Friday, December 27, 2013

Best ke duduk asrama?




Cuti Krismas aritu aku follow hantar adik aku balik asrama.
Alah sekolah lama aku jugak.
Yang kat ceruk Bandar Penawar tu. Tapi tu dulu lah. Now dah up sikit ada pasaraya.
Barulah bandar. Hahaha!

Aku jarang cerita pasal sekolah aku kan?
Jom aku cerita sikit.

Adik aku tahun depan masuk Form 3. So Form 3 dengan Form 5 kene daftar awal.
Ade ape entah.
Masa lepas UPSR, adik aku beria mintak nak masuk sekolah ni.
Padehal die tak tanye aku pon sekolah ni best ke tak, cikgu die best ke tak, environment camne, jauh ke dekat.
Die tengok aku macam best je duduk sini, so die isi borang mintak sini.
Dia tak tau sekolah ni banyak hantu. Kakaka!


So. Welcome to Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.


Atau nama pendeknya SAKTI.
Aku masuk sekolah ni masa tahun 2001.
Tapi seingat aku masa lepas UPSR tu macam takde pulak isi2 borang nak masuk sekolah mana.
Aku rasa macam tetibe je dapat offer masuk sini.
So nak taknak masuk je lah.

Sekolah aku ni area2 nak menghala ke Desaru.
Kalau daripada rumah aku kat Sg. Ara tu adalah dalam sejam setengah ke dua jam, lalu jalan short cut ikot Mawai-Felda Lok Heng. Kalau lalu bandar jauh sikit.
Kalau orang2 JB sakit sikit lah.
Dari JB takde jalan terus nak menghala ke Desaru. So nak taknak dorang terpaksa pergi bandar kota tinggi and dari kota tinggi baru boleh ke Desaru-Bandar Penawar.

Now dah maju. Dah ada highway Senai-Desaru yang kene bayar tol mahal tu.
Hahah!
So memendekkan masa perjalanan. Dari JB boleh shoot terus ke Bandar Penawar ni. Tak payah lalu Kota Tinggi.
Aku pon tak pernah try lalu highway tu.
Tapi mak aku cakap tol dalam RM8++ kot.



Over tak kaler sekolah aku? Dari jauh dah macam court mamot dah.


Tahun bila entah, sekolah aku termasuk dalam golongan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Aku malas nak google.
Yang penting selepas aku keluar sekolah la.
Bagus adik2 junior ni. Semua pandai2. Ranking PMR yang baru lepas pon sekolah aku dapat nombor dua dalam negeri Johor.
Kalau dalam ranking SBP tak silapnya top 10 kot.

Masa zaman2 aku study dulu, keliling sekolah aku semua hutan tebal.
Depan sekolah aku, Sekolah Sukan Bandar Penawar. Sebelah sekolah aku, Sekolah Agama Bandar Penawar. Sebelah sekolah agama tu sekolah harian biasa.
Lepas tu semua hutan.
Kalau pergi area bandar penawar yang 'bandar' tu jumpa lah kedai2 makan sikit.

Tapi dalam pada sunyi2 macam tu pon tak terkira berapa ramai yang 'fly' asrama.
Aku memang tak pernah.
Tak kosser aku panjat pagar bagai. Dah la babi hutan berlambak keliling sekolah.
Siap pepagi anjing bersidai kat court2 bawah asrama.
Sia2 je hidup aku kalau kene kejar dek babi hutan tu.

Tapi budak2 batch aku yang lelaki memang legend la.
Fly pergi Konsert Jom Heboh kat JB.
Mampu? Hahah!
Pastu balik asrama dengan selambanya pakai baju jom heboh reramai.
Pastu reramai lah kene rembat dengan warden.



Dewan Sri Balau aka Dewan makan sekolah.


Budak2 daftar kat dewan makan saje.
So inilah dewan tempat aku makan daripada tahun 2001-2005.
Menu stended sekolah2 asrama haruslah makan nasi kawah berlaukkan ikan jaket, ikan ragbi, dan lain2.
Tapi menu paling aku ingat semestinya menu hari Jumaat.
Sambal udang die walawehhhhhhhhh giler terbaik kot.
Makan pulak dengan sayur lemak + ikan jaket pehhhhhhhh meleleh air liur.
Sampai sekarang boleh terasa kesedapan lauk hari Jumaat tu.
Lauk paling tak sedap aku rasa lauk hari rabu petang. Tapi aku tak ingat lauk apa. Yang penting tak sedap.
Hari sabtu boleh la makan nasi ayam.

Masa aku form berapa eh. Tak ingat lah. Rasa macam masa form 3 kot masa dekat2 nak PMR, kitorang kene prep malam kat dewan makan.
Tapi time tu best sebab abang2 senior yang pengawas jaga dewan makan.
So sambil buat homework sambil ushar abang senior yang jambu.
Kalau time tu dapat abang senior yang poyo memang bosan gile lah sebab takley cuci mata.
Gatal kan? Kikiki


Dok snap2 gambar tetibe terperasan macam kenal je yang tudung biru belah kiri sekali disebalik tiang tu.
Terus aku pakai spek.
Kompem!
Cikgu Kimia aku masa Form 5.
Berkira-kira nak tegur ke taknak nak tegur ke taknak. Last2 tegur je lah.
Biar cikgu tak ingat anak murid, jangan anak murid tak ingat cikgu. Ye dak?


So inilah cikgu Kimia aku, Cikgu Rafidah.

Masa aku nak tegur cikgu ni aku cakap "Cikgu ingat tak saya? Saya lah yang selalu kene denda kat 5 Baiduri tu sebab orang lain Kimia semua A, saya selalu B. Hehe"
Tapi cikgu ingat2 lupa.
"Eh awak selalu kene denda eh? So SPM dapat berapa?"

"SPM alhamdulillah dapat A"

Entah camne aku boleh dapat A pon tak tau lah.

Tapi seyes aku lah golongan yang memang selalu mencemarkan result kimia kelas aku.
Aku pon tak paham apesal budak2 kelas aku ni semua hebat2.
Eh sebenarnya aku pon tak paham macam mana aku boleh termasuk dalam kelas tu. Haaaa tu baru betol. Haha!

Paling tak boleh bla bila kene denda mengajar Kimia kat budak Form 4.
Dah la suara aku ni kecik.
Nak bercakap untuk satu kelas tu peh seksa gila.
Terasa macam badut tengah buat persembahan. Sobsss.

Dalam kelas aku ni majoriti nya pengawas.
So bila prep petang tu dorang kene jaga kelas2 lain.
So bila petang boleh kira lah berapa ketul je yang tinggal.
Tu yang aku pon manjang je kaki pergi usha kelas lain. Giler boring. Nak buat homework pepetang buta memang tak lah kan.


Dok bual2 dengan cikgu ni aku saja lah tanya kenal Akram ke tak.
Aku cakap Akram ni satu batch dengan Ammar Latip, Apai Kamisan & Arep Ahmad.
Senior2 yang digeruni masa kitorang kat sekolah dulu.
Dan seperti yang dijangka, nama tiga orang tu memang cikgu ingat. Nama Akram sorry cikgu tak ingat.
Siap cakap "Mungkin Akram ni baik kot sebab tu tak kenal"
Puihhhhhhhhhhhhhh baiklah sangat!

Padehal cikgu tak tau die ni berpura-pura baik disebalik baju pengawas dia tu.
Haha!
Cikgu siap cerita pasal si Apai Kamisan tu.
Ada one time die kantoi meniru paper Kimia masa test. Cikgu datang terus rampas kertas terus koyak2 kan.
Hahah! Apai apai. Tapi Apai sekang dah jadik cikgu dah.


Masa kitorang pernah lepak2 dulu Apai pernah tanya jugak dengan aku masa sekolah sape senior yang paling pemes sekali?
Aku jawab "Ammar Latip, Apai Kamisan & Arep Ahmad"

Dorang boleh gelak2.
Padehal memang betol pon. Sape tak kenal bebudak tiga orang tu.
Aku rasa time tu kalau dengar nama dorang mesti takot.
Kira time tu pailang abes lah.

Adik aku dah siap daftar, aku mintak diri dulu dengan cikgu.
Nak naik asrama pulak.


So inilah asrama perempuan. Pink gitu.  Sedih tengok cat dah buruk. Tak ingat time aku form berapa dorang cat asrama ni. Tapi masa baru2 cat tu memang cantik gila lah.



Taman bawah asrama. Dulu zaman aku takde kerusi meja tu.



Bilik membasuh tetap sama.


Nak cerita zaman2 duduk asrama memang banyak.
Tapi antara paling aku ingat ada one time kitorang tengok cerita Meteor Garden kat bilik tv bawah.
Warden aku pulak time tu yang jaganya ustazah.
First tengok cerita tu kantoi. Cd kene rampas.
Second time nak tengok cerita tu member aku dah pandai sikit.
Bukak cerita tu tapi letak CD cover cerita islamik.
Konon dah habes pandai dah.
Tapi rupanya warden lagi pandai. Kantoi jugak. Hahaha!


Belakang asrama perempuan. Still hutan jugak sikit2.


Yang pasti dah ada guard house. Masa aku dulu takde. Adik aku cakap mak guard rajin jugak round2 asrama sambil rembat henpon.



Ni dorm adik aku. Sebelah dorm lama aku masa Form 4 dengan Form 5 dulu. Zaman2 aku dulu cadar kaler pink. Cadar lelaki kaler biru. Now dah tukar hijau. Lelaki aku lupa nak tanya.


Masa memula aku sampai dorm ni terus buat muka kat adik aku "Woi apesal katil semua setingkat?"

"Alah ada kes budak2 jatuh katil. Terus pakai katil setingkat"

OMG.

Zaman aku dulu tak payah cakap jatuh katil.
Member aku terkunci dalam asrama dari tingkat satu.
Terjun hokey. Adalah dalam 5 meter.
Kitorang time tu dah tawakal je. Nak panggil warden takot kene hempok.
Selamba.


Ada sorang member lelaki aku pon pernah terkunci kat asrama.
Tapi asrama lelaki boleh terus ke bumbung susur gajah.
So dia kekonon nya nak lalu bumbung susur gajah tu lah. Rendah sikit.
Tapi silap besar sebab dia agak berisi. Bumbung patah. Terus jatuh. Hahahaha!
Legend tak legend kan?

Bebudak sekarang tak rasa dah macam zaman2 kita dulu.


Katil semua dah buruk. Locker dah berkarat. Tile dah bercalar-balar. Kesian jugak kat dorang ni.



Part paling best bila dari aras aku/adik aku duduk tu boleh sekodeng asrama lelaki. Gatal kan? Haha! Bumbung biru tu dewan makan. So kalau pukul 2 ke 3 pagi tu boleh la nampak bebudak lelaki bersidai2 kat bilik iron baju. Entah buat ape entah. Pastu nampak la budak2 yang main laser bagai tu.



Ni lah dorm lama aku dulu. Tapi dulu takde tile kaler2 camni kot.



Masa aku duduk sini nama aras aku Wira. Sekolah kitorang guna nama aras macam Iswara, Wira, Tiara, Satria, Waja & Perdana. Giler semangat cintakan Malaysia kan? Haha! Now dah tukar nama2 like Gama, entah ape entah lagi aku pon lupa.


Masa tengah SPm lagi best. Aku duduk dorm aras bawah paling dekat dengan Dewan Makan tempat amik makanan.
Tetiap petang bila nampak member baru lepas makan jerit je dari bilik "Woi makan ape harini?"
Hahah!
Best kan?


Gambar ni sebenarnya aku nak tunjuk laluan susur gajah dari kawasan sekolah. Sekolah aku atas bukit. Everyday nak menapak tangga susur gajah tu naik bukit memang agak bercinta lah.


Tapi tak nampak pulak susur gajah tu.
Tak dapat la korang tengok susur gajah sekolah aku port pocong suka bergolek.
Seram tak? Hahah!
Eh aku tak pernah nampak. Orang lain yang suka bercerita. Wallahualam la.


Tapi masa aku Form 5 memang ada kejadian histeria yang sangat dasyat.
Dasyat sampai one of my batchmate terpaksa berhenti sekolah sebab nak berubat.
Sedih gila time tu.
Bayangkan masa prep malam tu ko dengar orang menjerit2 satu sekolah.
Masa tu aku jadik ketua dorm.
Salah sorang dari junior dorm aku terkena jugak. Aku pergi kelas dia, dia tengah jerit2 suruh semua budak lelaki keluar. Dia taknak tengok budak lelaki.
Naseb baik ustaz die tak halau sekali.
FUhhhhh pengalaman betol.


Banyak sangat benda jadi kalau nak taip satu2.
5 tahun kot duduk asrama. Dah boleh buat novel dah.



Ni sekolah aku. Masa aku form 5 kelas aku yang paling atas and paling kiri.


Now kelas semua dah rombak.
Lelaki dengan perempuan pon dah asing2 kelas.
Gila tak best kan.
Kecuali kelas Baiduri which is kelas paling pandai.
Kelas tu campur lelaki perempuan.
So boleh la buat2 motivasi sesape rasa nak gatal2 belajar campur lelaki perempuan boleh la belajar pepandai sikit. Nanti boleh masuk kelas pandai.
Haha!

Naseb baik zaman aku dulu tak asing.
Kalau tak mesti takde mood nak study. Eh?
Kakakaka!


Satu2 nya kelas yang ada aircond. Siot je zaman aku takde pulak aircond. Kalau tak, tak payah aku bersusah payah masuk library sebab nak tido dalam aircond. Kakaka! 


Dulu kelas aku ni kat atas yang aku tunjuk kat gambar sebelum tu.
Now dah pindah bawah sikit. Sebelah kelas adik aku, Form 3.
Seronok la bebudak Form3 usha2 budak Form 5 kan. Zaman aku dulu area sini semua budak2 Form 4 & 5. Kalau junior nak datang area ni memang agak seram la. Tapi sebab kelas budak2 lelaki semua dah pindah area belakang, so rombak habes lah.

Owh lagi satu masa aku form berapa entah, sekolah tukar nama kelas. Kitorang tak panggil Form 1 ke Form 2 ke blablabla.
Kalau form 1 jadik Asas PMR. Contoh 1 Baiduri jadik Asas PMR Baiduri.
Form 2 dari 2 Baiduri jadik Pra PMR Baiduri kot. Eh lupa lah.
Kalau Form 3 jadiklah PMR Baiduri.
Form 5 jadik SPM Baiduri. Gittew.

Kenkonon kalau sebut nama exam macam gerun la sikit asyik pikir pasal exam kan.
Tapi tak pon.
Hahahaha!



Bangunan paling depan kebanyakannya makmal. Tak berubah.



Taman dah lawo sikit sebab dah banyak port dating. Dulu zaman aku takde kot kerusi meja ni.


Sebenarnya banyak lagi gambar nak snap tapi batery habes pulak.
Geram betol aku.

Tapi antara lain yang aku ingat masa zaman2 nak balik bermalam or pergi outing.
Bas akan start dari Bus Stand Bandar Penawar.
Ada lah dalam 8km kot dari sekolah. Aku ni susah sikit nak bajet distance ni.
Bila time outing/ balik bermalam, bas akan lalu sekolah harian biasa dulu, pastu sekolah agama, sekolah aku and last sekali baru sekolah sukan.
Jarak dari sekolah aku kalau nak pergi Bandar Kota Tinggi tu jauh la jugak dalam dua jam kot naik bas.
So perit lah kalau ko kene berdiri kan.

Bayangkan taknak berdiri punya pasal dalam bas, sanggup tu aku jalan dari sekolah pergi Bus Stand dengan beg yang beratnya.
Gigih gila kan.
Daripada kene berdiri dua jam baik aku jalan dulu.
Bas kalau cun takpe lah jugak. Ni bas yang tahap2 berlubang boleh nampak jalan raya lagi.
Tapi tu semua kenangan.

Now area Bandar Penawar tu dah banyak gila bangunan.
Ada pasaraya Jiason. Boleh la beli2 barang makanan, baju sikit2.
Projek perumahan pon dah banyak. Dah ada IKBN, Politeknik Mara, apetah lagi. Banyak la.
Cool Blog pon dah ada. Haha!
Cuma tak maju macam Bandar Kota Tinggi la tapi still banyak gila perubahan compare zaman aku dulu.
Yelah dah 8 tahun kot tinggal sekolah.
Kalau takde perubahan tu memang dah kene baling dengan bom la wakil rakyat tu.

Bila pikir2 balik seronok sebenarnya duduk asrama ni.
Cuma tak seronok kalau kene belajar je lah.
Kalau datang sekolah merewang, merenyam, makan dan lain2 memang best.
Kakaka!

okbai.
With Love : Syazwana Jamal :)


5 comments

December 27, 2013 at 11:13 AM

ok aku dapat bayangkan dah sekolah yg sajad baggakan tu :p
highway yang ko cakap tu dah tutup sekarang dia bukak satu lane je sebab ada crack. sape berani lalu la.. bahahaha.. kalo dari pasir gudang ke bandar penawar RM5.90. mahal nak mamp**! :D

December 27, 2013 at 5:14 PM

JB - penawar rm8.20.. byk giler lubang.. dah ar bapak besar punya lubang..

owh dekat jek ngan umah kite.. hehehe.. akak kite plak PAP kat situ.. memang selalu gak datang sek tu.. court mamoth sgt kaler..

December 30, 2013 at 1:05 PM

Baca entri ni tetiba terindu pulak ngan zaman skolah.. Huhuhu..
http://miezashaklee.blogspot.com

Anonymous
July 4, 2015 at 6:31 PM

Rindu nya. Thanks tunjuk gambar.. lama dah x kesana.. since 2000 masa amik majalah sekolah.. hahahah

Anonymous
April 13, 2017 at 12:06 AM

Cikgu kimia ko tu siak kacau laki org

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal