Loading...

Monday, March 18, 2013

Mandi-Manda Sungai Gabai.




Last week sebenarnya aku plan nak pergi naik Broga.
Tetibe member aku cakap mak die tak bagi pulak.
Eleh mak ke boipren?
Bukan boleh caye member aku ni.
Kakakaka.


So tukar plan.
Mandi-manda.
Dan plan asalnye sebenarnya member aku nak bawak boipren die sekali.
Konon2 nak kenalkan dengan aku lah.
Tetibe pulak busy lah banyak keje lah.
Poyo sangat. (P/S : Kepada memberku Ajak, selagi tak jumpe aku takkan approve. Kahhkahh)
Maka bertiga je lah ke Sungai Gabai.
Aku, Akram, Ajak.
Jangan tanya kenapa nama panggilan member aku ni Ajak walaupon name sebenarnya Maisarah.
Malas betul haku nak exlain.



Malam sebelum tu Akram tanya nak masak ape.
Aku plan nak buat nasi goreng pastu nak goreng nugget, hot dog and fries.
Pastu Ajak cakap die nak masak mee goreng.
Akram cakap nanti banyak pulak tak habes.
So aku tukar plan nak buat sandwich.
Last2 Akram cakap baik buat roti tortilla.


Eleh sebenarnya dia yang mengidam.
Everytime kitorang pergi Giant mesti dia dok usha2 je roti tortilla tu.
Pastu cakap "Sedapnya roti ni. Sedapnya"
Eleh buat lah sendiri kan.
Ni nak harapkan aku jugak.
Tau lah aku ni pandai masak.
Kakakakaka.Sendiri pitam dengan statement sendiri.




So sabtu pagi tu aku pon bangun awal untuk prepare semua benda. Takde lah awal mane pon. pukul 7 lebih jugak bangunnya. Sebab memang plan tanak keluar awal pagi sangat pon. Alah pergi Air Terjun kan. Lambat2 pon air tu takkan panas punye. Makin sejuk giler adelah. Mandi pukul 2 petang pon boleh menggigil tahap gaban. Inikan pulak kalau nak mandi awal pagi. Pengsan. Dah la aku pattern pemalas nak mandi. Hahahaha.



Yang kanan sekali tu lah roti tortilla.
Aku buat inti dia pakai daging cincang.
Campur carrot sikit campur hotdog sikit.
Pehhhh mengancam.




Mengancam cam cam cam.



Akram cakap sedap.
Ajak cakap lagi lah sedap.
Entah berapa ketul dia habeskan siap tapau bawak balik.
Ok pass dah boleh kawen.
Kakakakaka.
Padehal mase pergi Giant Jintan manis pon tak kenal.
Pehhhhhhhhhhhh malu siall.
Dah la kantoi dengan kawan tempat kerja Akram.


Begini ceritanya. Cewahhh.
Mase kitorang pergi Giant tu, aku nak carik seasoning untuk tortilla ni lah.
Sebab dalam resepi (kredit to google) ade campur serbuk jintan sikit.
So kat bahagian seasoning banyak2 tu aku dok bebel2 pasal jintan halus lah jintan manis lah.
Yang Akram bukan nak bagi hint member dia kat belakang.
Tetibe aku dengar dorang dah gelak-gelakkan aku.
Cissss.
Jatuh saham Mak Jemah serbuk jintan manis pon tak kenal.



Siap member dia dah pergi depan patah balik belakang cakap "Dah jumpe dah serbuk jintan manis?"
Pehhhhhhhhhhhhhhhh.
Akram pandang aku gelak2.
Tak kosser betul nak layan.



okdah.


Dalam pukul 10pagi aku gerak pergi amik Ajak kat Bangi.
Dan kitorang pon gerak lah ke Sungai Gabai.
Yang Ajak ni beria cakap kompem tau jalan.
Sekali tetibe pulak tak hingat.
Dah sesat.
Dah satu hal kene pakai Google Maps pulak.
Dah kene U-turn bagai.
Dah kene bayar tol banyak.
HAHA!


Sampai2 memang dah ramai giler orang.
Member aku cakap pergi lah Lubuk Manggis sebab tak ramai sangat orang.
Tapi dah tersampai Gabai ni redah je lah kan.
Semua pon best je.
Sape2 yang pernah sampai Gabai ni kompem tau macam mana tinggi nya Air Terjun ni.
Tinggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Gila kot.
Dah la kene mendaki anak tangga yang entah bape km tah.
Lupe pulak aku nak snap gambar.
Tapi seyes tinggi gila.
Dekat 5 kali kot kitorang berhenti.



Yang aku respek tu yang siap berangkut air dalam bekas besar pehhhhhhh mantap gile energy.
Aku yang bawak beg satu je pon dah macam nak pitam.
Akram cakap "Macam ni nak naik Broga? Macam ni nak naik Kinabalu?"
Okey fineeeeeeeeeeeeeeeeee.


Masa nak on the way naik tangga tu Akram siap jumpe kawan U dia dulu.
Aku dengan Ajak dah "Akram ni mane2 je ade kawan dia"
hahaha.
Seyes. Dia kalau pergi mana2 kompem jap2 cakap dengan aku "Eh macam kenal lah"
Pastu pattern yang selamber tegur walaupon tak sure sape tapi tegur je.
Macam hari tu dia tegur mamat tu "Eh macam kenal lah. Jap sape eh? Matrik Penang? Bukan. Uthm?"
Senang je kan lelaki ni.
Kalau aku memang tak aaaaaaaaaaa.
Aku kan pemalu. Lahhhhhh sangat.



Macam mase Akram pergi Bandung dulu dia kan sorang2 naik MAS.
Mase kat airport tu siap dapat sorang kawan pilot MAS lagi.
Die cakap die main tegur je mamat tu.
Sekali orang Malaysia.
Tapi kerja kat Indonesia.
Dah jadik kawan.
Siap mamat tu cakap kalau nak pergi Indonesia roger lah dia.
Akram akram. Campak kat hutan pon kompem boleh hidup ni.



Penuh!



Kitorang stop kat perhentian nombor dua.
Dia boleh panjat lagi sampai atas.
Tapi larat lah pulak kan.
Dah macam nak krem kaki.



Dah lama sangat tak mandi2 manda kat Air Terjun ni. Tak silap aku last aku pergi dua tahun lepas kot. Ke tiga tahun lepas.




Apa2 hal pon kite makan dulu. Sedap mee Ajak masak. Tapi pedasnya nauzubillah. hahaha! Tapi licin tatappp licin. Bertambah-tambah empat kali lagi. Itu nugget Tempura. Akram tu kan mengade-ngade. Nugget biasa tak makan. Nak tempura je. Kalau hotdog nak yang dalam ada cheese je. -__-





Menu kedua sebelum terjun ke dalam air. Roti tortilla inti daging miaw miaw.




Kitorang ni name je member baik. Kenal dari zaman sekolah lagi. Tapi bila dah kerja ni haram nak jumpe selalu. Almaklumlah masing2 busy bercinta. Kakakakaka. Aku suka kawan dengan dia ni sebab dia bukan jenis minah sentap. Perangai dia sebijik Akram. Penyabar. Dan sedikit kuat cemburu. EH? HAhahaha. Walaupon kitorang jarang jumpe tapi tau lah perkembangan masing2. Gittew.




Nampak tak yang macam mini air terjun kat gambar atas? Best gileeeeeeeee sehhhhhhh. Boleh slide2 kat atas tu. Dah macam ala-ala Sunway Lagoon je. Cuma tak cukup panjang. Tapi apedehal kan. Kau naik je lah berpuluh kali pon. Aku mampu turun sambil duduk je lah. Nak baring takut. Budak2 yang memang orang kampung sana lagi lah slide sambil berdiri okey. Kau tau tak camne orang main skate board tu? Haaa camtu lah bezanya dorang tak pakai ah skate board. Dorang lari2 atas tu pastu diri turun air terjun tu pastu dah nak sampai bawah die lompat terjun dalam air. GILA! Tapi syokkk ooo tengok. Style.




Okey aku baru jumpe gambar ni kat pesbuk (kredit 9gag fb). Haaaa camni ah budak2 tu slide kat air terjun tu. Pehhhhhhhhhhhhh.


Bila penat mandi kite sambung lagi makan. HAHAHAHHAHA! Ajak lagi lah die makan banyak pastu siap paksa aku makan jugak. Katenyee "Aku gemuk kau kene gemuk jugak" 




Lepas makan sambung lagi mandi.
Sambil2 tu ape lagi bergosip la kate dah lama tak jumpe.
hahaha!
Tapi mandi kali kedua rasa macam sejuk gila dari mandi kali pertama.
Apehal tah aku pon tak paham.



Mase tengah mandi tu ada sorang pompuan ni kurus gila tahap dewa.
Memang sekeping je lah.
Aku ngan Ajak dok usha2 perempuan tu.
Pastu tunjuk kat Akram "Cun tak perempuan tu?"
Akram geleng2 kepala sambil cakap Takde lah.
Ceaaaaaaaaaaaa kaver baik punye depan aku kan.
hahahaha!
AKu cakap ngan Ajak "Akram suke badan macam aku je. Sekeping2 ni dia tak pandang"
Kakakakakaka.
Padehal tak habes2 niat nak diet ni.



Lepas mandi kali kedua naik lagi sambung makan.
Hahahaha!
Best gila kalau hari2 hidup macam ni.
Tenang fikiran.



Abang kawasan.




Lepas makan aku ngan Ajak turun lagi. Hehehehe. Dah lame tak mandi air terejon itu yang jakunnya tahap lapat ribu kali jakun. Yang si Ikan Dugong ni takde keje lain. Asal pergi air terjun tak sah kalau tak membute. Dasar gemokkk. Hahahahha!




Lama jugak kitorang berendam.
Naik2 je dah pukul 3pm.
Makan2 jap (Makan lagi -__-)
Pastu kemas2 nak balik2.
Elok tengah kemas tu tetibe mata aku nampak eh macam kenal.
"Amin Taza?" AKu cakap kat budak yang baru sampai air terjun tu.


Haah. Die jawab.
Lahhh orang kampung haku rupanya.
Terjumpa pulak kat GAbai ni haaa.
Bagus.
Dah jumpe mangsa untuk habeskan makanan yang banyak gile ni. hahaha!



Rupanya dia keje kat PD.
Ade warung makan sendiri.
Bagus. Ini macam kalu, aku pegi PD bersiap ah aku nak bantai roti canai sampai pengsan.
Nombor dah amik dah siap2.
Hehehehe.
Dah la lepas ni plan memang nak pegi PD.
Bersiap lahhhhhhhhhhhhhh wahai Amin.
Huahuahuahuahua.


Dan Akram macam biasa lah kawan aku semua jadi kawan die jugak.
Beria berborak dengan si AMin tu.
Bagus2.
Macam ni lah Jantan. Kakakakkaka takde kene mengena.



Tapi sebest-best Sungai Gabai ni satu je yang aku benci.

TOILET KOTOR!!


Aku memang benci lah dengan toilet kotor ni.
Bertambah benci sebab nak masuk Gabai ni bayar sehinggit kot.
Kalau sorang sehinggit 100 orang dah 100 ringgit.
Setakat beli sabun cuci toilet baru bape ringgit kan.
Memula masa dorang bagi tiket masuk tu aku pikir oh takpe lah bayar singgit je pon maybe dorang jage kawasan ni.
Sekali tengok toilet hancusssssssss.
Dengan paipnye bocor.
Takde tempat nak sidai beg kat pintu toilet.
Pelisssssssss lah weh.
Duit tu pergi mana?



Kan dah emo.


okbai.













With Love : Syazwana Jamal :)


22 comments

March 18, 2013 at 4:29 PM

haha akak dh buat kite rindu rinduaan kt air terjun gunung lambak johor ... roti tortilla tu baru je tau dri blog akk :) mcm mngancam cam cam

March 18, 2013 at 6:20 PM

saya memg banned la gabai. dah la naik tangga tinggi sampai terketar2 tak boleh nak drive lepas tu. blom lg campor sakit urat besok ye. lepas tu, nak tukar baju pun azab. last pegi gabai tahun 2009 kot. rasanya dorang memg xnk betulkan pun toilet tu

March 18, 2013 at 7:16 PM

Ajak, nak tengok pak we ko?! eh, cam salah komen jek...huhu, wana, entri ni buat aku rindu jek nak berkelah, dah terpaksa, baca balik entri lame2

March 18, 2013 at 9:11 PM

beronok2 best tengok orang tu mandi manda. tengokkk gambar mkanan lagi laaa buat jadi lapar.hihi =D

March 18, 2013 at 10:06 PM

Wah, air dia agak jernih jugak ye.. bestnyerrr.

March 19, 2013 at 10:25 AM

sweet betol korg ni.huhu..

p/s menjawab persoalan ko, aku study bio..tp aku kan degil..suka kerja out of my study.haha

March 19, 2013 at 10:32 AM

Nice....! Last mandi air terjun kat telaga tujuh langkawi. recommend kau g sane. memang best!

p/s: kau dah ada akram, pilot MAS tu pass kat aku...hahaha... =p

March 19, 2013 at 11:15 AM

beshnya.. lama tak mandi air terjun.. air terjun dlm blik air sndiri adalah..huhu

March 19, 2013 at 12:20 PM

yeahhh update jugak kronologi mandi air terjun ni.haha

tortilla tu nmpak sedap!!

:p

March 19, 2013 at 2:01 PM

wahhh bestnyaaa.. ena dah lama tak mandi sungai..hehehe..

March 19, 2013 at 5:23 PM

@eqa sulaika
walaupon orang johor tapi pes time dengar air terjun gunung lambak. kakakaka

March 19, 2013 at 5:24 PM

@dhiera
pehhhhhhhhh seyes memang terketar-ketar lutut wuwuuuu tanak dah pegi lepas ni. huhuhu

March 19, 2013 at 5:24 PM

@munamuni
hahahaha bukan salah aku lah.

March 19, 2013 at 5:24 PM

@laskar pelangi
okeh sila pergi makan.
hehehe

March 19, 2013 at 5:25 PM

@Lia Ilnia
hehehehe best2.
sesekali buat aktiviti camni memang superb!

March 19, 2013 at 5:26 PM

@Rozuan Ismail
tengok muke ko pon dah tau degil.kahkahkah :P

March 19, 2013 at 5:26 PM

@alyalyana
alamak jaohnyeeeeeee iylia oii.
hahahaha

p/ssss : haku pon tak kenal mamat tu. kekekeke

March 19, 2013 at 5:27 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
fuyohhhhhhh ade air terejon dalam bilik sendiri tuuuuuuuuuuu.

March 19, 2013 at 5:27 PM

@Syazana Zainn
sedap!
sila lah try.
heehe

March 19, 2013 at 5:27 PM

@✿AINAA ROSEBERRY✿
best sangat!
hehehe :D

March 20, 2013 at 10:10 AM

serik akak nk g gabai lgi..x best..

March 25, 2013 at 9:35 PM

Sentap mak noks.. Mak pun sekeping gak.. Huhuhu..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal