Assalamualaikum.
Kalau korang follow aku kat ig dengan fb mesti korang tau aku suka cakap salah satu wishlist aku ialah nak pakai pandora.
Yup. Dari 4 tahun lepas kot masa zaman2 kegemilangan Pandora baru2 wujud aku teringin jugak nak pakai tapi tak mampu. Hahaha!
Last week tiba2 member aku whatsapp "ko nak beli Pandora tak? ada offer diskaun ni"
Aku pon macam wow of coz aku nak!
Mula2 tu macam berfikir2 jugak lah nak beli ke tak.
Yelah orang selalu cakap baik beli emas kan.
Lagipon Pandora ni quite pricey harga dia.
Aku siap wasap kawan aku yang pakai Pandora ni.
Mintak pendapat dia. Berbaloi tak dia beli. Bagi dia kipas2 aku sikit. Haha!
So dia cakap lah dia pakai pandora ni sebab nak create memories.
Macam tagline Pandora la "Unforgettable Moments"
Dia cakap dia selalu beli charm bila ada benda2 penting berlaku dalam hidup dia. Contoh macam dapat anak pertama beli satu charm yang melambangkan anak tu. Pastu dapat anak kedua tambah lagi satu charm. Gitu lah.
So aku pon macam okey ini best gila. Hihi.
Pastu aku gedik2 la mesej laki aku tanya dia boleh ke aku nak beli Pandora.
Dia cakap bulan ni tak boleh belikan sebab dia dah allocate duit dia kat tempat lain.
Aku cakap bukan nak guna duit dia. Aku nak guna duit sendiri. Hihi.
Sebab tahun ni bos bagi bonus cny lebih. Pastu bonus asb pon aku memang tak usik. Biar je dalam tu. Pastu bulan 12 tahun lepas pon dapat bonus projek.
So aku macam emmm nak la beli something untuk diri sendiri.
Selama ni aku asyik beli barang anak je tup2 macam tetibe duit habes. Hahahaha.
Beli barang diri sendiri boleh la buat pembakar semangat nak keje rajen2 lagi :P
Jenuh 3 malam scroll website dia nak pilih design. Dah la noob tak tau pape. kejap2 wasap member tanya. Hahahaha!
Setelah membuat calculation untuk semua benda, aku pon decide nak beli bracelet dengan 3 charm.
Kalau ikot hati memang boleh gila tengok website dia.
Naseb baik iman kuat lagi. Hahahah.
Beli sikit2 upah kerja :P
Tolak siap2 duit nak simpan, duit hora horey, duit lain2 so baki dia tu kita beli Pandora yeayyy.
Akhirnya salah satu dari wishlist dah boleh potong :D
Tadaaaa. Simple2 je :)
Charm huruf A ni aku beli mewakili nama laki aku Akram. Sweet kan. Kahkahkah.
Charm Mother daughter ni aku beli mewakili anak pertama aku, Ameera. Dah sempena aku jadi ibu :D
Pastu konon2 nak beli ni untuk anak kedua, Aminah. Tapi takde stok kat Malaysia.
Yang ni pon dah takde kat Malaysia.
So last2 aku pilih charm princess ni mewakili Aminah.
Yeayyyy. Alhamdulillah. Semoga jadi pembakar semangat untuk bekerja lebih rajen.
Semoga tahun depan dapat bonus 3 bulan pulak. Hahhahahaha
okbabai.
cantiknya
ReplyDeletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
cntik chams. setiap stu ada kenangan.
ReplyDeleteJanji Kita
salam kenal.. CT follow sini.
ReplyDeletesamalah kiteee suka Pandora jugak ehhe tapi takde tema. tibai je yang mana berkenan hehe..
cantik....https://cararesepi.blogspot.com/
ReplyDeletesinggah sini nak cari info pasal pandora..thanx sharing..ada gak idea camne nak beli pandora..haha..1st time nak beli gak ni...
ReplyDeleteHye ..mcm mna cara nk beli online ye ..dh cuba buat x dpt laa ..
ReplyDelete