Wednesday, March 6, 2013

Apa yang anda lihat pada seorang lelaki





Masa aku lepak dengan kawan Akram merangkap senior aku jugak, aku dapat satu soalan cepu cemas.
Cube korang teka?

Bila nak kawen?
SALAH!
Soalan tu dah basi. HAHAHAHHA!


Ok sudah tak payah nak teka sangat.
Biar aku je cakap.
Ada sorang tu tanya aku "Ape yang ko pandang kat Akram ni?"
HAHAHAHHAHAHAHAHA! Macam siall je soalan.
Gelak dulu ape2 hal.


Tapi aku tau die tanye tu gurau2 je.
Sebab dorang ni semua kepala memang sewel.
Saket kepala aku dengar dorang berborak.
Dengan lawak jenaka yang tahap tak tertanggung pundi kencing.
Haihh sabau je lah mak jemah.


Masa die tanya tu Akram ade je kat situ.
Aku senyum je.
Akram jawab "Tu lah kau tak tau. Luaran orang tak nampak. Dalaman siapalah yang tahu"
Ceaaaaaaaaa pitam aku dengar jawapan itu.


So ape yang aku tengok pada Akram sebenarnya?
Nak kata hensem memang takkkkkkkkkkkkkkkk lah. Kakakakaka (macam cun gilew jew nak cakap org tak hensem. Wakakaka. Kan dah keluar bahasa myspace)
Akram memang tak hensem tapi aku rasa dia manis kot.
Hmmm kalau nak kate kaye dulu2 masa aku start kawan dengan die, die bukan ada ape pon.
Tak habes study lagi.
Motor pon takde apetah lagi kereta.


Ada one time tu kitorang pergi makan dia siap cakap "Eh kite bayar asing2 la eh. Tak cukup duit la"
HAHAHAHAHHA!
Mase dia nak pergi interview kerja aku siap bank in rm20 lagi dalam akaun dia.
Yelah aku pon study lagi time tu kan.
Sedih tak? Kalau aku ni mata duitan dah lama dah bai bai Akram.
Banyak tau kenangan kitorang. Tapi aku tak ready lagi nak cerita semua.
Mungkin entry malam sebelum nikah? Ceaaaaaaaaaaaaaa. Pitam!






Tapi first time kitorang jumpe aku rasa macam ade satu tarikan pada dia.
Paling penting bila kawan dengan Akram ni aku boleh lupe pada ex-bf ex-bf aku yang dulu.
Macam banyak sangat je kan ex-boipren.
Cerita nak gempak je. Kakaka
Tapi memang betul.
Ex-Bf yang paling aku tak boleh lupe masa time aku kat matrik.
Lepas clash dengan dia, memang lah ramai je lelaki yang aku keluar.
Tapi still mesti teringat jugak yang lama.
Bila jumpe Akram tetibe rasa macam ada cahaya baru yang menyuluh kehidupan.
HAHA! Puihhh.


Maybe sebab Akram ni kelakar.
Stended ah kan perempuan memang suke lelaki kelakar.
Akram ni pulak jenis banyak mulut.
Dia memang over peramah.
Best la kalau berbual dengan dia.


Dan bila dah masuk dekat 4 tahun aku kawan dengan dia, maybe ade satu sifat dia yang paling aku suka.
PENYABAR.
Maybe orang lain tak nampak.
Ade sorang bestfriend aku tau macam mana penyabarnya Akram.
Maklumlah aku ni memang seyesly sangat panas baran.
Kalau silap cakap sikit memang seminggu aku boleh emosi.
Akram ni takde lah cool sangat.
Dia boleh jugak mengamuk tapi selalunya dia mengamuk dalam 5 minit. Tak pon 10 minit.
Pastu kompem dia mengalah balik.


Kalau tanya antara Akram dengan aku sape lagi ego kompem lah aku.
Aku ni susah sikit nak mengalah.


Kalau kitorang gaduh giler2 pon end up mesti Akram akan cakap dulu "Ok dah tak payah gaduh2 lagi eh"
Seingat aku memang tak pernah kot aku yang berbaik dulu.
HAHAHA!
Mesti kalau dalam drama orang dah benci giler kat aku.
Mesti orang cakap kesian Akram. Bodoh punye Wana. Kakakaka.


Tapi tapi tapi....
Walaupon aku ni keras kepala, suka merajuk, ego dan banyak lagi sifat mazmumah yang lain.
Tapi aku senang dipujuk.
Alah biasalah perempuan gedik macam aku nak perhatian lebih je.
Padehal takde ape pon.
Saje je nak lelaki tu say sorry.
Nak lelaki tu cakap "Ok jangan bergaduh lagi k"
Nak lelaki tu mengalah.


Lelaki mengalah bukan lemah ok. Tapi lelaki tu matured.
Akram selalu cakap dengan aku "Dah la. Malas la nak gaduh. Penat."
Dan kitorang pon berbaik.


Dan lagi satu sifat dia yang aku suka, dia pandai bawak diri.
Sebab tu dia tak kisah bila aku angkut dia pergi mana2.
Sebab dia pattern yang campak kat mana pon boleh hidup.
Ada je benda yang dia boleh berbual dengan kawan2 aku.


Selain daripada itu (Ewah ayat karangan sangat!)
macam biasalah Akram ni multi tasking.
Dia lah mekanik aku, dokter aku, google map aku, kaunselor aku, dan tidak dilupakan banker aku. kakakaka.


Zaman sekarang ni biar dapat laki tak hensem tapi bila kita ada dengan dia kite boleh jadi diri sendiri.
Contohnya gelak terkangkang tak ingat dunia.
Dan makan bertambah dua pinggan tak ingat dunia.
Kaakakaka.


okbai.



11 comments:

  1. coollll! haha

    setakat ensem tak guna juga kalau tak reti buat apa haha #bajet iols cun sangat kuikui


    yg penting pandai bawa diri, boleh diusung mana2, kira dengan sedara mara boleh ngam, dengan adik beradik bleh ngam, dgn makcik-pakcik-tok-nenek pun boleh masuk selain dari mem/tuan besar --> mak ayah. hikhik

    ReplyDelete
  2. @Syazana Zainn
    hahahahha!
    kennnnnnn.
    zaman sekarang org suke yang pandai bawak diri.
    hihihi

    ReplyDelete
  3. huhu, nangis encik Akram tu bace kang...huhu

    ReplyDelete
  4. so sweet..moga korang bahgia sentiasa

    ReplyDelete
  5. duit tak semestinya bagi kebahagiaan....kalau kita serasi dengan dia, tu dah cukup buat kita happy...=D

    ReplyDelete
  6. @munamuni
    hahaha dulu die selalu stalk blog aku. sekarang takde mase kot. :D

    ReplyDelete

What says U?