Loading...

Monday, August 13, 2012

Kisah shopping saye.



Sabtu lepas Akram ajak pergi Sogo.
Aku on je sebab Akram cakap suruh pilih hadiah besday sekali.
rezeki jangan di tolak. hehehe

padehal dua hari sebelum tu gaduh macam nak gila.
siap berdrama lagi.


Akram lah. Rabu lepas dia dah janji nak hantar printer aku sebab masa kitorang nak pergi Melaka ari tuh aku tumpang printer kat rumah dia. Malas nak berat2.
So dia okey je lah. sebab dia kerja malam last week so boleh hantar pada aku siang tu.
dia suruh kejutkan pukul 12 tengah hari.
fine lah.
masalahnye korang tau je lah perangai dia tu kalau dikejutkan macam mana.
kalau call tu macam tak dengar je. agaknye kalau bom meletup kat sebelah pon boleh rilek lagi.
menyampah.


last2 pukul 2 baru bangun. pukul 3 sampai tempat aku.
aku ni kan ratu air mata. kaki merajuk. haha!
memula nak hantar printer nak servis kat warta Bangi. tapi sampai sana aku buat hal suruh dia hantar aku balik opis.
ade lah scene2 yang telah menaik kan darah Akram.
ape lagi emosi lah mamat tu.
siap nak tinggal aku tepi jalan. tapi bila aku nak turun dari kereta tau pulak tak bagi.
perangai serupa ape entah. haha !


pastu dia hantar balik uniten tapi tak masuk.
dia berhenti tepi jalan.
aku ape lagi malas nak layan terus keluar kereta.
duduk kat bus stop depan uniten sorang2. Akram dah bla.
tapi rupanya bukan dia bla pon. dia jalan depan sikit pastu u-turn pergi balik kat aku.
eleh tau takut nak tinggalkan aku sorang2.
dah la time tu pukul 4 petang. orang dah nak balik kerja.


pastu call aku, aku buat bodo.
siap rampas henpon aku. mentang2 lah dia yang bayar. cissss.
tapi apedehal. aku kan ade dua henpon. hehe. aku call kawan aku yang kerja kat hotel equatorial bangi cerita kat dia nangis2. hahaha !
aku suruh dia amik aku kat depan uniten tu.
pukul 6 petang dia sampai sebab tunggu balik kerja.
gila lama tak lama aku tunggu depan tu macam orang bodoh kan.
dasar kepala batu. huhu


actually Akram ade je banyak kali patah balik pastu pujuk2 aku.
tapi perangai aku ni bila dah emosi kau jangan lah pujuk balik tang2 tu jugak.
memang aku tak layan lah.
tapi dalam dua hari lepas tuh aku okey dah.
tapi dalam masa dua hari tuh memang aku takkan jawab call, takkan reply wassap, takkan cakap pape.
aku wat bodoh je.


Akram siap call kawan aku lagik suruh tengok2 kan aku ni.
lepas dia bla aku tengok dalam beg eh ade pulak henpon aku yang telah dirampas.
entah masa bila dia letak balik aku pon tak sedar.


kawan aku cakap susah nak jaga spesies aku ni.
spesies berbintang Leo. suka sangat nak marah2. haha !
kawan aku dengan Akram ala2 perangai sama. jenis cepat je cool.
aku dengan bf kawan aku tu perangai sama. emosi je kejenya. suka merajuk dah tentu lah.



Tapi sekarang Akram dah berubah sikit sebab aku cakap kalau aku tengah marah tu biar je lah.
nanti2 aku okey lah.
kalau die pon sama naik marah lagi berapi-api lah aku kan.
so sekarang kalau dia tengok aku marah2 je cepat2 say sorry.
pastu agak2 dia macam tertinggi suara je, pastu tengok muka aku berubah terus cakap "dah2 jangan nak merajuk. meh sini" huhuhu



wah intro kemain panjang.
okey so Sabtu tu aku amik Akram kat rumah sebab bawak auto lagi senang nak menempuh jam kan.
aku pon boleh drive sekali.
kalau bawak kereta dia kompem2 lah dia yang kene drive sorang.
kitorang singgah Putrajaya dulu sebab Akram ade beli kasut dengan sorang brader ni.
tawar punye tawardaripada rm350 boleh dapat rm180.


kitorang gerak dari Putrajaya pukul 300pm. sampai Sogo pukul 500pm.
memang jam gila.
tapi tetap gigih.




aku jenis yang tak kisah sangat nak pergi tempat2 ramai orang ke.
sebab aku kan suka berjalan.
lagi pon baru lah rasa suasana nak beraya tu kan. haha !
luckily sampai2 Sogo je terus dapat parking.
memang naseb baik betol.
kitorang sampai ada satu kereta keluar.
takde lah menghabeskan masa carik parking.
dah la parking sogo mahal gila.
hari tuh je RM15.50 kitorang kene.



memula usha2 dulu baju.
Akram lah yang beria nak sopink.
aku sebab dah ade tiga pasang baju raya, so tak kisah sangat.
Akram nak carik kemeja so aku layankan je lah.
sambil2 tu Akram suruh pikir nak hadiah besday ape.
*happy mood ON !*
hehehe.



dah nak dekat waktu buka tu aku beli Hot n Roll dua pastu beli air and lepak luar Sogo.


punya lah ramai orang. semua ni pon tengah tunggu waktu nak buka.



lepas buka, settle2 semua ape lagi kita serang balik lah Sogo.
yang kelakarnya bila pergi tingkat tiga bahagia lelaki nampak yang perempuan2 duduk kat tepi dinding bersama anak2.
bila turun tingkat dua pulak bahagia perempuan pulak nampak para2 ayah berehat bersama anak-anak.
hehehe.



Lelaki selalu kutuk perempuan. tapi lelaki pon sama jugak naiknya bila nampak sale 80%. dah la budak yang jaga tempat tu asyik je renew stok2 baru. makin naik lah dorang ni. berebut-rebut baju segala. yang budak jaga tempat ni punya lah gigih lipat semua baju balik. padehal depan2 dia orang2 kat atas ni amik baju, lempar baju, tarik sana tarik sini, lempar balik. tapi nak buat camne kan dah budak tu dibayar gaji untuk buat kerja macam ni. tapi memang kesian lah. kalau aku dah menangis dah kat situ. penat. aku kan manje. hehe.



aku upload gambar kat atas ni kat Instagram. pastu ade sorang blogger Kak Tina komen cakap nampak aku tengah amik gambar ni tapi takut nak tegur.
Kak Tina, lepas ni kalau ternampak sila tegur ye.
Wajib !
huhuhu



lama gila nak tunggu Akram pilih baju dia.
dia kan boleh tahan cerewet jugak.
dan taste aku selalunya tak sama dengan taste dia.
sebab tu kalau nak beli hadiah besday aku akan bawak dia sekali dan dia akan bawak aku sekali.
ha kau pilih la sendiri.
tak koser nak suprise2. kang kalau aku beli dia tak suka dah satu hal nak sentap kan.
tapi kalau bab2 makan ni boleh la nak suprise2. sebab dia semua benda pon makan.


Bila dah settle baju2 dia baru lah kitorang gerak pergi tempat perempuan.
ade tiga benda dalam fikiran aku. Handbag, kasut atau jam.
tapi fikir2 balik kasut bape puluh je kan. baik aku beli sendiri. haha !
tengok jam pulak takde yang berkenan.
so pergi lah tempat handbag.


ade satu jenis handbag kat Coloris tu aku suka sangat.
Diskaun 50% lagi. harga dah okey dah. kira harga mampu lah kan.
tapi bila tengok yang baru ade macam kotor2 sikit kat bag tu.
bag tu kaler putih.
budak yang jage situ cakap beg tu senang turun kaler. kalau panas sikit kaler dia turun.


budak ni cakap memula dorang jual beg ni 20% je diskaun.
tapi ade customer yang beli beg tu complain yang beg tu turun kaler.
so dorang turunkan harga jadi 50%.


macam kakak aku cakap dulu. mase dia nak beli baju orang yang jaga baju tu cakap baju tu customer ade compain sikit.
sebab tu dia buat sale kadang2 sampai 70%.



TIPS : So kalau korang yang kaki sopink pantang tengok sale 70% terus nak beli tu sebenarnya ada sebab dorang bagi diskaun 20% ke 50% ke 70% ke. kalau diskaun 20% tu memang selalu dorang akan bagi kat barang2 new arrival. after customer beli, selalunya customer akan bagi feedback positif or negatif. kalau feedback negatif, dorang akan turunkan harga barang tu ikot jenis feedback.

kalau feedback teruk sangat dorang akan bagi diskaun sampai 80%. kalau feedback bese2 je bagi lah diskaun 50% ke camtu.

dulu aku memang pantang nampak diskaun2 ni. memang rambang mata. lepas dapat tau ni semua terus berhati-hati kalau nak beli barang. yelah kita beli barang sebab nak pakai lama kan. ni beli punya beli kalau murah sekali pon tapi tak tahan tak guna jugak.

tapi lain lah kalau bapak or husband korang cop duit kan. silakan.
aku anak kampung je.



bila tak dapat beg coloris tu sedih gila.
sebab design lain aku macam tak berkenan sangat.
kalau handbag2 kat brand2 mahal tu banyak lah yang cantik2.
tapi kalau dah harga sampai rm400++ takde lah aku nak suruh Akram beli kan.
Aku ni kan bertimbang rasa. cewahhh.



last2 amik beg catwalk ni.


Memula aku pilih satu beg kaler purple tapi design bese2 je.
harga pon rm50+- camtu lah.
agaknya Akram kesian sebab handbag Nose yang aku beli lagi mahal daripada hadiah besday, so dia suruh pilih lain.
aku cakap beg yang atas tu pon aku berkenan jugak tapi mahal sikit lah.
last2 Akram suruh amik yang atas tu.
dia cakap nampak remaja sikit.
Ape aku ni dah tue ke? grrrrrrrrrr.
tapi takpe mood tetap hepy. hehehe.



Lepas bayar terus nak gerak balik.
lagi pon time tuh dah pukul 1030pm dah.
Sogo tutup pukul 1100pm kot.
sebelum pukul 1100 nanti orang menggila nak bayar parking semua baiklah kite berangkat dulu.


Masa dalam kereta Akram cakap kalau mak dia call time tu pastu dia cakap baru balik Sogo mesti mak dia dah paham je.
sebabnya Akram ni dari kecik memang kuat berjalan.
pantang bapak dia mandi siap2 terus nak ikot.
tapi kalau mandi siap2 nak pergi keje macam tau pulak. taknak ikot.


pastu Akram cakap sebab tu ade tahi lalat kat kaki.
kuat berjalan.

Aku cakap aku banyak tahi lalat kat kaki.
makne nya ape?

"Tu bukan kuat berjalan dah. Tu dah jadi jamban lalat dah" jawab Akram.

konghajo kan.


naseb baik lepas tu bawak makan western food kat kampung baru.
kalau tak dah sentap dah. hahaha !



okbai.



                                                         


With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

August 13, 2012 at 12:47 PM

tu dia..kemain panjang entry shopping dia.. ehehe.. xpe dik, next time akak tegur ye..

August 13, 2012 at 2:55 PM

syoknya shopping..saya pun tak kisah bersesak sesak..lagi syiokk..huhu

August 13, 2012 at 3:57 PM

Macam lawa plak handbag tu.. =)

August 13, 2012 at 3:58 PM

bestnya suppink kat sogo..akak sejak dah beranak-pinak ni tak koser dah nk merempuh shopping complex yg padat org camni..kalau kt jb time raya angsana la paling sesak..


baca psl akram nk tinggalkan ko kt tepi jalan teringat plak akak zaman bercinta dulu..akak mcm ko suka emo x bertempat..tp terbalik akak yg tinggalkan boyfren (suami dah skang) kat tepi jalan hehe..oh ye ms tu akak yg ada keta hehe

August 13, 2012 at 8:55 PM

fuyoo ramainye manusia!

August 14, 2012 at 9:00 AM

kelakar laa part merajuk tu..ala takpe tgh bercinta yer dak.hehehe tapi jgn selalu merajuk2 tau sbb sabar org lelaki ni ada had ;-)

August 14, 2012 at 11:49 AM

ni mmg spesies rajin berjalan ni...xkisah jem or tak.akak kalau pegi sogo tu naik tren je,punya tak sanggup nak hadap kesesakan.kalau tersangkut dalam jam,mulalah tension je.bgus tips tu, akak tataw pun.

August 14, 2012 at 1:36 PM

waa dh soping. saye ahad arituh soping ngan die. kat sogo gak. kalo p ari sabtu mesti jumpe. ekeke.

untungnye dpt advance adiah. kite ni tak tau dpt ke idak. heheh.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal