Wednesday, April 3, 2013

Cameron Highland aku datang tang tang tang tang...


Aku sebenarnya memang dah lama gile teringin nak pergi Cameron lagi. Tapi tulah bile plan asyik tangguh2 je. Tak silap aku, aku pernah jejak kaki kat Cameron sekali je kot. Mase form 2. Tu pon sebab rombongan sekolah. Beselah bapak aku Wak Jamal tu bukan suka nak bawak jalan2 ni. Sebab tu bile anak2 die dah besar memanjang je langkah kakinye. hahahaha!


Masa study kat U dulu memang tiap2 bulan plan nak naik Cameron. Tapi haram tak naik2 jugak. Pastu aku ajak Akram pergi. Akram okey je tapi bila die tanya aku bile nak pergi aku yang nanti lah nanti lah. Bile die naik genting dengan kawan2 die aku buat ayat sedih "Yelah orang ajak pergi Cameron tak pergi2 dengan kawan2 die sampai ke genting"


Dan Akram membalas "Sape yang suka cakap nanti2. Orang dah ajak dah. Die yang nanti lah. Bulan depan lah. Lepas gaji lah"

Okey fineeeeeeeee.


So last week disebabkan ade wedding kawan Akram kat Ipoh, Akram plan nak singgah Cameron terus.

Memula plan nak check in kat sana. Sekali usha hotel mak aih mahal gile.
Oh Akram ni pattern nak check in hotel 4 5 bintang je.
Orang keje MAS macam tu lah perangainye. Tak kosser betul.
Dah la time tu cuti sekolah memang makin mahal lah.
So plan abes kenduri kawen terus shoot naik Cameron and balik tengah malam.

Sabtu pagi tu kumpul ramai2 tunggu kawan2 Akram dulu kat Petronas mane entah. Janji kumpul pukul 10am. Tapi aku yang bersiap lambat ni pon boleh sampai dulu. Dalam pukul 11am jugak lah kitorang gerak pergi Ipoh. Dah la jem boleh tahan. Panas gile pulak tu. Sabau je lah.

Sampai Ipoh ngam2 soi pukul 2 petang.
Mase nak keluar tol Simpang Pulai tu fuhhhhhhhhh Nauzubillah banyak giler kereta.
Dah la time tu lapar.
Tapi mengenangkan Akram cakap "yang kawen ni anak orang kaye. mesti makan sedap2"
hahahaha maka aku bertahan.


Dah amek gambar menyenget sembunyik belakang Akram pon nampak gemok lagi. Menyampah betol.
Btw macam jarang dah nampak pengantin pakai songket kan. Zaman sekarang semua main gaun je. Even aku pon cakap dengan Akram lagi suka tema modern. Wahhhhhhhhhh verangan namfak. Hihi.


Dan memula plan nak jumpe Blogger Areen kat Ipoh sekali jauh lah pulak.
Maka dalam pukul 3petang terus gerak pergi Cameron.

Sebenarnya kan Khamis tu aku bergaduh dengan Akram.
Sebab aku malas nak dengar die membebel. Terus aku block nombor die. Bila aku block nombor dia, memang dia langsung tak boleh call and wassap aku. Just boleh sms je. Bangang gile kan perangai. Hahahaha!

Siap hari Jumaat tu Akram mesej "Okey lah benda kecik pon nak mengamuk macam ni. Esok tak payah pergi"

Tapi aku tak reply.

Tup2 sejam lepas tu die mesej lagi "Esok nak pergi tak?"

Hahaha! Memang bagus Drama King jumpe Drama Queen.
Aku pon tak tunggu lama terus lah reply nak.
Ego jangan lama2. Nanti menyesal. Hihi.

Kitorang naik Cameron ikot jalan Simpang Pulai. Jalan tu okey lah sebab aku takde rasa pening macam nak muntah. Tak silap aku mase aku naik cameron dulu sampai je atas tak sempat turun bas terus muntah. Naseb baik dah stand by plastik awal2.


On the way naik. Mengikot GPS, dari Simpang Pulai sampai Tanah rata lebih kurang 180km. Pengsan.


Naik kereta tak banyak. Kereta yang turun banyak.
Tapi yang hazab bila depan kau lori panjang yang slow gile naik bukit memang bertahan je lah bawak 30km/j je. Dan paling ngeri bila nampak tanah runtuh. Kusssss semangat. Terus astagafar sepanjang jalan.

Kitorang sampai atas dekat pukul 5.
Destinasi pertama harus lah ladang cactus.
Orang cakap Cactus point yang best so terus pasang GPS pergi Cactus Point.


Yeayyyyyyyyyyy dah sampai!!


Aku dan cactus.


Aku dan cactus lagi.



Aku dan cactus lagi lagi.


Aku dan cactus lagi lagi lagi. Hahahahahaha! Bagi korang muntah tengok gambar aku.


Dalam cactus Point ade jugak jual bunge2.
Dengan ada jual pokok cili.
Benih2 sayur pon ada.
Pasu2 bunga pon ada.
Geram je aku tengok pokok2 bunga tu.
Naseb baik takde rumah sendiri lagi.
Kalau tak memang aku dah borong dah.

Sebab aku memang suka gile tanam bunga. Kalau kat kampung keje aku asyik je lah nak menyemai bunge ros. Aku rasa gembira kalau hidup dikelilingi bunga2. Hahahaha!
Dan kebanyakan bunge yang aku tanam semua hidup membesar bagaikan juara.
Sampaikan jiran depan rumah aku dulu heran apesal die tanam tanak hidup.
Haaaaaaaaa baru tau aku ni ade hikmat boboiboy kuasa tanah. Kahkahh.



First time tengok live pokok lada benggala ni.



Bunge favourite. Daisy. Bertahan je aku tak dapat beli pokok2 ni semua. Sabar okey. Ada rezeki pasti aku bawak korang ni menetap dengan aku.


Macam biasa Akram ditugaskan untuk memberi pendapat cactus mana yang harus dibeli.



Begini lah kalau jalan berdua. Kau amik gambar aku, aku amik gambar kau. 


Kalau ade orang dekat2 sikit baru boleh "Eh kak kak boleh tolong amik gambar kitorang tak?" Begitu lah lumrah kehidupan.


Muka senyum lebar dapat borong cactus. Siap dah susun elok2 atas rak besi khas untuk cactus tu. Nampak tak semangat nya disitu? Dah penuh marilah kite ke cashier.


Ada jual madu lebah jugak. Die try bagi minum. Sedap sebab die campur dengan epal hijau. Akram mula2 nak beli tapi tak jadi. Sebab die nak try usha kat Pasar malam Berinchang.


Dah la dua2 mok mok. Pakai baju melintang pulak. Memang 'comel' gilerrrrrrr lah. Kakakakaka. Cactus dah beli marilah kite ke tempat lain.


Sebab aku beria sangat nak pergi ladang cactus?
Hehehehehe.
Sebab mase cerita Vanilla Cekelat tu kan ade scene Amir pujuk Zara bagi cactus kan?
Pastu ade one time aku gaduh ngan Akram, aku suruh Akram bagi cactus.
Akram cakap nak carik cactus celah mana.
So bila sampai Cameron ni aku sebenarnya tak expect pon Akram nak bayarkan.
Masa kat cashier tu aku dah keluarkan purse dah. Tetibe Akram keluarkan wallet terus bayar.
Wiwiwiwiwiwiwiwii.


Kitorang benti kat kebun setoberi betol2 sebelah ladang cactus tadi. Tapi hampa sebab tempat petik setoberi dah tutup. Tak dapat feeling2 sambil petik setoberi. Nampak tak perkataan S'Corner tu. Aku sebut Secorner. Sekali Akram cakap S Corner lah. Sebab betol2 corner bentuk S depan kedai ni. Okey baru perasan.


Borong setoberi. Naik pening untie tu layan Akram. Patot harga setoberi yang besau tu sebungkus RM10. Tapi dorang dah nak balik so jual 3 RM 25. Means satu RM lebih. Dapat kat Akram hamek 2 RM15 die mintak. Hahahaha!


Duduk2 sambil minum air dengan makan setoberi dulu. Aku amik Stoberi Hot Choc. Akram punye Setoberi White Coffee. Best gile lepak sana. Takde lah sejuk sangat tapi memang lagi sejuk dari KL ni. Angin dia yang buat sejuk tu.


Amik gambar hantar kat group Wassap. Sebab kitorang cakap ngan group kenduri kawen tu nak jalan Ipoh jap. Dorang yang lain semua nak pegi Tanjung Malim makan mee ape tah. Tup2 dah sampai Cameron. Hehehehe.


Hoi penatnye taipppppppppp!
Dah la part Pasar Malam Berinchang continue entry lain eh.
Dekat dua jam menghadap satu entry.
Gua dah lapar nak makan.


Okbai.





8 comments:

  1. nk strobery !! huhu ehem, tembam comel la ! x perlu malu hehe btw, nk ckp, baju awk tantek ! :)

    ReplyDelete
  2. nampak tempting strawberry tu, tapi tak masam ke kak??? ena pun teringin nak naik cameron.. genting dah naik dah, cameron je belum lagi... ritu cadang nak naik bulan 3 ni, tapi alahai kerja berlambak

    ReplyDelete
  3. tak pe2 nnt time ahkak kaweng ahdik datang dengan keram k. hahaha



    p/s: jerawat tu nak manja2 dgn awak sbb tu dia keluar kat dahi. hikhik

    ReplyDelete
  4. @[sutera kasih]

    heeeee thanks.
    suke corak gini.
    tantekkkkkk :D

    ReplyDelete
  5. @✿AINAA ROSEBERRY✿
    macam jugak. tapi takdelah masam giler. hihihi. stobery malaysia memang masam lah ena :D

    ReplyDelete
  6. Seronoknya jalan2....kat cameron jeles akak hihihi

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Iols sekali haram pun tak pernah sampai Cameron.. Genting lagilah.. Haha! Katak sangat tau..

    ReplyDelete

What says U?