Tuesday, February 26, 2013

Latihan Kebakaran Opis.




Aku ingat dah keje ni takde lah pulak nak latihan2 kebakaran kan.
Rupanya hadoo jugekkk.
Lotihhh mak.


Pagi tadi aku bangun lambat.
Dah la plan nak cuci rambut mandi pagi.
Nak tanak dah lambat pon terpaksa jugak cuci rambut sebab dan berminyak sangat.
Habes mandi je dah 7.45am.
Selalu 7.45 tu aku dah stand by panaskan kereta dah.
hahaha ! Naseb lah kan.


Sampai opis cakap dengan boss "Sorry boss I'm late"
"Eh takpe. Semalam U keje lewat kan" Jawab Boss.
Yuhuuuuuuuuuu. hahahahha!


Semangat nak buat kerja tetiba PC aku pulak buat hal.
Tanak connect internet.
PC aku ni master.
Semua orang yang nak print dokumen kene lalu PC aku.
Bila PC aku takley connect internet jadi semua orang pon tak boleh nak print.
Dah opismate aku keje menggodeh PC aku.
Yang aku tercongok sorang2 tak tau nak buat ape sampai pukul 10 lebih.
Naseb boss dah keluar pukul 9 lebih.
Takde lah rasa bersalah sangat takde keje nak buat. hahaha !


Jadinya kerja aku dok khatam kan Beautiful Nara.
Sampai lah pukul 11 lebih tetibe bunyik fire alarm.
Pastu dengar pulak annoucement suruh turun dataran naik tangga.
Sebab lif semua dorang dah berhentikan.
Dah la opis aku ni tingkat 14.
Naseb baik dah breakfast pagi tu.



Aku kan keje Plaza Mont Kiara. Blok aku saje ada 18 tingkat kot. Tapi ini fire drill untuk blok aku je lah. Maybe blok lain hari lain kot.



Masa kitorang jalan turun ade sorang pakcik bomba tu jerit "Lari.. Lari.. Ish ape bangunan terbakar boleh jalan macam biasa je"
HAHAHAHHA!
Nak buat camne.
Dah selalu set dalam kepala hotak ini semua lakonan semata je.
Memang tak pernah alami kebakaran betul2.
Ini macam kalau betul2 terbakar entah2 semua orang pon boleh buat dek je kan.
Nauzubillah.



Bomba tengah prepare.


Semua orang kene berkumpul ikot tingkat masing2.
Macam aku, tingkat 13A. So disebabkan banyak opis kat tingkat aku, dorang dah pilih siap2 sorang ketua untuk buat head counting.
Masalahnya kitorang dah beratur elok2.
Tapi ada sorang akak tu pegang healer asyik je suruh kitorang beratur betul2.
Padehal dah beratur dah ni.


Siap cakap "Level 13A, beratur betul2 ye nak kira bilangan orang ni"
Ulang sampai 4-5 kali.
Level lain takde lah kecoh macam ni.
Dah macam kelas budak paling nakal tanak dengar cakap cikgu dah.
HAHAHAH!



Pakcik Bomba briefing. Cara2 nak guna alat pemadam api.








Masalahnya nak tunggu bomba2 hidupkan api lama giler kot. Penat berdiri.








Dan akhirnya api pon berjaya dihidupkan.




Macam biasa first demo mesti abang bomba padamkan *tetibe abang kennn*





GAYA MUTU KEUNGGULAN


Second time baru lah dia panggil orang awam volunteer sape nak try.
Ingatkan sorang je. So abang kotak2 gambar atas ni pon pergi.
Tersengih-sengih. HAHA!
Dia dah padam tetibe abang bomba cakap nak panggil wanita pulak try.
Yang opismate aku dah petik2 nama aku.
cisss.



Naseb baik abang bomba panggil yang dekat2 je.
Pompuan tu kurus kering tau pakai skinny jeans.
Yang opismate aku lelaki boleh cakap "Ish ketatnya pakai seluar"
Dah la seluar minah tu kaler cekelat.
HAHAHHAHA!



Masa demo tu dah ramai dah yang cabut.
Kitorang balik after minah tu padam api.
Actually tak habes lagi pon.
Bape banyak demo entah nak buat.
Sorry lah ini bukan zaman sekolah dulu sape tak datang kene denda.
Kami banyak lagi kerja yang nak kene dibuat.
Jadi kami minta diri dulu.
Hehe


okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

February 26, 2013 at 11:28 PM

haha.. teringt zmn skolah plak..
suke sgt kalo bomba dtg..
kehkeh.. pape ntah

February 27, 2013 at 12:55 PM

mse ct praktikal dlu pon ade ltihan ni...jln mcm biasa je, siap leh gelak2..hahaha..sebijik mcm ni, tp sbb kami budk praktikal yg skema, kena la tunggu sampai abis :D

February 27, 2013 at 3:07 PM

haha...biasalah mata lelaki....=p

February 27, 2013 at 3:41 PM

Tgk article ni teringat zaman sekolah, setahun sekali ade buat.

February 27, 2013 at 6:08 PM

salam
Lawatan ptg tirana aduka

February 28, 2013 at 9:00 AM

selama akak keje kt cni, xpernah pun ada mende gitu.. kakaka..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal