Wednesday, January 16, 2019

Berurut dengan My Bidan House


Nak share pengalaman berurut dengan tukang urut dari My Bidan House.

Baru baru ni aku panggil lagi Kak Ita ni datang urut aku lagi kat rumah. Masa first time dulu aku tanya jiran aku kalau2 dia tau tukang urut mana yang best. So dia bagi aku nombor kak ita ni. Rumah kak ita ni dekat je dengan rumah aku. Satu kampung labu lanjut tu.

Masa first time dulu sebab aku bengkak susu. Masa tu Aminah baru 9 bulan tak silap. Memang sedap lah akak ni urutkan badan. Berasa betol.

Kali ni aku panggil sebab badan aku dah sakit2. Yelah buat keje rumah sorang2 dengan dua anak tu. Tambah pulak Aminah ni sejenis kalau nak tido mesti nak tido atas badan. Belom lagi Naqeesya mintak dukung kalau hantar dia pegi sekolah. Adoi. Dengan nak mengangkut beg laptop yang besar tu. Belom kalau kene bawak drawing dengan file2 pergi kereta. Letih! Sampai tahap aku tengah mandi pon tangan aku boleh cramp! Punyalah dasyat. Kalau cramp tu memang menangis sorang2 je lah. Dah tu siapa lagi boleh dipanggil? Laki jauh.




Yang bestnya kak ita ni boleh datang rumah and boleh berurut waktu malam. Senang sangat. Tu pon dia cakap khamis malam tu ada berurut orang pantang jugak pukul 8pm. Aku punya slot pukul 10pm.



Lepas tu husband dia pon tukang urut jugak. Mula2 nak suruh Akram berurut jugak tapi nanti budak2 tu takde orang tengok pulak. Tup2 budak berdua tu behave je duduk dalam bilik tengok mak dia berurut. So Akram pon terus berurut sekali dekat hall dengan husband akak ni.

Akak ni berdaftar dengan my bidan house. Baru keluar majalah tiga haritu. Satu sesi Rm120 my bidan house tu tetapkan. Akak ni cakap dia dah berurut berpuluh tahun dah tapi join my bidan ni baru je berapa tahun. My bidan ni pusat zakat tubuhkan untuk bantu golongan asnaf naikkan taraf hidup dorang.

Husband akak ni cerita, ada salah sorang kawan dia kene panggil dengan artis. Lepas tu artis tu kenalkan kat kawan2 lain sampai pendapatan kawan akak ni cecah 5 angka sekarang.

Akak ni cakap ramai jugak staff my bidan ni kat dalam Malaysia. So korang ushar lah sendiri kat fb my bidan tu ok. Kalau macam kak ita ni dia duduk area umah aku je kat Salak Tinggi. Tapi dia cakap boleh travel jugak dekat2.




Sekian review percuma dari aku sebab memang dia urut sedap sangat. Apa2 boleh wasap kak ita ni dekat nombor atas tu. Or korang boleh bukak fb my bidan house untuk carik staff area rumah korang.


bye.


2 comments:

  1. akak selalu urut dgn org indon tu, sedap gak..tp bila dia picit tu, Allahuuuu, rasa nak sepak dia je.. nt la try tukang urut wana ni lak

    ReplyDelete
  2. bstnyaaa ngurut !! lama x ngurut sedap ni pegi betulkan urat2 semua =D

    ReplyDelete

What says U?