Friday, December 27, 2013

Aku, Akram & Kisah kami




Malam2 camni tetibe rasa rajin nak menaip panjang2 :D

Actually ramai yang tak tau even aku satu sekolah dengan Akram, tapi kitorang bukannya berkawan dari sekolah lagi.
Biasalah zaman2 sekolah kan of cross lah abang2 senior nak aim adik2 junior yang hot2 je.
Aku kan tak hot.
Tapi tak hot tak hot pon admire tatap admire.
Aim of cross lah kat abang2 senior yang jambu jewwww. Setakat Akram kan, pandang sebelah mata pon tak pernah kot. Tanak kalah kan macam kan muke stended2 Fazura padehal nak jejak stended Neelopak pon jauh semedang.
Wakakka. Matik lah kalau Akram baca ni.


Tapi aku kenal lah Akram dari sekolah lagi sebab dia pengawas. Biro jamuan dan makanan pulak tu. Harus kenal bab2 makan ni.
Pastu die presiden pengakap. Aku AJK pengakap.
Pastu kitorang pernah bergabung kelas sekali kot untuk sketsa pentas.
Aku tak tau sekolah korang. Tapi sekolah asrama aku kalau ade bulan kemerdekaan ke bulan bahasa melayu ke bulan bahasa inggeris ke segala jenis bulan la kene buat persembahan sketsa pentas.
Macam sekolah aku, form 3 dengan form 5 takley kacau.
So gabungan kelas akan melibatkan form1, 2 dengan 4 saje.
Dari situ la biasanya junior akan kenal senior. Dan dari situ la selalunya hubungan abang-adik-kakak angkat terjalin. Eh macam pengalaman je macam pengalaman je. Wakakaka.



Woahhhhh. Kurus gila Akram zaman sekolah dulu. Sekarang? 3 kali ganda. Kakakaka. Tapi walaupon aku suka panggil dia mokmok, aku tetap suka dia mokmok sebab emok itewww sexayyyy. Yeahhh. Hahaha! Yang penting aku tak boleh lagi mokmok dari dia. Nanti saham jatuh. Gittew.



So lepas sekolah aku pon hidup la dalam dunia aku.
Tak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan senior sendiri. Ewahhh.
Lagipon time tu aku ade lah boipren lain.
Bila aku kenalkan bf aku kat mak aku, mak aku boleh cakap "Ko ni betul ke dengan dia ni. Nanti tengok2 putus"
Playgirl la sangat kan. Padehal muke jauh sekali iras Fazura. (Apesal contoh nak Fazura je? kakaka. Fazura cun hoi) Tatappp nak feeling gojes. Mihmih.


Sampai lah tahun 2009.
Aku jumpe pesbuk Akram. Aku tak tau kenapa aku macam selambe je tegur dia kat fb. Aku tulis kat Wall page dia "Akrammmmmmmmmmmmmmmmmmm"
Tanpa disangka dia respon. Cewah.
Tetibe kitoang chat2 dalam fb.
Tetibe pulak kitorang macam tukar2 nombor phone.
Tetibe jugak lagi kitorang jumpa for the first time masa bulan pose 2009. Semua tetibe *drama sangat*
Time tu rumah sewa kakak Akram dekat dengan rumah sewa aku. Kebetulan dorang nak balik kampung time tu. Kakak Akram ajak aku buke pose sekali. Aku pon follow je lah.
And hari tu jugak aku bagi Akram butang baju melayu yang dia guna lagi sampai sekarang. Awwww.



Butang baju melayu yang dah 4 tahun lebih. Jangan tanya bila exact date aku jumpe Akram untuk pertama kali tu. Aku bukan jenis pompuan pengingat tarikh. Diari pon tak pernah ada. Haha! Untung kan Akram dapat aku. Aku takkan soal dia tarikh2 bagai ni. Cewah.



Dan sebenarnya ramai yang tak tahu yang aku dengan Akram tak pernah declare as a couple.
Yess.
Thats why aku tak pernah hapdet kitorang celebrate anniversary2 bagai ni.
Dan sebab tu jugak aku lagi suka guna istilah berkawan instead of bercinta.
Macam cliche kan? Tapi memang betol. Dan aku rasa artis2 pon kebanyakannya macam tu.
Memang la kita akan cakap "Tak bercinta konon. Tetibe kawen. Penipu"
Tapi memang betul tak bercinta. Tak couple. Nak buat camne.
Istilah kawan rapat tu memang betul wujud. Kawan je lah. Ade jodoh kawen.
Even masa memula mak aku tanya aku pasal Akram pon aku jawab "Kawan je"
Sebab memang betul kawan kan? Betul tak?
Naseb baik mak aku memahami "Yelah kawan. Kawan pon mesti la nak tengok ok ke tak. Serius ke tak" kata emak ku.
Camtu la.


Masa first time aku jumpa Akram, aku memang ade bf lain.
Dan aku tak tau yang Akram pon dah ada gf.
Salah aku jugak. Aku tak pernah tanya Akram dia single ke ape ke. Main sukati aku je assume dia single. Mentang2 dia tak hensem. Kahkahkah.


Tapi secara jujurnya first time aku jumpa Akram, aku rasa macam die jodoh aku. Cewahhhhhhh :P
Betul.
Sebab dulu aku pernah bercinta lepas spm (2005) dengan sorang mamat ni.
Kire dah sayang gila la kan. Tetibe tahun 2007 die kene kawen dengan orang lain. First time yang aku rasa frust nak mampos sampai asyik menangis je.
Lepas tu aku macam susah la jugak nak lupa mamat tu. Sampai aku couple dengan orang lain pon aku still ingat kat dia.
Jalan dengan lelaki lain pon still ingat berjalan dengan dia. Parah.
Bila aku jumpa Akram, macam ade sinar baru menerangi hidup aku. OMG pitam nak taip.


Time tu pulak bf aku memang selalu la buat hal. Kadang2 senyap berhari-hari.
Bila aku mesej manjang je alasan die. Takde kedit lah, busy lah, ade kelas lah bla bla bla sampai lama2 aku bosan.
Tapi aku tak mintak clash pon.
Sampai la aku tau die ade perempuan lain. Time tu hye2 bye2 lah. Nyah dikau dari hidup aku.
So aku pon makin rapat dengan Akram. Aku cakap dengan dia yang aku dah clash. Konon nak bagi hint la. Wahahaha!


Apa yang aku suka dekat Akram ni, dia pandai amik hati.
Tapi stended lah kan memula berkenalan. Ayat manis. SMS setiap minit. Bla bla bla.
Tapi aku suke jewwww. Kekeke.
Tapi kesedihan bermula bila aku cakap kat Akram aku suka dia


TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIII................
Kusangka kan panas hingga ke petang rupanya pepagi buta dah hujan.
Akram cakap die dah ade gf.
OMG MANA NAK LETAK MUKA!!! MALUNYAAAAAAAAAAAA. DEM!



Tapi tapi tapi aku cover bahik punyaaaa. Hehehe.
Aku cakap je aku suka kawan dengan dia. Aku suka dia amik berat pasal aku. Bla bla bla. Tapi dalam hati omg tuhan je yang tau rasa macam hancur gila hati. Perasan sensorang. Bertepuk sebelah tangan. Wakakaka. Bongok gila rasa.


Gambar hiasan


Dan sejak dari haritu Akram start cerita pasal problem dia dengan gf dia time tu.
Masalah utama long distance relationship.
Thats why Akram fobia bila aku nak kene keje jauh dengan dia.


Akram cakap dia bercinta dengan gf dia dari matrik. Kira cinta pertama la kalau ditolak dengan cinta monyet zaman sekolah dulu.
Memang dia sayang gila kat pompuan tu.
Tapi adelah masalah2 yang menyebabkan dorang tak boleh bersama.
Like pompuan tu pernah couple dengan lelaki. Dan Akram still terima dia.
Benda yang aku paling tak boleh terima pasal Akram.
Setia nak mampos sampai membodohkan diri sendiri.
Masa tu pompuan tu kat Kedah. Akram kat KL.


Aku selalu tanya Akram kenapa die susah sangat nak move on. Macam orang lain.
Orang kawen pon boleh bercerai. Orang lain macam senang je nak dapat pengganti. Kenapa dia susah sangat.
Kenapa dia tak boleh nak bagi peluang pada aku.


Sampai satu tahap aku tak boleh terima bila Akram cerita pasal pompuan tu. Aku emosi. Haha! Haruslah jeles kan.
Lepas tu Akram dah stop cerita pasal pompuan tu. Tapi aku tau dia still contact dengan pompuan tu.
Sepanjang dari 2009-2011 memang zaman kegelapan aku.
Aku curik2 baca mesej Akram. Time tu Akram memang sangat jaga barang dia. Wallet dia. HP die. Tak sesaat pon dia tinggal kan kat aku. Sebab tu aku tak percaya bila lelaki sembunyikan hp dari pompuan. Mesti ada something wrong somewhere. Seyes. Aku dah jumpe banyak contoh di kalangan kawan2 aku sendiri. So korang yang bf dok nyorok2 henset tu beware la k.


Lagi satu perempuan tu suka paksa Akram masuk meminang dia padehal Akram baru keje time tu.
Siap call Mak Akram, kakak Akram semua cakap pasal masalah dorang.
Aku tau masa curik2 baca mesej Akram. Haha!


Paling tak boleh bla pompuan tu bagi mesej camni "Saya tak suka mak awak. Saya nak kawen dengan awak bukan mak awak"
Boleh camtu? Damn gila perangai.
Bila aku dapat baca mesej dorang, memang sakit hati sangat. Tapi ape boleh buat. Aku bagai melukut di tepian gantang. Huahuahua.
Aku sedih sorang2. Yelah sendiri carik pasal baca mesej orang. Mendapat la kan sendiri sakit hati.

Nak salahkan Akram tak boleh jugak. Dia tak pernah cakap die suka kat aku.
Cuma die jenis yang suka layan orang baik sangat.
Sampai terperasan Iollsss. Hahah!
(Macam kes Shila Amzah je :P)


Tapi paling aku ingat mesej mak Akram kat perempuan tu "Akram baru keje. Dia banyak lagi tanggungjawab. Awak lupakan je lah dia"


Kemuncak cerita bila Akram dapat tau pompuan tu nak kene kawen dengan pilihan family dia.
Akram mengharap kat pompuan tu. Aku mengharap kat Akram.
Aku dapat tau Akram nak pergi kedah rumah pompuan tu sebab nak settle kan semua.
Memang sedih gila la time tu.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sampai sekarang Akram tak pernah jumpa lagi pompuan tu.
Bila aku tanya dia akan jawab sebab aku.
Hati dia memang memberontak nak pergi rumah pompuan tu tapi bila dia pandang aku, dia tak jadi. Well itu dia lah yang cakap.


Aku pernah baca Akram chat dengan bespren die, perempuan.
Perempuan tu suruh Akram lupakan gf dia, pilih aku. Sebab die pon nampak macam mana kisah kitorang ni.
Tapi Akram cakap die tak ready. Foineeeeeeeeee.


Tahun 2010, kemuncak jugak. Aku buat keputusan nak tinggalkan Akram.
Aku cakap dengan dia aku ni macam orang bodoh. Suka kat dia tapi dia ada orang lain.
Aku cakap semua orang tau aku kawan dengan dia, tapi orang tak tau situasi sebenar.
Semua orang ingat aku bercinta dengan dia padehal aku je yang syok sendiri.
Aku cakap takde orang nak rapat dengan aku sebab ingat aku couple dengan dia.
So sape yang rugi? aku jugak kan. Tak boleh jadik. Aku decide nak lupakan semua. Mulakan hidup baru. Cewah gaya cerita macam la ramai sangat yang admire. Kahkah.


Time tu second time aku frust nak mampos. Frust sampai berat aku turun banyak gak sebab tak makan.
Sampai bestfren aku, Ajak terpaksa teman aku tido kat kolej sebab nak paksa aku makan.
Sampai rumet aku kat kolej yang tak guna tu pegi report kat penyelia asrama yang aku bawak kawan tido hostel.
Kan orang luar tak boleh masuk hostel kan. Apetah lagi menginap.
Tapi sebab rumat aku yang bajet amik cos Law dah hebat sangat takde perasaan kesian sesama makhluk Allah buat report, geram gila aku.
Dah la pasang alarm kuat nak mampos lagu berbagai jenis tapi taknak bangun. Wadehel! Okey sabar Wana Sabar. Benda dah lepas usah dikenang.
Lepas tu memang aku terus keluar kolej duduk rumah sewa.


Untuk lupakan Akram aku keluar dengan semua lelaki yang ajak aku keluar.
Paling tak boleh bla bila aku berani gila jumpe lelaki yang aku baru kenal masa chatting.
OMG bangangnya aku dulu. Tak pikir panjang. Naseb baik takde pape jadi kat aku.
Bila ingat2 balik memang macam lahanat la perangai berani tak kira tempat tu. Bukan berani. Bodoh kot.
Inilah jadi bila terlalu ikotkan perasaan. Haihhh. Am only 22 that time.


Lepas tu satu kelas aku tau aku tengah frust sebab patern sekodeng blog aku. Haha!
Tapi entry lepas2 aku dah delete dah.
Akram pon time tu jadi followers setia blog aku sebab aku suka luah perasaan dalam blog. Padehal aku tak pernah bagitau kat die pon link blog aku.
Tau2 die yang mesej tunjuk aku link blog aku. Nak stalk senyap2 dah la kan. Ini sibuk nak bagitau. Poyo.


Dalam masa tu memang aku abaikan Akram. Dia jangan cakap lah. Miscall berapa ratus kali. Tunggu aku kat depan kolej. Mesej lagi. Siap bagi aku lirik lagu "Di sana menanti di sini menunggu"
Porahhhhhhhhhh.
Sampai lah tarikh 10/10/2010.
Akram carik aku kat rumah sewa kawan aku sebab time tu aku selalu lepak umah kawan aku. Aku pon turun je la. Siap tipu member aku cakap nak pergi kedai kejap sebab member aku memang tak bagi dah aku contact Akram.
Tapi member aku boleh tau. Die follow aku turun. Tau2 je dah terpacul depan aku ngan Akram.
Malam tu memang Akram kene maki kau2 la dengan member aku, Ajak.
Sampai satu tahap Akram cakap "Aku nak dengar sendiri daripada mulut Wana yang dia benci aku, dia taknak jumpe aku lagi"


Tapi dulu aku pengecut. Aku jenis tak reti melawan depan2.
Kalau dalam mesej memang cempiyennnnnnnn habes la kan. Jumpe depan2? Menangis je lah keje aku ni. Cisss.
Last2 aku cakap jugak aku benci die. Tanak tengok muka dia lagi pastu nanges and terus lari naik rumah. Wakakaka. Seyes macam drama weh. Naik atas mata bengkak, merah malu ai.


Lepas tu aku balik kampung cuti sem. Awal tahun 2011. Aku nekad nak tukar nombor henpon.
Tapi nekad2 pon bagitau jugak Akram aku nak tukar nombor. Bongok.
Tapi time tu family aku semua tau aku bergaduh besar dengan orang. Akram siap call rumah menyamar jadik member lelaki aku nama Firdaus.
Time tu adik aku yang angkat.


Adik : Hello sape ni?
Akram : Boleh cakap dengan Syazwana
Adik : Ish dia ni lagi.
Akram : Bukan la. Ni Firdaus.
Adik : Dia takde. Die keluar.

*letak*

Haha! Boleh diharap jugak adik aku ni.
Nak menipu tak agak2. Aku tak pernah kot bagi nombor rumah kat orang.


Hari last aku kat rumah before balik KL aku mesej Akram. Aku cakap pasni die dah tak boleh nak contact aku lagi bla bla bla semua.
Akram cakap sampai hati buat dia camni.
Tapi tu lah aku pon tak tau kenapa aku still bagi nombor baru aku kat Akram. Haha! Baik tak payah tukar nombor kan? Erghhhhhhhhhhhh tah pape perangai.


Tapi aku cakap dengan Akram aku taknak die layan aku sampai aku syok kat dia.
Akram cakap ok. Kite kawan biasa.
So kitorang pon start la kawan balik. Rasa macam pelik tapi lantak lah kan.


Gambar hiasan


Daripada awal tahun 2011 sampai pertengahan tahun 2011 aku kawan dengan sorang mamat ni.
Aku kenal masa aku part time lepas SPM dulu kat JB. Contact macam tu je lah.
Dia sangat sangat sangat baik.
Masalah nya satu je. Aku yang asyik cepat marah dengan mamat ni.
Dia memang sabar gila dengan perangai aku yang asyik nak marah dia. Tapi dalam pada kawan ngan die aku still tak dapat lupakan Akram.
Like aku kawan dengan dia pon nak bagi Akram jeles. Haha! Jahatnya aku.


Ada one time tu aku pergi dating dengan mamat tu tengok wayang. Sebab mamat tu tak dok KL. So bila dia datang KL aku pow lah die habes-habesan. Wakakaka.
Time tu aku tak tau Akram nak datang rumah aku.
Lagipon time tu takde pape kan sukati aku la nak keluar dengan sape pon.
Rupanya Akram tau pulak jeles.
Siap mesej aku dia datang rumah aku tapi aku takde. Die tinggalkan kertas atas pintu rumah aku sebagai bukti dia ada datang. Siap suruh aku check.
Bila aku balik memang ada pon kertas tu. Tapi nak buat camne. I seronok dating. U tanak ai kan. Wakakaka.


Lama gak aku buat Akram jeles.
Aku post kat pesbuk aku masak nasi goreng untuk mamat tu.
Mamat tu belanja tengok wayang guna kedit kad. Kahkahkah.
And yess Akram memang jeles. Tapi camtu je lah. Takde nak moving bagai.
Aku ade jugak try nak suka mamat tu tapi memang kite tak boleh nak tipu diri sendiri. Tapi aku tak pernah la bagi harapan pada dia. Aku tak cakap pape pon kat dia. Tanak la aku bagi harapan pastu dia kecewa pulak.


Sampai dalam bulan 7, 2011 kot aku macam tak contact sangat dengan mamat tu.
Die pon stress kot tengok aku macam nak tanak je layan dia.
Hahah! Sorry.
Tapi takpe lah dia pon dah kawen dah bahagia dengan anak dia now. Aku je yang tak kawen2.


Hujung tahun 2011 aku dapat tau gf Akram dah kawen dengan orang lain.
Tapi Akram tak pernah cakap pape. Die berlagak cool je lah. Aku pon lupe cemane aku dapat tau gf die dah kawen. Hebat kan aku? haha! Well perempuan memang CSI terhebat kot.
Akram pernah cakap dengan aku yang dia tanak terima aku semata-mata nak lupakan perempuan tu.
Die nak terima aku sebab aku. Okey fine. So kitorang terus je lah kawan yang macam takde hala tujuan.


First time parent aku jumpa Akram masa aku konvo bulan 10 tahun 2011.
Tapi time tu jumpa kejap je pon. Itu lah start parent aku tau aku kawan dengan Akram.
Sampai mak aku tanya serius ke? Aku pon tak tau nak jawab ape. Aku cakap je lah kawan. Tengok lah camne.
Takkan aku tetibe nak cakap pasal kawen kan? Padehal tak pernah declare pon. Takkan nak malu besar untuk kali kedua kan? Haha! NEHI. So kite bersabar.


Sepanjang aku kawan dengan Akram even tak couple pon memang banyak giler kot bergaduh.
Dengan perangai aku yang macam haram ni sikit2 nak merajuk sikit2 nak emosi.
Bayangkan tengah gelak2 tetibe aku boleh nanges.
Ko boleh tahan?
Kalau aku lelaki pon belum tentu aku boleh tahan dengan perangai perempuan macam aku. Hahaha!
Sape ikot blog aku dari dulu tau lah kot camne kitorang hari2 nak bergaduh.


Kalau nak cerita details memang tak mampu la aku nak taip satu persatu.
Lagipon aku kan tak suke ingat tarikh.
Cuma aku ingat ade satu malam tu aku keluar dengan Akram. Time tu masing2 takde transport.
Pastu bergadoh. Akram datang jumpe aku naik ktm.
Dah malam time tu ktm pon dah takde. Aku punya bengang time tu aku terus masuk rumah tanpa pedulikan Akram. Tetibe akram mesej ayat sedih cakap dia nak jalan kaki la balik rumah itu la ini lah.
Last2 aku turun rumah carik dia. Memula dia tanak cakap dia kat mana.
Bila aku cakap aku kat lrt station carik dia baru dia cakap dia duduk kat bus stop. So kitorang pon duduk je macam tunggul kat bus stop tunggu subuh.


Tahun bila entah Akram pakai motor RXZ abang dia sebab nak ulang alik keje. 2011 kot.
Kira macam harapan baru lah untuk senang date sebab dah ade motor.
Alih2 motor dia semput bila naik dua orang. Haihhh sabor je lah aku.

Siap pernah bergaduh sebab nak pergi tengok teater kat Istana budaya tapi hujan camne nak naik motor kan. Pastu tak jadi pergi.
Terus aku emo. Wakakakaka.


Eh banyak giler lah kalau nak cerita semua.
Aku hempas pintu depan muka dia. Aku pinjam motor member sebab nak pegi dating ngan Akram.
Akram pinjam kete pakcik dia nak jumpa aku.
Pinjam kete legend saga lama hosmet aku nak pegi dating.
Tengah naik motor tetiba minyak habes sebab meter rosak. Terpaksa sorong motor sampai petrol pump.
Kereta tak boleh start kat petrol pump terpaksa call kawan Akram sebab nak jump kereta. Kenangan sangat.


Thanks Farah, Kaka, Koja, Hafiz, bagi aku pinjam kenderaan korang. Sobssss.


Lagi satu yang aku ingat ada one time kitorang kuar makan kat Bangsar.
Lepas makan tu tetibe Akram cakap "Eh kite bayar asing2 eh. Tak cukop duit lah" Hahahahha lawak giler bile ingat balik.
Pastu masa aku nak balik Johor naik bas kat Bukit Jalil. Akram teman sampai sana.
Time duit aku tinggal bape hengget je. Akram tak cakap nak bekpes so aku tapau je la nasi lemak untuk aku sorang.
Masa dalam bas tetibe Akram mesej "Sampai hati makan sorang. Dah la lapar ni. Tengah jalan selipar pulak putus. Terpaksa kaki ayam sampai kat mall"
Kan kat bukit jalil tu ade satu mall kan? Jauh la jugak kalau nak menapak. Haha.


Haihhh tak sangka dah 4 tahun dah :,)


Kadang2 terasa jugak bila semua kawan2 dah kawen pastu kene tanya bila nak kawen.
Sebab aku takde jawapan untuk jawab. Rasa palat gila hidup.
Aku senyum. Dalam hati nanges sambil cakap kenapa hidup aku tak senang macam orang lain. Hahaha! Drama sangat. :P


Fuhhhhhhhhhhhh penatnya menaip.
Ada lagi ke yang still baca? Panjang giler kot. Huhu.


Start awal tahun 2012 kitorang macam jadi sangat rapat.
Kenapa still tak couple?
Aku pon tak pasti. Maybe sebab kitorang tak start dengan baik kot.
Lagipon Akram bukan stok2 mat jiwang nak I lebiu bagai ni. Sepanjang kitorang kawan memang tak pernah la die ajak couple ke ape ke. Jauh sekali nak cakap I lebiu atau aku cinta padamu.
Dia jenis yang simple.


Kadang2 pernah jugak aku merajuk. Aku cakap die tak sayang aku sebab tak pernah nak cakap. Akram bagitahu yang dia memang tak cakap tapi die lebih suka tunjuk dengan perbuatan.
Macam selalu mesej aku. Amik berat pasal aku. Pujuk aku.
Tapi stended la pompuan mesti la nak lelaki cakap lebiu2 bagai kan.


Lagi satu Akram ni jenis yang transparent.
Maksudnya ape yang aku buat mesti kene report kat dia. Mana aku pergi. Dengan siapa aku keluar.
Sebab tu semua nombor telepon kawan2 aku die simpan. Senang bertindak kalau aku lari. hahah!
Ada pernah sekali tu dia keje malam. So aku pergi keje pepagi tu ade la mesej2 die kejap. Time tu dia baru balik keje.
Pastu die tak reply. Aku assume dia dah tido so aku pon buat ke lah keje macam biasa.
Tiba2 tengah hari aku check henpon dia wasap "Pegi keje tak bagi tau. Sampai tempat keje tak bagi tau :("
Sudah. Padehal pagi tadi dia tido ape kejadah aku nak mesej dengan orang tengah tido kan?
Kadang2 geram. Tapi nak gelak pon ada jugak.


Orang cakap kalau dah jodoh tu tak kemana.
Masa aku balik kampung kazen aku kawen bulan 5 ke 6 tahun ni mak aku bagi ayat keramat camni "Tahun depan ko mesti kawen tau. Wajib"
Ewah main sedap je mak aku cakap.
Aku ingat dia saje je gertak aku kan. Rupanya dia serius.
Siap suruh kakak aku jadik utusan datang KL nak suruh aku kawen. Bila mak aku mesej cakap kenapa tak call aku reply tanak lah nanti kene soal bila nak kawen. Mak aku pon sama naik siap cakap "Memang la. Ibu serius ni. Tahun depan"
Sudah.
Aku cerita kat kawan aku. Kawan aku cakap bagitau je Akram.
So dengan perasaan berdebarnya aku pon wassap Akram "Ada benda nak bincang ni"
Akram tanya kenapa. Aku terus cakap "Ibu pakse kawen tahun depan. Hantaran berapa2"


Sementara nak tunggu Akram reply tu pehhhhhhhhhhhhhh cuak gile beb.
Kalau kene reject MANA NAK LETAK MUKA!!! Haha!
Sekali Akram reply "Takpelah kite bincang minggu ni masa jumpa"


Fuhhhhhhhhhhhhhh lepas satu beban atas kepala.


TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIII.............
Bila jumpe minggu tu masing2 tak sentuh bab tu.
Wakakakaka!
Aku tunggu Akram. Akram tunggu aku. Sudahnya masing2 cakap pasal benda lain.
Malu giler tetibe nak cakap pasal kawen kan. Cakap I Love U pon tak pernah.
Kawan punya kawan tibe2 nak kawen mendeee.


Balik tu aku wassap Akram "Kata nak bincang"
Akram reply "Itu lah lupa"

Wakakakakka. Lupe ke maluuuuuuuuuuuuu.
Ceh cakap je la malu.
Akram ni ko tengok je muka macam gangster tapi bab2 macam ni memang dia takkan punya start dulu.
Sebab tu dia tak romantik.


Hujung minggu tu buat pertama kalinya kitorang bincang secara serius :)
Masing2 malu. Masing2 nak cakap pandang tempat lain. HAHA!
Jodoh tu unik kan? :)

Ingat lagi ada one time tu kitorang buka pose sesama kat area rumah aku.
Pastu Akram tanya pasal benda2 ni. Aku dah kemaluan dah time tu. Siap tutup2 muka. Wakakaka.


Lama jugak lah kitorang takes time untuk adapt fasa baru ni.
Adelah dekat dua bulan.
Now masing2 dah boleh cakap open dah. Cewahhh :P


Pernah jugak aku cakap kat Akram camni "Eleh kalau orang tak ajak kawen entah2 sampai ke sudah tak kawennya"
Then Akram cakap actually dia dah plan nak bincang pasal ni masa awal tahun aritu. Tup2 ayah dia meninggal. So dia kene uruskan banyak benda. Okey fine.


Tapi sebenarnya aku pon takes time jugak untuk terima benda2 camni. Bukan bila cakap pasal kawen je terus nak happy ending. haha!
Aku siap mengadu kat Sally, kawan aku, cakap aku macam tak boleh nak lupa benda2 lepas. Aku kadang2 terbayang2 benda lepas.
And aku sendiri pernah cakap dengan Akram yang aku selalu dibayangi benda lepas.
Aku jadi takot. Aku rasa macam Akram still dibayangi bayang2 ex-gf dia tu.
Aku pernah tanya Akram kalau ex-gf dia tak kawen lagi entah2 dia still tanak kat aku.


Tapi Akram cakap sampai satu tahap die dah boleh move on dengan perempuan tu.
Die pon bukan bodoh sangat sampai tak boleh pikir ape yang perempuan tu dah buat pada dia.
Kalau die betol2 nak perempuan tu dah lama die pergi Kedah, jumpa perempuan tu, halang die kawen. Tapi die tak buat.


Alhamdulillah now aku dah boleh yakin dengan hubungan kitorang.

Kadang2 macam tak percaya kisah aku boleh jadi complicated macam ni.
Sebab tu aku gelak je bila budak2 sekolah sekarang upload video janji sehidup semati lah, berpapa mama lah, itu lah ini lah. Padehal baru kapel seminggu tu. Eh.
Dorang tak tau ke yang hidup ni bukan senang macam makan ABC.
Banyak benda kita kene lalui dan fikir kan. Dorang tak tau lagi erti penyesalan.


Gambar hiasan


Orang cakap bercinta selepas nikah tu indah. Well masing2 ada pendapat sendiri.
Macam aku, aku kene kawan dulu.
Korang pon tau kan perangai aku macam mana. Kadang2 aku terpikir macam mana Akram boleh tahan dengan perangai aku yang kuat emosi ni. Kuat nanges. Lapar pon nanges. Ngagaga.
Tapi tu lah. Mak aku selalu cakap aku ade jodoh dengan Akram. Sebab die boleh nampak banyak persamaan aku dengan Akram. Masin mulut mak aku. Hihi


Kang kalau main kawen je kang mau malam pertama dah kene cerai dengan laki aku sebab terserlah perangai sebenar.
Lain lah kalau perangai aku ni macam Diana Amir tu. Sejuk je laki tengok kan. Haha!
Takpe lah masing2 ada perangai sendiri untuk saling melengkapi. Tak gitu? Cewahhh.


Dulu ade sekali kawan aku terkejut gila bila aku cakap dengan dia yang aku tak couple dengan Akram. Kawan je.
Sampai sekang aku ingat ayat dia "Weh ko tak takot ke dia ada perempuan lain? Ish ape lah tak kapel" sambil buat muka dengan aku.
Watdehel man. Salah besar ke aku tak declare?
Aku cakap dengan die "Kalau declare tu kira dah pasti ke kawen? Kompem ke die tak carik orang lain? Orang bertunang pon boleh putus. Yang dah kawen tiga ploh tahun pon boleh bercerai. Ape la sangat dengan couple" diam terus minah tu.
Betol kan?


Pokok pangkalnya hati. Nak setia ke nak curang ke ape ke.
Kalau dah jodoh tak kemana.
Kalau dah jenis buaya tu dah kawen  4 pon boleh carik pompuan lain. Kan?


Untuk adik2, jangan la ghairah sangat mengejar cinta.
Kadang2 cinta tu datang bila kita tak pernah nak fikir pasal cinta.
Live your life.
Ingat Allah dah janji semua orang ada jodoh masing2. Kalau tak kat dunia, kat akhirat sana.
Jangan cemburu dengan orang lain. Setiap orang ada bahagian masing2. ok?


So.
What's next? Hihi.


Bismillah.

InshaAllah esok mak Akram akan datang rumah aku untuk merisik.

Korang doakan semua selamat ok.


Kita mungkin sukar untuk jadi yang pertama dalam hidup seseorang.
Tapi kita pasti boleh berusaha untuk jadi yang terakhir dalam hidup orang yang kita sayang.
Cewahhh :P


okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


16 comments

December 28, 2013 at 12:05 AM

#HatsOffs

Goodluck esok :)

December 28, 2013 at 10:31 AM

Gila hebat kau buat karangan.. .. pergh ..panjang giler! lebih2 lagi bab cinta ni khennnn

December 28, 2013 at 12:30 PM

ehem..ehem..nt nk kad ye.. jgn tunang lelama..

December 28, 2013 at 1:01 PM

CONGRATE..
bole edit jadi short novel ni.. :)
jenuh baca smpi habis..

December 30, 2013 at 12:38 PM

Alhamdulillah.. One step ahead.. semoga segalanya dipermudahkan.. Kawen jgn lupa jemput kite tau.. Hehe.. Mana tau first time leh jumpa orang sejibik sejibon perangai macam Mieza.. Hehe.. Kita dua sepesen jer perangai Wana.. Ahahahaha! Hikhik.. =)
http://miezashaklee.blogspot.com

December 30, 2013 at 3:50 PM

wah.. penuh berliku juga kisah cinta akram dan syazwana.. semoga urusan esok berjalan lancar dan selamat menjadi tunangan orang.. :D

December 30, 2013 at 4:03 PM

panjang nye. hehe. tp tak pe. blog mmg untuk penulisan. (:

December 31, 2013 at 11:05 AM

amboiii..boleh buat novel yunk. sweet sangat. hehe. jaga akram leklok. semoga berkekalan ye. :)

January 3, 2014 at 2:00 PM

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

January 3, 2014 at 5:32 PM

fuhhh. akhirnya habis baca. banyak betul kenangan susah senang pahit manis. hee.

btw, congratess ! :D

November 26, 2014 at 5:24 PM

sweetnye :))

December 22, 2014 at 6:49 PM

puhh puhhhh habis jugak baca !!!

August 17, 2016 at 12:34 AM

Congrats :D Fuh tak sia2 baca sampai abis šŸ˜‚

December 28, 2016 at 11:20 AM

Huuhhh.....akhirnye habis jgak baca kisah nie..btw tahniah...semoga cepat kahwin...

December 28, 2016 at 11:20 AM

Huuhhh.....akhirnye habis jgak baca kisah nie..btw tahniah...semoga cepat kahwin...

December 28, 2016 at 11:20 AM

Huuhhh.....akhirnye habis jgak baca kisah nie..btw tahniah...semoga cepat kahwin...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal