Monday, November 17, 2014

Untuk bakal suamiku, Akram...




Lebih kurang 12 hari je lagi before majlis akad nikah aku dengan Akram.
Kadang2 macam tak percaya dah nak kawen. Hahah!
Masa aku create event kat Fb Akram cakap "Selalu tengok nama orang. Sekarang tengok nama sendiri macam tak percaya"
Jangankan dia, aku pon rasa macam mimpi.
Rasa macam 5 tahun yang kitorang lalui ni macam sekejap sangat.

Kadang2 rasa macam "Eh macam mana aku boleh bercinta dengan senior sendiri eh?"
"Macam mana boleh kawen dengan senior sendiri ni?"

Tapi tu lah dah jodoh.
Kalau aku tau lah jodoh aku dengan Akram, sejak dari sekolah lagi aku dah ushar dia.
Tak payah buang masa dengan orang lain.
Tiap2 petang masa riadah boleh la dating.
Lepas tu mesti boleh dapat makanan kat dewan makan lebih sebab Akram kan ketua exco Jamuan & Makanan. Wakaka.

Tapi tu lah semua perancangan Allah.
Nak taip ni pon rasa macam nak nangis. Hahah!
Orang2 terdekat je yang tau macam mana perjalanan hubungan kitorang dari dulu. Eh tapi dulu dah pernah cerita kat blog kan? Ekekeke.
Tapi tu lah aku rasa masa nikah nanti kompom berjurai-jurai air mata aku. Haishhh habes mekap ahkak camni.
Biasalah pompuan ratu air mata memang macam ni uolss.

Untuk bakal suami ku, Akram...

Terima kasih sebab terima saya seadanya.
Perempuan banyak perangai, kuat makan, kuat merajuk, kuat nangis, kuat sentap, suka marah2 eh banyak sangat kekurangan kalau nak list satu2 ni.
Terima kasih sebab selalu sangat bersabar dengan perangai saya.
Terima kasih sebab terima segala kekurangan saya.
Terima kasih sebab terima segala kisah silam saya.
Terima kasih sebab selalu suruh saya tak payah diet. Hihihi.

Andai saya diminta untuk menulis segala kekurangan sayang di atas sehelai kertas, saya akan pulangkan kertas kosong pada sayang.
Sebab saya dah berjanji dalam hati, saat saya terima sayang, saya akan terima segala kelebihan dan kekurangan sayang seadanya.
Walaupon sayang sedikit montel, tapi sayang sempurna di mata saya. Hihihi.

Saya mintak maaf. Walaupon kita bukan lah yang pertama dalam hidup masing2 tapi saya janji yang sayang akan jadi orang terakhir dalam hidup saya.

Kita dah harungi banyak sangat benda selama ni. Dari segi duit. masa, dan segala-galanya.
Kita pon dapat survive hubungan jarak jauh.

Walaupon kadang2 sayang tengok saya macam malas nak layan sayang je, tapi sikit pon saya tak pernah lupakan sayang.

Semoga segala apa yang kita lalui selama ni menjadikan kita matang dalam kehidupan yang mendatang. Saya janji akan jadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak sayang, cewahh.
Harap2 kalau sayang dah kaya-raya nanti jangan lupakan saya pulak.
At least saya nak banglo sebijik dengan Audi sebijik. Ekekeke.
Mana tau time tu saya dah tak cantik macam sekarang dah. Eh?


InshaAllah semoga hubungan kita akan berkekalan sampai bila2. Ameen :)






With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

November 18, 2014 at 9:30 AM

tacing pulak baca entry ni..pa2 pun, selamat pengantin baru wana.Tahniah!!!Smoga bhagia smpai akhir hayat,dan sentiasa bersama selama-lama-lamanya sampai syurga.

November 18, 2014 at 1:42 PM

Selamat menempuh alam perkahwinan tau heeee~

November 18, 2014 at 7:12 PM

hehe selamat kawin wana!

November 19, 2014 at 11:54 AM

Moga semua bjln lncr..aamiin

November 19, 2014 at 4:54 PM

hye bakal pengantin. hope everything smooth ye :) INSHALLAH

December 23, 2014 at 3:57 PM

Sedih la plak...barakallah...semoga sentiasa dalam barakah Allah utk kamu berdua...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal