Friday, December 5, 2014

29 November 2014 : Dengan rasminya menjadi isteri tersayang kepada Akram





Alhamdulillah Ya Allah.
29/11/2014. Dengan sekali lafaz akhirnya aku jadi isteri Akram yang sah. Yahuuuu. Ekekeke.
Akram cool giler okey jawab lafaz nikah. Slow and steady. Takde testing2. Camni la laki aku. Ekeke.
Perasaan jadi isteri? Emmmm macam sama je. Boleh tak? :P
Maybe sebab kitorang still duduk jauh kot. So aku tak rasa lagi perbezaannya.
Yelah duduk sendiri2. Dari zaman bujang lagi memang aku kalau pergi mana2 aku akan bagitau Akram.

Dah bangun tido, nak tido, nak mandi, nak makan, nak pergi keje, buat keje, nak pergi beli barang, nak pergi giant, nak pergi mydin, hatta nak berak pon aku bagitau Akram. kakaka. Sebab kang kalau die kol aku tak angkat kang merajuk pulak. Sebab tu kene bagitau.
So disebabkan benda2 gini memang kitorang dah prektis awal, cewahh, bila dah kawen benda tu jadi kebiasaan dah. Takde yang berubah.

Kadang2 rasa janggal tu ada la jugak. Yelah benda macam sekelip mata eh dah jadik isteri ke?
Betul ke ni dah ada laki? Hahahaha! Rasa macam susah nak terima hakikat. Tambah pulak kawan2 baik semua single lagik. Jadinya aku pon feeling2 tempias single lah jugak kan. Kekeke

Masa kat rumah aku haritu lepas habes majlis ada lah jiran2 datang rumah nak bukak balai.
Lepas habes bukak balai tu aku nak pergi dapur makan sebab tak makan lagi.
Jiran aku cakap "Haaa layan la lakinya tu. Sendukkan nasi, amikkan lauk blablabla"
Pastu mak aku menyampuk "Dia ni memang malas nak layan laki"
Tak boleh bla mak aku ni. Hahahah.
"Ni kat rumah mak boleh la nak manja2 mak masak blablabla nanti dah duduk sendiri kene pandai2 blablabla"

Aku tersengih-sengih.
Akram ni jenis semua benda dia suka buat sendiri.
Kadang2 aku nak buatkan air panas nanti dia nak buat sendiri pulak.
Lepas tu orang nampak aku giler pemalas suruh laki buat keje sendiri.
Padahal laki aku yang terlebih rajin.
Haha!

So nanti lah kalau ada rezeki duduk sama2 nanti boleh lah aku prektis jadik isteri solehah.
Gittew.
As for now bagi lah can aku feeling2 single lagi. Ekekeke.

Sekarang memang rasa lega sangat amat bila dah selesai majlis nikah and sanding belah perempuan.
Tinggal majlis resepsi belah lelaki je. 27/12 ni.
Tak sabar nak habes semua lepas tu nak sopink sakan. Tak kira! Hahahah!

Orang cakap bila dah habes majlis kahwen nanti mesti rindu nak buat persiapan lagi. Tapi bagi aku, takde makna aku nak rindu2. Serabut okey pikir pasal kawen. Ke aku ni tak normal? Hahaha!
Serius, kalau boleh memang aku taknak dah handle majlis kawen lagi. Pening.
Tapi kalau adik aku kawen nanti, aku nak handle candy buffet je. OMG antara banyak2 benda kawen ni candy buffet je aku paling eksited. Nampak tak disitu.
Yang lain aku macam tak heran sangat pon. :P

So gambar pada aku tak banyak sangat. Gambar semua pada OP.
Rajin2 nanti aku apdet la sikit2 ya.
Emmmm nak apdet mana dulu eh?

Majlis Nikah.
Majlis khatam quran & berinai.
Majlis sanding & bunga tangan.
Guest book, candy buffet & photobooth.
Baju nikah & veil nikah.
Bridal (Sooooooooooo not recomended)
Official Photographer.
Diy mini pelamin.
Diy hantaran lelaki & perempuan.
Gambar pre wedding & photo canvas.
Kad kahwen.
Goodies bag & yassin custom made.

Eh macam banyak pulak.
Tetibe macam pening.
Tetibe macam malas.
Haha!

So sekarang dah ada tarikh anniversary. Yahuuuu.
Orang tak pernah celebrate anibersery camni ler.
Tak kapel kan katenya. Haha! Okey dah boleh plan nak celebrate anniversary kat mana.
Ekekeke over giler pompuan ni :P

okbai.








With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

December 5, 2014 at 2:58 PM

alhamdullilah

December 5, 2014 at 3:04 PM

aku sampai sekarang fefeeling single lagi walaupon perot dah buncit. wakakaka... rilek wana, duduk jauh best jugak sebab ada masa sendiri. kalau duduk dekat memang la dapat banyak pahala, tapi takdenya dah la nak rilek2 baring tanpa buat pape. konfem busy layan suami. :p btw, sorry tak dapat datang haritu. aku datang yang belah lelaki punya eh. hihi

December 5, 2014 at 10:34 PM

Congrats dear!! 😃

December 8, 2014 at 5:33 PM

tahniah.. lamanyerrrrrr sgt aku x terjah blog2 pilihan aku ni...

semoga berkekalan hingga ke anak cucu & ke akhir hayat

December 9, 2014 at 12:22 PM

tahniah dah jd isteri org =)

December 9, 2014 at 3:23 PM

Tahniah awak.. Selamat melayari bahtera rumah tangga yang best! :)

December 22, 2014 at 5:44 PM

Hai Puan Wana.. Haha! ^_^
RosmizaAliDotCom™

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal