Loading...

Thursday, April 4, 2013

Cameron aku datang - Pasar malam Berinchang.





Dah habes minum2 kat kedai setoberi maka marilah kite meneruskan destinasi ke Pasar Malam Berinchang.
Akram cakap datang Cameron kalau tak singgah Pasar Malam die rugi sebab itu yang best.
Macam2 ade.
Time tu dah pukul 6 lebih kot.
Masa on the way nak pergi tu mak aih jem gile.
Sebab Pasar Malam tu kat tepi2 jalan.
Pastu dengan orang nak carik parking lagi.
Pasar malam pulak besar.
Naseb baik sejuk.
Tapi Akram asyik je cakap "Bandung lagi sejuk. Cakap pon berasap"
Fine tau lah dah sampai Bandung. Cepuk kang.


Nampak tak tu kereta berderet je. Dah macam kat KL dah. Naseb baik ade tulisan Welcome to Cameron Highland. Akram lah beria suruh aku amik gambar ni. Die sejak2 tau aku aktif blogging ni asyik je suruh aku amik gambar. Kejap2 "Haaa tanak amik gambar masuk dalam blog?" Sabau je lah.



Hari yang terang kini sudah gelap aku dikmu dan engkau abang. Eh? hihi. Sampai2 atas isi minyak kereta dulu. Dont worry sebab kat Brinchang ni ade stesen minyak. Petronas ade Shell pon ade.


Time ni memang dah rase sejuk dah.
Syok je rasa.
Kalau kat KL ni tengah malam pon boleh rasa panas.
Kat utara jangan cakap. Pernah aku pergi rumah kakak aku rasa macam nak tido dalam peti ais je.
Siap bangun tengah malam pergi mandi punye lah bahang.
Aku siap cakap dengan Akram nak carik kerja kat Cameron sebab best. Hahahaha.

Kat area Brinchang ni semua kawasan hotel.
tu yang trafik slow. Ewah dah macam info trafik dah.
Dua tiga kali kot kitorang pusing carik parking.
Naseb baik tempat nak pusing tu dekat je.
Bila dah dapat parking memang tak tunggu lama dah.
Zasss zasss pergi usha pasar malam.


Besar sangat pasar malam ni. Memang macam2 ade jual. Tu bantak setoberi tu geram je aku nak rembat satu tapi memandangkan fikir2 kat mana aku nak campak die maka tak jadi beli. Kat bilik dah 4 bantal. Dengan Teddy Bear besar yang selalu aku tendang tepi. Kat kereta pon ade dua bantal. Maka jangan lah obses sangat dengan bantal. Hahahhaha!


Topi binatang yang comel gilerrrrrrr! Satu RM15 dua RM25. Aku beli dua bentuk beruang dengan bentuk harimau macam gambar atas. Tapi harimau putih sebab lagi comel. Lepas bayar terus pakai yang beruang punye macam orang jakun. Bila jalan2 terserempak dengan mamat lain pakai topi beruang jugak masing2 tersengih-sengih memikirkan perangai masing2 kalah budak2. Hahahah!


Kat pasar malam ni makanan jangan cakap memang melambak.
Sebab aku lapar aku beli nugget dengan kopok lekor dulu.
Nak beli nasi2 takde tempat nak duduk.
Akram cakap nanti je carik kedai makan.
Baiklah.


Terpesona dengan abang buat gula kapas ni. Feeling2 macam kat Istanbul pulak. Tapi Istanbul buat Aiskrim. Cameron buat gula kapas jadik lah. Kakakaka. Ramai jugak yang stop amik gambar. Pemes kau bang! hahahaha. Akram siap tanya camne dari gula boleh jadik kapas2 camni. Tapi aku lupe ape abang tu cakap. Tapi aku tak beli pon. Zaman aku bersama gula-gula kapas dah lama berakhir.


Akram macam biasa dengan aktivitinya.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pantang nampak madu. Madu makan takpe. Kalau madu lain bersiap. Bunga silat nanti aku bukak. 


Uncle ni bagi rasa secolet. Sedap jugak tapi aku ni bukan penggemar madu. Sebab die likat sangat. Kalau Akram memang suka. Beria muka kau uncle potong madu.


Kat sini memang banyak giler orang jual madu. Yang si Akram ni memula konon taknak beli. Sekali masa nak balik tak puas hati. Beria ajak aku singgah lagi kedai ni. Beli madu tualang. Uncle tu cakap pure punye. Die sendiri yang pergi masuk hutan.


Masa kitorang tengah beli madu ni ade sorang mamat ni muka macam India.
Badan dengan tatoo penuh.
Muka memang pailang habes lah.
Tetibe cakap keluar bahasa Cina.
Pastu sebelah die ade sorang amoi cina dengan dua anak dorang muke cina.

Aku pssst pssst kat Akram "Eh muka India tapi cakap Cina"
Akram cakap kat sini memang banyak yang kawen campur.
Even masa aku beli teh kat satu kedai ni, muka minah tu macam melayu. Pakai tudung.
Tapi bila cakap tak mcam melayu pulak.
Terus konpius di situ.


Ko tak gile tengok sayur macam ni? haihhhh naseb baiklah aku waras lagi. ade yang seikat sehinggit. ade yang 3 ikat RM5. Banyak pulak tu. Naseb baik lah aku ni masak seminggu sekali itu pon ikot mood. Kalau tak memang aku borong! Kalau mak aku ade ni kompem penuh bonet dengan sayur. Bese lah mak-mak kan. Aku masih muda remaja. 


Sayur tak beli takpe. Tapi yang ni adalah penyesalah yang amat besar dalam diri kalau tak beli. Minah-minah bunge katekan. Kakakakaka. Patot harga die sejambak RM10. Tapi dah malam offer tige RM25. Tapi dapat kat Akram bese lah 3 jambak RM20.


Akram kalau bab2 menawar ni memang nombor satu.
Sebab tu die memang tak bagi aku pergi mana2 sorang2. Takut kene tipu.
Alangkan aku pergi beli sandal kat pasar malam RM20 pon die cakap nape tak mintak kurang =__=
Kadang2 kalau aku pergi shopping dengan die, bila part die menawar dengan penjual tu aku duduk jauh2 sikit.
AKu yang malu. Kakakakaka.
Nanti bile dah nak bayar baru aku datang dekat sikit.
Kadang2 time nak bayar pon sempat lagi menawar.

Kalau aku memang sorry.
Aku spesies bapak aku tawar sekali kalau orang tu cakap tak boleh terus give up.
Terus bayar.
Malas aku nak berlama-lamaan.
Kalau mak aku ye. RM10 pon kalau boleh nak tawar lagi.

Aku rasa kalau mak aku pergi soping dengan Akram ni maunya menangis-nangis penjual tu kene kerjakan.
"Tolong lah encik tolong lah jangan tawar lagi kasihanilah saya untung sikit je"
Hahahaha.

Aku cakap dengan Akram aku kesian nak tawar banyak2.
Sebab aku kan cepat kesian kat orang.
Akram cakap "Tapi kite beli jugak kat dia. Bukan tawar2 tak beli"
Yelahhhhhhh.

Bila dah takde ape nak beli maka misi mencari kedai makan pulak.
Aku google2 orang cakap ade satu kedai melayu yang pemes.
Memang satu je pon aku rasa kedai melayu area situ.
Nik ikan bakar.
Tapi bila sampai mak aihhhhhhhh penuh gile orang.
Kitorang dapat meja tapi Akram cakap "Cube kire bape meja lagi yang tak dapat makanan. Mesti lambat gile"
Dan kitorang pon keluar carik kedai makan lain.



Area Pasar Malam tu banyak kedai steambot. Tapi ade jugak Mamak kalau tak silap aku.
Yang pasti ade KFC.
Jalan punye jalan ikot laluan balik arah Tapah jumpe satu kedai makan tepi jalan ni depan hotel.
Boleh la. Perot pon dah lapar.
Belasah.



Servis teruk! Korang jangan datang tau. hahahahaha!




Akram order Teh O laici suam. Yang sampai Teh o suam satu. Laici suam satu. Lain kali kalau tak pasti tanye lah. Tapi Akram malas nak cakap banyak. Ambik je. Kalau aku, tak puas hati aku suruh buat balik. Kakakaka. Dah la air laici tu tak rasa ape. tawar nak mampuih. Korang jangan datang tau! Hahahaha!


Pastu kitorang order nasi putih dua, sup daging, ayam masak pedas, telur dadar.
Sup ok jer boleh lah.
Ayam pedas tu masin gile Ya Allah mengucap aku makan.

Yang aku bengang sangat ade satu family ni baru datang duduk meja sebelah kitorang.
Kedai tu bukan besar sangat.
Kedai Nik ikan Bakar lagi besar.
Ade lah kedai tu dalam 5 meja je.
Orang pon bukan ramai sangat.
Tau ade sorang pekerja tu cakap ape dengan family tu?
"Ramai orang ni. Abe kalau nak tunggu, tunggu. Kalau taknak takpe"

Peniaga cakap macam tu dengan customer.
Dah la jerit dari dapur je.
Gile bangang tak beradab.
Ni lah orang meniaga sibuk nak meniaga tapi etika takde.
Ape lah salahnye pergi kat meja pakcik tu cakap elok2 kan.
Bukan keluar duit pon.

Tapi pakcik tu still duduk.
Kalau aku takdenya.
So korang jangan makan sini paham. *keluar tanduk*

Lepas makan terus balik.
Kawan Akram pesan jangan turun ikot Tapah bahaya.
Kalau boleh ikot Simpang Pulai.
Tapi Akram malas nak berpatah balik. So die buat keras je turun ikot Tapah.
Jalan die mak aihhhhhhhhh serius macam ular.
Corner kecik2.
Pastu berkabus tahap memang tak nampak jalan.
Memang slow je lah turun.

Yang aku siap dah pening2 macam nak muntah.
Naseb baik memang ade stand by minyak kapak dalam kereta.
Tapi bagus jugak pening kepala ni. Boleh tdur. Haahahhahahaha!

Kitorang sampai RnR Tapah pukul 12 malam.
Akram tak larat so kitorang tido dalam kereta kat sana.
Pukul 6 pagi bangun siap2 semua, pergi tilet, lepak minum jap terus shoot balik KL.



Topi2 comel. Tak sabar nak pakai kalau ade Malaysia lawan. Walaupon nampak harimau putih tu seperti terlalu comel untuk mengaum. Auwwwwww.



Benda wajib beli. So tige orang yang aku emel tu sempena entry ni cepat2 reply emel. Kalau tak aku bagi orang lain. Garang tak? :P



Benda wajib beli jugak sebab boleh bertahan lama. Stoberi segar aku beli esoknye dah lembik.



Sedapppppppppppppppppppp!!



Teh aku beli tiga kotak. Dua nak bawak balik kampung. Satu aku punye. Minah yang jual tu cakap oren paling sedap. So aku punye stoberi. Akram amik oren. Dalam ade 30 uncang. Bahagi dua dengan akram. Jadilah separuh oren separuh stoberi. Tapi aku baru bancuh yang setoberi. Yang oren tak rasa lagik.



Dan bunge2 yang menenangkan fikiran. Budak yang jual tu cakap bunge ni dah awet so boleh tahan 2 tahun. Tapi bunge ros aku yang tengah tu dah ala-ala terkulai layu di dalam pasu je. Yang biru dengan Putih tu jangan tanya bunge ape aku main beli je. Hahahahah! Setakat ni tak layu lagik. Nak beli daisy dah habes pulak. Sedih :(


Kawan baru. Wink wink (bajet comel). Aku pilih tiga. Yang lain semua Akram pilih. Tengok yang belakang sekali tu belah kanan. Macam bentuk binatang kan? Comellllllllllll sangat. Hihi. Ini macam kalau Akram tak layan aku, aku dah tak heran. Dah ade kawan baru. Hehehehhee


Sekian sahaja perjalanan saya selama sehari semalam. (tetibe saya apehal?)
Insyaallah kalau ade rezeki pergi Areen kawen kat Ipoh bulan 9 ni Akram ajak singgah Cameron lagi.
Kali ni tido sane.
Yahuuuuuuuuuuuuu.


okbai.









With Love : Syazwana Jamal :)


15 comments

April 4, 2013 at 3:11 PM

weh kau buat aku ketawa dlm lab. btw, aku ada contact kalau nak duduk CH. dekat sgt2 dengan pasar mlm tu. boleh g jln kaki je. tapiii rumah kedai, aku rasa utk kau sesuai la utk akram yg demand 4-5 star tu memng xla....lau nak t bgtau aku.... =)

April 4, 2013 at 3:31 PM

@alyalyana
hhahahaha. aku memang tak kisah. Akram tu yang poyo. hihihi. wokeh nanti kalau aku nak stay sane aku roger ko eh :D

April 4, 2013 at 5:00 PM

bestnya pergi cameronn. sejuk jee. lagi2 cuaca panas skrg. jelesss. hee


nak souvenier. nak nak nakkk. hihi

April 4, 2013 at 10:54 PM

eeeeeeeeeeee bila tunang ena nak angkut ena naik kat sana... huaaaaaaaaaaaaaa jeles ooooo

April 5, 2013 at 1:36 AM

Bestnya jalan2 Cameron! Kaktus2 tu sangat comel.. Lenkali turun Ipoh roger2la kite.. Mana tau leh jumpa.. =)

April 5, 2013 at 8:33 AM

akak pernah g cameron hri biasa.. bunga ros tu 3jambak RM10.. kakaka.. murah kannnn

April 5, 2013 at 3:57 PM

baru rply emel td..bru bukak, bru tgk. Bole ke?? hehe.. Weh, bunga kaler biru tu sgt cantek ok..bile la nk dpt yg tu..hehe.. BTW, x sbr nk dpr ole2 dr cameron.. TQ Wana!!

April 5, 2013 at 4:23 PM

omey angat topi rimau tu :3




p/s: kalau takde pape hal, mebi nak pi CH esok. mebi lah.
:p

April 8, 2013 at 11:49 AM

iteww tak jadi pi CH sabtu lepas sobsob hujan lebat giler

wuwuwu jeles!

April 10, 2013 at 12:44 PM

@♥ sitifarhana ♥
jangan jeles.
pergi naik sane ajak boipren.
hihihi

April 10, 2013 at 12:45 PM

@✿AINAA ROSEBERRY✿
hehehehe cepat lah p ajak tunang ena naik sana. sejukkkkkkkkk :)

April 10, 2013 at 12:45 PM

@Rosmiza Ali
In shaa Allah kalau ade rezeki kan :D

April 10, 2013 at 12:45 PM

@MizzTina
Murahnyeeeeeeeee!!
harus jeles ni.

April 10, 2013 at 12:50 PM

@Taty Hasbi

welcome.
heeeeeeee. murah je :D

April 10, 2013 at 12:50 PM

@Syazana Zainn
hahahahahahha!
alah awak dekat je pon. wuwuuuu

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal