Monday, November 10, 2014

Permohonan Nikah Online (ENCR) & Interview Nikah untuk Orang Johor.


Ya Allah rasa lega sangat bila dah habes uruskan pasal borang2 nikah yang memeningkan kepala ni.
Lagi tiga minggu nak nikah baru submit borang. Heheh.
Padehal masa awal2 lagi dah bertekad nak settlekan pasal borang ni awal2. At the end lambat jugak. Dasar manusia. Ekekeke.

Akram punya borang dah siap awal dah sebab aku yang paksa dia siapkan awal2.
Tapi aku yang lambat :P
Ayah aku lah lambat sangat amikkan surat akuan bujang tu. Dasar manusia lagi sekali sebab suka salahkan orang lain. Hahah!

Walaupon Akram orang Johor tapi dia daftar dekat Selangor sebab tanak kene interview. Siot betol. Orang Johor kan wajib kene interview. Akram keje kat Sepang tapi tinggal kat Nilai. Disebabkan dia malas nak daftar kat Negeri Sembilan dia guna alamat kawan dia yang duduk salak, selangor. Nilai dengan sepang kan sebelah2 je. So aku tanya Pejabat Agama tempat aku, kalau Akram dah daftar kat Selangor perlu tak dia kene daftar online untuk Johor pulak. So akak kaunter tu cakap tak perlu.


encr.johor.gov.my

Sebenarnya aku dah daftar online ENCR dari bulan 6 lagi. Awal 5 bulan. Gigih kan nak siapkan awal. Tapi memandangkan kat Johor ni boleh submit borang nikah and HIV test genap 3 bulan sebelum tarikh nikah so aku biar je lah pendaftaran tu.
Bulan lepas baru aku pergi Pejabat Agama Kota Tinggi sebab nak tanya pasal pendaftaran Akram tu. Alang2 dah pergi tu aku amik sekali borang HIV test dengan cara2 nak daftar daripada dorang.

Borang HIV test memang kene amik dekat Pejabat Agama ya.
Takde online2. Kalau borang lain semua online. Surat akuan bujang boleh dapatkan dari majikan yang beragama Islam sahaja. Kalau tak boleh mintak kat penghulu kampung.

So cerita pasal ENCR. Disebabkan aku dah daftar awal sangat aku pon konpius boleh guna lagi ke tak yang aku daftar tu. So aku call pejabat agama. Dorang cakap boleh je guna lagi. Cuma aktifkan dulu lah. So aku bagi nama dengan nombor IC, dorang akan aktifkan. Dahla tulis alamat Akram salah. Lepas tu pergi submit. Pandai sangat. Bila dah submit online tu tak boleh edit dah. Tapi takpa. Korang print je borang tu and tulis pakai tangan. No hal.

Mula2 korang kene daftar macam gambar atas tu. Lepas tu call je pejabat agama mintak dorang aktifkan akaun korang. Bila dah aktif boleh la sambung isi borang online tu macam maklumat wali, maklumat pasangan, maklumat diri dan lain2.



Lepas dah isi semua boleh la print.
Kat borang2 online tu semua dah tulis siap2 checklist untuk benda2 yang korang kene bawak masa nak submit borang tu.



Complete dah checklist ni. Tinggal ikot je. To be safe korang buat je semua borang tu DUA SALINAN sebab ada sesetengah dokumen yang dorang mintak salinan.
Macam aku haritu borang yang online tu terlupa nak potostat. Naseb kat sana boleh potostat. Bayar sekeping 30 sen. heheh.

Dan rabu lepas aku pon selamat dah hantar borang2 tu semua.
Untuk orang2 Johor WAJIB ada interview okey.
Aku siap print lagi soalan2 yang selalu kene interview. Dah la dah lama tak pergi interview. Dia punya neves peh jangan cakap. Padahal soalan2 biasa je tapi dah nama interview tatap lah neves.

So lepas korang dah submit borang kat kaunter nanti akak kaunter bagi satu borang interview and suruh korang masuk jumpe ustaz yang nak interview kat bilik lain.
Masa aku pergi tu memang tak ramai sangat orang yang uruskan borang nikah ni. Lagi lah neves. Yelah takde orang kan. Takot ustaz tu boring nanti dia tanya banyak2. Haha!




Ini contoh borang temuduga untuk Negeri Johor.
Semua sekali ada 6 bahagian.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Bacaan Al-Fatihah.
3. Bacaan Doa Qunut.
4. Munakahat.
5. Toharah.
6. Tanggungjawab suami/isteri

Mula2 tu macam biasa lah sesi perkenalan. Ustaz tu tanya orang mana. Tunang keje mana. Duduk mana. Dan lain2. Lepas tu baru sesi soal jawab. Dah la dalam bilik tu ada sorang lagi lelaki buat kerja kat meja sebelah. Malu iols. Hahah!

U untuk Ustaz. W untuk Wana.

U : Okey. Rukun Islam ada berapa?
W : Ada lima ustaz.

U : Cuba baca satu2
W : 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Solat lima waktu. 3. Berpuasa di bulan Ramadhan 4. Menunaikan zakat 5. Pergi haji bagi yang mampu.

U : Okey cuba Mengucap dua kalimah syahadah
W : أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله

U : Okey cuba baca selawat.
W : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Lepas tu aku tergelak sikit.

U : Eh awak jangan lah gelak.
W : Saya neves la ustaz. Lama tak interview. Haha!

U : Rukun solat ada banyakkan. 13 semua sekali. Salah satunya bacaan Al-Fatihah. Cuba baca.
W : Bismillah. *baca al-fatihah*

Lepas tu ustaz suruh baca doa qunut. Aku baca separuh je tiba2 ustaz tu cakap "Okey dah. Ok la tu maknanya hafaz la tu"

Masa kene tanya rukun nikah aku macam blur giler. Haha!
Lepas tu ustaz tu cakap "Eh macam mana nak kawen ni"
"Saya dah study tapi tiba2 lupa" Ekekeke selamba betol menjawab.

Rukun nikah :
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan.
3. Akad
4. Wali
5. Dua orang saksi

U : Okey darah haid selalunya keluar dari hari keberapa sampai berapa?
W : Darah haid dikira dari hari pertama sampai ke 15 sahaja. Kalau lebih dari 15 hari dikira darah istihadah.

Lepas tu kene tanya pasal cara2 mandi wajib sikit dengan tanggungjawab isteri.
Make sure korang study la sikit. Google je contoh soalan interview kahwin. Dah banyak dah orang upload. Nanti takde lah blur sangat (cewah kemain nasihat orang) :P

Last sekali ustaz tu bagi nasihat sikit lepas kawen. Kalau boleh rajin2 lah laki bini pergi ceramah agama kat masjid. Solat jangan tinggal walau apa cara sekalipon. Hhuhu.

Bila dah selesai interview, ustaz akan sign kat borang dan korang bagi borang tu kat kaunter.
Nanti kaunter akan bagi borang2 yang korang kene bagi kat Imam pulak sebelum tarikh nikah.
Aku tak tau tempat lain tapi haritu aku kene bayar RM22 tunai untuk proses. Haha! Lepas tu dah boleh kawen yeayyy!

Disebabkan aku memang kerja kat Johor, so bila2 masa aku boleh uruskan pasal borang ni.
Tapi untuk korang yang kerja luar Johor boleh je nak siapkan dalam satu hari.
But kene make sure supporting dokumen semua lengkap lah.

Kalau korang kerja luar Johor, make sure korang dah daftar siap2 permohonan online tu before korang balik johor. So bila nak balik Johor, print siap2 semua borang2 tu lepas tu pergi pejabat agama amik borang HIV, buat hiv test kat klinik kerajaan, make sure jugak surat pengesahan bujang pon dah sediakan awal2. Surat beranak korang, surat nikah parents, ic wali, ic korang, semua check list tu make sure lengkap. InsyaAllah cepat je siap.

Haritu aku pergi submit borang dengan ayah aku sebab ayah aku telah mengkonpiuskan aku.
Dia cakap "Eh ayah tak payah kene datang sekali ke?"
Lepas tu aku macam malas nak call pejabat agama tu. Ayah aku terus cakap "Takpe lah ayah ikot je lah nanti senang kalau ada apa2"
Tapi sebenarnya wali tak payah ikot pon takpe.
Tapi masa Akram uruskan borang dia, kene bawa dua saksi borang dia sekali masa submit borang. So untuk lelaki aku tak pasti pulak.

So di kesempatan ni aku nak menjemput kawan2 blogger semua untuk datang ke majlis aku dan Akram pada 30 November 2014 di Kota Tinggi Johor. Belah lelaki kat Pontian, Johor (27 Disember 2014). Kalau nak kad boleh pm aku kat fb ya.





bye.


35 comments:

  1. Waaa siap kena interview lagi eh kat johor..

    Semoga semua nya berjalan lancar awak.. Amin :)

    ReplyDelete
  2. dikk..akak dl hiv test xbw borang pun sbb kt klinik mmg dh sediakan borang.. dannn, akak x interview ponnn.. hahaha.. kwn akak kan keje pej agama, dtg submit borang, cop n sign pastu balik.. aci x??


    adikk...mnta maaf byk².. xdpt attend mjlis.. husband akak kena g kursus pulakk.. dh plan baikk punye tau. huhuhu.. selamat pengantin baru.. moga berbahagia n kekal hingga jannah.. barakallah dik..

    ReplyDelete
  3. hye awak. moga smuanya berjalan lancar ye

    ReplyDelete
  4. Bagus buat rjukan yg bakal bernikah.
    smoga semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
  5. tempat Sya xde interview cmni. sume tanye mase akad.

    whoaaa...dekat dah. Sya ade 2 bulan lagi nih. hikhik .

    BTW, Sya da follow wana. Nnti free, visit/follow Sya jugak ek =)

    ReplyDelete
  6. Nk tnye..sy asal johor..keje di selangor. . Nk nikah dgn org slangor..sy kne daftar di johor jugak kn..

    ReplyDelete
  7. @eezwan sailan
    Hye. lelaki boleh daftar kat tempat mastautin. if let say u keje selangor boleh je daftar selangor. macam my husband org johor keje selangor do daftar dengan selangor. lagi senang. cuma dokumen kene lengkap la.

    ReplyDelete
  8. Salam, kalau perempuan orang johor, tp bkerja dan nak nikah di selangor, kena daftar johor ke selangor ye?

    ReplyDelete
  9. @aHyeLatu
    Salam. selalunya perempuan kene nikah ikot alamat ic. tapi dalam kes macam ni better awak rujuk pada pejabat agama johor. call je senang.

    ReplyDelete
  10. saya nak tanya. yang test hiv tu , kena hantar dalam paling awal 3 bulan, atau boleh buat awal dulu, then hantar dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah ? sebab kan test hiv valid untuk 6 bulan.

    ReplyDelete
  11. @::afdhaL::
    hai. tak silap sy kat johor hiv test valid dalam temph 3 bulan jugak.

    ReplyDelete
  12. @J.Syazwana

    ohh..patut la.sebab kat slgor 6 bulan. maksudnya depends pada majlis agama negeri la ni. ok thanks!

    ReplyDelete
  13. Salam sis. Hai, sy org jb tp keje dekat selnagor. sy nak tanya, klw sy da buat hiv test dekat selangor, kene bt laki ke dekat jb? Then klw akuan bujang tu, mcm mana ye?

    ReplyDelete
  14. @Dheya Hamzahyang tu sy tak pasti la sis. boleh call pejabat agama kot tanya :)

    ReplyDelete
  15. salam...hai...untuk hiv test tu...boleh dapat result dalam ari yg same la ea..maksud ye kne ambil borg hiv test dulu da settle baru pg pjbat agama semula submit semua.

    ReplyDelete
  16. @Aini Nadyia
    betol tu. sehari je dah boleh siap. pastu baru hantar ke pejabat agama.

    ReplyDelete
  17. Assalam sis ..boleh saya tahu..akuan bujang boleh buat awal kan sebelum daftar pengguna kat encr??

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum.. haii dear.. nak tanya boleh? sbb tengah confuse dah ni.. kat dekat bahagian C tuh kena isi borang utk pasangan kan? pastu dia mintak no encr pasangan.. the thing is, pasangan sye dr selangor.. tapi tak nampak pon dia letak kat situ no pendaftaran encr dia.. pastuu mane nk dpt no encr tuh ekk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Org selangor tak payah daftar encr. Husband sy pon x daftar. So tak payah isi. Encr tu nak autoapdet je kalau pasangan kita ada daftar. Auto filling la. Hehe

      Delete
  19. Assalam. Nak tnya mcmana klu pasangan kedua2 bekerja d selangor. Laki org sabah . Pmpn org jhr. Saya nak nikah dekat jhr. Jd saya kena isi borg jhr or selangor ya ? Dan klu pmpn isi borg jhr alamat da tulis current address(slngr) . Blh terima ke ?

    ReplyDelete
  20. @Wahidah Ahmad
    wassalam. pompuan kene daftar tempat kelahiran. x kisah la keje mana. tp kalau nak nikah johor wajib isi kat johor. kalau dah isi takpe. print je lepas tu potong mana yang salah and tulis balik pakai tangan. hope membantu :)

    ReplyDelete
  21. Salam nk tnya wakalah wali perlu isi x.sy dh print smue p xisi wakalah wali..wali sy bpk sy p yg nkahkn t0k kadi..so kne wt x

    ReplyDelete
  22. kalau perempuan orang johor..nak kahwin dgn lelaki kelantan..perempuan kena isi encr tu kan..lepas tu borang hiv tu dah siap trus untuk perempuan.untuk borang hiv test pihak lelaki macam mana ye?masa dtg pejabat agama tu kita bg borang2 kita yg dah print tu je ea?pihak lelaki tak payah?

    ReplyDelete
  23. kalau silap isi encr kne buat acc baru ke? test hiv pn kne buat lg skli ke cmne? n tunang sy org kdah tpi alamat gune alamt jb, nk kne isi akuan bermastautin ke? sbb dy kje kat jb dh lme?

    ReplyDelete
  24. @Anonymous
    x payah. print je borang tu pastu betolkan je guna pen. yg lain blh try cuba try kol pejabat agama tu.huhu

    ReplyDelete
  25. Nak tanya kalau ejaan nama salah nak rujul sape?

    ReplyDelete
  26. hye awak kalau period mcm mana ya? dia suruh baca doa2 ni ke

    ReplyDelete
  27. salam kak, sy pun kes tersalah tulis alamat lelaki, lepas tulis pakai tangan je kat atas borang tu, pihak pejabat agama betulkan balik ke ?

    ReplyDelete
  28. salam kak.
    in a summary... kita boleh daftar encr online awal (more than 3 months awal) and boleh start print segala borang. Tapi pendaftaran online awal ni nanti jadi inactive (but boleh call pejabat agama utk active kan balik).

    betul tak? sebab dah terdaftar online awal hahahahaha

    ReplyDelete
  29. sorry last question. Borang borang tu boleh download lepas kita isi maklumat wali kan?

    ReplyDelete
  30. @nina

    lepas dah isi semua sekali boleh la donlod. hehehe

    ReplyDelete
  31. Assalam...kami dah isi awal2 borng ncr..dh siap print pn,skli mjlis ditunda ats sbb2 trtentu..xslp dlm bln 6 dh..skrng 2,2 lupe id pnggna dan psswrd😂...acane eh? .mjls bln 11 ni...

    ReplyDelete

What says U?