Friday, February 15, 2013

Perangai Lelaki.







Kejadian semalam membuat aku terfikir.
Kejadian ape?
Semalam aku jumpe Akram.
Konon nak tengok wayang. Tapi pukul 530pm aku nak beli tiket wayang call2 Akram sampai 5 kali dia tak angkat. Aku emosi lah. Padahal aku tau dia tengah buat kerja. Hihi.
Bila aku on the way pergi jumpa dia, 20 kali Akram call tapi aku tak jawab.
Sengaja tanak jawab. Konon nak pulang buah paku keras padahal takde sebab pon nak mengamuk lelebih.
Biasalah perempuan nak datang bulan memang emosi melebih.


Bila dah jumpa aku buat keras duduk dalam kereta tanak keluar tanak cakap pape tanak pandang langsung muka dia.
Yang si Akram ni asyik lah dok cakap "Kenapa ni. Tak tau salah ape. Tetibe macam ni"

"Cakap lah. Jangan lah diam je"

"Cube cakap kenapa? Demam ke? Lapar?"

"Astarafirullah halazim jangan la macam ni" 

Amboi siap beristifar lagi tengok perangai aku ni. Huhu


"Kenapa tak angkat call tadi?" Aku tanya dengan suara esak2. Wakakakakaka.


"Sebab tak angkat call je ke? Kan dah cakap tangan penuh minyak time tu. Macam dia jugak kalau boss ada tengah buat keje malas jawab call jugak kan."

Bla bla bla.


"Tak suka !" Jerit aku kecil. Kihkih.


"Okey2 sorry2 sebab tak angkat call. Dah2 jom keluar. Malu orang tengok"


Dan aku pon keluar dari kereta dengan mata berair.


Mesti korang bengang dengan cerita aku kan.

Mesti dalam hati korang cakap "Ko tengok lah sampai bila Akram boleh bertahan. Nanti kene tinggal baru padan muka. Perempuan mengada-ngada"

Ewahhhhh kemainnya ayat.



Aku pon selalu jugak berfikir Akram ni betul2 ke penyabar orangnya?
I mean kadang2 memang dia meletup jugak.
Tapi selalunya 5 minit je dia marah lepas tu terus pujuk balik.
Macam semalam dekat tiga kali jugak lah dia beristifar melayan keras kepala aku ni.
Huhuhu.


Akram ni perangai ala-ala macam bapak aku and aku pulak macam mak aku.
Mak aku sangat cepat menangis, cepat marah dan lain2 sifat negatif lagi (pehhhhhhh kalau mak aku baca ni mau stand by penyapu bila aku balik rumah ni sebab kutuk dia)
Ayah aku pulak jenis cool, rilek dan selalu dengan taglinenya "Rilekkkk kite buat tenang"
Huhu.


Macam kalau korang tengok cerita Afdlin yang 'untuk tiga hari tu.'
Ada satu scene tu Si Emak Rashidi Ishak memang Queen Control.
Si Ayah Rashidi Ishak ni pulak jenis ikot je cakap Si Emak.
Bila si Rashidi Ishak tanya kenapa Si Ayah selalu sangat dengar cakap Si Emak, Si Ayah jawab
"Ayah bukan takutkan emak kau. Tapi ayah memilih untuk selalu gembirakan emak kau"

Begitu.



So mungkin dalam situasi aku ni, Akram lebih memilih untuk gembirakan aku. Cewahhhhhhh.
Akram kalau aku carik pasal mesti dia cakap "Sukati lah. Malas nak gaduh"

Eleh tak kawen lagi boleh la cakap macam tu kan.
Dah kawen tetibe berubah perangai camne? Kata korang depan PC.


Hmmmmmmmmmmmmm.
Ape boleh buat. Doa je lah bebanyak kan. Hihihihihi.


Apa-apa pon mak aku selalu pesan "Lepas kawen nanti jangan berhenti keje. Biar ada kereta sendiri. Duit sendiri. Jodoh kita ni tuhan yang tentukan. Kite tak tau jodoh kite sampai bila. Mana lah tau kalau jodoh tak panjang, at least kita simpanan, ada kereta, boleh berdikari"


Baiklah ibu.


okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


15 comments

February 15, 2013 at 3:59 PM

kdg2 kite jd cm tu sbb nkkan perhatian je kan kan.hehe

February 15, 2013 at 4:08 PM

gaya mmg nmpk sgt pybr tu..

February 15, 2013 at 4:54 PM

biasalah angin org pmpuan slalu tak menetu .kih3 ^^

February 15, 2013 at 6:22 PM

same la prangai kite. mihmih. alaa. bukan selalu pun kan. haha

February 15, 2013 at 8:10 PM

pesanan mak uols tu mmg sama dengan pesanan mak itewww

yelah kite tak tahu what will happen next kan

so sediakan payung dulu.hihihi


btw, kerammmmmm mmg sgt sabar. hahaha

February 16, 2013 at 12:39 AM

kite pon kalo org xjwb kol kite nk ngamok..
haha..
bgos la akram.. blh sabar..
nt lepas kawen msti wana berubah..
kehkehkeh..

oit.. cpt2 kawen boleh?

February 16, 2013 at 8:24 AM

haaa..baru je nak cakap..seb baikla Akram tu penyabar..hheehehee

February 18, 2013 at 4:41 AM

sweetner koranggggg!!!dia k;au dh syg ngan kamu, xkesah pon kamu ngada2...hihi

February 19, 2013 at 12:19 PM

@Cik Puan Rara
hahahahah!
memang betul pon.
hihihi

February 19, 2013 at 12:19 PM

@Lieyana Ahmad
tahu takpe.
emosi manjang.

February 19, 2013 at 12:19 PM

@Hanim Irsyad
tapi kite selalu.
wakakakaka

February 19, 2013 at 12:20 PM

@Syazana Zainn
hahaha bese lah mak2 kan.
ayat nak same jek.
hihihi

February 19, 2013 at 12:20 PM

@Cik Ezy
alah ittew mude lagik.
wakakaka :P

February 19, 2013 at 12:20 PM

@♥fie yasmin♥
hehehehehe.
kadang2 meletopsss jugek
:P

February 19, 2013 at 12:20 PM

@C.T.K
huhuhu mekasih
:)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal