Loading...

Thursday, January 10, 2013

Nak mintak souvenier ape dari Bandung ye?




Semalam dah dekat 5.30petang tu tetibe Boss cakap "Wana U OT okey hari ni. Siapkan kerja dulu semua"

Aku sebenarnya nak cakap ada hal tapi tak tau apehal kepala aku ni angguk laju je.
Rasa nak hempuk kepala sendiri.
Mulut pulak cakap OK.
What?
Terpaksa lah hati merelakan.
Hati memang selalu sangat mengalah dengan mulut. Cewahhh.
Tak pasal.


Aku punya gelabah sampai siap silent phone.
Masa Akram pukul 6 lebih tu aku biar je tak angkat.
Fikir ayat baik punye nak cakap dengan dia.
Yelah memula semalam masa dia cakap die OT kan aku dah nak emosi.
Tetibe aku pulak yang kene OT.
Hamek kau.


Dalam pukul 630 camtu boss cakap dia nak keluar.
Aku tak tau dia pergi mana tapi siap bawak beg macam nak balik rumah dah.
Dalam hati bersukorrr.
Bila Akram call lepas tu terus cakap dah nak balik dah jap lagi.
HAHAHA ! Baekkkkkk punyo.
Naseb baik pulak jalam tak jem.
So Akram tunggu aku kejap dalam 10 minit je depan rumah aku.
Then terus gerak pegi Mid Valley.


Before tengok wayang ingat nak pergi makan dulu.
Tapi tak tau nak makan ape.
Pergi beli takotao dulu dua set.
Banyak2 takotao yang aku pernah makan aku rasa yang kat Mid Valley tu yang paling sedap !
Entah ape lah bahan yang dorang gune tu.


Lepas tu aku cakap dengan Akram nak beli Mashed Potato kat Popeye.
Sedaappppppppppppp gile okey !
Hingga menjilat sudu.


Memang seyes sedap ! Tak tipu. Kuah dia tu yang bikin sedap. Oh masih terbayang-bayang lagi kat tekak ni ha.


Masa tengah makan tu Akram bagi duit tiket wayang dengan takotao.
Akram sejak dua menjak ni pelik la. Makin sweet2 pulak.
Heran aku.
Dulu memang lah sweet tapi sekarang makin sweet.
Hari tuh dia bagi duit tambah masa aku nak topap touch n go aku.
Mungkin dia sedih nak tinggalkan aku lama2 masa dia enjoy kat Bandung tu nanti.
Great !


Lepas makan terus masuk wayang.
Dapat hall kecik.
Hall yang paling kecik.
Separuh hall je penuh.


Aku macam biasa lah dari awal cerita start sampai ke habes dok tutup muka dengan planner.
Pastu buat satu lubang kecik untuk tengok.
Wakakaka.
Memang peel aku dari dulu kalau tengok cerita hantu macam tu.
Aku kene tengok melalui satu lubang kecik di celah jari-jemari halus aku.
Baru kurang sikit seram tu.


Cerita dia pasal Minyak Dagu ni la.
Minyak ni dari orang mati.
So kalau kau kene kau macam dapat badi orang mati. Ala-ala minyak pengasih camtu.


Yana Samsuddin bertunang dengan Fezrul Khan.
Si Fezrul ni gila panas baran. Pastu cemburu nak mampus.
Pastu si Fizow ni member lama Yana masa kat sekolah rendah.
Dah jadik dokter.
Bila jumpe balik ape lagi amukan la si Fezrul tu.
Ada satu part tu masa Fizow jumpe Yana balik dia cakap "Gomok"
Akram terus pandang aku. Konghajo betol.


credit MIGonline.


Pastu ada satu part tu Yana pergi hospital Fizow sebab nak amik ubat.
Si Fezrul ni cemburu nak mampus sampai pukul2 Yana.
Aku memang geram la tengok cerita melayu perempuan lemah asyik kene pukul dengan lelaki.
Dah la baru bertunang.
Terus bebel2 kat Akram.
Pantang betul aku perempuan ni kalau kene pukul pon boleh still diam tak melawan.


Pastu Yana cakap dah tak tahan dengan perangai Fezrul terus mintak putus.
Yana kawen dengan Fizow.
Fezrul tak puas hati jumpe bomoh mintak minyak dagu sebab nak dapatkan Yana balik.


Masa part yang jumpe bomoh tu dia tak tunjuk sapa.
Aku tanya Akram "Cube teka sape yang jumpe bomoh?"
Akram cakap Fizow sebab masa awal2 cerita memang nampak muke Fizow jahat gila.
Aku cakap bukan. Kompem Fezrul Khan sebab selalunya filem Melayu camtu lah.
Dah boleh agak dah.


At last Fezrul mati sebab langgar pantang.
Guna minyak dagu tak boleh melawat orang mati.
Tapi masa mak Yana mati Fezrul datang rumah.
So sebab dah langgar pantang, hantu minyak dagu tu nak darah Fezrul.
Habes.


Akram cakap okey la cerita ringan2 untuk tengok.
Fikir masa mula2 je sape yang jahat. Tu pon tak menguji minda langsung. HAHA !
Sekejap je cerita ni.
Dalam sejam 20minit camtu je.


Masa keluar wayang tu Akram amik tangan aku pastu cakap "Camne nak letak minyak ni banyak lemak minyak pon tak serap"

Eiiii saket betul hati kite ni.
Cisss.

Kosseerrrr betul nak layan kau Keram.


Tapi tak layan tak layan pon balik rumah suruh Akram hantar sampai depan pintu.
Takut punya pasal.
HAHAHA !


Pagi tadi Akram tanya nak hadiah apa dari Bandung.


okey fine. so aku mintak kereta sebijik. Wakakakaka.






Tak bagi pulakkkkkkkkkkkkk. HAHAHA !



Aku pon tak tau lah ape yang menarik kat Bandung dengan Jakarta tu.
Dulu Akram pergi Sabah aku mintak gelang mutiara.
Kali ni seyes tak tau nak mintak ape.

Ada idea?

okbai.

                           


With Love : Syazwana Jamal :)


10 comments

January 10, 2013 at 1:37 PM

dik, suh akram belikan kain pasang utk akak.. hahahah

January 10, 2013 at 1:45 PM

mintak kain telekung.. cantik2 kat sana.. hehehehe... ena tak pernah g ag la, tp kakak ena pernah..

uishh sedap popeye ni... ena rasa sekali, terus mengidam ngn kentang hancur dia

January 10, 2013 at 3:00 PM

Macam best gak citer nih.. Tapi lately ni macam kurang minat pulok nak layan citer2 Melayu.. huhu..

MM tak tau nak suggest apa sebab tak pernah sampai bandung.. Baru2 ni dapat FM ngan beg telekung jer dari Bandung.. =)

Ooop! DONE for today! ^_~

January 10, 2013 at 4:40 PM

@MizzTina
hahahaha meh duit
:P

January 10, 2013 at 4:41 PM

@✿A I N A A✿

sedap gile kan !
dah la tak banyak tempat ada popeye ni.
huhuhu

January 10, 2013 at 4:42 PM

@Misz Mieza
hehehe.
tulah pening nak mintak ape ni.
nanti pikir lagik.
hihiihi

January 10, 2013 at 6:22 PM

so skrg ni cite minyak dagu best ke x?
haha..
berapa bintang nk bg?

nsb baek kat tmpt kite xde panggung,.
bazir duit je kan..
kehkeh

January 10, 2013 at 6:38 PM

Tp ayam goreng Popye x best sgt la..aritu sje try skali

January 11, 2013 at 10:20 AM

@Cik Ezy
BOLEH LA.
bagi 3 bintang je kot.
wakakakaka

January 11, 2013 at 10:20 AM

@faiq
yeke?
Aram suke jek.
hahaha ! die tu ape je yang tak suke kan :P

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal