Loading...

Friday, October 11, 2013

Kencing tak lawas : Sakit bila kencing : Sebab, Tips & Ubat




Sebab ramai sangat yang tanya aku pasal kencing tak lawas ni meh aku cerita balik pasal benda ni ok.
Sebabnya entry aku pasal benda2 ni like tanda2, macam mana boleh kene, ubat dia, and else dekat lain2 entry.
So sebab aku sayang kan korang cewahhh plus aku comel plus aku terlebih rajin hari ni aku up la entry rangkuman sekali ok.



Jap before tu aku letak link kot2 ada orang nak baca yang dulu.

1. Tanda2 kencing tak lawas ---> http://tomatowithcheese.blogspot.com/2012/03/masalah-kencing-tak-lawas.html

2. Ubat farmasi yang pernah aku makan untuk kencing tak lawas ni ---> http://tomatowithcheese.blogspot.com/2012/07/banyak-betul-penyakitnya.html

3. Ubat yang sangat aku reccomended ---> http://tomatowithcheese.blogspot.com/2012/12/ubat-terbaik-atasi-masalah-kencing-tak.html


Okey actually kadang2 ada orang tak tau yang dia kene kencing tak lawas.
Macam masa aku mula2 kene dulu pon aku tak tau.
Tetibe aku just rasa sakit bila nak kencing.
Pastu paling terseksa bila kita kencing tak puas. Sikit2 dia keluar.
Selang beberapa minit rasa nak kencing lagi. Bila kencing rasa sakit yang amat.
Bila mak kawan aku cakap aku kene kencing tak lawas aku macam "What the hell on earth is kencing tak lawas?"
Hahaha!

First time dengar ok.
Lepas tu baru la tau.


Masa kene dulu seyes macam nak nanges.
Dan memang rasa nak bertapa terus dalam bilik air.
Jalan dah terkengkang-kengkang dah sebab sakit.
Mengalahkan perempuan baru lepas bersalin.


So antara sebab boleh kene kencing tak lawas ni macam kat bawah.

 Hygiene : rutin harian kebersihan dalaman like selalu tukar panties. tapi sebab aku pakai pantyliner so tukar pantyliner je lah. dan kadang2 terlupa jugak nak tukar. okey noted !

 Pakai seluar dalam basah : okey sape yang selekeh sangat kan sampai nak pakai seluar dalam basah. kalau semua basah baik tak payah pakai. lagi best. berangin je. hahahahaha !

 Food yang kita makan : Like yang manis2 and pedas2 sangat. 





Masa second time aku kene tu mak aku suruh beli ubat kat farmasi.
Tapi seyes tak jalan dengan aku.
First aku beli ubat jenis serbuk. Aku tak ingat nama dia ape. Tapi dia macam serbuk garam.
Dah la rasa payau + masin. Dua hari still tak baik2 lagi.
No way.
Aku pergi farmasi lain and ade sorang akak tu suggest aku minum satu jus ni.



 Cranberry Juice.
SANGAT RECOMMENDED
CAPSLOCK TANDA SERIUS


Aku beli time tu Rm50 untuk 500ml.
Aku minum malam tu alhamdulillah esok pagi dah tak rasa sakit dah masa kencing.
Memang sangat effective sebab tu aku berani recommend kat korang.


Jus ni aku beli kat farmasi area rumah sewa aku kat KL.
So aku tak sure if farmasi tempat lain ada ke tak.
Tapi aku google2 kat Watson and Guardian pon ada jual jugak.
So try cari kat tempat korang k :)


Tapi aku cakap jus ni memang masam gile bahabss la punye masam.
Sebab memang betul2 die punye pure jus.
Aku dah la memang benci benda2 masam ni.
Sebab terdesak terpaksa jugak minum.
Tanak sakit punye pasal.
Jus ni simpan dalam peti ais ye.


Dah alang2 ni jugak aku share la antara kebaikan lain jus ni macam gambar kat bawah.





Akak farmasi tu pernah cakap kat aku dulu yang kencing tak lawas ni selalunya punca dia sebab kurang minum air and selalu sangat tahan kencing.
Well air kencing kita kan ada kuman.
So bila ko tahan2 kencing ko, kuman tu pon tak keluar lah dan melekat kat pundi kencing kita.
Tu yang dia effect kat saluran kencing ko tu.
Sebab tu kita akan rasa sakit time nak kencing.
Kuman tu la puncanya.


Dan bila once ko dah kene kencing tak lawas ni, kuman tu dah macam ada tapak untuk dia stay if korang still tahan2 kencing.
Kira macam bila ko tahan, kuman tak dapat keluar, dorang pegi cari port ah.
Dan seterusnya menyebabkan berlaku balik penyakit ni. begituew. Hihi.
So rajin2 la minum air masak ye.

Ada orang cakap minum air barli pon boleh cure penyakit ni.
Aku memang suke minum air barli.
Tapi masa kene kencing tak lawas tu bila minum air barli tak jalan secepat minum cranberry jus tu.
Air barli just nak cegah je kot.

Aku alhamdulillah la sampai sekarang dah takde kene lagi kencing tak lawas ni.
Hopefully sampai bila2 pon takkan kene lagi.
Sengsara weh.
Sobssss.


So harap info ni berguna ye :)

okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


32 comments

October 11, 2013 at 1:19 PM

bagus jugak ye ubat nie..thanks for the info ye.

October 11, 2013 at 1:26 PM

budak kecik...
nk no tipon

October 11, 2013 at 3:40 PM

great tips

October 11, 2013 at 6:25 PM

mujurlah tak dok lagi kena cenggini


hewhew


p/s: saje test kat google, bila taip kencing tak lawas mmg blog awak nombor 1 hahaha

October 11, 2013 at 8:31 PM

terima kasih di atas perkongsian pengalaman.. ubat tu dari indonesia ya?

October 11, 2013 at 10:43 PM

Good info nih.. In case kan.. Thanks Wana for sahring.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

October 13, 2013 at 12:01 PM

terima kasih doktor;)
sangat membantu bg yg search pasal nih. :)

October 16, 2013 at 8:25 AM

errkk..kencing x lawas seksa wooo.. deqla dah 2x kena.. mmg x puas kencing.. sakit pulak tu ... deqla amalkan minum air bali ... ;)

October 17, 2013 at 4:23 PM

tq share, yg penting kena minum air masak byk2 dan jgn tahan kencing... satu lagi air barli pun sgt2 membantu tau kalau kencing x lawas ni !

October 18, 2013 at 12:45 PM

wahhh nice info

October 21, 2013 at 9:13 PM

Bagus info ne. :) Cara I lawaskan kencing, minum banyak air seja. Makan watermelon pun dah cukup. :) Btw, done followed your blog from this giveaway http://meyrajohn.blogspot.com/2013/10/ga-oktober-2013-nurul-yui.html

Anonymous
January 30, 2014 at 1:27 PM

sesape kene sakit ni baik xyah pikir panjang cecepat je gi jumpa dr takut nanti melarat,kawan aku cerita dia kene sampai jangkit kat pusat dia habis pusat dia berulat2

.sbb aku da kene memula aku baca2 kat tenet ni kata minum ubat ural la,minum misai kucing la.so aku beli la minum ural ngan misai kucing....masuk hari ketiga x baik gak....tiap 3 jam sekali nak kencing,berdenyut2 plak tu rasanya....ni dah sehari aku makan ubat dr ada antibiotik aku takdelah kencing 3 jam sekali.plus sakit aku dah kurang but masih ada.dr bagi aku antibiotik untuk 5 hari,nanti dr tu check air kencing sekali untuk pastikan dosage antiobiotik yg sesuai

March 13, 2014 at 12:51 AM

Sy bru jer kene pyakit ni... Bru je lps jpe dr.. Dh mkn ubt so now tgh tgu kncing kluar... Huhu seksa...

March 13, 2014 at 12:53 AM

Aku bru jer kne pyakit ni..syakett.. Da g jpe dr. . Mkn ubt pon suda now tgh tgu kncing kluar..adushh seksanya

Anonymous
May 17, 2014 at 6:40 PM

Dr cek cmner?

Anonymous
May 17, 2014 at 6:41 PM

Mcm mn dr cek?

January 27, 2015 at 9:54 PM

Alat bantu solat utk kencing tak lawas..alatbantusolat.blogspot.com

January 27, 2015 at 9:55 PM

Alat bantu solat utk kencing tak lawas..alatbantusolat.blogspot.com

Anonymous
January 27, 2015 at 9:55 PM

Alat bantu solat utk kencing tak lawas..alatbantusolat.blogspot.com

March 14, 2015 at 1:25 AM

Info yang sangat bagus..sudi2 la singgah ke vitaminzizi.blogspot.com ya😍😍😍

March 29, 2015 at 11:16 PM

Good info dear..on facing this prob..

April 13, 2015 at 7:20 PM

Assalamualaikum...anda hadapi masalah kenci g tak lawas atau kencing kotor...mai whstsapp saya 0176607841. Saya ada cara penyelesaiannya..

April 13, 2015 at 7:37 PM

aah sama dengan...taip² kuar blog ni dlu...bagus²

April 19, 2015 at 11:08 AM

Anda ada masalah kencing tak lawas...mai whatsapp saya 0176607841 untuk atasinya segera selamat dan mudah

August 11, 2015 at 6:22 PM

Betul tue..
Kebersihan dalaman wanita kena jaga kan..
Nak elak perkara lain pula tejadi.

Anonymous
November 3, 2015 at 9:57 PM

sorry, sy dah x jual..harap xde yg pm sy ye..tq.

November 18, 2015 at 2:26 PM

Xselesa kan kena kencing xlawas ni kan... pulak tambah mcm sakit perot... keja nak g toilet je... nak bertapa dlm.toilet kalo boleh tew...

November 30, 2015 at 10:47 PM

Sy baru je kena skt ni hari ni hari ke 3. Skrg tgh mkn ubat doc. First day kena mmg kerap g toilet hampir 10 kali masuk kluar.. Then kali ke 8 gtu kencing dah perih sgt last skali d hujung tuu ada titisan darah pas pada tu mula laa masuk toilet 15 min sekali.. Masa tu tgh kje bila tgk darah byk sgt trs tinggal kje n g jumpa doc.. Doc mcm biasa laa bg ubat tp sy mintak doc btkan urine test sbb sy risau air kencing da bercampur darah.. Bila da buat tu doc bgtau suspek batu karang.. Kalo tak buat urine test myb kita ingat just kencing kotor jek kan.. Huwarghhh sedih dgr pas cukup seminggu abes ubat ni nt nk kena p cek smula hope semua ok..
fobia nak kencing sbb skt sgt :(

March 15, 2016 at 6:11 AM

Assalamualaikum tuan,Terima kasih pemberitahuan tuan, syok2 baca artikel tuan, ini pon ada rasa2 nak tekuncil pun aku tahan Jebat.. hahaha tq tuan ilmu nya, Masam die hard or ape ke.. mesti mau beli ini Cranberry Juice, tysm

March 15, 2016 at 2:27 PM

@P_Nassem
memang kaw2 punya masam. hahaha

SFadillah
February 10, 2017 at 11:56 AM

saya dh 7 bulan kena urine infection.scan pstu batu karang. doc ckp saiz batu trlalu kcik so, patutnye xde la sakit sgt. ni sakit sblom & selepas kncing. x lawas & kdang2 cmpur darah. dh jumpe 3 pakar urologist & dh mcm2 ubat doktor bagi tpi x hilang2 jgak. kurang tu ade la tpi tetap sakit. dh try minum air bali, ural serbuk pun cmtu gak. baru2 ni (feb'17) cuba 3x minum jus cranberry (serbuk) recommended by staff farmasi. rse mcm ade kurang byk dh..harap akn sembuh mcm biase. x tahan sgt sakit mcm org nk beranak. huhu

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal