Tuesday, February 14, 2012

Cambodia Part 4



                                  
Hari Isnin tuh aku ikot bos pergi meeting.
tapi macam biasa meeting kejap je.
tengah hari dah abes.
so petang tuh bos aku ajak pergi naik bot dekat depan hotel kitorang.
konon2 nak ke pulau seberang jalan2 naik bot.
dia takde lah macam bot tapi like feri sebab boleh masuk motor kereta semua.

area hotel aku tuh macam kira tanah besar lah.
so ade pulau kecik kat area depan sungai mekong tuh.
naik bot/feri adalah dalam 5-10 minit camtuh.
naik pon pergi balik 1 dollar je.
bot kire bot penumpang untuk bawak rakyat jelata daripada pulau pergi tanah besar untuk dapatkan bekalan makanan lah kot.
dah macam sejarah lah pulak. hahaha !

disebabkan bos aku ni pantang dengan duniawi semua pon dia nak cuba maka aku dengan bini dia pon layankan saje lah.
yang penting duit bos aku keluar.
mak tak kisah nyah.



dah bayar moh la kite naik ini bot.



ni lah pertembungan sungai Mekong dengan Sungai Bassac. Kalau boleh nampak yang hijau tuh sungai Mekong and yang keruh tuh sungai Bassac. Kalau korang tengok depan2 boleh nampak lah jelas sikit yang dua sungai ni tak bercampur. tapi sebab gambar ni aku amik dekat so tak nampak sangat.




eksaited tengok dua sungai yang bertembung. selama ni aku baca dekat buku je bila dua sungai bertembung air sungai still tak bercampur. bila tengok dengan mata sendiri kagum :')



nilah perkampungan dekat pulau ni. ni yang bahagia atas air punya.




nampak rumah2 kat atas pulau tuh? kesian kan. dengan berdebunya lagi. lepas tuh dengan budak2 mandi tepi sungai tuh macam mandi lombong. sedih betul rasa.



kitorang tak turun pon.
tengok dari atas bot je sebab bot hantar orang then sampai pulau amik orang lain and terus patah balik pergi tanah besar.

petang tuh kitorang jalan2 sekitar pekan saje.
tengok dorang lepak2 dekat taman tepi sungai.
and kalau korang ingat satu game zaman dulu2 yang sepak bulu ayam tuh.
amende entah nama dia.
femes kot kat Cambodia.
and dorang sangat hebat menyepak itu bulu ayam.
sampai mat salleh pon kagum siap record lagi.



jalan2 terjumpa hotel adik Shin Chan. tak sangka Shin Chan ada seorang adik yang kaya.




ini buah teratai ye. aku pon baru first time tengok depan mata.


ada orang muslim jual. so bos aku dengan bini dia sedekah kat penjual ni.
dia pon bagi buah teratai ni. siap ajar camne nak makan lagi.
yang kelakar nya penjual tuh tak reti cakap english or malay.
so dorang cakap Cambodia kitorang cakap English.
dah macam ayam cakap dengan kucing. masing2 buat2 paham je. haha !

rasa dia ala2 macam rasa umbut kelapa.
yang duduk bandar tuh mesti tak pernah rasa kan umbut kelapa.

esoknya bos aku tanya nak ikot ke tak dorang nak pergi Killing field.
aku cakap malas.
tak koser aku pergi tempat2 camtuh.
Killing field tuh tempat orang islam kene bunuh ramai2 zaman perang dulu.
sampai sekarang tengkorak2 still ada kat sana.
seraammmmmmmmmmmmm.
ada yang tak tido malam nanti.



breakfast hari selasa.


konon2 makan nasi banyak2 sebab nak sopink.
sekali kad CIMB aku tak boleh keluar dekat Maybank sana.
nak menangis rasa.
tapi mungkin ada hikmah jugak lah :')



Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia :)

so hari selasa tuh aku jalan lah sorang2 tepi sungai.
sambil membayangkan betapa bestnya kalau dah kawen.
tetiba.
hahahahahaha !



antara channel2 yang menemankan aku tiap2 malam.

tup-tup dah hari rabu.
masa untuk pulang.
eksaited dah sebab flight pukul 8.30am.
tetiba delay 2 jam.



mampu tengok MAS dari jauh je. suppose flight aku lagi awal tapi MAS yang schedule lagi lambat jalan dulu. apa nak buat. pasrah.




dalam flight. macam nak lompat2 je atas awan tuh.


and selamat tiba di Malaysia pukul 2pm.
dan selamat mengepow Akram McD.
hahahahaha !

apa yang boleh dikata. walaupon serba kekurangan dekat negara orang, well its an experience man.
maybe lepas ni kumpul duit ke Bandung or Hatyai ?
walllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okbai.


                                      
With Love : Syazwana Jamal :)


15 comments

February 14, 2012 at 11:35 AM

beshnya..

t leh p lagi kan??hikhik..

February 14, 2012 at 2:55 PM

best giler pat tman bos meeting..so far aku lom lg ade peluang tu sbb aku cuma penolong kicik je hahaha

seyes aku kagum tgk ko tunjuk gambo psl sungai tu..magic weh!!!!

himawari hotel x thn tu!hahaha ko ngan aku leh kwn sbb aku kalau p hotel pun dok salin channel haha sbb aku jenis mesti tgk tv sblm tido :P

February 14, 2012 at 7:38 PM

ade ole2 utk saye x?
kehkeh

February 14, 2012 at 9:08 PM

best-2! nak ikut laa naty.. :P

February 14, 2012 at 10:42 PM

he..he..apa2 pn msti negara kita juga yg best..sbb dkt situ tanah tumpahnya darah :)

February 15, 2012 at 1:47 AM

bestnya dapat g meeting kat cambodia. huhu

February 15, 2012 at 8:43 AM

@nuyui a.k.a miss YUI
insyaAllah.
kalau banyak duit.
keh keh.

February 15, 2012 at 8:44 AM

@Jue
okey jom kite pergi vacation.
aku cop satu bilik dengan kau.
kekekeke

February 15, 2012 at 8:44 AM

@Ezy Chiaki
kalau nak datanglah rumah.
wahahahaha

February 15, 2012 at 8:45 AM

@هانيم إرشاد
wohooooo.
belanja saya tiket flight !
:D

February 15, 2012 at 8:45 AM

@ayanuts
betol !
setuju :)

February 15, 2012 at 8:46 AM

@Anyyss Shuhaimi
best !
yang tak best kene buat report.
hehehehe

February 15, 2012 at 9:34 AM

subhanallah~
best ye klo dapat tengok pertembungan 2 sungai ni~
nice experience kan bile pergi negara orang. cop..wana, mane tahu pasal pa'in dgn jenna semua ni?

February 18, 2012 at 9:33 AM

waahh 1st time gak tgk 2 sungai bertembung tp xbercampur..subhanAllah..:)

bestnya wana..heee..kad kena telan tu mksudnya xbg shopping la tu..ngeee

May 26, 2012 at 5:46 PM

nak pegi nak pegi.. ihiks

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal