Showing posts with label Lelaki Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Kelakar. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Kosser nak layan mamat ni.



Sukati ko lah Keram.
Asal gembira.

Kosser nak melayannya.


SELAMAT HARI JUMAAT !

First time rasa tak best bila Jumaat datang sebab esok Sabtu.
Esok malam Akram dah gerak pergi Indonesia.

:'(



okbai.
*pura-pura busy buat kerja*



Wednesday, January 9, 2013

Malam ni nak tengok wayang cerita Minyak Dagu.


Aku kan selalu amukan kat Akram sebab dia suka sangat komen2 masa aku drive kan.
Benci sangat.
Aku ni jenis yang kalau ko tak percaya aku drive ko sila lah drive.
Once kalau kau suruh aku drive ko kene lah percaya aku.
Pehhh berlagak siall padehal tak sampai setahun pon bawak kereta.
Takpe yakin pada diri sendiri tu bagus. Wakaka.


Aku bukan ape. Aku tau lah bila masa nak slow down kan.
Hari tu kat selekoh nak keluar Giant dia bebel2 suruh aku slow slow.
Aku cakap tau lah.
Terus emosi. HAHA !


Pastu hari tu aku sound dia "Owh kalau orang bawak kereta laju marah. Dia tu boleh pulak"

Tau ape dia jawab?

"Pernah tengok iklan tak yang dorang cakap Aksi ini dilakukan oleh golongan propesional. Sila jangan tiru aksi ini"

Pehhhhhhhhhhhhhhhh saket pulak hati kite ni.


Pastu Akram pon cakap la dia bukan ape.
Dia risau sebab aku ni kan bukan paham sangat pon jalan2 kat sini.
Lagi2 kalau ada motor kat tepi jalan.
Sebab dulu Akram kan bawak motor. So konon2 dia sangat memahami la perasaan mat2 motor yang selalu je kene himpit dengan kereta la ape lah.
Dia tanak lah aku bawak secara menghinzir buta.
Cehhh sayang jugak dia kat aku. Wakakakakka *PITAM*



Malam ni Akram ajak tengok cerita Minyak Dagu kat Mid Valley.
Daripada minggu lepas sibuk sangat nak tengok cerita tu.
Layan je lah kang sentap terus pergi Indonesia tak balik2.
So tengah hari tadi dia wassap aku suruh beli tiket wayang malam ni.
Dia cakap hari ni tanak OT.
so kalau tak OT dia balik 4.30petang camtu.


Tapi by the time aku type entry ni tetibe dia wassap cakap kene OT sampai pukul 8malam.
Sebab kene pakse OT.






Okey aku dah panas dah ni.
HAHA !
Tiket dah beli pukul 9malam.
Memang tak sempat lah.



Tapi pastu dia wassap lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Eiiiiiiiii memang nak kene ni.


Tau lah semalam aku kene kan dia.
Nak pulang buah paku keras nampaknya (amboi kemain peribahasa)
Menangis terharu kalau Cikgu BM tau aku mengaplikasikan peribahasa dalam tulisan blog.
Wakakakaka.


Akram ada simpan satu syiling 50 sen ni dalam kereta dia tau.
Syiling ni memang rare gile sebab dekat tepi keliling syiling tu ada satu line. Aku tak reti nak explain.
Nanti aku amik gambar kalau aku ingat.
Syiling2 baru ni semua takde pattern macam tu.


So hari tu Akram suruh amik syiling dalam kereta dia buat basuh baju.
Dia dah pesan dah jangan sampai terguna syiling limeposen klasik tu.
So aku saje sorokkan kat tempat lain.


Semalam dia call membebel sebab carik syiling tu tak jumpe.
Aku cakap alamak macam dah tergune je.
Suara Akram terus berubah la. Nak marah aku kang takut aku sentap.
Lama jugak aku kene kan dia.
Aku cakap la sorry semua.
Tak perasan.

Aku tanya marah ke?
Dia macam hmmmm hmmmmmm saje. Wakakakaka.


Pastu dah lama baru aku cakap aku simpan tempat lain.
HAHAHAHHA !


Nampaknya aku perlu berhati-hati lepas ni agar tidak dikenakan balik oleh Akram.
Takpe kite tengok je permainan dia macam mana lepas ni.


okbai.


                         




Tuesday, August 14, 2012

Kurus digigit nyamuk.

                                             
Semalam sepatotnya aku keluar dengan Akram pergi Alamanda.
aku takde nak beli ape pon.
Akram tu yang nak carik kiwi kasut timberland die.
plannya nanti gerak sendiri2 je. dia gerak dari Nilai aku gerak dari Bangi.
senang.


Dalam pukul 4.30pm aku wassap dia tanya jadik ke pergi sebab aku nak singgah bazar beli makanan.
kalau jadik pergi aku tak payah la nak beli makanan berat2 kat bazar.
boleh lah makan kat Alamanda. hehe.
pastu tak reply.
terus call.
rupenye tengah sedap membuta kat tempat kerja. ape punye perangai lah.
pastu cakap dengan aku macam nak taknak mamai2.
hangen lah aku. terus letak phone. wakakaka.



last2 dia wassap tanya aku cakap ape tadi sebab die tengah mamai gila.
pastu suruh aku beli je makanan berat sebab kalau tak jadi pergi at least dah makan siap2.
aku pon okey je lah.


sekali bila dia balik kerja rupanya baru sedar yang lesen dia dah sebulan mati.
dah pergi sampai ke Melaka, downtown, sogo, jalan tar, mane2 lagi semua baru sedar lesen mati.
tu naseb baik before raya diberi hidayah nak check lesen.
kalau tengah balik raya kene tahan polis tak pasal pulak kene saman.
makanya terus cancel pergi Alamanda.
takde lah cancel tapi tunda ke hari Khamis. hehe.


sekian saje pendahuluan yang takde kene mengena dengan isi.

malam tadi aku mengadu kat Akram yang rumah aku ni banyak sangat nyamuk.
tau die reply ape?





cewah sape nak kurus kan. kui kui.



kalau lah kene gigit nyamuk tu boleh kurus dah lama aku bertapa dalam hutan tanpa memakai losyen penghalang nyamuk.
siap letak signboard silakan hisap darah saya wahai sang nyamuk.
mana tau kot2 para nyamuk boleh paham ke ape ke kan. haha !


tapi aku heran lah. hari tuh aku keluar makan dengan Akram pon nyamuk yang dok attack aku.
Akram cakap dia tak rasa pape pon.
siap cakap "mungkin nyamuk zaman moden ni dah pandai. pilih orang gemuk je"
besar kecik besar kecik je aku tengok mamat tu.



pastu malam tadi housemate aku ni dok elok je online kat hall.
yang aku ni tergaru sana tergaru sini.
tetiba tengok kaki dah berbintat-bintat.
stress okey stress.



takpe balik kerja ni aku akan dapatkan ubat nyamuk yang berkualiti tinggi.
jage lah kau wahai sang nyamuk.
pembalasan petala ke tujuh akan berlaku malam ini.
wahahahahahaha !


okbai.


                                                                               

Friday, June 8, 2012

Tak habes2 nak kene kan orang.

                               
Semalam Akram jemput aku balik kerja.
Sampai kat satu traffic lite ni sebelah kitorang ada satu myvi kaler purple.
yang drive tu lelaki.
sebelah dia maybe awek die kot tengah bersolek.



Tetiba...

Akram : Perempuan naik Myvi memang suka bersolek eh?
Aku : Apesal pulak?
Akram : Tu tengok tuh. Perempuan duduk seat sebelah ni (seat penumpang) memang suka bersolek. *gelak-gelak*


Pastuh tetiba dia buat2 macam jerit "Bang sama lah kite bang. Ni pon same je ni suke bersolek"


Hampeh betul. =____=''




apa gelak2. tampa kang.








okbai.



                                   

Sunday, May 13, 2012

Si Loyar Buruk.

                                             
Kalau hari biasa Akram akan masuk kerja pukul 730am. Kalau hari minggu dia akan masuk kerja pukul 800am. Kalau dari rumah pergi tempat kerja dalam setengah jam camtu lah.

Hari tuh dia suruh kejutkan pukul 715am camtuh. so okey lah.


Akram : Nanti kejut kan pukul 715am tau.
Aku : Okey. No problem.
Akram : Bangun pukul 715am. Siap2 pukul 730am. Gerak pukul 735am. Sampai pukul 740am.
Aku : Haaa?
Akram : Yelah gerak pukul 735am sampai pukul 740am.
Aku : Eh apesal 5 minit je?
Akram : Yelah gerak 735am. Sampai kat kereta 740am.
Aku : Tampa kang !







Dalam kereta tengah dengar lagu Jimmy Palikat, Anak Kampung.


Aku : (nyanyi sama2 dengan radio)
Akram : Awak Jimmy Gemuk.
Aku : Cakap diri sendiri.
Akram : Eleh cakap awak. Awak Jimmy Gemuk.
Aku : Okey fine. Benti. Nak turun kereta sekarang.
Akram : Hahahahahaha ! Emosi.







Masa lepak2 kat rumah, Akram mesej.


Akram : Buat ape?
Aku : Takde ape. Baring2 tengok tv.
Akram : Eleh gemuk lah macam tu.
Aku : So sekarang ni kurus lah?
Akram : Tak lah. Sekarang gemuk, nanti jadi lagi gemuk lah. Haha !
Aku : =_____________="







Dalam kereta.



Aku : Kenapa orang susah sangat nak sebut Akram eh?
Akram : Kenapa pulak?
Aku : Yelah. Dorang mesti sebut Ikram.
Akram : Sape sebut ?
Aku : Ibu sebut Ikram. Humairah pon sebut Ikram. Ni ada sorang akak kolej dulu pon sebut Ikram.
Akram : Bese lah Akram kan unik. Ikram biasa sangat.
Aku : Perahsan.






Aku : Nak tahu tak kenapa Ibu (Mak aku) bahasakan diri dia ibu?
Akram : Entah kenapa?
Aku : Sebab ibu garang. So dia cakap bila kitorang panggil dia Ibu, dia macam lembut sikit lah. Hehe
Akram : So time period nak kene panggil Ibu la ni?
Aku : Hoi. Siot betul !
Akram : Hahahahahahahahaha !







Kadang2 memang geram layan dia ni.
Dah la suka main tarik2 rambut orang.





Tapi bila datang manja dia, aku sorang je boleh rasa. Kahhh Kahhh.






okbai.