Loading...

Wednesday, April 10, 2013

RESEPI : Roti Tortilla Bersama Inti Sosej yang Dimasak dengan telur dan Capsicum.




Amacam tajuk resepi aku?
Marveles tak?
Kakakakakaka.


Actually dah lama dah aku masak benda ni.
Now je baru nak tepek kat sini.
Senang aku nak carik nanti.
Pattern pemalas nak ingat resepi macam ni lah.
Bila nak masak baru terhegeh-hegeh bukak phone.
Pastu sebelah pegang sudip sebelah pegang phone.
Pandai sangat kalau mak aku tengok mau kene luku sedas.
Huahuahua.







Bahan:bahan:

1. Sosej. Aku gune sosej keju + sosej cendawan yang kecik2 tu.
2. Sebiji capsicum hijau
3. Sebiji capsicum merah
4. 3 biji telur
5. 2 ulas bawang putih
6. Sebiji bawang besar holland
7. Perasa.
8. Roti tortilla lah ape lagik. Hihi





Kali ni aku gune yang original.




Actually aku rasa masak ni lagi senang dari masak nasi goreng.
Tak payah nak tumbuk2 bahan.
Kenyang pon kenyang.
Serius kenyang aku cakap.
Aku makan dua keping pagi kenyang sampai ke petang.
Malam baru aku amik dinner. Tu pon rasa kenyang masih ada. Cewahhh.



Cara masak :


1. Keju tu hiris lah nipis tak nipis sangat. Agak-agak kate orang.
2. Bawang besar potong dadu.
3. Bawang putih cincang halus.
4. Capcisum potong dadu.
5. Panaskan kuali. Cairkan butter sikit. Tumis bawang besar and bawang putih sampai layu.
6. Masuk cili capsicum and masak sampai agak2 tak keras sangat.
7. Masukkan sosej, gaul rata.
8. Sosej dah masak, masukkan telur.


Selalunya kalau aku masukkan telur, aku asingkan sikit yang aku masak tadi kat bahagian tepi.
Tinggalkan ruang sikit untuk masukkan telur.
Pastu aku biar dalam 30 saat baru gaul.
Kalau terus gaul rasa macam telur tu berlendir euwww euwww. hahahaha!



9. Tambah perasa. Letak lah garam sikit, lada hitam sikit, cili kering sikit, serbuk jintan sikit.
10. Siap!









Makan panas2 sambil minum air teh perasa limau dari Cameron Highland.
Layan pulak sambil tengok TV.
Pehhhhhhhhhhhhh rasa macam nak jadik suri rumah sepenuh mase je.
Kakakakakka.
Kawen pon tak lagik.


okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


4 comments

April 10, 2013 at 3:42 PM

Nyum2! Dap errrr.. Lulus dah ni kalau nak kawen.. Nanti nak gi cari bahan try buat ah.. =)

April 10, 2013 at 6:41 PM

Rajinnya masak

Sambil masak tu

meh la anta sikit kat sini. hikhik

:p

April 10, 2013 at 11:21 PM

sedap bangat seh!
leh bukak kedai ni..

eh.. leh kawen sekali.. haha

April 11, 2013 at 9:45 AM

sedap tu..nyum2..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal