Friday, July 6, 2012

Live, Laugh, Love @ Telok Kemang, Port Dickson



                                 


Ahad lepas aku pergi picnic dengan kawan-kawan (ajak, dee and adik2 dee)
sebabnya dorang cakap dah lama sangat tak lepak sama.
zaman2 belajar dulu asal wiken je melepak. asal wiken je ade lah aktiviti tak berfaedah yang dirancang.
lepas kerja ni memang susah nak jumpa.
lagi2 masing2 dah ade pasangan lagi lah asyik nak berdating je tiap2 minggu.
aku jugak yang alone. eh? hihi

so disebabkan sabtu lepas Akram pergi wedding kawan baik dia kat Banting maka aku pon keluar lah dengan kawan2 aku.
Akram tak bawak aku sebab dia temankan kawan dia tu dari sabtu petang (nikah),  teman tido kat homestay malam tu, teman photoshoot outdoor sampailah habes bersanding ahad petang.
kawan baik sangat kan.
meyampah. hahahaha !
takdelah sebenarnya kawan dia tu takde sepupu yang besar. dia lah yang paling besar.
so dia macam bosan tu yang suruh Akram teman tu.
tapi bagus jugak. boleh keluar dengan kawan2.
kalau tak Akram asyik nak berkepit je dengan aku. eh rimas betul lah. (ni kalau Akram baca mau sentap tujuh puluh jam ni)

so ahad tu Dee amik aku kat rumah.
memula Ajak (nama dia sarah tapi dah biasa panggil ajak. sila baca dengan betul. bukan Ajak yang ajak-ajak ayam tu ye) cakap gerak pukul 8am.
beria aku bangun pagi.
sekali Dee sampai pukul 9 lebih jugak.
tapi takpe kite terus gerak pergi Bangi amik Ajak.

sampai Bangi beli nasi lemak dulu then terus shoot pergi Port Dickson.
dan destinasi pilihan ialah Telok Kemang.


Tak sia-sia pergi hari tuh. Air biru gila kot. Memang best gila ! Tapi nak mencari parking punye lah payah. Jauh jugak kitorang parking. Sebab ramai gila-gila punye orang hari tu. Weekend kan.


Sampai2 kat pantai ada abang tu offer payung siap dengan seat RM25 kot kalau tak salah aku.
kira sewa lah.
payung besar yang macam kat pasar malam tuh.
tapi kitorang malas la sebab niat di hati nak mandi-manda bukan nak duduk2 tido tepi pantai.
mungkin kalau datang dengan family sesuai lah kot.
naseb baik jugak aku bawak surat khabar banyak boleh la alas2.
dorang semua ni lupa nak bawak tikar.
well aku memang dah banyak experience bab2 piknik ni. cewah !

tengah kemas2 barang ade pulak abang lain datang offer naik Banana Boat.
tak menyabar-nyabar.
kitorang cakap nanti dulu.
pape pon mari kite bekpes dulu.
lapar gila kot.


Dee request nak triffle. Jadi aku pon buat lah. senang je pon buatnya. Sedap pulak tu. Puji diri sendiri memang harus okey. sape lagi nak puji kan. Eh tapi memang sedap taw. Akram pon cakap sedap. Kahhh.


Ni lah Ajak. Makin lama makin berisi ajak ni. maklum lah tengah hangat bercinta. Orang tengah bahagia memang badan cepat naik eh? *buat-buat tak paham. hahaha*

Dah siap makan semua amik gambar dulu sebab lepas tuh nak simpan semua wallet dengan handphone dalam kereta.
yelah takde sape yang nak jaga kan.
semua pon nak masuk laut.


Menyampah dengan gambar sendiri sebab tak reti nak buat gaya ape. Hahaha.



gambar melompat tepi pantai wajib ade ye. tapi gambar aku haruslah takde sebab aku yang amik gambar nye. cewah ! sebenarnya ade tapi tak cantik. haruslah tak upload kan. kite upload yang cun2 je. yang tak cun simpan sendiri tengok sendiri menyampah sendiri pastu stress sendiri pastu off pc. kahh kahh.


pakcik yang membawa monyetnya berjalan-jalan. eh apesal adik tu kemain eksaited lagi ?


Dan Dee yang berani nak pegang monyet. Aku memang sah2 la penakut. Aku selalu bayangkan kalau aku pegang binatang nanti binatang tu gigit tangan aku. pehhhh seyes seram. baik lah aku pandang2 jeling2 je buat2 cool. hehehe.


Lepas habes show dengan monyet tadi terus pergi salin baju and simpan barang2 dalam kereta.
and ape tunggu lagi masuk laut lah.
padahal time tuh pukul 12 kot.
abaikan sunburn.
yang penting dah sampai dan mandi lah kau sampai pitam.

tengah2 mandi abang banana boat datang lagi tanya bila nak naik.
tak menyabar betul abang ni.
last2 kitorang pon naik je lah sebab abang tu cakap kalau lambat2 takut ombak lagi kuat.
ade 3 pakej. Rm10, Rm20 dengan Rm30.
kalau lagi mahal lagi jauh la dia pusing.
dan naseb baik tak mengikot kata hati untuk amik yang mahal. amik yang paling murah Rm10.
itu pon dah separuh mati aku menjerit.
dari start bot jalan sampai lah kitorang jatuh dalam laut aku menjerit.

abang bot tu lah bawak laju gila.
aku pulak memang betul2 rasa sepanjang atas banana tu macam nak jatuh.
yang adik Dee belakang aku cakap "tak penat ke jerit?"
aku pedulik hape. sampaikan lepas naik banana boat tu terus sakit tekak aku. macam nak hilang suara.
dan aku rasa aku dengan Ajak je yang menjerit-jerit sepanjang-panjang atas banana tu.
orang lain yang naik semua cool je.
ish tak paham betul aku. memang rasa asyik nak jatuh je kot. aku ni dah la tak berapa nak pandai berenang.

habes je banana boat tu legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.
Tapi si Dee dengan adik2 dia ni teruja gila.
ajak naik lagi sekali. memang tak lah kan.
dah menjerit bagai orang gila nak ajak naik lagi. pergi lah kau sana. jangan ajak2 aku lagi.
last2 dorang naik yang macam banana bot jugak tapi guna macam pelampung untuk tiga orang kat belakang.
eksaited gila dorang. bagus lah cukup2 je bertiga.
aku cakap dengan abang bot tu nak naik bot. luckily abang tu bagi and paling tak boleh bla atas bot pon aku dengan Ajak menjerit macam orang gila.
sebab abang bot tu amik corner tajam gila kot.
saje je.
kalau dah naik atas bot yang besar pon aku dah menjerit-jerit ni nak naik pelampung tu. kirim salam.

dah abes sesi tu dorang nampak Jet ski pulak.
abang tu offer bawak jet ski sekejap and dia conduct belakang rm20.
Dee dengan adk2 dia eksaited lah.
aku dengan Ajak jeling2 je. memang tak lah nak naik kan.
baik kitorang bermandi-manda dengan riang gembiranya.
korang nak naik. silakan. bye bye.

dalam pukul 2 lebih kot kitorang naik salin baju.
yang kelakar nya masa mandi tu kan tak pakai jam.
tetiba Ajak cakap "lagi setengah jam kite naik taw"
aku pandang dia "macam mana kau nak tahu lagi setengah jam tu macam mana? guna jam matahari ke?"
semua orang gelak. kahhh kahhh.
last2 bajet sendiri je dah rasa puas mandi marilah kite naik salin baju.


actually aku dengan Ajak je yang naik dulu sebab dorang yang lain kan sibuk naik jet ski. Kitorang salin baju, turun pantai jap amik2 gambar, amik2 barang then pergi lepak kat gerai makan. sambung makan lah ape lagi. lapar gila kot.


tapi yang tak bestnya aku order ABC. lama gila punye tunggu.
last2 adik tu cakap bahan2 dah abes. okey fine malas nak order lain.
tetiba adik tu datang lagi cakap ABC ade. eh panas je aku ni.
fine proceed je lah.
sekali datang tak sedap.
kalerful je lebih.
jagung takde. kacang2 takde. kosong kosong.
segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong. eh?

teringat dulu masa pergi PD 2 tahun lepas kot.
aku order ABC. tapi time tu kat pantai mana entah.
sekali yang datang ABC siap ade biskut bantal yang kaler oren tu lagi bercampur.
i was like what the !! berminyak terus ABC tu.
terus tak minum.
orang PD memang tak reti buat ABC eh?

tunggu Dee dengan adik2 dia salin baju, makan semua then kitorang pon siap2 nak balik.
jalan2 kejap area sana tengok2 barang beli2 barang, amik2 gambar.


walaupon gambar ni aku nampak bulat tapi aku tetap nak tunjuk jugak. motifnya aku nak cakap yang kalau aku yang amik gambar boleh kata semua orang akan masuk. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ......


kalau perempuan kanan tu yang amik gambar asyik je lah nak fokus dekat dia. tengok aku yang comel takde dalam gambar. dasarrrrrrrrrrrrrr.


kau amik gambar aku, aku amik gambar kau. begitu lah lumrah kehidupan seharian. kalau taknak jadi camni bercinta lah dengan jurugambar. nescaya lepas kau, kau lagi bergambar. sampai dah takde tempat nak bergambar. tak pedulik orang lain. hehehe.


Dee ni semua binatang pon dia nak pegang.


lagi sekali Ajak tunjuk skill bergambar syok sendiri yang penting fokus kat diri sendiri. ape pon tak boleh. naseb baik aku masuk jugak dalam gambar.


dan akhirnya meminta tolong sorang mamat yang lalu depan kitorang sambil tersipu-sipu mintak penyepak cakap tolong amik kan gambar. baru lah semua pon masuk kan. puas hati.


okey dah sila lah  balik sebab Dee nak terus shoot balik Perak.
kesian. dah la balik jam.
paham2 je lah Ahad petang kan.
itu saje.


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


17 comments

July 6, 2012 at 11:36 AM

wana makin bam..tembamm laa pipi..he..he..tp xpe laa jnji akram syg

July 6, 2012 at 11:43 AM

syiokla jln2 bersama kwn2 kan..besh tu.. enjoyyyy!

July 6, 2012 at 11:58 AM

beshnya..beshnya..beshnya..!!! akak xpernah naik banana boat, mcm seram je.. haha

July 6, 2012 at 12:24 PM

@ayanuts
itulah makan je keje nya.
hihihi

July 6, 2012 at 12:31 PM

kite wat triffle pon sdap..
sbb triffle ni mmg sdap..
kehkehkeh..
larikkkk~

July 6, 2012 at 1:07 PM

Mmg seronok keluar bersama girls. Lepak,gosip gosip..Hilang stress gitu:)

July 6, 2012 at 1:12 PM

pakwe saya jurugambar tapi payah nak ada gambar saya..alasan dia sebab saya tak reti pose cm model-model dia tuh..kejam kan..haiiihhh kejam..kejam..

besnnya hangout ngan kawan-kawan

July 6, 2012 at 1:35 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
memang syiok gile !
hehehe

July 6, 2012 at 1:35 PM

@MizzTina
memang seram pon.
taknak naik lagi dah pasni.
huhuhu

July 6, 2012 at 1:35 PM

@Ezy Chiaki
eleh nak jugak kan.
okey fine.
hahaha

July 6, 2012 at 1:36 PM

@laskar pelangi
sangat best !!

July 6, 2012 at 1:36 PM

@♥fie yasmin♥
hahaha !
lain kali pakse je dia tu.
ape gune ade kamera mahal kan. hahaha

July 6, 2012 at 2:43 PM

amboih sonotnya mandi-manda di telok kemang..

akak kan teringin nk naik jet ski dan banana boat tu..tp takkan nak naik sorang diri pulak kan kahkah

July 6, 2012 at 4:25 PM

wow. bestnya pi mandi laut ;p
ade je agenda dia wiken eh :D

July 6, 2012 at 8:40 PM

pencinta haiwan betul kawan syazwana tu...heeeee

July 7, 2012 at 11:10 AM

banana boat best ! tp menyeramkan . rindu nak pegi pantai

July 10, 2012 at 10:08 AM

jelousnye tngk gmbo tepi pantai tu..bestnye..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal