Friday, November 30, 2012

Jodoh kita. Siapa yang tentukan?



sumber : google


Hari tu ada orang pernah tanya kat aku.
Macam biasa lah soalan paling femes di abad ini.
Lagi-lagi bila tiba musim mengawan ni kan.
Memang semua orang pon berlumba-lumba nak mendirikan masjid. cewah. tau pulak guna perkataan sopan kan. hehe.


"Bila nak kawen?"


Even aku kalau jumpe kawan lama pon akan ajukan soalan yang sama jugak.
Bila sendiri kena tau pulak rimasnya. *Duckface*
Tapi stended ah kan kawan sekolah lama2 dulu lama tak jumpe tetibe jumpe balik memang kene la soalan tu kan.
Lagi2 bulan 12 ni memang berduyun2 kawan sekolah aku naik pelamin.
So soalan bila nak kawen kepada kawan sekolah adalah dibolehkan.
cewah sekati nak bagi hukum sendiri. haha !


Berbalik kepada kes aku.
Yang tanya tu bukan aku kenal sangat pon. First time jumpe.
Actually dia kawan kepada *nama dirahsiakan* . Rahsia untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan. sekian.


Masa kitorang lepak2 makan dia tanya soalan tu.
Aku pon jawab lah macam biasa "Tengok lah nanti"


Ingat kan dah habes kat situ.
Sekali eh mamat ni nak tambah2 pulak. "Dah jalan jauh2 berdua ni takkan la takde pape kan"
Halamak nampak macam identiti *nama dirahsiakan* macam dah terbongkar je. kuikui.
pape je lah jemah.


ok teruskan.
aku jawab lah "Tunggu la dot dot kumpul duit dulu"
Lagi mau dot dot kan. motip sangat.



Aku ingat dah takde soalan lagi.
Eh nampaknya aku silap.
Tetapi kali ni bukan soalan tetapi ayat penyata yang menyentap haku.

"Kalau tunggu kumpul duit memang tak terkumpul la. Tapi kalau dah ade tujuan nak kawen tu memang senang je nak kumpul duit"


Aku hanya mampu tersenyum lalu berkata dengan nada seorang jurutera yang berjaya.

Hamboiiiiiiiiiiiiii kemain lagi hengkau kan. Macam perli je.
Ko dah nak bertunang boleh la nak cakap camtu.
Ek eleh.
Kalau duit berkepok depan mata memang esok jugak aku boleh kawen lah der.
Ni aku banyak lagi tanggungjawab. Adik aku ade yang tak habes sekolah lagi.
Parent aku bukan gaji puluh2 ribu.
Kalau kawen mak bapak seponsor boleh aaaaaaaaaaa.

okey tipu aku cakap dalam hati je sebenarnya. haha !


Memang la orang selalu cakap kawen sederhana je.
Jangan nak letak hantaran mahal2.
bla bla bla.


Weh sederhana tu pon pakai duit jugak. Semua benda pon nak pakai duit.
lagipon insyaallah kalau kawen sekali je seumur hidup nak la nampak perfect.
untuk di kenang2 di har tua.
mana lah tau kot2 dah kawen bergaduh (mintak jauh) boleh la terkenang-kenang majlis kawen. boleh la tambah2 perasaan sayang tu. ade kene mengene ke? haha


lagi pon aku taknak sebab aku nak kawen parents aku terkene susahnya.
Memang boleh kalau nak nikah je pon. Tak payah bersanding la ape lah. Tapi sebagai seorang perempuan harus ada impian sendiri kan.
Kalau kau nak kawen dengan cara kau silakan. Aku rilek je.


sumber : google


Yelah Akram selalu cakap dengan aku "Kalau dah sampai seru nanti senang je jalannya"

Aku pon iyekan je lah.
Macam yang kite tau kan. Jodoh ajal maut tu kan semua di tangan Allah.
Memang kite kene berusaha. Tapi selagi Allah cakap tak boleh macam mana kite berusaha pon memang tak jadi.
Aku taknak lah bertunang pastu tengok2 bila bertunang gaduh macam ape pastu putus.
selisih okey.


sekarang masa berkawan pon gaduh je memanjang ape lagi kalau dah bertunang.
haha !
dasar perempuan kepala batu. ye aku la tu bukan orang lain pon.



Macam aku tengok Semanis kurma malam tadi. Ada sorang tetamu jemputan tu sape entah dia siap cakap camni "Allah dah tentukan jodoh kita sejak azali lagi. Kalau sorang kat utara sorang kat selatan pon Allah mesti ada jalan untuk jumpe kan. So rilek je."

HAHA! Gile sempoi kan.
Tapi bagi pendapat aku memang lah takdir tu Allah dah tentukan.
Tapi still kene berusaha. kan?
Sebab tu orang cakap kite boleh ubah takdir. correct me if im wrong. cewah.


Dan ada sorang mak kawan aku pernah cakap kat aku bila aku cakap "kalau ada jodoh tak kemana"

Makcik tu cakap "Memang la ada jodoh tak kemana. Tapi kalau kite tak berusaha carik jodoh tu nak ke kawen dengan lelaki yang dah duda sebab die dah salah kawen dengan orang lain dulu? Nak ke dah tue baru nak kawen sebab tak berusaha carik jodoh tu"

Okey taknak.

Sebab mak aku pernah cerita.
Ada sorang pakcik kat kampung aku tu dulu dia kapel dengan sorang makcik ni.
masa dorang muda2 lah.
tapi pakcik tu kawen dengan orang lain.
makcik tu pulak tak kawen2.
sampai lah beberapa tahun lepas isteri pakcik tu meninggal dan pakcik tu jumpe balik dengan kekasih lama dia tu and dorang kawen.
Still jodoh kan? Cuma lambat.

Jadi marilah kite berusaha.


sumber : google


Tapi tu lah aku rasa Jodoh tu sangat Subjektif kalau kite nak cerita.
Yang penting doa je lah banyak2 semoga dipercepatkan jodoh tu.
Kalau Allah cakap minggu depan aku kawen, mane tau tetibe je entah dari pelosok mana ada orang nak seponsor aku kawen ke kan.
Maka kawen lah aku minggu depan. Kahhkahhh !

Verangan je. Hihi.



Makanya jangan lah tanya lebih2 bila seseorang tu tak kawen lagi.
Bukan taknak kawen. Semua orang nak kawen awal.
Cuma rezeki manusia lain2.
Tak semua orang dapat rezeki kawen awal macam kau tu.
Jadi jangan terlalu bermegah sangat bila kawen awal dan pandang rendah pada yang tak kawen2 lagi tu.
Kite tak tau ape jadi masa2 akan datang.
Kau yakin ke kau kawen awal jodoh kau sampai akhir hayat?
Takkan.
So please respect each other life.
wah serius sangat kan. Hehe.



Btw, I muda lagi.
Sekian.




okbai.



                                               


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, November 27, 2012

Senjata terbaik seorang wanita.





Masa aku haplod entry cakap aku nanges sebab lapar tu  kawan aku cakap camni "Wow. Tak pernah aku dengar lapar, sampai nanges, nyorok belakang kereta lagi"

HAHHAHAHA !

Kan.

Selain aku sebagai diri sendiri, aku pon tak pernah lagi setakat ni dengar orang lapar sampai menagis-nangis.
kecuali lah baby2 yang comel dan tak pandai cakap.
of course dorang akan menangis bila lapar.

Oh mungkin aku masih comel seperti baby kot.
kahhkahhh.

atau mungkin aku sangat manja seperti baby ditambah dengan raut wajah yang comel *pitam* sehinggakan perangai pon tak boleh nak matured.
kihkih.
sampai hari tu ada sorang budak tanya aku tingkatan berapa. hamagad! hakak dah tue dik.
tapi masih comel *tak habes2 nak up kan diri sendiri*



okey kalau korang nak cakap aku gedik mengada-ngada silakan.
sebab aku memang gedik pon. haha !
taklah aku garang sebenarnya. bukan setakat garang, keras kepala, panas baran dan oh banyak nye kalau nak senaraikan perangai buruk. ok cukup lah. haha !
tapi satu perangai buruk yang aku tak boleh nak kawal ialah memang aku akan nanges bila lapar.
tapi aku nanges bila dengan Akram je.
Nampak tak gedik mengada-ngada di situ. haha !


sebab tu hari tu masa Akram nak bawak makan jauh sikit awal2 lagi dia dah tanya "dah lapar sangat ke biasa2 je"

takut lettew aku emo. hihi.


kadang2 aku rasa macam aku dah matured dah.
tapi kadang2 rasa mengalahkan budak2 pon ada jugak.
tetiba rasa macam ada dua personaliti.



pastu Sabtu malam lepas kitorang pergi tengok wayang kat Seremban dua.
yang menghairankannya wayang start pukul 630pm.
kitorang beli tiket pukul 530pm.
seat depan dah penuh tapi seat belakang banyak lagi kosong.
kitorang wonder adakah orang2 seremban memang suka tengok wayang depan2. haha !



kalau seat belakang yang kosong tu semua patern kosong satu-satu takpe.
ni yang kosong dua seat dua seat.
memang best lah kan sejam before wayang start pon dapat seat belakang untuk cerita Twilight.
hehe.



Kalau sape2 tak tengok lagi part yang dorang lawan2 tu sebenarnya Vision si Alice je. Takde sape pon mati. Pastu Jacob akan bersama dengan Renesmee. Happy Ending. Sekian.


Lepas balik tengok wayang pergi balik rumah pakcik Akram kat Dengkil.
Paling best sebab masa otw pergi Seremban teringin gila nak makan durian.
Tetiba balik Dengkil durian berlambak-lambak.
makan lah kau sampai pitam.


Pastu malam tu Akram suruh kejut dia esok paginya sebab dia nak ajak pergi pasar pagi dengkil.
esok paginya aku kejut pukul 8 taknak bangun.
kejut pukul 830 tak bangun jugak.
pukul 9 bangun tapi kejap kejap.
last2 aku fed up. mula lah aku emo.



pukul 10 dia bangun aku dah emosi.
dah la lapar. sebab rumah pakcik dia tu tak buat bekpes. sebab dorang nak pergi kenduri kawen.
tapi aku ni satu hal lagi punya perangai, bila aku dah emosi memang aku malas nak dengar cakap orang.
kepala batu katakan.
Akram dah ajak keluar aku buat bodoh je last2 dia sambung tido.
memang geram lah aku.



Pukul 1100 camtu aku kejut dia pastu nanges.
hahaha !
ape punya perangai entah.
cakap ngan dia lapar pastu emosi.
aku punya marah siap baling2 henpon ngan kunci kereta lagi.
Akram dia memang penyabar tapi bila tak tahan dia emo jugak.
huhu.



Tapi kejap je lah dia marah. bila aku dah nanges2 macam hape baru dia cool.
terus cakap elok2 balik siap amikkan beg aku start kereta and bawak aku pergi makan.
Memang tak dinafikan air mata senjata wanita paling berkesan sekali. hehe.
kadang2 rasa kesian jugak dengan sikap penyabar dia tu. huhu


kitorang pergi makan nasi lemak dengan kari ayam.
naseb baik ada lagi.
dah la dengan mata bengkak.
dengan muka tak pakai ape2. yakin gila aku.
kau mampu? hahaha !



masa on the way balik rumah Akram memang tak sah menganjing aku.
pegang2 aku pastu cakap "eh bunyik ape eh ni. macam bunyik kari ayam la"
pastu gelak2.
menyampah sangat.


pastu asyik cakap "eleh lapar pon nak nanges"


biarlah.
budak manje.



euwwwwwwwwww.

okbai.


                                     





With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, November 23, 2012

Antara golongan manusia yang tak pernah nak cakap tak. Lucky me.







Walaupon Akram adalah manusia yang tidak praktikal balik-balik kerjanya asyik je nak menganjing aku bila aku ade kat depan mata dia, tapi Akram adalah contoh manusia yang tak pernah nak cakap tak pada aku. Lucky me. Yess :)
Walupon permintaan aku adalah sangat merepek dan kebudak-budakan tapi seboleh-bolehnya dia akan cakap 'ye'
Seingat-ingat aku memang dia tak pernah kot cakap tak.
Selalunya dia akan cakap 'yes'. Kalau dia busy pon dia akan cakap 'okey nanti kite tengok macam mana k'


Thats why I Love him ! Wiwiwiwiwiiwi. *pitam*
Harap2 sampai bila2 lah dia macam tu

Dan disebabkan dah lama tak tengok wayang, this week aku ajak dia tengok Twilight.
Even aku dah tau ending dia yang nanti Jacob kawen dengan anak Bella. Pastu yang dorang lawan2 tu semua ilusi je kot. *eh terbagi tau pulak.* Tapi aku tetap nak tengok. Hihi.




Nah yang takde kerja tu.







Dan malam ni kalau jadi nak pergi makan ketam. Yeay !!
Walaupon aku tak berapa suka sangat makan ketam ni sebab leceh nak buang kulit dia segala tapi aku suka menyibuk dia makan dengan kawan dia. Hahahaha!



Ok tadi bos cakap start next week aku kene over time sejam.
Tapi boleh claim la dengan company.
Sebab banyak sangat drawing yang nak kene siapkan. Haih.



So ape lagi. Stop blogging and continue working please !

Baiklah.


okbai.




                                     


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, November 21, 2012

Hobi suka menganjing.






Akram sekarang memang semakin tidak peraktikal dan parah.
Beliau hanya tahu membuat lawak, menganjing, membahan, melauk, menyayur, dan tidak dilupakan hobi fevret beliau iaitu makan.
Yang menjadi mangsa sebagai subjek untuk dibahan kan adalah tak lain dan tak bukan iaitu Aku.
Namun begitu sebagai seorang yang tabah, sabar, penyayang dan sedikit comel aku senyum kan aje.



Ok tak. paling tak pon harus cubitan maut aku hinggap ke beliau.
baru puas hati aku. HAHAHHAHAHA !


Aku boleh tak perasan Akram check in dengan ayat macam gambar kat atas tu.
macam siot.
Time tu Sabtu malam kat Penang.
Aku perasan dah hari Isnin.
Btw jangan tanya kenapa nama dia macam tu. Dia memang selalu bajet ade sedikit keturunan cine. padehal mate je yang sepet. muka tetapppp .......................... (Mohon korang tolong isi bagi pihak aku)


Puncanya hari tu.
dua minggu lepas kot masa pergi Wedding kawan dia kat Penang tu.
Sabtu malam tu dalam pukul 8 malam kitorang jalan2 kat area Batu Feringgi.
Sekali hujan. Dah la tak makan lagi.
Lepas tu ada sorang kawan dia ni ajak lepak kat Queens Bay pulak.
Yang paling best Akram bukan tau jalan pon.
Dan lagi best boleh pulak lost dengan kereta kawan dia.
So ikot je signboard.
Aku dah la memang ngantok time tu.
Aku tido lah. Sekali Akram kacau. Haaa aku bangun tido tengok tak sampai2 lagi tempat makan memang hangen lah aku. HAAHAHAHA !
Dah la ngantuk, lapar. Dah dekat pukul 12 malam dah.
Terus Emo. Hihi.



Sampai kat QueensBay tu terus aku nanges.
KahhKahhh.
Ape punye perangai entah. Lapar pon nak nanges.
Siap nyorok kejap belakang kereta sebab nak lap air mata.
tu yang sedap je dia menganjing aku tu.


Ok walaupon aku ni nampak je keras macam batu tapi aku adalah gembeng.
Baiklah sila lah gelak puas2.


Macam Fynn Jamal Cakap "aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa"



Mungkin Anak kepada bapak yang bernama Jamal perangai suka nanges kot.
Kuikui.
 

Pastu siap member dia tanya kenapa.
Cisss malu Mak Jemah tau.
Akram dah la cakap aku nanges sebab kelaparan.
Tak cover langsung. Nampak sangat tembolok macam bela hantu raya. HAHA !



Pastu last week masa hantar adik dia pergi Penang kitorang try Nasi Kandar beratur ni (nanti aku hapdet).
Kedai bukak pukul 10 malam.
Lagi sedap lah dia menganjing aku.
Sikit2 tanya lapar ke tak lapar ke tak. Cisss.
Pastu nampak kereta Exora (tempat aku nyorok hari tu) terus gelakkan aku sambil cakap "Eh taknak nyorok belakang kereta ke?"


Malas nak layan.
Nanti lah die.



Okbai.



                                                             


With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, November 9, 2012

Randy Pangalela vs. Pandalela Rinong





Randy Pangalela vs. Pandalela Rinong.



Hari tu masa kat kat Penang dalam kereta dengar lah satu lagu ni.
Dah habes lagu tu DJ pon cakap lah penyanyi dia Marsha dengan si Randy ni.
Lagu ape entah aku pon lupe dah.
Tapi tak kisah lah kan.
Bukan tu pon persoalannya.


Persoalannya tetiba je lepas tu Akram cakap dengan aku macam ni.
"Oh si Randy ni kan. Yang adik beradik dengan sape yang berenang tu"


Dah la niat nak tipu aku. Nak menipu pon salah.
Pandalela terjun lah bukan renang.
tapi takpe. bukan itu jugak persoalannya pon.


Persoalannya Randy dengan Pandalela adik-beradik????????????
Dia ingat aku nak percaya ke.
Aku pon gelak lah.
Aku cakap Randy orang Indonesia. Pandalela orang Sabah.
Eh ke Sarawak?


Pastu tetiba Akram cakap serius.
"Betul lah. Ayah dorang sama. Mak je lain2"


Pastu aku jeling2 si Akram ni. Dia buat muka tak bersalah je.
Aku memang geram dengan Akram ni.
Akram memang suka kenekan aku.
Sebagai seorang yang jujur dan memang senang kene tipu aku memang selalu percaya cakap dia.
Pastu nanti kene gelakkan. Memang siot !


Tapi hari tu aku cakap "Dah la tak payah nak tipu. Dah taknak percaya lagi dah"
Kata aku dengan bangganya. Hihi.


Eh tapi betulkan dorang bukan adik beradik kan?
Ke sebenarnya Akram berkata benar?



okbai.



                                          


With Love : Syazwana Jamal :)


Friday, November 2, 2012

Hujan.







Sekarang ni kalau boleh tiap2 petang nak hujan.
tetiba aku rasa hari ni aku macam pening kepala nak demam.
oh pelisss la jangan demam.
hujung minggu ni nak jalan2 Penang kot.
pergi wedding kawan Akram. yeay !
tapi kalau demam ape salahnye kan. boleh la manje2 mintak belanje makan. suapkan makan. kahhkahh. pitam.


Tapi kat KL ni hujan macam gila sikit.
siap boleh main acah2 lagi.
macam aku kerje kat Plaza Mont Kiara memang tengah hari je kompem hujan.
tapi yang menyakitkan hati tu ade sekali tu aku dengan member aku nak pergi lunch.
kedai makan tu die kene jalan sikit. so time tu hujan lebat gila. kitorang naik lah opis balik sebab nak amik payung.
turun2 je opis yang tak sampai 5 minit tu tetiba hujan dah reda.
hampeh.
tapi memang setiap hari pon macam tu.
tengah hari hujan lebat sekejap.
then berhenti. petang kang time aku nak balik mula lah dia start hujan balik.
hujan yang jenis lebat gila bahabi pulak tu.


bila drive sorang2 balik kerja time hujan tu lepas tu nampak pulak yang naik2 motor terpaksa berhenti bawah flyover sebab nak tunggu hujan reda aku rasa kesian gila.
yelah orang naik motor maybe sebab nak elak jem kan.
tapi bila hujan petang2 tak pasal2 terkandas di bawah flyover.
tengok dorang macam tu mesti aku teringat kat Akram.



Akram dulu kan bawak motor jek.
motor kapcai je. keh keh keh. hujung tahun lepas kot tak silapnye baru dia pakai kereta.
before tu memang manjang la naik motor.
kadang2 boleh jadi gaduh sebab motor dia rosak lah.
tetiba nak datang hujan lah.
memang teruk zaman2 kemerosotan kitorang dulu. cewah !


nanti dah ade anak (kah kah verangan saje kau jemah !) aku nak cerita kat anak2 aku betapa susahnye hidup kitorang dulu.
kadang2 nak pergi dating pon terpaksa pergi tempat yang dekat2 yang senang nak naik public transport.
sebab dulu motor Akram ni tak boleh nak bawak dua orang.
harap je pakai RXZ tapi hampeh. merempit pon semput. kahhkahh !



Pernah sekali tu aku ajak Akram pergi tengok teater.
time tu cerita ape entah tengah tayang kat Istana Budaya.
dah la time tu agak waktu musim hujan jugak lah.
hari nak pergi tu siap bergaduh lagi pasal motor lah. sebab hari nak hujan pastu dia cakap motor die macam tak okey.
aku pulak kan bangsa degil. kalau aku nak sesuatu tu aku nak jugak.
haha !


kesudahannya Akram sampai jugak rumah aku dalam keadaan basah kuyup.
tapi time tu aku dah takde mood dah nak pergi.
aku siap halau dia balik lagi.
tetiba rasa diri jahat gila. oh demmmm !
syg ai lebiu. hahaha !


pernah jugak Akram mengadu tayar motor dia pancit lah, bocor lah. itu lah ini lah.
setiap kali aku suruh datang jumpe aku memang susah la sebab masalah motor dia tu.

and memang selalu sangat kitorang bergaduh.
sampai kan masa Akram dah beli kereta bila aku carik gaduh dengan dia, dia cakap camni "Ingat kan kalau dah ade kereta senang lah sikit. Tak bergaduh lagi. Ini tengok2 same je"
cehhhh drama betul.


Tapi sekarang sejak2 dia pakai kereta memang tak pernah lagi naik motor.
motor dia tayar bocor lah. roadtax mati lah.
Akram cakap nak repair balik terus semua sekali.
tapi aku cakap "bila nak angkat superbike terus?"
haha !

macam lah si gemuk tu cop duit kan.

okey dah nak siapkan kerja cepat2, nak balik cepat2 pastu nak kemas barang pastu nak gerak pergi Penang dengan Akram. yezzaaaaaaaaa.



happy wekeend !


bye.



                                                              


With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal