebab pernah  melalui zaman2 baju tak cukop kain tu. Aku pernah berada dalam zaman tu so aku tau yang aku tak patot judge manusia yang tak tutup aurat. Sebab bila hidayah Allah datang, mungkin orang tu boleh jadi lagi baik dari kite ni.
Macam contoh Diana Amir tu. Macam tak sangka kan dari seorang manusia yang suke pakai short tetibe now sejuk je mata memandang :)

Pernah dengar tak kisah antara ulamak dengan orang jahat.
Aku tak ingat sangat tapi camni la kisah dia lebih kurang. Ulamak tu bertapa kat atas satu gua ni. Dah lama sangat dia bertapa dan belajar ilmu agama. Memang seluruh hidup dia beribadat je lah.
Ada sorang orang jahat ni pulak memang kejenya buat jahat je. Tak ingat tuhan.
Satu hari ulamak ni cakap camni "Aku dah lama beribadat. Teringin nak buat jahat. Takpelah aku buat jahat sekali. Nanti boleh taubat"
Yang si orang jahat ni "Aku dah lama buat jahat. Aku nak taubat"

Nak dijadikan cerita si Ulamak pon jalan turun tangga dari gua tu untuk buat jahat. Sementara orang jahat tu nak naik tangga ke atas nak bertaubat.
Tiba2 dorang berlanggar dan dua2 meninggal. Ulamak masuk neraka and orang jahat masuk syurga.
Tak tau lah cerita ni rekaan ke apa tapi memang bagi teladan la.

Bersyukur jugak Allah bagi ujian awal. At least now aku masih ada masa untuk berubah. Walaupon mati tu bila2 masa je tapi at least aku boleh baiki diri.

Tapi bila kisah hidup aku jadi camni, aku teringat yang sebenarnya dulu aku ada terkutuk orang yang free hair.
Sebab dulu dia pakai tudung pastu tetibe die free hair. Pastu aku pon sibuk lah kepochi. Dok mengumpat dengan orang lain. Allah bayar cash. Hmmmm.

"Takkan mati seorang hamba selagi dia tidak melakukan dosa orang yang dikatanya"

Astarafirullahalazim..
Sebab tu sekarang aku memang berhati2 kalau nak cakap pape.
Or tulis pape kat facebook. Macam kisah kiki tu. Yang bagi komen dah macam orang takde tuhan. Siap perkataan pu*i**k lagi keluar.
Aku pelik tu beradab sangat ke?

Kita takkan tau ape yang akan jadi masa depan.
Sekelip mata je Allah boleh uji kita pulak. Allah boleh tarik sifat sabar kita.
Jadi jangan riak kalau kau mampu tahan sabar sekarang.
Sebab Allah maha berkuasa.


Ya Allah ampunkan aku.


Semoga aku terus istiqomah dan boleh menjadi lebih baik.



Ameen.



With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

July 25, 2014 at 5:00 PM

xhbs bc lg..bebila nt akak smbung n komen.. btw, akak dh pasan, tp xnk tnye.. dalam hati kata,alhamdulillah.. awk manis bertudung.. selamat hari raya.. =)

July 25, 2014 at 5:57 PM

ok welcome to the club! aku pon tiba2 je pakai tudung tanpa sebab :p

Anonymous
July 26, 2014 at 2:22 PM

lama ko hilang kan kak. saya tertunggu gak entry akak. hehe. neway tahniah dah bertudung. and start delete2 gambar tak bertudung dulu. jarang2 orang yang dah start pakai tudung ni delete gambar lama dorang. biarkan jeee camtu :/ keep it up! kak wana :)

July 30, 2014 at 11:32 AM

gigih yui bc dari zaman sek rendh smpai time keje ni.

apa pun alhamdulillah. inshaaALLAH awak boleh terus istiqamah. ALLAH dah bukakan hati utk bertudung =)

August 4, 2014 at 2:24 PM

alahai deq as.. panjang beno entry ni.. ape2 pun sume orang ade zaman jahiliyah nye. akak pon pernah begitu.. take care.

August 8, 2014 at 11:39 AM

Assalamualaikum Wana.. Alhamdulillah.. Mieza pun seronok tgh Wana dah fully bertudung.. Tambah manis & ayu.. Semoga terus istiqamah ye yunk.. 😊
Rosmiza Ali Official Blog™

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal