Wednesday, May 13, 2015

Setia




Berkahwin, bekerja dan tinggal jauh dengan suami selalu je dapat soalan macam ni "Weh ko tak takut ke laki ko buat tak elok belakang ko?"

Dan kebanyakan soalan datang daripada lelaki sendiri. Apa lelaki2 ni suka curang eh? Haha!
Yelah keje bidang construction kan. Majoriti keliling aku semuanya lelaki.
So kalau sembang2 dengan dorang, bila dorang tau je yang aku duduk Jb tapi laki aku keje kat KL semua akan tanya soalan yang sama.
Padahal aku rasa zaman sekarang ni dah ramai yang jadi weekend husband and wife.
Rasanya takda masalah kot.

Selalunya aku akan jawab "Alah kalau nak curang tak payah tunggu jauh. Duduk satu bumbung pon boleh curang jugak ape kan?"

Bukan nak cakap besar. Tapi itu pon hakikatnya.
Apa aku boleh buat cuma berusaha, doa dan tawakal je pada Allah.
Berusaha untuk jadi isteri yang selalu dirindui suami. Bahahaha.
Lepas solat doa supaya Allah jauhkan kami berdua dari godaan syaitan yang direjam. Kekalkan kami berdua dengan taufik dan hidayah. Kekalkan iman kami. Dan lain2.
Lepas tu ape lagi tawakal je la. Allah kan Maha Mengetahui.

Kadang2 bila aku baca cerita2 orang kat page Kisah Rumah Tangga kat Fb tu macam scary la jugak.
Jenis yang kadang2 cerita yang kita rasa macam tak logik tapi jadi jugak.
Yang kita rasa macam dalam drama je tapi berlaku di alam nyata.





Banyaakkkkkkkkkkkk lagi cerita2 yang kadang2 tak masuk akal.
Tak larat la aku nak print screen satu2 kan. Korang pergi baca sendiri la. Huhu.

Sebenarnya nak cakap pasal perkahwinan ni macam tak layak je kot.
Aku pon baru je kawen tak sampai 6 bulan pon.
Baru setahun jagung orang cakap.
Tapi yang aku tau nak duduk jauh ni perkara paling penting sekali is jujur.

Aku duduk jauh dengan Akram baru setahun lebih je. Tapi dalam dua minggu sekali aku balik sana or dia balik sini.
Masa mula2 tu memang lah Akram tak percaya kat aku. Eleh macam la aku percaya dia sangat. Ekekeke. Takde lah. Akram tu takut sangat ada orang ngurat bini dia ni. Muka kalau ala-ala neelofa takpe la jugak. Ni dah la muka jawa. Gemok pulak tu. Takde lah orang nak ngurat pon.
Tapi aku buat rilek je. Apa aku buat semua aku bagitau dia. Nak pergi mana. Dengan siapa. Makan apa. Nak pegi toilet. Pegi surau eh semua lah aku bagitau dia. Senang.

Lepas tu aku ni takde lah ada kawan sangat kat Johor ni.
So siang pergi keje. Balik keje terus balik rumah membuta. Takde nak merayau sangat pon. Paling tak aku singgah Mydin ke Jusco ke nak beli barang2. Tu pon sorang2 je. Lepas tu terus balik rumah.
Kadang2 aku singgah rumah akak aku. Kalau tak jumpa Akram minggu tu aku balik rumah ibu ayah aku.

Akram pon sama. Semua benda yang dia buat dia akan bagitau. Selalunya tiap2 minggu ada satu malam tu dia akan pergi main Futsal dengan budak2 tempat keje dia. Aku okey je lah.
Kadang2 dia mesej aku mintak izin nak main futsal. Haha! Aku cakap pergi je lah kalau dok rumah pon bukan buat apa.

Kadang2 ada jugak bukak fb dia baca inbox dia. Hihihi.
Check whatsapp dia.
Saje. Sesekali kene buat spot check jugak. Mana la tau kan :P

So far semua nya okey. Aku pon takde lah nak tuduh dia ada perempuan lain ke apa ke.
Kalau dia tak jawab call tu aku assume dia tido mati je. Takde la nak syak yang bukan2 pon.
Entah la. Bagi aku kalau aku beria2 sekodeng suami aku pon kalau dia nak curang dia buat jugak.
Pokok pangkalnya hati. Aku ada je kawan yang hidup tak aman. Sepanjang masa dia ada perasaan syak kat boipren dia. Aku selalu tanya ko ni tak penat ke asyik nak sekodeng bf ko buat apa.
Nanti lepas kawen takkan hari2 nak spot check husband. Takkan setiap saat nak rasa husband ko tipu kau. Kalau dah tahap macam tu apa point kawen kan?

Tapi tu lah dia pon tak tau nak buat camne. Belum timbul kepercayaan tu lagi.
Aku dulu masa zaman2 bercinta 5 tahun lepas adalah perangai macam tu. Setiap saat tak puas hati dengan Akram.
Setiap saat aku rasa Akram mempermainkan aku. Bahaha!
Tapi dulu lah.
Sekarang takde dah.

Kalau yang dah kawen tu sesekali jumpa husband pakai la seksi2 sikit kat rumah. Bahaha!
Eh tapi serius weh. Sebab aku selalu baca kan lelaki komplen perempuan dok rumah serabai2. Tu yang sibuk nak carik pompuan lain.
So kita perempuan ni dok umah jangan lah selebet sangat.
Macam aku dulu kan zaman2 freehair kan banyak skirt kan. So sesekali balik jumpa husband pakai je la skirt tu dalam rumah. Pastu pakai sleeveless.
Tak pon pakai baju yang jarang2 sikit. Bahaha! tu yang laki aku time aku masak pon sibuk nak cium2 pipi la pelok2 la. Lol.

Kalau one day ditakdirkan Allah bukak kan hati dia terjumpa perempuan lain nak buat camne kan. haha! Allah kan Maha Merancang dah Maha Mengetahui. Cuma aku berdoa minta dijauhkan la semua tu. Sebab aku ni bukan kuat sangat pon. Hihi.

Apa2 pon kita hanya mampu merancang. Allah juga yang menentukan.
Selagi kita boleh berusaha dan jaga hati kita berusahalah.
Dan tawakal.

bye.



With Love : Syazwana Jamal :)


4 comments

May 13, 2015 at 3:32 PM

betul tue kita hanya merancang

May 13, 2015 at 10:26 PM

Hehhe.. yg pntg kepercayaan. Mak yui pun ckp, setia xperlu dekat tp dri hti msg2..

May 16, 2015 at 2:02 AM

salam. hee moga bertabah ;p

June 3, 2015 at 6:55 PM

Takpelah ada jugak geng aku. Bahahaha

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal