Wednesday, January 9, 2013

Malam ni nak tengok wayang cerita Minyak Dagu.


Aku kan selalu amukan kat Akram sebab dia suka sangat komen2 masa aku drive kan.
Benci sangat.
Aku ni jenis yang kalau ko tak percaya aku drive ko sila lah drive.
Once kalau kau suruh aku drive ko kene lah percaya aku.
Pehhh berlagak siall padehal tak sampai setahun pon bawak kereta.
Takpe yakin pada diri sendiri tu bagus. Wakaka.


Aku bukan ape. Aku tau lah bila masa nak slow down kan.
Hari tu kat selekoh nak keluar Giant dia bebel2 suruh aku slow slow.
Aku cakap tau lah.
Terus emosi. HAHA !


Pastu hari tu aku sound dia "Owh kalau orang bawak kereta laju marah. Dia tu boleh pulak"

Tau ape dia jawab?

"Pernah tengok iklan tak yang dorang cakap Aksi ini dilakukan oleh golongan propesional. Sila jangan tiru aksi ini"

Pehhhhhhhhhhhhhhhh saket pulak hati kite ni.


Pastu Akram pon cakap la dia bukan ape.
Dia risau sebab aku ni kan bukan paham sangat pon jalan2 kat sini.
Lagi2 kalau ada motor kat tepi jalan.
Sebab dulu Akram kan bawak motor. So konon2 dia sangat memahami la perasaan mat2 motor yang selalu je kene himpit dengan kereta la ape lah.
Dia tanak lah aku bawak secara menghinzir buta.
Cehhh sayang jugak dia kat aku. Wakakakakka *PITAM*



Malam ni Akram ajak tengok cerita Minyak Dagu kat Mid Valley.
Daripada minggu lepas sibuk sangat nak tengok cerita tu.
Layan je lah kang sentap terus pergi Indonesia tak balik2.
So tengah hari tadi dia wassap aku suruh beli tiket wayang malam ni.
Dia cakap hari ni tanak OT.
so kalau tak OT dia balik 4.30petang camtu.


Tapi by the time aku type entry ni tetibe dia wassap cakap kene OT sampai pukul 8malam.
Sebab kene pakse OT.






Okey aku dah panas dah ni.
HAHA !
Tiket dah beli pukul 9malam.
Memang tak sempat lah.



Tapi pastu dia wassap lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Eiiiiiiiii memang nak kene ni.


Tau lah semalam aku kene kan dia.
Nak pulang buah paku keras nampaknya (amboi kemain peribahasa)
Menangis terharu kalau Cikgu BM tau aku mengaplikasikan peribahasa dalam tulisan blog.
Wakakakaka.


Akram ada simpan satu syiling 50 sen ni dalam kereta dia tau.
Syiling ni memang rare gile sebab dekat tepi keliling syiling tu ada satu line. Aku tak reti nak explain.
Nanti aku amik gambar kalau aku ingat.
Syiling2 baru ni semua takde pattern macam tu.


So hari tu Akram suruh amik syiling dalam kereta dia buat basuh baju.
Dia dah pesan dah jangan sampai terguna syiling limeposen klasik tu.
So aku saje sorokkan kat tempat lain.


Semalam dia call membebel sebab carik syiling tu tak jumpe.
Aku cakap alamak macam dah tergune je.
Suara Akram terus berubah la. Nak marah aku kang takut aku sentap.
Lama jugak aku kene kan dia.
Aku cakap la sorry semua.
Tak perasan.

Aku tanya marah ke?
Dia macam hmmmm hmmmmmm saje. Wakakakaka.


Pastu dah lama baru aku cakap aku simpan tempat lain.
HAHAHAHHA !


Nampaknya aku perlu berhati-hati lepas ni agar tidak dikenakan balik oleh Akram.
Takpe kite tengok je permainan dia macam mana lepas ni.


okbai.


                         




4 comments:

  1. Hikhik! Terimalah paku buah keras ini, kata Akram.. =)

    ReplyDelete
  2. senget betul la... ahakx.. amboi berani betul tengok cerita tu, ena tengok iklan pun dah meremang bulu roma... huaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. korang berdua ni xhbs² bertekak..

    ReplyDelete

What says U?