Loading...

Thursday, May 21, 2015

Kebun Ayah




Ahad lepas tiba-tiba je ibu ajak aku pergi kebun ayah.
Setelah hampir 6 tahun kot tak pergi. Eh ke lebih. Tak ingat lah. Haha!
Yang aku ingat tak silap aku ayah aku tanam pokok sawit kat kebun dia tahun 2007. Masa tu aku baru je masuk U. Bila semua peserta felcra dapat tanah kebun bahagian masing2 sorang dalam 10ekar camtu, ayah aku jadi antara orang2 terawal yang keluar Felcra.
Sebab masa tu Felcra offer siapa yang nak Felcra uruskan tanah dorang and sape yang nak uruskan sendiri.
I tell u uruskan sendiri memang penat tapi untung berlipat ganda.
So ayah aku keluar. Tanam sendiri, racun sendiri, beli benih sendiri, baja sendiri semua sendiri.
Naseb baik adik bawah aku ni jenis yang dah biasa buat keje kebun. Badan pon ketak2 Bahahaha! So banyak lah tolong ayah aku.

Masa mula2 pokok tak berapa tinggi tu rajin jugak kitorang adik beradik lepak kebun.
Sebab masa tu best. Ada pokok cili banyak gila. So takde keje pegi la petik cili2. Pokok2 sayur.
Ada pondok. Ada anak sungai.
Kat pondok ada dapur boleh masak.
Bila dah dua tiga tahun pokok dah tinggi sikit kitorang pon dah tak pergi dah.
Sebab takde benda nak buat.


Lepas 8 tahun..


Pokok dah tinggi. Buah dah banyak.


Kebuh ayah aku ni kat belakang kampung sana. Nak pergi agak leceh jugak sebab tanah bukit2 and ada jalan yang lecak. Dan 10 ekar tu bukan semua tanah rata. Ada yang atas bukit jugak. Nak buat camne dah undi dapat yang situ kan. Tapi okey la sebab dekat dengan sungai and jalan besar macam gambar atas ni.


Aku dah la bertahun2 tak bawak motor. Sekali ahad tu ibu suruh aku bawak motor menggigil-gigil tangan aku. Bahaha! Terasa la keras gila pegang handle motor.
Rasa nak masuk longkang pon ada jugak. Bila sampai jalan yang berlumpur sikit suruh ibu turun sebab aku takut dengan kitorang2 sekali masuk lumpur tu.


Pondok kecik. Abaikan bendera tu. Kat pondok ni semua bendera parti ada. Haha!




Ini lah anak sungai tu.






Ni pokok jambu madu. Masa mula2 dia belajar nak buah dulu buah dia besar gila kot. Siap mak aku bagi kat jiran2 sikit. Memang puas hati la. Sekarang dah kecik sikit dah buah dia. Tak tau la kenapa. Ibu aku sampul siap2 buah jambu tu kot2 dia nak besar lagi ke. Hahaha!


Kalau beberapa tahun dulu size dia dua kali ganda dari ni. Memang lama2 dia jadi kecik ke eh?


Macam biasalah keje aku cuma jadi mandor je. Ekekeke. Ibu bawakkan bekal nasi goreng sebab kat pondok dah takde dapur nak masak2 dah.


So far ayah aku kuat lagi nak kejekan kebun ni. Walaupon umur dah 59.
Kadang2 tu kalau takde keje adik bawah aku tolong racun and baja. Adik aku kuat giler kot. Lepas tu cepat gila buat keje.
Naseb baik Akram pon jenis yang pandai buat keje kebun jugak. Boleh la kalau nak harap sikit2.
Kalau nak harap aku memang tak lah. Aku bagi duit kat orang je suruh uruskan. Huhuhu.

Haritu ayah aku cerita ada sorang ni orang kampung aku jugak.
Mula2 dulu dia join Felcra. So Felcra yang uruskan. Bulan2 adalah Felcra bagi 500++ after tolak duit lain2 semua. Sekarang dia dah keluar dari Felcra dah. (now nak keluar Felcra kene bayar puluh ribu kat Felcra. Naseb baik dah keluar awal2 dah)
So ada satu hari tu pagi2 pakcik tu happy semacam je. Haha!
Semua orang pon macam pelik la. Rupanya2 baru lepas jual buah.
Dapat rm1999. Hahaha! Mana tak suke kan. Selalu dapat ratus2 je.

Harap2 nya semoga pokok2 sawit ni terus membesar dengan sihat takda penyakit bukan2. Ameen. Hihi.




With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

May 21, 2015 at 2:50 PM

bestnya ada kebun

May 22, 2015 at 9:30 AM

ayah kami takde kebun...
tapi mertua ada kebun..
sawit jugak..
tapi sekitar rumah ada banyak je tanaman kalau nak amik tahu.. hehehe..
tapi jenis kaku kalau bab tanaman ni, so hanya diamkan diri je la

May 23, 2015 at 8:49 PM

Seronok ad kebun ni..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal